38 | JANJI SEGALANYA

Romance Series 14773

Aku mengeluh perlahan. Usai lafaz akad tadi, segera aku bawa tubuh yang penat ke bilik.

"Let me help you", Louis muncul entah dari mana, membantu menanggalkan segala pin dan jarum yang melekat pada tudung yang aku pakai.

"Aku akan kembali ke Malaysia esok", ujarku tanpa dipinta. Dari pantulan cermin aku cuba untuk amati reaksi dari Louis namun lelaki itu masih tekun melakukan kerjanya.

"Kau tak nak halang aku pergi?", soalku gusar melihat ketenangan Louis yang lain macam.

"Why should i?"

Jawapan Louis hampir membuatkan aku terbeliak sebelum dia menyambungnya menjadikan aku lebih terperanjat.

"Aku boleh follow kemana pun kau pergi. Seorang suami mestilah sentiasa ada disisi isterinya bukan?"

"Bukan terbalik ke?"

Louis diam seraya mengangkat kedua bahunya malas.

Zip baju yang masih kemas membaluti tubuh langsingku ditarik kebawah oleh Louis tanpa sempat aku menegah. Tahu-tahu sahaja bahu baju jatuh melapasi siku. Angin penghawa dingin menyapa sekujur tubuhku yang agak terdedah itu memandangkan baju kurung itu agak longgar jadi mudah sahaja melorot jatuh.

Aku cuba untuk menariknya semula, menutup cela yang jelas kelihatan.

"No!", Louis menghalang. Matanya tajam menikam melalui pantulan cermin. Sesaat berlalu, jarinya mula menelusuri setiap cela yang ada.

"What happen?". Perlahan namun jelas terselit kerisauan.

"Laily", balasku sepatah sebelum segera menutup belakang badan yang penuh dengan parut. Tanpa menghiraukan reaksi dari Louis, aku segera membersihkan diri.

Luka lama. Tapi sakitnya masih terasa.

"We need to talk", tegas Louis sebaik aku keluar dari tandas.

Katil ditepuk perlahan. Mahu tak mahu aku duduk bersebelahannya.

Diam. Janggalnya jelas sangat. Rasa nak benam kepala atas bantal. Louis pula diam membatu namun renungannya langsung tak lepas dari wajahku.

"Kau nak cakap apa ni? Aku dah mengantuk".

Tiba-tiba pergelangan tangan aku digenggam Louis. Erat!

"Tell me sayang. All about you", ujar Louis perlahan. Digosoknya tengan aku penuh kelembutan.

"Nak bagitahu apa?", bingung pula aku jadinya.

"Semua. Kehidupan sayang selama ni. Bagitahu aku semua yang aku tak tahu".

Diam. Kini aku pula yang tak terkata. Pandang Louis, begitu redup pandangannya terhadapku.

"Aku 12 tahun masa peristiwa kelam tu berlaku. Laily ke sekolah, Papa pergi kerja, Pak Mat driver kami bercuti. Selalu kalau Pak Mat ada, dia yang akan jaga rumah memandangkan mama tak pernah upah bibik. Hari tu aku baru sembuh dari demam. Mama nak masak sup untuk pujuk aku yang tercari-cari Laily. Waktu tu hubungan kami rapat sangat Louis. Laily sayang aku sebagaimana aku sayangkan dia. Tapi hari tu memusnahkan segala-galanya. Masa mama sibuk memasak, ada orang datang ketuk pintu rumah. Aku takut tapi bila aku dengar suara Bonda, tak fikir panjang aku buka pintu rumah. Dulu Bonda pembantu peribadi Papa. Kami rapat jadi tak ada yang mencurigakan langsung sampailah waktu aku nampak wajah Bonda yang basah dengan air mata. Dari tepi ada 3 orang lelaki pakai topeng serbu masuk dengan pisau dekat tangan. Aku tak tahu nak buat apa. Salah seorang dari dorang cuba hayunkan pisau dekat leher aku tapi aku sempat elak, sayangnya kena pada belakang telinga kanan", aku berjeda. Parut dibelakang telinga aku tunjukkan padanya.

Sakitnya masih dapat dirasai.

Louis diam namun tangannya naik mengelus parut tersebut.

"Target dari awal memang mama. Disebabkan Bonda rapat dengan keluarga kami, mereka gunakan Bonda untuk capai tujuan. Aku terlalu kecil Louis. Aku tak tahu apa-apa. Yang aku ingat sampai sekarang wajah mama waktu pisau tajam tertusuk dekat dada dia. Aku meraung, menangis tapi sedikitpun tak ada belas untuk kami. 3 tahun berlalu dan penjahat tu dah ditangkap tapi lukanya pada kami tak pernah padam dan sejak tu Laily tak pernah maafkan aku. Dia salahkan aku atas kematian mama. Dia benci aku seolah aku yang bunuh mama. Bertahun-tahun Louis aku hidup dalam penderitaan yang Laily ciptakan. Aku cuba keluar tapi kesudahannya tetap sama."

"Sayang percaya apa yang dia cakap? Sayang akui semua tu?"

"Aku cuba nafikan tapi perasaan bersalah tu makin kuat. Tenggelam dalam fikiran sendiri tu nyata Louis. Aku hilang diri sendiri, salahkan semua atas bahu sendiri. Aku hidup dengan kebenaran yang aku penyebab mama meninggal. Akulah punca semua orang hilang tempat berpaut. Semuanya sebab aku", tak dipinta, mutiara halus jatuh jua.

"No sayang, it's never you fault", Louis sapu air mata yang mengalir di pipi.

Kedua pipiku dipegang olehnya.

"Kalau mama masih ada, percayalah mama tak akan pernah salahkan sayang", bicaranya cuba menenangkan aku yang masih terperangkap dalam emosi.

"Kau rasa macam tu ke Louis? Betul ke aku tak salah? Betul ke aku bukan penyebab mama mati?", soalku bertubi-tubi, menahan sedu.

Louis angguk bersama mata yang berkaca. Berkali-kali pujukan lembut dibisikkan pada telinga aku.

"Sayang tak salah. Ini semua ketentuan takdir. Kita perlu terima dengan hati yang terbuka. Menyalahkan diri sendiri takkan kembalikan mereka yang dah tak ada di dunia ni".

"Tapi sebab aku buka pintu..."

"Nope. Kalau sayang tak buka pintu sekalipun, mereka akan tetap ceroboh masuk. Nothing change. Jangan tanggung derita atas perbuatan orang lain", nasihat Louis lagi. Kini tangannya tak henti-henti mengusap kedua belah pipiku.

"Papa ambil masa untuk terima aku. Walau hakikatnya dia besarkan aku, beri segala keperluan dan bercakap seperti biasa, jauh dari sudut hati tua dia, aku sedar tempat aku sebagai seorang anak tak lagi seperti dulu. Papa membenci dalam diam. Layanan papa tak pernah sama antara aku dan Laily", ujar aku sayu. Entah mengapa kisah di antara aku dan papa ingin aku luahkan padanya.

Mungkin kerana kata-kata pujukan Louis. Sejak dari dulu yang aku terima hanyalah kedinginan, cemuhan dan hinaan. Tak pernah ada yang memujuk. Tak pernah ada yang mendengar dan tak pernah ada yang peduli.

"Papa anggap aku tak lebih dari trofi yang dia ada. Demi kelangsungan syarikat papa paksa aku untuk berebut dengan Laily untuk dapatkan hak milik T&Q Holding sedangkan aku tak pernah inginkan semua tu. Aku cuma nak hidup bahagia. Aku nak bebas dari semua, dari kebencian papa dan Laily. Tapi sebaliknya aku dijadikan boneka hidup. Berlakon? Aku merayu untuk berada dalam industri dengan syarat papa akan tentukan bila waktu aku perlu berhenti dan fokus dengan T&Q Holding. Masa depan aku ditentukan sejak dari awal. Tapi semua berubah sejak aku berjumpa Rose. Rose jadi pengubat, saling memahami kerana kisah kami hampir sama. Kami berdua menderita diperkotak-katikkan oleh orang lain. Hidup tanpa tujuan".

Aku tersenyum senget dalam tangis. Lebih kepada mengejek diri sendiri.

"Jadi, andai aku berikan segala yang aku ada pada kau, mampu ke kau berjanji untuk hargai aku? Aku tak nak kesakitan yang pernah aku rasakan dulu. Aku perlukan kebahagiaan. Aku perlu cinta dan bukannya dusta semata-mata".

"Ravena Lily satu-satunya wanita yang aku cinta. Tak akan ada duanya. Aku janji sayang. Aku serahkan segalanya untuk kau dan aku akan hargai segalanya dari kau", ungkap Louis lembut. Dahinya dirapatkan pada dahiku, memberi sejuta rasa kasih yang mendalam.

Dan detik itu aku memilih untuk berpegang pada janjinya.

first of all nk minta maaf. author tak dpt update sebb kekangan masa dan juga kekurangan idea. kadang ii dah hadap skrin lama ii, dpt tulisnya 20 patah je. tapi kali ni author akan cuba habiskan novel ni dlm jangka masa sampai bulan 11 sbb author akan busy selama 4 bulan kedepannya. marilah kita sama ii bertahan. hahahaha. happy reading. sayang korang ❤️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience