34 | LEAVE OR STAY?

Romance Series 14773

"Choose one, leave me or stay with me forever?"

Dapat aku lihat kengerian yang tergambar pada wajah Louis kala ini.

"I told you Louis, you can't handle me", ucapku lemah. Tubuh Louis aku tolak menjauh. Melampiaskan rasa kecewa sendiri.

Hakikatnya ini semua sudah ditebak tapi kenapa rasanya tetap sakit?

"Take him out Hans. Leave me alone for a moment", pinta aku pada Hans. Lelaki itu memandang simpati sebelum menarik tubuh Louis keluar.

Kerusi berdekatan aku tendang sekuat hati sehingga retak.

"Cinta?"

"Aku?!"

"Tak layak sama sekali!"

Sakitnya hanya diri sendiri yang tahu. Selama hidup ini aku berjuang untuk tak pernah jatuh cinta. Sekali terkena, sakitnya tak terperi.

Ibarat hati dihiris hidup-hidup. Sakit tapi tak berdarah.

"Lily!", pintu dikuak kasar dari luar oleh Hans. Lelaki itu tampak termengah-mengah dengan wajah cemas.

"Apa Hans?"

"Rumah Tuan Fernandos terbakar!", ujarnya dengan getaran suara yang jelas.

"Segera ke sana", arahku. Dengan langkah laju aku berlari mendapatkan kereta di halaman luar.

"How about Rose and Qal?"

"Negative Lily. Kita masih tak ada berita dari pihak sana. Fernandos sendiri tak ada dekat sana. Only Rose dengan Qal bersama beberapa anak buah kita".

"Tak guna! Aku tak sepatutnya bawa Louis ke sini! Kalau aku tak buat semua tu Rose dan Qal takkan berada dalam bahaya", amuk aku sendiri.

"Apa maksud kau Lily?", soal Hans musykil. " Bahayakan Rose dengan Qal? Dari siapa? She clearly under protection".

"You know nothing Hans. Legasi Fernandos yang megah berada di bawah naungan seorang ketua sahaja. Tapi pewaris Fernandos bukan seorang. Rose masih hidup dan giat aktif dalam legasi ni. Apa yang kau jangkakan? Si Tua Reo Fernandos akan berlembut hati dengan anak saudara dia?"

"Rose hanya hidup tenang selama ni!", tekan Hans.

Aku gelak sinis, "Kau ke sini untuk cari Hunter bukan? Misi kau untuk cari pembunuh upahan yang selama ni diburu sebab terlibat dalam pembunuhan berantai 3 tahun yang lalu? Tapi akhirnya kau terjebak dengan isu panas pemerdagangan manusia dengan dadah. You seems like you already lost Inspector Zariel Al-Qamr. So let me tell you something, the one you've been looking all this time is your beloved Rose. Rose ialah Hunter! Hunter ialah Rose. We're under the same shoes".

Hans terhenyak di tempatnya sendiri. Kenyataan yang selama ini disorok akhirnya terbongkar.

"Jadi sebab tu kau selalu beri pilihan antara Rose dengan kerja aku?"

"Kami melindungi satu sama lain. Wajah bagi aku untuk pastikan keselamatan dia dengan kau. Sama ada kau mampu atau tak untuk lindungi dia", ujar aku dingin.

Usai itu Hans lebih memilih untuk diam sehingga kami tiba diperkarangan rumah Fernandos.

Rumah yang selama ini megah berdiri itu kini dijilat api tanpa belas.

Kereta Rose yang elok tersadai di tepi garaj buatkan jantung aku hampir meletup. Apatah lagi kelibat Leo, orang kanan Rose yang cedera parah menyapa pandangan mata aku.

Mata lelaki itu masih tertumpu pada rumah yang dijilat api itu seolah ingin merempuh masuk namun sayangnya tubuh itu melemah akibat lecuran yang teruk.

Tanpa berfikir waras aku cuba berlari ke arah rumah tersebut sebelum Hans laju menangkap tubuhku.

"Are you out of your damn mind?!", jerkahnya kuat.

"Kenapa Hans? Kenapa semua yang aku sayang diambil satu persatu?!", dengan pandangan berkaca aku memandangnya meminta jawapan.

"Wake up Lily! Jangan lemah macam ni! Kau memberi musuh kau peluang untuk menyerang, kau sedar tak?"

"I'm weak...", ucapku sayu. Tubuh melorot jatuh dari pegangan Hans namun sepasang tangan yang lain menangkap.

"Apa yang kau buat dekat sini?", dingin Hans bertanya. Pandangan jengkel dilontar pada Louis.

"I'll take care of her", balasnya seraya mencempung tubuh aku yang melemah.

"In the end you'll leave just like others", bisik aku perlahan. Cukup untuk menyapa pendengaran kami berdua.

"I choose to stay sweetheart. You're mine and only mine till death do us apart. You can keep my words".

Aku tersenyum nipis mendengarnya. Benarkah? Atau itu hanya janji sementara? Aku sendiri tidak pasti.

Bunyi bising dari arah luar mengejutkan aku dari lena. Bukan setakat pertelingkahan malah bunyi hempasan barang juga turut terselit.

"Apa yang korang buat ni?", soalku sebaik menjamu mata dengan wajah lebam Hans dan Louis. Seluruh barang di ruang tamu berselerakan dan pecah. Puncanya mestilah kedua makhluk tersebut.

"Rose dah mati! Qal dalam keadaan kritikal! Semua ni salah dia!", keras suara Hans bergema bersama jari yang dituding ke arah Louis. Amarahnya benar-benar meruap saat menerima khabar tersebut.

Mendengar kata-kata Hans membuatkan seluruh tubuhku hilang fungsi. Sofa berdekatan aku gunakan sebagai penahan tubuh dari rebah.

"Kau yang sepatutnya mati! Bukan Rose! Kau memang tak guna! Rose dah cukup terseksa kerana kau tapi kau masih buta untuk menilai kasih sayang dia!", kali ini tubuh Louis ditendang kuat tanpa belas. Tubuh itu diterkamnya buat kesekian kali, tumbukan demi tumbukan dihadiahkan sehingga lunyai Louis dikerjakan. Lelaki itu pula hanya menerima semua perbuatan Hans setelah perihal Rose dibangkitkan.

"Enough Hans!", teriakku tak terkawal. Malah seluruh tubuh aku bergetar menahan emosi sendiri.

"Jangan nak salahkan orang luar dalam hal ni! Kau sendiri tahu punca kebakaran tu! Kau fikir dengan tindakan bodoh begini Rose akan hidup balik ke?!", kolarnya aku tarik kuat, tubuh itu melayang kebekalang menjauhi sosok terkulai Louis.

Hans ketap bibir sendiri, wajahnya diraup penuh kesal.

Kini perhatianku beralih pula pada Louis. Wajah tampan itu diseliputi dengan darah merah. Dadanya masih berombak tenang namun matanya tampak kelam kesayuan. Entah apa yang difikirkannya.

"Kemas barang kau dan kembali ke Malaysia. Aku akan anggap tiada apa yang pernah terjadi antara kita. You should save yourself first", ucapku dingin.

Louis bangun dengan susah payahnya. Pergerakkannya agak terbatas namun dia masih mampu berdiri sendiri.

"I will stay!", ucap Louis keras.

"No you're not! Leave!", bantahku.

"I will stay! No matter what you say, I'm with my decision!", potongnya tak ingin beralah.

Aku tatap lama wajah yang sering menjadi igauan siang dan malam ku itu.

"Kematian Rose belum cukup ke untuk buka mata kau Louis? Hidup aku mempertaruhkan semua yang aku ada! Aku bergelumang dalam dosa! Untuk hidup bersama aku, kau takkan pernah tenang. Hidup dengan aku bermakna kau perlu mengalah dalam banyak hal. Nyawa kau mungkin terancam!", lemah namun cukup tegas untuk Louis faham apa yang aku ingin sampaikan.

"Aku sanggup! Kau satu-satunya perempuan yang aku inginkan dan aku tak inginkan yang lain!", keras nadanya. Baginya, kehilangan Rose cukup meninggalkan kesan mendalam apatah lagi perlu menghadapi kehilangan wanita yang dia sayang. Itu lebih memeritkan!

"Kau tetap akan kembali ke Malaysia esok. Puan Rebetha menunggu kepulangan kau", ya! Aku masih ingat perjanjian yang termeterai antaraku dan Puan Rebetha. Wanita itu juga berhak bahagia dengan Louis.

"Aku takkan tinggalkan kau! Mana kau berada aku pun akan turut ada bersama!", tegang seluruh urat jantan Louis.

Tiada tanda-tanda dia akan mengalah melainkan aku yang terlebih dahulu menyerah. Diam-diam aku hela nafas berat sebelum memberi isyarat pada Hans supaya beredar meninggalkan kami berdua.

"Look here Louis, kau tak perlu buat semua ni sebab simpati. Aku tak perlukan semua tu!", bahunya aku pegang lembut, terpaksa aku mendongak ke atas untuk memandangnya memandangkan Louis sangatlah tinggi. Darah yang mengalir pada tepi bibirnya aku sapu lembut namun Louis menangkap pergelangan tanganku dengan panahan mata yang tajam.

"Simpati? I don't give a sh*t about that! Aku gilakan kau separuh mati Lily Ravena! Only you! Keep it in your mind! I'll do anything to make you mine!", tegas Louis agak bengang dengan tuduhan yang dilemparkan. Dengan keadaan terhincut dia berjalan pergi.

Aku hanya mampu menatap kepergiannya yang kian jauh tanpa mampu berbuat apa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience