"Itu sahaja jadual Cik Lily hari ini. Cik Lily ada apa-apa pertanyaan?"
Kepala menggeleng lemah.
"You may go", arahku lemah.
"Okey. Anything just call me".
Sebaik hilang kelibat pembantu tadi, aku kembali bersandar lemah ke dada kerusi.
Hari ini baru sahaja bermula tapi entah mengapa, masa terasa ibarat bergerak perlahan.
Pandangan mata jatuh pada timbunan fail di atas meja bersilih ganti pula dengan tangan yang berbalut.
Mataku terpejam erat mengimbau kenangan yang lalu...
10 TAHUN YANG LEPAS.
Pagi yang cerah itu menaikkan rasa teruja dalam diriku. Kaki kecilku pantas berlari mendapatkan Laily dibiliknya.
"Kakak!", laungku agak kuat. Mencari kelibatnya di serta penjuru bilik namun tidak kelihatan.
"Mana kakak pergi ni?", jari kecil diketuk-ketuk ke dagu. Kaki kecil aku terkais-kais menolak tubuh untuk menaiki katil milik Laily.
"Lily sayang, buat apa dekat bilik kakak ni?", Mama datang menghampiri.
"Lily cari kakaklah Mama. Kakak dah janji nak main dengan Lily semalam".
"Lily lupa ke? Kakak kan pergi sekolah hari ni", lembut Mama berkata.
"Tapi kakak dah janji kalau Lily sihat, kakak nak teman Lily main basikal", balasku pula.
Mama membelai lembut rambut ikal mayangku sebelum tanganku ditarik keluar dari bilik Laily.
"Macam ni, Mama masakkan Lily sup ayam sementara tunggu kakak pulang ya? Lily tengok tv dulu. Nanti siap makan, kita sama-sama ambil kakak ya?", tubuhku didudukkan ke sofa ruang tamu. Sempat Mama kucup dahiku sekilas.
"Ingat ya sayang, jangan buka pintu kalau ada yang datang selagi Mama belum siap memasak. Hari ni kan Pak Mat cuti. Jadi Lily jangan pandai-pandai buka pintu", Mama berpesan sebelum ke dapur.
Animasi Upin Ipin yang ditayangkan menarik minatku dari terus memikirkan Laily. Dalam kesabaran menunggu, bunyi pintu diketuk menyentakkan aku.
Sekali sahaja sebelum ketukan terhenti. Tanpa berfikir panjang, aku kembali menumpukan perhatian pada tv.
TOK TOK TOK!
Ketukan kedengaran lagi. Kali ini lebih kuat. Aku menjeling sekilas ke arah laluan ke dapur. Ketakutan sambil berharap Mama segera datang. Namun bayang Mama tidak kelihatan.
"Lily!", laung suara di luar.
Akhirnya tangisanku pecah jua bercampur ketakutan. Pantas kaki ingin berlari namun perbuatanku terhenti.
"Ini Aunty, Lily. Bukalah pintu ni!"
Suara itu! Aku cam suara tersebut. Dengan terketar-ketar tangan kanan mencapai tombol pintu lalu dipulas kunci untuk membuka pintu.
Wajah yang masih dibasahi air mata kini berubah semakin kelam dan ketakutan saat mata dihidangkan dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
"Argh!"
Tangan naik mengurut dada perlahan. Rasa sakit itu masih terasa. Tindakan refleks, sebelah tangan lagi naik menekap bekas parut dibelakang telinga sendiri.
Butang interkom ditekan, "Batalkan semua temujanji saya hari ini. Dan tolong uruskan penginapan saya di T&Q Resort petang ini juga. Saya perlukan rehat", arahku.
Beg tangan dicapai lalu laju langkah diorak keluar.
Aku perlukan ketenangan. Pejabat semestinya bukan tempat untuk mencari ketenangan. Apatah lagi pulang ke vila.
Memecut kereta Bugatti Veyron membelah jalan menuju T&Q Resort.
Kakiku melangkah luas menelusuri lobi resort.
"Tempahan atas nama Lily. Can i get my key?", tanpa pembuka bicara yang sopan, terus aku terjah salah seorang staf di kaunter.
Wanita itu tampak terpinga-pinga sebelum lengannya disiku salah seorang staf yang lain.
"Cik Lily ya? Boleh saya dapatkan maklumat yang lebih terperinci?"
"Saya pekerja T&Q Holding. Baru beberapa minit tadi Neyna, pembantu COO T&Q Holding tempahkan satu suite untuk saya."
"Cik Lily Ravena ya?"
Kepalaku angguk sekali. Kunci diserahkan padaku lalu tidak mengambil masa yang lama, aku terus beredar pergi.
Udara segar pantai menampar halus tubuhku tika ini. Usai membersihkan diri sebentar tadi, terus sahaja aku ke pantai untuk menghirup udara petang. Sambil-sambil itu bolehlah layan matahari terbenam nanti.
"Mama, Qal punya istana pasir tak menjadi", rungut satu suara.
Pandanganku terkalih pada sebuah keluarga kecil yang berada berdekatan dengan aku.
Si anak tampak monyok dan cemberut dek kerana istana pasirnya tidak menjadi. Sementara si Ibu tersenyum manis sambil cuba memberi kata-kata semangat untuk terus berusaha.
"Qal cuba buat lagi. Janganlah cepat mengalah. Tak macho nanti", pujuk si Ibu.
"Cepatlah Qal. Kalahkan Ayah. Nanti Ayah belanja mainan banyak-banyak", kata si Ayah pula.
Kanak-kanak bernama Qal itu mulai mencedok pasir dan air untuk membina istana pasirnya semula.
Entah apa yang lawaknya, bibirku spontan tertawa. Senang melihat keakraban dan kebahagiaan keluarga kecil itu.
Namun...
Tanpa sedar juga air mata jatuh menitis menuruni pipi. Segera aku kesat. Masih juga ia mengalir deras bagai tiada hentinya.
Aku cemburu. Masa kecilku pernah sebahagia itu sebelum dirampas dengan kejam. Aku pernah bahagia walau cuma sebentar sebelum Mama pergi buat selama-lamanya.
Teresak aku sendirian sambil merenungi ombak yang memukul batu-batuan di persisiran pantai.
"Nah, aiskrim", satu tangan menghulur.
Dengan air mata yang masih membasahi pipi, aku mengangkat pandangan.
"Kakak cantik tak nak aiskrim ni? Ini aiskrim favourite Qal tau", petah kanak-kanak itu berkata.
Lama pandangan mata kami bertaut sebelum aku beralih pula pada ibu bapanya yang sedang tersenyum padaku di tempat yang sama aku melihat mereka tadi.
Terketar-ketar tangan digagahkan untuk mencapai aiskrim.
"Ibu cakap, perempuan yang nangis ni perempuan yang kuat. Papa pulak cakap, nak pujuk perempuan berhenti nangis, lelaki kena beli aiskrim. Jadi Qal belilah aiskirm untuk kakak cantik".
Aku tersenyum pahit. Agak terhibur dengan kata-kata kanak-kanak berumur sekitar 8-10 tahun itu.
"Papa! Kakak cantik ni dah tak nangis dah. Hebatnya Qal", adunya membangga diri.
Pasangan suami isteri itu cuma melemparkan senyum pada Qal.
"Adik dah makan belum? Kakak adalah masak lebih sikit tadi, marilah makan sekali", pelawa Ibu Qal.
Aku ingin menolak namun cepat pula tangan kecil Qal menarik tanganku lalu digenggam kemas. Menuntun aku ke arah ibu bapanya seolah-olah aku seorang anak kecil.
"Aip Qal. Jangan sembarang tarik tangan orang. Kesian dekat kakak tu", larang si Ibu.
"Eh tak apa kak. Saya suka kanak-kanak".
Wanita itu memcedok nasi ke dalam pinggan lalu disua padaku.
Aku menatapnya lama dengan mata yang berkaca.
Lauk pauk yang bermacam-macam jenis turut dicedok ke dalam pinggan milikku.
Qal pula elok duduk bersimpuh sambil disuap oleh ayahnya.
"Makan banyak-banyak ya...", pelawa wanita itu lagi. Masih dengan senyuman manis di bibirnya.
"Vena. Nama saya Ravena kak", ucapku tanpa dipinta namun tangan sibuk menuang air kepada mereka. Kesedihanku cuba disorok walaupun jelas ketara.
"Cantik, secantik orangnya".
Lagi-lagi hatiku terasa seakan dipanah. Pujian dan kata-kata lembut yang sering kuharapkan keluar daripada bibir mulut Laily namun entah mengapa lafaz itu semua terzahir pada mulut orang asing.
Share this novel