Aku cuma akur saat tubuh ditarik paksa keluar dari kereta.
Apalah nasib hari ni? Asyik ditimpa bala sahaja. Kejadian di hotel tadi pun belum pudar ditambah lagi masalah sekarang.
Hidup ini memang kejam bukan?
"Encik, tolonglah lepaskan saya. Saya boleh bagi berapa sahaja yang Encik nak. Dengan kereta saya pun saya sanggup beri asalkan Encik-encik semua ni lepaskan saya", ucapku sambil memuncung mulut ke arah kereta Bugatti Veyron silver kesayanganku itu.
Maafkan mummy ya nak? Terpaksa korbankan engkau!
Lelaki tadi yang aku agak mungkin ketua mereka cuma tersenyum sinis sambil memandungku.
"Kau ingat kami bodoh nak lepaskan mangsa kami begitu saja?", ucapnya sambil membelai rambutku.
Aku apa lagi? Cuaklah! Gila tak cuak. Kalau ikutkan hati mampu saja aku tewaskan dia seorang tapi memikirkan jumlah mereka, awal-awal lagi aku mengalah.
"Jadi Encik nak bawa saya kemana ni?", soalku. Kiri kanan aku toleh dua orang lelaki yang erat memegang lenganku. "Kalau saya jalan sendiri, tak boleh ke?", soalku lagi pada ketua mereka.
Lelaki itu menjeling aku tajam.
Terus diam aku dibuatnya. Takut! Buat masa sekarang, entah mengapa aku lebih rela menatap jelingan Louis yang tajam dan menyeramkan itu berbanding jelingan lelaki tadi. Walaupun jelingan Louis lebih menakutkan.
Tiba-tiba mulutku ditutup menggunakan kain. Mulailah aku gelabah teruk. Apatah lagi tubuhku sekali lagi dipaksa masuk ke dalam sebuah van.
Gila! Ini semua kerja gila! Aku taknak mati muda! Menggelepar aku cuba lepaskan diri sehingga dua lagi lelaki datang cuba menolong rakan mereka.
"Assalamualaikum".
Mataku membulat dan tubuhku terkaku. Kami semua berpaling ke arah satu suara yang memberi salam dikala kegentingan tadi.
Apakah...?
Kaki panjang itu mula merapati kami. Dalam cemas, mata dipincingkan, macam pernah kulihat figura tersebut. Tapi dimana ya?
" Maaf mengganggu encik-encik semua tapi saya nak tanya, masjid paling dekat dengan kawasan ini dekat mana ya?", sambil berkata, mata helang itu memandangku. Mata aku membulat setelah menyedari siapa gerangan itu.
Louis! Oh my hero!
Krik...krik...krik...krik
Ketua perompak terkedu. Empat lagi lelaki pula terdiam seribu bahasa.
Tak mereka jangka itu yang terpacul dari mulut Louis!
"Masjid dekat kawasan ni memang tak ada bang", jawab salah seorang yang memegang lenganku ramah. Tak perasan member yang lain tengah pandang dia macam nak telan.
Pak!
"Aduh! Sakitlah Ravi!", marah lelaki itu apabila rakannya memukul kepala dia.
"Eh bodoh! Yang kau sebut nama aku asal?", marah lelaki yang memukul tadi.
"Entahnya si Amir ni", getus yang lain pula sebelum menerima habuan dari rakan mereka yang diam sedari tadi.
"Eh kau asal pukul aku Chong?", naik suara lelaki itu ke arah rakannya.
"Diamlah Lias", bentak Chong pula.
Aku mengerutkan kening. Apa ke bodoh sangat perompak ni! Macam mengalu ngalukan diri untuk ditangkap je.
Ketua perompak sudah memicit dahi sendiri. Sakit kepala kut melayan karenah rakan-rakan sendiri.
"Sebelum aku bunuh kau orang semua, baik kau orang semua senyap!"
"Tapi Borhan, dia ni yang start dulu", adu Amir.
Aku menahan tawa saat terpandang wajah ketua perompak yang seperti ayam berak kapur tatkala namanya disebut. Pucat semacam!
"Tapi bang, abang belum jawab soalan saya. Jadi kalau saya nak ke masjid, jalan yang mana lebih dekat?", sampuk Louis tak mahu kalah dalam menyerabutkan otak ketua perompak itu.
Tanpa diduga, sebilah pisau diacu pada leher Louis.
"Louis!", tempikku cemas. Walaupun kami musuh, tetap saja. Nyawa bukan satu permainan.
Mata ketua perompak menajam padaku, "Oh, jadi kau orang berdua kenal ke?", soalnya sinis.
Aku terdiam. Mengeras seluruh tubuh ketika pisau itu semakin mendekati batang leher Louis.
Tak guna! Ketua perompak itu cuba untuk memprovok diriku.
"Kau buat apa dekat sini?", sapa Louis penuh bersahaja.
"Lou...louis, p..pi...pisau tu!", tegurku.
Gila apa Louis ni! Tengah nak mati pun boleh buat hal.
"Girlfriend abang ke ni?", Amir mencelah. Tersengih-sengih dia menolehku.
"Gila!", balas Louis dan aku serentak.
Amir tergelak kuat.
Dia ingat lawak ke?
"Lepaskan perempuan tu", arah Louis mendadak. Pandangannya tajam menikam ketua perompak tadi. Malah dengan beraninya dia mara, membenarkan mata pisau yang diacu menoreh luka pada lehernya sendiri.
"K..kau gila?", soal ketua perompak yang mulai kelihatan takut. Langsung dia tidak menjangkakan tindakan drastik Louis tadi. Langkah mula diundur kebelakang.
"I said let her go!", keras suara Louis berbunyi.
"Tak..bo...boleh"
"Jangan cuba nak main-main dengan aku. Lepaskan perempuan tu sekarang!"
Amir, Ravi, Chong dan Lias mula melepaskanku untuk mendekati ketua mereka.
Masing-masing mula mengeluarkan senjata. Ada yang memegang pisau juga, ada yang memegang tukul dan kapak.
Haih, zaman bila la guna benda ni. Sekarang kalau nak merompak orang guna pistol tau. Senang kerja.
Eh Astaghfirullah. Apalah yang aku fikirkan ni!
Louis kelihatan berjaga jaga. Saat ada pisau yang dilayangkan kepadanya, dengan tangkas dia membanting lengan tersebut sehingga pisau terpelanting jauh.
Ketua perompak yang terkejut, pantas cuba menyerang dari sisi ketika Louis leka memerhati tindak tanduk Chong yang cuba menyerangnya.
Tak boleh jadi! Aku dengan kuat menggapai rambut rambut ketua perompak dan Amir yang paling dekat denganku.
"Argh!", jerit kedua mereka. Aku menggigit bibir sendiri.
"Sorry tapi tak sorry", ujarku sebelum menguatkan lagi tarikan. Bergelut lelaki berdua itu cuba melepaskan jari jemariku dari rambut mereka.
Heh! Aku ini pemegang tali pinggang hitam tau. Ingat mudah ke nak lepas.
"Nah!"
Louis mencampakkan pek ais ke mukaku sebaik membolos masuk ke dalam kereta.
"Bagi elok-elok tak boleh ke?", getusku geram. Nak taknak aku letak jua pada lenganku yang sedikit lebam.
"Bak sini muka hodoh kau tu", arah Louis.
Aku sekadar menghulur muka.
Dengan spontannya Louis menampal penampal luka pada luka torehan yang ada dimukaku. Adalah dalam dua tiga luka yang terhasil kerana perompak yang memecahkan tingkap kereta aku tadi. Ciss. Kesian anak aku!
"Kereta aku macam mana?", soalku sebaik luka siapa ditampal.
"Aku dah call orang ambil. Nanti pandai-pandailah kau bawa pergi bengkel sendiri", balas Louis. Datar sahaja nadanya.
Tadi bukan main ramah je tegur perompak-perompak semua tu. Bila berdua je dengan aku, balik semula ke habitat asal! Dasar beruang pola!
"Weh Louis...", seruku perlahan. Saat ini kereta sudah mulai bergerak.
"Hmm?"
"Terima kasih untuk tadi", ucapku antara dengar dan tidak. Maklumlah, malu sangat. Kami bukannya rapat, jauh sekali berkawan. Musuh kut. Jadi ucapan terima kasih itu aku tuturkan separuh berbisik kerana malu dan janggal.
"Lain kali nak stop sekalipun, make sure tempat tu tak sunyi dan selamat. Lain lah kalau kau tu ada kuasa nak lawan orang jahat."
Aku terdiam tak berkutik. Terasa seperti anak kecil yang sedang dimarahi walau hakikatnya nada Louis datar dan langsung tak menunjukkan dia marah. Nak menyinis adalah. Tapi entah, seolah terselit kerisauan pada pandangan Louis tika itu.
Adakah aku salah lihat?
Share this novel