37 | ISTIMEWA UNTUK KAU

Romance Series 14773

Suapan demi suapan aku terima dari Louis dengan wajah cemberut. Louis melayan aku persis seorang anak kecil.

"Lily, kita ada berita dari sayap kanan", tegur Hans. Wajahnya tegang semacam mengundang satu rasa tidak enak buat aku.

"Apa dia?", soalku seraya menolak lembut suapan Louis. Lelaki itu diam sebelum menyuap makanan menggunakan sudu yang sama aku gunakan sebentar tadi ke dalam mulutnya sendiri.

"Gudang senjata kita terbakar lagi sekali. Kali ni dia tinggalkan notis", ujar Hans disertakan dengan keluhan.

Notis tersebut dihulur pada aku. Cukup 2 saat sahaja darah aku kembali mendidih. Kertas tersebut direnyukkan sebelum aku lempar menjauh.

"Dia tengah cari sigillo uficialle", ucap aku. Hans mengiyakan telahan aku tersebut.

"Sigillo apa?", Louis mencelah.

"Cop mohor rasmi milik Rose. Kunci utama untuk kawal seluruh organisasi Fernandos", jelas Hans.

Aku diam. Tapi ketahuilah dalam hati, api kemarahan sedang membara. Tunggu masa sahaja untuk dilepaskan pada si Tua Fernandos.

"Aku nak kau perketatkan keselamatan sayap tengah. Apa pun yang terjadi, jangan biarkan cop tu jatuh pada tangan Fernandos. Aku masih ada urusan yang perlu diselesaikan", dengan arahan tersebut, aku bangun pergi meninggalkan meja makan.

Beberapa tapak, langkahku dihentikan. Siapa lagi kalau bukan Louis.

Tangan besarnya menghadang seluruh jalanku.

"Where you think you're going?"

"Aku tak ada mood untuk bertekak Louis. You choose to stay and i choose to keep my mouth shut."

"Kau amanah aku Lily!", Louis menekan kata-katanya.

Huh!? Amanah? Kalau bukan sebab situasi yang genting, pasti aku terbahak dengan ucapannya.

"Cukup-cukuplah kau bermimpi Louis. Aku, bukan sesiapa dalam hidup kau", nada yang biasa namun aku pasti cukup menoreh luka yang parah di hati Louis sehingga dia kelihatan terkedu.

Langkah diatur namun sekali lagi terbata dengan pergelangan kemas tangan Louis pada lenganku.

"Aku boleh jadi seseorang yang istimewa untuk kau!", Dengan semberono pisau lipat yang terletak elok pada jaket bajunya dikeluarkan.

Aku memandang kosong ke arah Louis. Menanti tindakan selanjutnya.

Dan benar telahanku, pisau tadi dibawa ke lehernya sendiri.

"It won't kill you, trust me", provok aku. Namun tatapan mata tidak sesekali dilepaskan dari pergerakkan tangan itu.

"Really?", Louis menyoal dengan senyuman sinis.

Tanpa teragak-agak, Louis menarik pisau tersebut untuk menelusuri leher sendiri.

PAP!

Terpelanting jauh pisau lipat tersebut bersama telefon pintar aku yang berkecai di atas lantai.

Dada berentak laju dan ganas. Jika bukan tindakan aku cepat, pasti leher itu sudah dikelar. Gila seorang Louis boleh menaikkan darah betul!

"Kau gila ke?!", sejurus itu pipi Louis menerima tamparan hebat.

Belum sempat Louis menjawab, lagi sekali pipinya menerima habuan. Berkali-kali sehingga amarah wanita dihadapannya kelihatan reda.

"Cukuplah Louis. Cukup seksa aku begini. Aku penat", luahku sedikit teresak.

Louis diam namun tangannya perlahan naik menyeka butiran halus yang membasahi pipiku.

"Maafkan aku untuk semuanya Lily. Aku bersalah pada kau. Aku sedar. Aku tak tahu malu merayu untuk cinta kau, ya aku tahu. Tapi hati aku tak mampu untuk lepaskan kau pergi. Kau ibarat nyawa aku", ujar Louis sehingga membuatkan aku makin teresak.

Tanpa teragak-agak Louis menarik aku ke dalam pelukannya. Lama kami berkeadaan begitu. Ditemani nafas perlahan masing-masing seolah tenggelam dalam ketenangan yang tercipta.

"Kita nikah", putus Louis.

Dan ketahuilah bahawa aku tak mampu lagi untuk terus menolak. Hati ini akan tetap menginginkan seorang Louis.

"Let's proceed with that", ucapku seraya tersenyum. Louis kembali mengeratkan pelukan kami.

Mungkinkah aku akan menyesal? Mungkin sahaja. Tapi selagi nyawa dikandung badan, aku akan pastikan keselamatan Louis sentiasa terjamin!

"Uncle...", seruku saat terpandangkan wajah tua satu-satunya bapa saudara yang aku miliki. Meskipun telah sekian lama, wajah itu masih lembut dan mesra seperti dahulu. Dia menyambut sapaan aku dengan pelukan yang erat.

"Llily sayang, kamu apa khabar? Lama kamu tak melawat Uncle. Uncle fikir kamu dah lupakan Uncle", protesnya lembut namun ada terselit kesedihan di situ.

Aku cuba tersenyum manis padanya namun kepahitannya jelas terserlah. " I'm sorry Uncle. Lily terlampau sibuk", itulah alasan paling selamat untuk diberikan pada lelaki tua itu. Sementelah berlaku gejolak dalam keluarga, aku sama sekali diharamkan oleh ayah untuk bertemu dengannya.

" Dan Lily panggil aku ke sini untuk berbincang soal perkahwinan Lily", perlahan aku menyusun kata namun tetap sahaja menerima jelingan maut.

"Kamu bakal berkahwin? When? Where? Dengan siapa?", soalnya bertalu-talu. Kedua-dua tangannya kini kemas memegang bahu aku. Daripada serius wajahnya mulai tampak neutral sebaik aku menyentuh lembut tangan tuanya.

"Secepat mungkin", balasku.

Dia seolah-olah ingin menyoal sesuatu sebelum perbualan kami disampuk oleh Louis.

"Here Uncle, Lily kenalkan ini Louis. Bakal suami Lily", tubuh Louis aku tarik mendekati. Kini kami berdua sedang berhadapan dengan bapa saudaraku.

"And Louis, ini Tuan Dianz Muqriez. My one and only beloved Uncle".

Keduanya berjabat tangan. Louis cuba melorek senyum manis begitu juga dengan Tuan Dianz Muqriez namun kedua-duanya tampak canggung. Maklumlah dua-dua adalah spesies sejuk beku.

"So tell me sayang, apa yang kamu nak bincangkan dengan Uncle?"

Aku teguk liur kesat. "Lily perlukan Uncle sebagai wali", jujur aku berterus terang. Dialah satu-satunya jalan penyelesaian aku dan Louis. Untuk harapkan ayah kandung aku sendiri, tidak mungkin. Hati tua itu telah menjadi keras-sekerasnya buat aku.

"I knew it Lily. Orang tua tu memang suka buat masalah. Apalah nak jadi dengan korang anak beranak ni? Kalau masa boleh diputar memang lama dah Uncle bawa lari mama kamu masa nak kahwin dulu. Hamdan tu memang tak tahu diuntung sungguh!", getus Tuan Dianz Muqriez. Membara pula hati tuanya memikirkan suami adiknya itu.

"Ada apa-apa berita dari sana?", soal aku seraya melabuhkan duduk. Telefon pintar masih setia melekap pada telinga mendengar setiap butir bicara orang dalam talian. Ssesekali suara itu berdecit, mendengus dan mengeluh kasar.

"Aku tak pasti. Tapi aku tahu ada something wrong. Seolah-olah mereka cuba kaburkan mata kita dekat sini. Takkan semudah itu mereka nak bocorkan maklumat dan keberadaan markas sendiri. Tak mungkinlah macam tu! Aku yakin ada sesuatu di Malaysia. Mereka cuba sembunyikan sesuatu dan aku yakin Malaysialah tempatnya. Aku syak perkara ni melibatkan mana-mana syarikat besar. T&Q pun boleh jadi salah satunya!", jelasku tegas.

Talian sana mula bersuara memberi pendapat.

"Aku tak pernah percayakan Laily. Dia ibarat gunting dalam lipatan. Bila-bila masa dia boleh bertindak gila. Lagi penting, aku yakin dia tahu pekerjaan aku yang satu ni! Kau perlu dapatkan bukti dengan segera Rose!"

Author terlampau sibuk. maaf....

Share this novel

Fatimah Mutazali
2025-03-11 21:58:32 

thanks update author


NovelPlus Premium

The best ads free experience