27 | BALASAN

Romance Series 14773

"Stop Louis. Kenapa dengan you ni? Asyik-asyik menjauh dari i. Dingin dah satu hal, sekarang pandai nak mengelak dari i pula", lengan Louis dicapai Laily dengan wajah bengang.

Louis rentap pegangan Laily kuat sehingga wanita itu hampir terjelupuk jatuh ke atas lantai.

"Apa ni Louis?!", memetir suara halus Laily yang terkejut dengan tindakan tak terduga Louis.

"Jangan kau berani sentuh aku walau seinci pun!", ujar Louis dingin. Sepasang mata helangnya menatap wajah Laily yang memerah dengan tajam. Malah tiada lagi tutur bicara lembut buat Laily.

"You jangan melampau dengan i Louis! Or else..." belum sempat Laily menghabiskan ayatnya, Louis terlebih dahulu menyampuk.

"Or else apa? Kau nak cederakan diri lagi? Huh! Ugutan yang sama? Kau tak serik ke? Eh pergi mampuslah dengan semua tu! Aku tak kesah apa yang nak jadi dekat kau. Sebab aku muak! Aku benci dan jijik dengan perangai kau!", hambur Louis tidak tertahan. Dadanya naik turun dengan laju dek kemarahan yang melampau.

Jika Laily fikir dia akan tunduk untuk puaskan hati wanita itu seperti selalu, tidak! Dulu, dia terlampau bodoh dan buta dengan segala kegilaan Laily. Kini dia tak akan sesekali jatuh semula ke lembah manipulasi yang diciptakan Laily.

"Sampai hati you Louis", lirih nada Laily sambil cuba menarik lengan Louis namun gagal saat jejaka itu makin menjauh darinya.

"I sayang you and you sayang i, kenapa you sanggup buat i macam ni?"

Louis tersenyum sinis, "Sayang? Sayang aku tak pernah lebih dari simpati dan kawan. Kau jangan terlampau leka dalam angan-angan sendiri. Akibatnya jadi bodoh macam ni lah!", herdik Louis kasar.

Laily memandang Louis tajam. Sakit hatinya mendengar kata-kata yang keluar dari bibir Louis.

"Kalau i bodoh, you pula apa? Bodoh kuasa dua? You pun apa kurangnya, sanggup lukakan hati Vena demi i", balas Laily seraya tersenyum sinis. "You fikir i bodoh tak nampak betapa gilanya you pada perempuan murah tu!?"

PANG!

Sebuah tamparan maha hebat melekat ke pipi mulus Laily. Terteleng kuat kepala Laily saat menerima tamparan maha hebat dari Louis itu. Dia memandang Louis bersama juraian air mata seakan terkesima dan kecewa.

"Dia tak semurah kau! Kau gunakan persahabatan kita untuk kawal aku! Kau butakan mata aku untuk patuh setiap yang kau rancangkan. Sedar tak Laily yang kau jauh lebih hina dan jijik?", usai menghabiskan ayatnya, nafas Louis makin berat bersama seluruh wajah yang merah padam.

"Aku menyesal Laily. Menyesal sebab kenal dengan perempuan seperti kau. Aku tak kesah sekiranya betul apa yang Vena buat pada kau. Bagi aku kau layak dapat semua tu!", tambahnya lagi. Entah mengapa, wajah Laily benar-benar membuatkan dia semakin membenci wanita itu.

"You bermimpi agaknya", Laily sambung gelak sinisnya manakala sebelah tangannya naik mengusap pipi yang masih berbekas lima jari Louis tadi. "Vena yang cederakan i? How funny is it. Alang-alang you sanggup pergi sejauh ini untuk dia, so let me tell you the truth. Supaya you sedar, sampai mati pun Vena takkan pernah terima you lagi apatah lagi untuk bertentang mata".

"Apa maksud kau?"

Laily maju selangkah dengan tatapan membunuh, "Semua parut di badan i palsu. I sendiri yang ciptakan semua parut tu. Vena tak pernah ada kena mengena atau cederakan i walaupun sekali. Perempuan lemah tu sebaliknya yang penuh dengan parut and you nak tahu tak siapa yang buat semua parut tu?", kedua kening Laily terjongket.

"Look at these hands, it always creating an arts on Vena's body. It truly precious for me you know? Everytime i hear her scream, it's like a heaven for me", ucap Laily tenang bersama tangan yang diangkat tinggi dan dilayang tepat dihadapan wajah Louis. Makin puas hatinya melihat wajah tergamam Louis.

Kini mereka sama-sama hilang orang yang tersayang bukan? Adillah begitu. Kerana jika dia tidak mampu menakluki Louis, maka sesiapa pun tidak berhak sama sekali.

Louis sama sekali terdiam. Sesungguhnya dia terkejut dengan tamparan realiti yang didengarinya.

"Go on Louis. Tinggalkan i dan pergi merayu pada Vena. I nak tengok sejauh mana perempuan tu boleh hadap wajah you lepas apa yang jadi. Opps sebelum i lupa, the day kita jumpa lepas kejadian dengan Rasy tu, Vena follow you. I bet dia dengar semua yang kita bualkan. She looks desperate and frustrated you know? Crying while seeing the man she loved hugging another women. How pathetic of her", cemuh Laily galak dengan senyuman bahagia saat membayangkan kembali wajah sedih dan kecewa Vena pada malam itu.

"You're too much Laily. Aku kecewa dengan kau. Cukuplah. Aku tak sanggup dengar apa lagi yang keluar dari mulut kau. Aku akan anggap yang kita tak pernah berkenalan. Jangan persoalkan kenapa, kerana kau sendiri yang hancurkan persahabatan kita dengan rasa tak puas hati kau pada Vena. Kau silap jika fikir aku seperti kau. Nope Laily. Aku sedar bila masanya untuk melepaskan sesuatu jika itu bukan kepunyaan aku. Dan akhir sekali aku harap kau bahagia dengan keputusan yang kau ambil ini. Hope this is the last time we've met", Louis menyudahi kata-katanya dan berlalu.

Laily cuba mengejar langkah Louis sehingga keluar bangunan. Kakinya laju dalam cubaan untuk menghalang Louis dari pergi namun silapnya saat dia sedar dia sudah berada tepat di atas jalan raya.

PON! PON! PON!

"Louis!", jeritnya penuh ketakutan.

Sebuah kereta laju menghala ke arahnya yang tidak bersedia itu. Kakinya bagai digam sebelum tubuh kecil itu dilanggar dengan kuat. Nasib Laily lebih tragis saat tubuhnya terpelanting ke bawah kereta yang lain. Kedua kakinya digilis tanpa belas.

Yang sempat dilihatnya ialah wajah Louis tepat merenungnya sebelum melangkah pergi tanpa perasaan. Usai itu seluruh dunia Laily gelap gelita.

BUK!

"Sorry, my bad", akui Louis seraya tertunduk meminta maaf. Susuk tubuh sasa dihadapannya direnung seketika lalu dia kembali tunduk serba salah.

"Lain kali jalan pakai mata, bukan lutut! Bodoh!", herdik lelaki tersebut.

Louis hanya diam. Sedar salahnya walaupun kata-kata lelaki itu agak keterlaluan namun dek tiada mood untuk bergaduh dia hanya menerima semua bicara 'indah' yang keluar tidak henti-henti dari mulut lelaki tadi.

"Tengoklah, orang tengah bercakap boleh pula angguk-angguk macam orang bodoh. Kau memang sengaja cari pasal dengan aku kan?", lelaki itu mulai berang. Wajah tak bereaksi Louis sungguh menguji kesabarannya. Ibarat bercakap dengan orang pekak aje!

Tanpa amaran lelaki itu melepaskan tumbukan ke perut Louis. Dengan wajah berpuas hati dia meninggalkan Louis yang masih memegang perut sendiri.

Setitik demi setitik air mata lelaki itu jatuh. Bukan kerana sakit ditumbuk melainkan rasa sakit setelah melukai pujaan hatinya. Ditambah pula dengan kebenaran sebenar yang diketahuinya. Teresak esak Louis sendirian di atas jalan tanpa menghiraukan beberapa pasang mata melihatnya. Persetankan semua itu. Dia tidak kesah sekiranya reputasi dirinya jatuh. Dia hanya ingin bersua muka dengan Vena. Namun kemanakan wanita itu pergi?

Dari jauh Hans memerhati lagak Louis yang bagai hilang pedoman itu. Sakit di buku limanya tidak setanding dengan kepuasan dihati. Tumbukannya cukup untuk membalas segala kesakitan yang diberi pada Vena.

"You hurt my sister so i'll pay it back", sinis Hans mengukir senyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience