5 | LANGKAWI

Romance Series 14773

Dengan malas hoodie besar bersama seluar tidur bunga-bunga kecil disarung. Memandangkan jam hampir mencecah 11 malam, aku sekadar memakai mask tanpa make up untuk ke kedai serbaneka.

Nak buat macam mana, tengah-tengah malam macam ni la sahabat yang satu tu nak datang. Paling haru bila satu pun pad tak ada. Nak tak nak perlulah aku keluar untuk membeli. Hendak pinjam Bonda, sudah semestinya wanita itu sudah tidur.

Pinjam dengan Laily? Huh! Lambat lagi agaknya. Kakakku itu bukan rapat atau suka sangat padaku hingga bermurah hati untuk meminjamkan pad walaupun sekeping.

Kunci kereta Bugatti Veyron silver kesayangan dicapai. Aku memandu dengan lancar sahaja memandangkan tidak banyak kenderaan di malam hari.

Satu pad dicapai lalu laju sahaja mataku meliar ke sekeliling. Saat itulah mata menangkap susunan mi segera di rak paling hujung.

Aku pegang perut sendiri, "Laparlah pula", desisku sendirian.

Setelah agak lama berkira-kira, aku memutuskan untuk mencapai satu cup mi segera di atas rak paling atas.

Agak terkial-kial juga rasanya memandangkan ketinggianku cumalah 158 cm. Aku mengeluh sebal.

Tak sampai lah pula! Aduh!

"Letaklah bawah sikit. Tak mesra ketinggian langsung. Siapa punya kerjalah cipta rak tinggi nak mampus ni", aku merungut kasar. Namun tangan masih setia menggagau. Kut-kutlah sampai kan? Tapi tetap sama!

Tiba-tiba satu tangan kekar melintasri kepalaku.

"Kalau nak minta tolong tu cakap. Sedar yang diri tu pendek. Sampai ke esok pun memang takkan sampai".

Erk! Suara ni...

Louis pandang aku yang sedang memandangnya terkaku.

"Kau tak nak ke?", cup mi segera dilayangkan pada wajahku.

Segera aku ambil lalu bergegas ke kaunter untuk membayar.

Gila! Boleh pula terserempak dengan Louis dengan keadaan macam ni. Takdir memang kejam dengan aku kan? Tengah aku selekeh jugalah Louis nak muncul. Agaknya lepas ni aku kena pakai dress mewah dulu sebelum masuk mana-mana kedai.

Usai membayar, plastik barang aku rampas laju sehingga terkejut kakak yang jaga kaunter tu. Tak menjangkakan tindakan drastik aku itu barangkali.

Aku pula buat bodoh seraya berlalu keluar. Tak mahu bertembung lagi dengan Louis.

Belum sempat aku capai pintu kereta, satu tangan laju menarik hoodieku dari belakang.

Impaknya tubuhku tertarik kebelakang sehingga dapatku rasakan rasa hangat.

Louis merenung aku lama.

"Seronok raba aku?", soalnya garau.

Aku pandang tangan sendiri dan wajah dia silih berganti.

Oh My Gucci!

Tangan yang tadi elok bertapak pada dada bidang Louis segera dilarikan. Malu tak payah cakaplah. Panas semacam aje wajah sekarang ni. Laju tubuh dipusing membelakangkan Louis.

"Kau nak apa ni?", soal aku pula. Nak tutup malu aje sebenarnya.

"Lilit ni dekat pinggang kau", arahnya sambil menghulur jaket kulit hitam miliknya.

"Kau ni memang lembablah".

Haa?! Aku terpinga-pinga. Belum apa-apa dah dicop lembab.

"Dekat seluar kau ada darah. Jadi pakai ni", tangan Louis laju mengikat jaket kulitnya pada pinggang rampingku.

Dalam erti kata lain, tangan panjangnya itu kini melilit seluruh tubuhku. Sekali pandang, nampak macam dia sedang memeluk aku dari arah belakang.

Argh! Kenapa aku rasa macam ada rama-rama je dalam perut sekarang ni?

Nafas ditahan saat deria bauku mencium haruman wangi tubuh Louis yang menyerap masuk kerana jarak kami yang dekat.

"Done. Balik sana. Budak pendek tak elok merayap malam-malam buta".

Erk! Mataku tercegil.

"Diamlah kau. Nak baliklah ni", pintu kereta dibuka.

"Comel".

Langkahku mati, "Apa?", rasanya seperti aku mendengar Louis berkata sesuatu namun tidak jelas.

"Nothing", dingin Louis sambil selamba berjalan pergi. Kedua tangannya diseluk ke dalam poket seluar.

"Eh eh dia ni kan, selalu sangat cakap macam berbisik. Dia ingat telinga aku telinga lintah ke boleh dengar apa dia cakap?", rungutku sendiri sebelum membolos diri ke dalam kereta.

"Apa dia Pa?"

"Vena dengan Kak Laily akan ke Langkawi untuk uruskan projek dekat sana esok. Why? Any problem?"

Bulat mata aku memandang Papa dan Bonda silih berganti. Laily pula elok duduk bersilang kaki dengan senyuman sinis.

"Any problem Papa cakap? Papa tahu kan yang Vena tak suka Papa yang tentukan urusan Vena. Terutamanya untuk projek besar macam ni. Esok? Kenapa Papa tak cakap esok je yang Vena perlu ke Langkawi?"

"Vena...", tegur Bonda bila mana dia merasakan kata-kataku tadi agak melampau.

"No Bonda. Vena tak nak pergi. Projek ni tak mampu untuk Vena handle."

"Kak Laily kan ada", tegas Papa pula.

Hampir tertawa aku di situ. Laily? Apa yang aku ingin harapkan? Bergantung pada wanita yang menyalahkan takdir itu? Tidak sama sekali!

"Papa buat lawak kan?"

"Papa serius Vena. Apa sekalipun bantahan yang keluar dari mulut Vena takkan diterima oleh Papa. Cukuplah Papa berikan kebebasan pada Vena untuk berlakon walaupun tempat sebenarnya yang layak untuk Vena ialah di syarikat sana. Selagi Vena tak ada sebarang jadual berlakon, tugas Vena sebagai salah satu calon pewaris T&Q Holding masih diperlukan. Papa tetap dengan keputusan Papa untuk hantar Vena ke Langkawi".

Aku terdiam mendengar kata-kata tegas Papa. Rasa sakit hati lebih mencengkam buat masa ini sehingga kata-kata juga tak mampu menggambarkan rasa yang ada dalam hati.

"Abang, kut iya pun biarlah Vena uruskan hal-hal berkaitan syarikat dekat sini aje. Lagipun Vena belum terbiasa lagi kan?", Bonda cuba bersuara untuk aku memujuk Papa.

"Disebabkan belum terbiasalah kena dibiasakan. Sampai bila lagi nak dibiarkan dia dengan kerjaya lakonan yang entah sampai kemana tu?"

"Betul tu. Laily setuju. Kerja macam pelakon tu, apa aje yang dapat kalau bukan tayang tubuh depan kamera dan depan masyarakat? Vena perlu sedar nilai keluarga kita di mata orang luar".

"Apa yang nak disedarkan? Vena tak pernah umum pun tentang maklumat peribadi atau keluarga Vena. Seorang pun tak tahu siapa Vena ni dengan T&Q Holding", aku mulai bengang dengan kata-kata Laily.

"Papa tak kira, Vena. Sudah! Papa tak mahu kamu berdua bergaduh lagi. Apa yang Papa tahu, esok both of you akan ke Langkawi!", putus Papa.

Air mata ditahan. Bukan aku buta untuk tidak melihat senyuman kepuasan Laily melihat penderitaan aku.

"Papa kejam. Papa tak pernah cuba untuk selami hati Vena!", bentakku sebelum berlari ke tingkat atas.

Aiyok, Vena nak pergi jauh dah...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience