25 | PERASAAN LOUIS

Romance Series 14773

Jauh Louis termenung mengenangkan kejadian beberapa hari yang lalu. Jika dihitung, hari ini sudah masuk 3 hari sejak pertemuan terakhirnya dengan wanita itu.

Setiap tingkah laku, bicara dan pandangan mata sayu Vena masih terimbas di kepalanya tanpa henti.

Satu rangkulan lembut dari arah belakang menyentakkannya dari lamunan panjang.

"Lama kau tunggu aku?", soal Rasy sebaik mengambil tempat dihadapan Louis.

"Nope. Aku pun baru sampai dari lokasi shooting tadi".

"Jadi ada apa kau nak jumpa aku ni?", Rasy terus ke topik utama mereka hari ini.

"Betul ke Rasy?", soal Louis perlahan.

"Apa yang betul ni?", berkerut kening Rasy dibuatnya. Tak faham dia dengan soalan pelik Louis.

"Betul ke apa yang kita buat Rasy?", akhirnya terlontar jua soalan tersebut dari bibirnya. Sedikit sebanyak terasa seakan satu beban dibahunya berkurang.

"Apa maksud kau Louis? Selepas apa yang kita buat, sekarang baru kau nak pertikaikan semula semuanya? Kau bergurau ke?", hampir bengang Rasy mendengar soalan dari sahabatnya itu.

"Lagi pun kita buat semua ni demi Laily", tokok Rasy pula.

"Aku tahu. Tapi sepatutnya kita tak perlu campur tangan dalam hal mereka adik beradik apatah lagi mainkan perasaan Vena", Louis cuba mempertahankan niatnya bertanya soalan begitu.

Rasy ketawa sinis, "Aku patut agak dah yang kau akan berlembut hati begini. Sejak dari awal lagi aku tak yakin dengan kau. Betullah jangkaan aku itu. Kau mudah dipujuk rayu dengan wanita. Kau dibutakan dengan godaan sementara sehingga kau jatuh dalam mainan perasaan sendiri".

"Ini tak ada kena mengena dengan perasaan aku Rasy! Apa yang aku cuba sampaikan, perlu ke kita bertindak sejauh ni?! Lukakan hati Vena sedangkan dia langsung tak buat apa-apa pada kita!", tekan Louis tegas. Kedua tangannya sudah terkepal menahan amarah.

"Padanlah dengan apa yang dia lakukan pada Laily. Kau tak kesiankan Laily ke?", soal Rasy pula.

"Kesian, tapi itu tak memberikan tiket untuk kita buat macam ni! Itu masalah mereka! Dan kau, manusia yang paling tak layak untuk berlagak kononnya menegakkan keadaan Laily sedangkan kau buat semua ini untuk raih perhatian dia! Kau yang dibutakan dengan cinta!", ujar Louis sehingga timbul segala urat dilehernya. Kala ini, dia benar-benar dilanda amarah.

"Kalau iya pun kenapa? Benda sudah terjadi. Kau pun apa beza. Kau turut ambil kesempatan untuk dekat dengan Vena bukan?", selar Rasy tak mahu kalah dengan renungan mata tajam.

"Iya! Betul! Aku ambil kesempatan dekatkan diri dengan dia sebab aku cintakan dia sejak dari awal! Tapi demi persahabatan kita bertiga, aku turutkan segala kemahuan bodoh kau orang. Aku lukakan hati perempuan yang aku sayang separuh mati untuk kau orang! Sedangkan kau sekarang bahagia kejar Laily, aku pula hilang orang yang aku mahukan. Puas hati kau Rasy?! Puas ke? Atau belum cukup lagi?! Eh aku dah muak berlakon baik depan kau dan Laily. Cukup disini!"

Rasy gelak sinis, "Ikut suka kaulah Louis. Lagi pula Laily takkan pernah disakiti lagi. Mungkin kau belum tahu, hari Vena bergaduh dengan Tan Sri Hamdan, Tan Sri Hamdan halau dia dari rumah dan putuskan hubungan dengan dia. Dan sekarang Vena hilang entah kemana".

Louis laju meluru ke arah Rasy. Kolar baju lelaki itu dicengkam kasar, "Apa yang kau cakap?"

"Aku cakap yang Vena kau dah hilang ditelan bumi", Rasy lorek senyum mengejek.

"Sial!", carut Louis sebelum wajah Rasy ditumbuk berkali-kali melepaskan amarah yang terbuku.

"Kau akan menyesal Rasy sama seperti aku. Kau terlalu cintakan sesuatu yang langsung tak menguntungkan diri sendiri sehingga kau sanggup lakukan perkara bodoh. Laily takkan pernah terima cinta kau kerana hati dia pada aku. Kau pun sedar, jadi berhenti jadi bodoh!", jerkahnya kuat sebelum melepas tubuh Rasy yang terkulai.

"Aku menyesal sebab kenal kau dan Laily Rasy. Keobsesan kau orang berdua menghancurkan hidup aku", tambahnya sayu sebelum pergi.

Rasy memandang sepi langkah Louis yang kian menjauh. Sedih namun dia cuba tutup perasaan tersebut dengan azam yang tinggi untuk menggapai cinta Laily.

"Perlu ke aku pergi dengan kau dalam banyak-banyak manusia dalam rumah ni?", soalku agak menyampah. Wajah Hans langsung tak ingin dipandang.

"Kau fikir aku nak sangat ke berkepit dengan kau? Kalau bukan sebab Rose suruh aku jemput kau, memang taklah aku nak jemput. Elok kau merangkak aje ke sana", balas Hans dingin. Cermin pandang belakang dia alihkan dari memantulkan wajahku.

Aku menjuih bibir. Kurang asam betul!

Perjalanan kami mengambil masa selama 15 minit sebelum kami tiba di perkarangan parking hospital tempat Rose bekerja.

Lupa pula beritahu, Rose ialah seorang doktor pakar bedah dan pemilik hospital tersebut. Sebab itulah duit wanita itu berkepuk-kepuk.

Sebaik aku keluar, susuk tubuh Rose yang berjalan ke arah kami menyapa pandangan. Namun sedetik, nafasku dan Hans berhenti buat seketika sebaik kami berdua menyedari ada titik merah tepat di dahi Rose.

"Sh*t! On the ground Rose! Code red!", jeritku sekuat hati. Hans terlebih dahulu berlari untuk melindungi buah hatinya itu.

Aku menyorok dibelakang kereta sambil memerhati sekeliling bangunan untuk mengenalpasti dari manakah datangnya laser sniper tadi.

"Aha! Gotcha!", jeritkut kuat kepada Hans dan Rose yang saling berpelukan. Saat itu juga membulat mataku.

"Oii! Kau ambil kesempatan dalam kesempitan!", jerkahku garang.

Hans menjegil matanya sebagai balasan, "Gila! Aku tengah protect Rose!", merah padam wajah Hans setelah menuturkan kata-kata itu. Entah sebab malu atau bengang, aku juga tidak pasti.

"Move to safe place! I'm gonna find that bastard!", arahku kepada mereka berdua. Sepucuk pistol dari dalam kereta aku ambil dan diselitkan ke pinggang sendiri yang dilindungi jaket kulit yang kupakai.

"Move!", kami bergerak serentak namun berpecah ke arah yang berlainan. Aku memasuki bangunan arah laser sniper tadi datang manakala Hans dan Rose ke tempat yang lebih selamat.

Dengan berhati-hati aku mengorak langkah di atas rooftop hospital tersebut.

"Where are you?", bisikku sendiri.

KLAK!

Laju tubuhku berpusing pada bunyi tersebut namun tiada sesiapa!

"Sh*t!", carutku. Lebih kepada sakit hati dan menyampah sebenarnya.

"Vena, is that you?", satu suara menyoal.

Mataku membulat besar. "Kau buat apa dekat sini?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience