24 | KEHIDUPAN BARU

Romance Series 14773

"Lily, come here", Rose menggamit aku ke arahnya. Lebih tepat lagi memeluk aku dengan erat.

Kami berdua lemas dalam perasaan sendiri sehingga tanpa sedar air mata menitis tanpa bunyi.

"I'm sorry", ucap Rose sebak.

Aku tak mampu untuk membalas ucapan Rose. Kami berada di posisi yang sama.

Hina sangatkah kami sehingga dikhianati sebegini?

"Since the beginning i shouldn't find him, hoping for their love and warmness. In the end we both hurting".

Kenyataan itu pahit namun itu satu fakta. Aku dikhianati Louis dan begitu juga dengan Rose. Selama ini Louis hidup dengan mengetahui kewujudan Rose namun menidakkan semua itu begitu juga dengan Puan Rebetha. Bagi mereka Rose jijik dan hina.

"It's not your fault Rose. They didn't want us. It's not our fault!", tegasku. Kedua bahu Rose aku pegang kejap bersama renungan tajam. Aku cuba menyemangatinya walaupun hakikatnya aku juga rapuh.

"We have each other", bisikku perlahan dengan menyatukan dahi kami berdua.

Rose tahan tangisannya dari terus pecah.

Jika dunia menentang maka kami akan tetap bersatu. Kerana, Rose satu-satunya keluarga yang aku miliki.

"That guy the one you told me about right?", Rose kesat matanya dengan lengan baju sebaik melihat kelibat Qal yang dipimpin dan diawasi 5 jejaka biul dibelakang.

Aku ketawa senang dan mengangguk.

"How cute! He's gorgeous", sorak Rose agak kuat. Buat pertama kalinya aku melihat Rose seteruja itu. Selalunya wajah itu hanya beku namun kini terpancar riak teruja pula.

"Indeed, he is!", sahutku mengiakan kenyataan Rose.

"Let me hug him", pantas Rose berlari ke arah Qal.

Aku tepuk dahi sendiri. Begitu ketat Qal dipaut masuk ke dalam pelukan Rose. Diam aje budak seorang itu.

Mana tak diam, yang peluk itu cantik! Qal sangat cerewet. Budak itu sekarang memilih rupa ya anak-anak!

"What's your name kiddo?", soal Rose sambil mencubit kedua pipi pau Qal.

"Tuan Qal Al-Rizque", petah Qal menjawab.

"Gosh! Your name sounds perfect as you are!", Rose tepuk belakang Qal agak kuat. Menyeringai kanak-kanak itu impak tepukan Rose.

Tercegil biji mata aku melihatnya. "Gentle lah sikit dengan budak tu", tegurku. Kesian pula dengan Qal.

"What? Talk slowlylah. I cannot catch up what you're saying", rungut Rose seraya bangun. Dia baru sahaja memulakan pembelajaran bahasa melayu. Jadi agak lembablah nak tangkap kata-kataku.

"Whatever Rose", aku kembali ke mood dingin dengannya.

Namun, tiba-tiba seseorang muncul diantara kami. Aku menjeling tajam setiap tingkah susuk tersebut.

"Sir Fernandos are calling for you", ucap Hans. Dia mengerlingku sekilas.

"Really? Okey. You can rest first Lily. I've got to go", Rose mengalih perhatian kepadaku.

"Anything just ask Hans", pesannya lagi sebelum berlalu.

"Hans? Huh! Semak!", sinisku sebelum tarik Qal menjauh.

"Jangan dekat dengan pak cik tu, he's bad guy. No good for you", ucapku pada Qal agak kuat. Sengaja untuk diperdengarkan pada Hans.

Hans sekadar jeling mata ke atas namun Ravi, Chong, Amir, Borhan dan Lias ikut berjalan dan melanggar bahunya.

ZAP!

Aku tahan pisau tersebut dari terbenam ke dada sendiri.

"The hell is wrong with you!?"

Dalam kesamaran malam, aku masih dapat melihat wajah itu sedang tersenyum padaku.

Tekanan makin dikuatkan. Andai aku terleka seketika, pisau tajam itu pasti sudah terpacak ke dada.

Dengan sekuat hati aku tendang tubuh sasa itu menjauh. Tercungap nafasku menahan gelora terkejut.

"Terima kasih sangat sebab sambut kedatangan aku begini. Happening gila!", ujarku penuh sarkastik.

"My pleasure", balas Hans dengan senyuman manis.

Sakit pulak hati aku yang melihatnya.

"Kau nak apa terjah bilik aku malam-malam buta ni?", soalku sebaik ketegangan antara kami mereda.

"Nothing. Cuma nak uji tahap ketahanan diri kau and perhaps i've got something big".

Aku ketawa sumbing. Something big hotak dia!

"Silap besar la kalau kau still fikir kau dapat something big tu. Sebab aku tak pernah terlibat dengan perdagangan manusia atau penyeludupan dadah. Jadi dalam mimpi kau sahajalah untuk jumpa bukti aku buat semua jenayah tu!"

"Well, i can make one for you, you know right?", balasnya masih lagi tak mahu mengalah.

"Sanggup ke kau? Sabitkan aku dalam jenayah berat sama macam kau jerut leher kau sendiri. Kau pun tahu Rose terlibat sama dengan aku. You killed me, you killed your Rose", ujarku tenang.

Riak wajah Hans sekelip mata tegang.

"This is why i hate cops. Too weak! Tak ada pendirian tetap dan tamak".

Hans bangun meluru ke arahku. Tubuhku ditolak kasar ke dinding.

"Shut your mouth!", penumbuknya singgah ke wajahku.

Aku tetap tersenyum sinis.

"Look at yourself. How pity of you. Fall in love while you're on mission is something that i'd like to advice, just give up or else you'll end up just like me", aku tatap matanya dalam.

Hans lepas cengkamannya padaku.

"You know nothing about me Lily".

"Betul. Sebab aku tak tahu aku menasihati kau. Salah satu faktornya adalah kerana aku tak mahu Rose terus disakiti. Hidup kau memerlukan kerjaya atau Rose. Kau sedar itu bukan? Andai kata suatu hari nanti kau pilih kerjaya, how about Rose? I bet it's not an easy choices".

Hans diam tak membalas. Dia berjalan mengundur kebelakang beberapa tapak menjauhiku.

"I'll let the world burn for her. My love for her, there is no doubt!", ucapnya lemah namun terselit ketegasan pada bicaranya.

"Aku berpegang pada kata-kata kau. Tapi sekali kau lukakan hati dia, jangan pernah bermimpi untuk melihat waima sehelai rambut Rose sepanjang hidup kau!".

"Breakfast Boss", tegur Lias seraya tersengih-sengih ke arahku.

"Haa yer! Melantak dulu baru nak ajak aku breakfast", ujarku garang.

Terkulat-kulat Lias yang menyua makanan ke mulutnya. Terus mati suapannya, sudu kembali dijatuhkan ke pinggan. Dengan kepala yang tergaru-garu dia bangun menarik kerusi untukku.

"Duduk Boss", senyuman colgate ditayangkan.

"Thanks. Mana yang lain?", soalku dengan mata melilau mencari kelibat orang lain.

"Amir, Borhan, Ravi dan Chong ke markas nak main tembak-tembak dekat sana", gelak Lias sendiri. Dia yang cakap, dia yang gelak. Haih, sendu hidup!

"Rose pula bawa Qal jalan-jalan dengan Hans".

"Apa?!"

Bergegar satu rumah dengan jeritan aku.

Lias menekur takut.

Gigi aku kancing kuat. Tak guna betul Hans ni! Nak bersweet-sweet pun tak perlu heret Qal sekali.

sebenarnyakan, Rose n Hans ni ada novel dorang sendiri. Cumanya author belum berani untuk publishkan. hahahaha. terlalu banyak komitmen n novel dorang agak berat untuk author terbitkan. mungkin habis novel ni baru author terbitkan novel dorang pulak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience