20 | BERSATU

Romance Series 14773

"Kita nak kemana ni sweetheart?", lenganku dipegang kejap oleh Louis.

Berkerut habis wajahnya yang kebingungan ditambah dengan sinaran matahari yang panas terik.

"Nak sampai dah", balasku pendek seraya membelokkan kereta memasuki pagar tinggi rumah agam besar milik Rose.

"Jom turun. Aku nak tunjuk sesuatu dekat kau", ucapku perlahan sebelum kami sama-sama beriringan berjalan keluar dari kereta.

"Rumah siapa ni?", soal Louis sambil memegang erat tanganku. Aku sekadar membiarkan perlakuannya itu.

"Someone yang penting untuk kau. Come", laju aku tarik tubuh Louis ke dalam rumah yang tidak berkunci itu tanpa ketukan atau salam. Memang bantai terjah sesuka hati je!

"Eh!", Louis mengeraskan badan sendiri. Terkejut dengan tindakan selambaku menerjah masuk.

"Come Louis. Stop wasting time", aku paksa heret tubuh sasanya ke ruang tamu rumah.

Di situ, elok duduknya Rose yang memegang tabletnya tanpa sedar kehadiran kami.

"Rose", seruku menarik perhatiannya.

Mata menawan itu terdongak melihatku namun jari jemari terkaku dari menari-nari di atas tablet sebaik Louis menyapa pandangannya.

Kenapa Rose terkejut? Sebab aku sengaja tak beritahu kedatangan kami. Kononnya surprise!

Louis turut kaku melihat wajah yang agak tidak asing padanya apatah lagi mata itu galak merenungnya dengan pandangan berkaca.

Rose lempar tabletnya ke tepi sehingga objek itu terpelanting dan jatuh ke lantai. Tanpa menghiraukan objek tersebut laju dia menerpa tubuh Louis. Memeluk erat insan yang paling dia sayangi itu.

Haih. Aku hanya mampu melihat sahaja kerosakkan yang dilakukan Rose pada objek di lantai tadi. Sudah terbiasa dengan perangai Rose yang satu itu. Makhluk perosaklah minah tu...

"Eh apa ni?", Louis menolak tubuh Rose. Cubaan untuk merungkaikan pelukan mereka.

Tiba-tiba Louis memandangku dengan takut, "Sweetheart, aku tak curang. Aku tak kenal perempuan ni!", gelabahnya dalam cubaan melepaskan diri.

"Dia kakak kandung awak Louis. Dia, Rose Fernando dan awak, Louis Fernando. Your dad is Ivan Fernando and your mom is Rebetha right?", soalku padanya. Diam-diam aku mengusap lengannya untuk bertenang.

Gelabah teruk budak itu! Rose pun satu, terus diterkamnya Louis yang terpinga-pinga itu.

"Tapi nama aku Louis Dragonza", sangkal Louis masih tidak percaya. Silih berganti dia memandang aku dan Rose.

Namun sesaat kemudian tangannya perlahan-lahan naik mengusap belakang badan Rose yang terhinjut-hinjut menangis tanpa suara.

Melihat keadaan itu, aku memilih untuk keluar memberi ruang untuk mereka berbicara.

Bukan mudah untuk Louis terima kenyataan itu kerana mereka dipisahkan sejak Louis berumur 3 tahun. Apalah sangat yang diingati kanak-kanak berumur 3 tahun saat itu?

Ibu Rose bertindak membawa lari Rose dan Louis namun sayangnya tertangkap dek ayah Rose. Rose diambil secara paksa membuatkan Puan Rebetha akhirnya memutuskan untuk melarikan Louis jauh dari dunia gelap Ivan Fernandos. Lelaki yang membeli dan menikahinya hanya untuk mendapatkan pewaris bagi dunia gelap lelaki tersebut.

Sehingga kini, Louis dijaga rapi oleh Puan Rebetha biarpun Ivan Fernando meninggal dunia setelah sekian lama. Namun yang pasti, kematian Ivan Fernando tidak sekaligus mematikan organisasinya. Oleh sebab itulah Puan Rebetha benar-benar menjaga rapi latar belakang Louis dari orang lain.

Tapi tidak sedarkah wanita itu akan seorang lagi anaknya yang berjuang dan bergelut untuk bertahan hidup di sana? Rose membesar dengan keringat dan darah sehingga menjadikan wanita itu dingin dan tidak berperasaan.

Ivan Fernando dari awal lagi mencampakkan Rose ke kancah bunuh membunuh. Wanita lemah lembut itu akhirnya berubah menjadi seorang yang kental dan kejam. Namun sampai ke akhirnya Puan Rebetha masih berdiam diri dengan keadaan Rose. Malah berani untuk menyorokkan kewujudan Rose dari Louis.

Aku sedar kesedihan Rose. Wanita itu menyorokkan segala kesakitannya melalui cara sendiri. Sebagai seorang yang melalui rasa yang sama, aku dan Rose tidak pernah menghakimi diri masing-masing kerana kami faham, faktor hidup mengubah dan membentuk kami menjadi apa yang wujud kini.

"Kau okey?", soalku setelah sekian lama berdiam diri.

Sejak pertemuan dengan Rose, Louis lebih selesa berdiam diri. Membiarkan kesunyian yang mengisi ruang antara kami.

"I'm good. Macam mana kau kenal Rose?", soalnya pula. Soalan berbalas soalan.

"Kak Rose", tegasku padanya. "We somehow met each other years ago at Italy. She help me and i also help her", ujarku tenang. Wajah Louis langsung tak dipandang. Aku lebih senang memandang jalan yang sibuk.

"Kenapa sekarang? Kenapa bukan dulu lagi dia cari aku?", soal Louis mempersoalkan tindakan Rose.

Kedua kening aku bertaut, "If you think finding someone is easy as blinking eyes, she would find you since the beginning", balasku agak geram.

Bagiku cara Louis menerima perkara ini seolah-olah mempersalahkan Rose yang sejak dari awal tidak mencarinya. Andai sahaja Louis nengetahui betapa putus asanya Rose saat dia mengkhabarkan bahawa misi untuk mencari Louis menemui jalan buntu sebelum dia akhirnya dipertembungkan dengan lelaki itu dalam satu drama.

Takdir mungkin. Sinar harapan kembali cerah menerangi kesuraman Rose.

"Kau patut hargai dia. She did her best for everything. Kau tak pernah tahu apa yang dia lalui untuk sampai ke tahap ini, untuk berdiri dihadapan kau hidup-hidup dan bukannya sebagai mayat. She truly loved you guys. Dia hidup untuk bertemu dengan kau dan Puan Rebetha", aku memandang sekilas pada Louis. Benar-benar berharap dia faham betapa sulitnya keadaan Rose berbanding Louis yang hidup serba mencukupi dan bahagia.

Rose mungkin mempunyai banyak harta tapi tidak dengan kasih sayang dan simpati.

"I'm sorry. Aku cuma terlalu terkejut untuk terima semua ini", dengan kesal Louis meraup wajah sendiri.

"Satu sahaja yang kau perlu sematkan dalam minda, akhirnya kau bersatu dengan kakak kandung kau. Kau akhirnya capai juga cita-cita kau untuk ada adik beradik".

Mata Louis membesar, "Kau ingat kata-kata aku?"

"Semestinya ingat. Semua tentang lelaki yang aku suka akan aku sematkan dalam kepala", ucapku sambil tersenyum kecil.

Louis terdiam di tempatnya. Mata itu ralit memandangku tanpa berkelip, "Mine", ucapnya sepatah.

"Apa?", rasanya aku dengar sesuatu keluar daripada mulut Louis tetapi tidak jelas pula.

"Kau, aku punya. Mine", ucap Louis tersenyum lebar.

Dengan penat lelah aku mendaki jua tangga ke tingkat atas rumah ayahku. Jam sudah menunjukkan angka 12 pagi dan aku terlalu malas untuk memandu ke rumah sendiri.

"Seronok hidup bebas huh? Senang betul hidup kau kan, taknak kerja blah macam tu aje", suara Laily menyapa gegendang telingaku.

Terus mati langkahku di pertengahan tangga.

Laily kini berdiri 4 tangga atas dariku sedang merenung galak dengan senyuman sinis.

"Kau yang terlampau inginkan kekuasaan. Aku tak pernah hamak dengan harta jadi kautlah semua untuk kau. Tak perlu berlagak seolah kau ingin aku berada di syarikat", balasku datar.

Ikutkan hati mahu sahaja aku meninggalkan Laily sendirian tapi apabila difikirkan lagi, pastinya Laily tidak akan melepaskan aku semudah itu.

"Wah, dah pandai menjawab sekarang! Bukan main lagi 'aku kau' dengan aku. Mana panggilan hormat aku sebagai kakak kau?", selarnya agak kuat. Sengaja untuk menyakitkan hatiku.

Aku tersenyum sinis. Gila agaknya Laily ni. Malam-malam boleh pulak dia buat lawak bodoh macam ni. "Pernah ke kau anggap aku adik? Kalau tak pernah, aku pun tak perlu anggap kau kakak!", balasku tegang.

"Oh bukan main lagi yer kau. Balik sini bila nak aje mentanglah papa tengah sakit. Kau buat rumah ni macam hotel. Dekat mana kau bermalam hah? Dengan duitnya lagi. Kau melacur ke?", serkap jarang Laily padaku.

Terus mendidih darah panasku mendengar ujaran tak berasas Laily itu.

"Jaga mulut puaka kau Laily. Jangan sampai kerana mulut binasa badan", pesanku berura-ura untuk melepasinya namun laju Laily tarik tubuhku dan cuba untuk menyinggahkan penamparan pada pipiku.

Huh! Sungguh berani!

Belum sempat dia menayangkan tamparan, aku tempis lengan itu dan menolak tubuh itu jatuh dari tangga.

Laily bergolek ke bawah seperti nangka busuk. Darah pekat mengalir dikepalanya. Hanya sedikit, tidaklah terlalu banyak kerana ketinggian tangga tidaklah setinggi mana.

"Mulut dan tangan kau elok kau simpan rapi. Jangan kejutkan apa yang tak patut kau bangunkan semata tindakan semborono dan bodoh kau kerana kau takkan mampu tanggung kesannya nanti", nasihatku lagi sebelum pergi, meninggalkan dia di dalam kesakitan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience