30 | I LOVE YOU

Romance Series 14773

"Vena, wake up. We are here".

Kedua bahu aku serasa digoncang perlahan. Dengan mata yang terpisat-pisat aku celikkan jua mata melihat sekeliling.

Yang dapat aku lihat hanyalah wajah Louis dan sebuah rumah yang dikelilingi hutan tebal yang berada disekeliling pagar rumah.

"Kita dekat mana?", tali pinggang keselamatan aku tanggalkan dengan tatapan penuh keliru.

Ke ceruk manalah agaknya Louis bawa kami.

"Jom", tangan sasanya mencapai tanganku dari luar kereta. Dia langsung tidak mengendahkan soalan dariku.

"I surely can walk by myself Louis", meliuk lentok jari jemariku cuba untuk keluar dari genggaman tangan Louis namun lelaki itu menjegilkan biji matanya ke arahku sebagai satu amaran. Terus tak jadi aku melepaskan genggaman kami.

"Tangan ni lebih baik duduk diam-diam kalau kau rasa nak selamat".

GULP!

Gerun pula wajah Louis saat ini. Serupa singa tak makan sebulan.

"Angin semacam, kalah perempuan period".

"Your lips sweetheart!", deram Louis agak geram. "Does it need something to be shut?"

Berpusing kepalaku dengan soalan gila Louis.

"Buatlah kalau berani! I can break your neck for sure!".

Dengan kasar aku rentap lagi tangan Louis sehingga akhirnya pegangannya terlerai. Silap besar jika Louis fikir aku akan diam nenurut hanya kerana aku cintakan dia. Aku buat begini hanya untuk tidak memperkeruhkan lagi keadaan antara kami.

Cinta itu wujud namun perasaan amarah aku turut wujud dengan penipuan yang dilontarkan Louis selama ini.

"Once is enough Louis. I won't be fooled twice!", tinggi nada aku menjerkah. Malah beberapa pasang mata yang baru sahaja melangkah keluar dari rumah banglo dihadapan kami turut terkebil-kebil terkejut.

"Masuk dalam dulu Vena. We talk later about this", Louis cuba menarik aku lagi namun laju aku mengelak ke tepi.

"Stop it! Tak habis-habis Vena dengan sweetheart. Cut the crap! Tell what the hell you want?"

Tanpa amaran dengan mudahnya Louis merangkul seluruh tubuhku ke bahunya.

"Louis!", bergema seluruh ruang rumah dengan tempikkan kasarku. Dengan keadaan yang meronta-ronta aku mulai terasa pening melihat pemandangan secara terbalik.

"Let me down you jerk! I swear i'll kill you! You son of a b*tch!"

Louis buat pekak dengan segala lontaran sumpahan kasar yang meluncur keluar dari bibir wanita pujaannya itu.

Berat dan rontaan kasar dari aku sedikitpun tidak menggoyahkan rangkulan kemasnya.

"Kejap lagi Louis jumpa Mama", ucap Louis selamba sebaik melintasi susuk tubuh ibunya yang terkejut.

Puan Rebetha mengurut dada sendiri melihat wanita dirangkulan anak lelakinya.

Aku menjegil pada wanita separuh umur itu.

"Put me down! You piece of sh*t! Arghhh!"

"Lagi kuat kau meronta, lagi dapat aku merasa setiap lekuk tubuh kau ni", dingin sahaja Louis berkata.

Kaku seluruh tubuh aku yang sedari tadi meronta ganas. Louis benar-benar gila.

Dengan mudahnya tubuhku dilempar ke katil.

"Awak dah hilang akal ke Louis?!"

"Ya aku hilang akal waras aku sebab kau! Aku terlalu cintakan kau sampai tak sanggup melihat kau berdua dengan lelaki tu!", keras nada Louis menjerkahku kembali.

Seluruh urat jantannya timbul pada permukaan kulit menandakan lelaki itu sedang menahan perasaan yang maha dahsyat.

"Aku cuba Vena...very hard. Tapi aku tak mampu bertahan bila kau bahagia dengan lelaki lain".

Louis tertunduk lemah buat seketika setelah meluah apa yang dirasakannya.

"Apa yang kau merepek ni Louis?!", menyirap darahku mendengar ujaran tak masuk akal lelaki itu.

Apa lelaki itu masih ingin kekal berpura-pura dihadapan aku?

"Cukuplah. Tolonglah stop campur tangan dalam hidup aku. Stop being fake. Aku tahu Louis yang kau tak pernah ada perasaan yang sama dengan aku dan aku tak ingin mempermasalahkan perkara tersebut. Jadi hentikan semua lakonan kau. Cukup di sini hubungan kita".

"No Vena. Aku mengaku aku salah tapi perasaan aku pada kau bukan penipuan".

Louis mendekat namun lagi-lagi aku menjauh.

"I love you Vena. But i have to do this", usai terluka melihat penolakanku, Louis bertindak pantas mengunci pintu dari arah luar.

"Damn you Louis!", pintu kayu tersebut aku hentak tiada henti.

"Buka pintu ni. Aku merayu. Lepaskan aku. Aku penat", dan tanpa sedarnya tubuh aku melorot ke bawah dengan sendiri.

Air mata mula berjuraian tumpah tanpa dipinta.

Puan Rebetha duduk menghempas punggung dengan kasar bersebelahan Louis.

Anaknya itu tampak benar-benar serabut.

"Apa yang Louis cuba buat ni?", soalnya tidak lembut tidak juga kasar.

"Louis tak tahu mama. I just want her, by my side not other men's arm".

"Dengan culik dia? Louis gila ke? Apa jadi kalau family dia report polis?"

"I don't know mama. Louis just follow my own feelings".

Puan Rebetha memegang kepala sendiri. Pening dia dengan sikap semberono Louis.

Louis lagilah sakit kepala. Apa yang hendak dia lakukan dengan Vena?

Sinaran matahari yang terang memancar kuat pada wajah membuatkan aku terjaga dari lena.

Sedar-sedar sahaja tubuhku sudah elok landing atas katil sedangkan kali terakhir aku tertidur dalam posisi duduk dihadapan pintu.

Lagi satu perkara yang aneh...

Kedua belah tangan diangkat tinggi ke atas.

"Good morning sweetheart. You like it?", tegur satu suara garau dari arah sisi katil.

Aku pandang wajahnya kecil besar dengan tajam.

"You're acting like a child! Is this even funny to you?!", tanganku yang digari disentuhnya erat. Dengan sekali tarik, terus berdiri tubuhku dari katil.

"Untuk langkah berjaga-jaga. You might escape".

"You're abusing me!"

"No, i'm not!"

"Yes you are!"

"No!"

"Yes!"

"No!"

"Come, kita sarapan bersama", Louis tunduk mendukung aku.

"Ei aku boleh jalan sendirilah! Suka sangat sentuh orang sesuka hati. Haram tau tak?!"

"Dulu kau suka aje", balas Louis selamba. Malah sempat pula dia memandang seluruh wajah baru bangun tidurku tanpa jemu sehingga naik kebas kedua pipiku.

satu je nk cakap, author busy kalah perdana menteri. btw enjoy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience