"Kenapa dengan tangan kau ni Vena?", suara kepoh Firman mula kedengaran. Sejak awal aku masuk lagi dia sudah menjeling tangan aku yang bertampal pluster.
Dengan menyampahnya aku tepis kasar tangan dia yang mahu hinggap pada tanganku. " Sibuk aje kau ni!"
"Eh aku ni baik tahu? Gila caring dekat kau, tapi kau boleh pulak tepis aku", rungutnya sebal.
Aku diam sambil mengurut pelipis. Dengan keadaan mata yang terpejam, tubuh yang bersandar penuh ke sofa, aku cuba mencari ketenangan. Semalaman juga aku tak boleh lelap. Teringat kejadian 10 tahun yang lalu.
"Kau dengar tak aku tanya ni Vena? Tangan kau kenapa bertampal pluster tu?", Firman menggoncang pula lenganku.
Ada kawan begini, memang meminta kaki kan?
"Kucing cakar", balasku pendek. Malas hendak melayan karenah lelaki itu. Jika aku melayan, ada juga kaki yang melayang nanti.
"Sudah siap ke? pengambaraan nak mula dah ni", muncul seorang kru di muka pintu.
Aku cuma angguk sebelum bangun. Hari ini lokasi pengambaraan diadakan di sebuah hotel. Jadi agak lebih selesa jika dibandingkan dengan lokasi sebelum ini.
"Eh Vena. Sejak bila pula kau pelihara kucing?!", tinggi suara Firman bernyaring saat dia sedar aku sudah terlebih dahulu meninggalkannya.
Dalam haluanku ke lokasi, boleh pula bertembung dengan Louis. Lelaki itu tampan mengenakan t-shirt dan jeans hitam.
Sekilas dia menjeling tanganku yang bertampal.
Aku buat bodoh sahaja sambil menonong ke hadapan sebelum dengan tiba-tiba tubuh terasa ditarik.
Dengan kuat aku terhentak ke lantai yang kasar.
"Apa ni?", jerkah aku kasar sambil mencerlung ke arah seorang wanita yang berusia sekitar 40an. Dah kenapa pula mak datin ni main tarik-tarik tubuh aku sesuka hati?
Sakit belakang aku usah kira la. Dengan kepala yang sedikit terhantuk, memang nasib aku agaknya jatuh terlentang tadi.
"Dasar betina sundal! Berani kau goda suami aku!", wanita itu menarik rambutku kuat.
Tanpa dapat dikawal, ringisan kesakitan meletus keluar dari celahan bibir. Belum sempat aku tepis tangan itu, laju sahaja dia mendorong tubuhku hingga sekali lagi kepalaku terhantuk pada lantai.
"Shit!", carutku. Sakit kut!
"Mak cik ni siapa ha?!", suaraku mulai lantang. Aku cuba sedaya upaya menghalangnya namun kudratku yang sedang terduduk ditambah lagi sakit yang mencengkam membantutkan tindakanku. Malah wanita itu langsung tak berganjak saat aku cuba menolak batang kakinya.
Sekali lagi wanita itu cuba menyakitiku, kakinya sudah bersedia diangkat. Bahasa mudahnya, ingin dilayangkan ke mukaku yang cantik, namun...
"Stop!"
Bukan sahaja wanita itu, malah aku juga turut terkejut melihat Louis sedang elok bersandar pada dinding laluan hotel.
Erk! Jangan kata dia menonton sejak tadi lagi! Malu lah aku! Dari rasa bengang dan sakit terus bertukar malu saat mata aku bertembung dengan sepasang mata hijau menawan Louis. Laju aku berpaling ke sudut yang lain. Dalam banyak-banyak masa, kenapa aku perlu dipermalukan saat berada bersama beruang kutub itu?!
"One more touch, and you'll regret it", dingin Louis berkata.
"Tsk, apa yang kau akan lakukan kalau aku ingkar juga?", mak datin itu cuba pula bermain api. Apa dia fikir Louis itu lelaki biasa? Eh hello, gila si Louis itu jangan dibuat main!
Sekelip mata sahaja rambut mak datin itu ditarik Louis. Bukan main terkejut lagi perempuan itu.
Haa tengok! Kan dah kata. Gila Louis itu lain macam.
"Lepaslah! Aduh! Tolong! Someone!", raung wanita itu sambil terkapai-kapai cuba merungkaikan cengkaman kemas Louis.
Aku tak mampu menolong melainkan ketawa perlahan. Lawak pula.
"Sudahlah tu Louis", halang aku sebaik aksi Louis ditangkap oleh beberapa pasang mata.
Bukan apa, kalau perkara ini viral, bukan sekadar Louis malah aku juga akan terpalit sama. Kemungkinan juga projek kami bersama bakal terjejas.
Tanpa perasaan Louis menolak tubuh mak datin tadi sehingga tertumus ke lantai. Teruk gayanya namun aku segera mengheret lengan Louis untuk segera beredar.
Dalam keadaan kelam kabut itu hampir-hampir sahaja aku merempuh satu susuk tubuh perempuan tinggi lampai.
Aku pandangnya lama. Dengan baju yang sama sepertiku, bibirnya comot dengan gincu seolah dilanda badai nafsu lelaki.
Aku dan Louis saling berpandangan sebelum menoleh ke arah mak datin tadi. Rasanya Louis juga berfikiran yang sama denganku.
Lelaki itu mengeluh berat lalu menarik aku pula pergi. Sehelai sapu tangan dihulur.
"Apa ni?", soalku hairan.
"Sapu tangan pun kau tak kenal ke? Terhantuk sikit pun dah bodoh", ucap Louis penuh sarkastik.
Aku menahan rasa hati. Kenapalah dalam banyak pelakon di luar sana, dengan Louis juga aku digandingkan. Macam tak ada pelakon lain dah!
"Hidung kau berdarah", sambungnya setelah melihat wajah bodoh kebingunganku.
"Haa?!", terkejut aku saat merasakan cairan panas mengalir melalui celahan bibirku. Segera aku tekap hidung dengan sapu tangan Louis.
"Kau ni dah la lembik. Ini apahal pulak dah hidung berdarah bagai. Kau stress sangat ke tengok muka aku?", bidas Louis.
Ada sahaja yang menyakitkan hati keluar dari mulutnya. Aku menjeling dia tajam.
"Diamlah kau!"
Louis menjeling mata ke atas.
Ek eh dia ni! Melampau!
"Ambil ni. Biar ada tenaga sikit. Kena belasah macam tadi pun dah lemah semacam".
Aku diam namun huluran gula-gula darinya tetap aku ambil lalu dimasukkan ke dalam mulut. Entah mengapa aku tiada niat untuk bertengkar hari ini. Mungkin juga kerana aku penat. Ditambah lagi kejadian tadi, dengan mulut Loius yang tiba-tiba becok semacam. Selalunya jika bukan aku yang memulakan pergaduhan, hanya kedinginan yang mengisi jurang antara kami.
Agaknya Louis tersampuk mambang tanah hari ini.
Suasana malam yang semakin hening ketika ini menenangkan aku. Buat seketika aku memilih untuk berhenti di tepi jalan dari terus pulang ke rumah. Memandangkan Rasy juga sibuk dengan urusannya, aku terpaksa memandu sendiri untuk hari ini.
Sekeping gambar dikeluarkan dari dashboard.
"Assalamualaikum mama", ucapku perlahan seraya mengusap wajah yang ada pada gambar itu.
"Mama tenang dekat sana? Vena rindu mama", air mata yang menitis segera aku kesat.
Gambar itu dipeluk kemas. Seolah olah membayangkan diriku memeluk insan bergelar ibu kandungku itu.
TOK TOK TOK!
Dalam keadaan terkejut, aku turunku sedikit cermin kereta saat satu susuk berpakaian serba hitam muncul.
"Ada apa ya Encik?", soalku perlahan. Wajah sendiri cuba ditutup. Tidak mahu ada yang mengecam diriku buat saat ini .
Lelaki itu tersenyum manis, "Maaf mengganggu Cik. Saya ingatkan kereta Cik rosak. Itu yang saya datang menyapa. Mana tahu ada yang saya boleh tolong".
Aku tersenyum serba salah sambil mengangguk faham. Ingatkan apalah tadi.
"Tak adalah Encik. Terima kasih sahajalah ya. Saya berhenti sekejap untuk rest. Letih pula rasa nak drive", terangku tanpa dipinta. Lelaki di depanku masih berdiri sambil tersenyum itu sempat membuatkan ketenangan hatiku yang tadi terasa kini tergoncang hebat.
Kenapa agaknya senyumannya terlihat menyeramkan.
"Kalau tiada apa-apa lagi, saya sambung gerak dulu", aku segera menekan punat cermin kereta supaya tertutup namun sekelip mata sahaja cermin itu dipecahkan dari luar.
Kelibat lelaki yang tadinya cuma seorang, bertukar menjadi lima orang.
"Nak kemana cepat-cepat ni Cik?", ucap lelaki tadi seraya tersengih sinis.
"Shit!", carutku sambil memegang wajah yang terpercik kaca tadi.
Share this novel