"Vena, kau buat apa dekat sini?", soal Firman terkejut.
Bukan setakat dia, malah aku turut sama terkejut. Sama sekali aku tidak menjangkakan pertemuan seperti ini dengannya apatah lagi ditanganku terdapat sepucuk pistol. Lekas-lekas aku turunkan pistol tersebut dari mengarah pada Firman.
"Is that a gun Vena?", membulat kedua biji mata Firman. Kakinya melangkah setapak kebelakang. Gerun!
"Nothing", pistol tadi kembali kuselitkan ke pinggang.
Firman masih berjaga-jaga dengan memandangku lama.
Dalam hati aku mengeluh lemah. Nampaknya pembunuh misteri yang selama ini aku cari masih bebas tanpa meninggalkan sedikitpun jejak. Bijak sungguh!
"Aku tak tahu pula kau datang ke Itali. Bukan kau ada shoot program komedi ke?", soalku dengan kening yang terjungkit. Air muka yang masih bengang aku sorokkan dari Firman.
"Betullah tu. Tapi aku baru fly datang sini semalam. My cousin accident", jelasnya mulai tenang.
"Cousin? Aku tak pernah tahu pun kau ada cousin menetap di Itali".
Firman ketawa kecil, "Bukan semua perkara perlu aku beritahu kau. Lagi pula kau yang tak bertanya".
Senang betul jawapan Firman sampai aku rasa macam nak hempuk kepala lelaki itu.
"Kau pula kenapa tiba-tiba muncul di bumi Itali ni? Bukan kau sepatutnya disisi Louis?", soal Firman tanpa mengetahui ada hati yang bakal terluka.
Aku cuba ukir senyum manis namun jelas sungguh kehambarannya. "Aku putus dengan Louis and aku kena halau dengan Tan Sri Hamdan. So, here i'am. Living my life di Itali".
Firman jelas terbungkam dengan kata-kataku.
"Aku curang dengan Louis. Hampir berkahwin dengan Rasy tapi tertangkap dengan Louis. So, aku putus dengan kedua-dua lelaki itu", bohongku dengan wajah bersahaja. Biarlah aku letakkan segala kesalahan ini di atas bahuku kerana cukup disini aku tamatkan kisah kami.
Jika aku terus memalitkan nama mereka, maka cerita kami tidak akan pernah tamat.
Kepentinganku hanya satu, aku inginkan kebahagiaan. Walau sunyi, biarlah aku mencipta bahagia sendiri tanpa mereka.
"Ak ..aku", terbata segala kata-kata Firman. Dia tersangatlah terkejut.
"Hidup itu singkat, hargai setiap detik yang ada, jangan pernah sia-siakan detik berharga itu walaupun sementara", dalam makna ayat tersebut bagiku.
"Okeylah Man. Aku perlu pulang. Ada hal nak diselesaikan", pamitku perlahan. Bahu Firman aku tepuk perlahan tanpa menunggu balasannya, aku terus beredar.
Sebaik tubuh masuk ke dalam kereta, satu nota kecil tertampal elok di cermin kereta pemandu aku ambil.
'Your smile sweet enough to kill me. But i'd like to taste the sweetness of your blood more. Send my kisses to Rose. One day, i might killed her with scalpel'
"Tak guna!", bentakku kuat. Kertas tersebut digumpal geram. Cermin kereta ditumbuk sehingga pecah berderai.
"Siapa kau?!"
"Eh geram betul aku!", sekali lagi Chong ditumbuk kuat. Terbatuk-batuk kuat lelaki itu menerima tumbukan padu aku.
Segera Rose tarik aku menjauh daripada Chong.
"Matilah budak tu kau kerjakan", komen Hans dari satu sudut. Tersengih sahaja dia sejak tadi. Puas juga hatinya melihat Chong dibelasah dengan teruk sejak tadi.
Kerana kecuaian Chong, hampir sahaja nyawa Rose melayang. Jadi katakan, perlukah dia berlembut hati menahan amarah dan amukkan aku yang satu itu? Jawapannya tidak!
"Belum mati lagi kan?", balasku masih tegang. Dalam cengkaman Rose aku meronta-ronta untuk mengerjakan Chong.
"Lias, take Chong to somewhere else. He will be a dead meat if this women goes crazy again", arah Rose dengan perlian.
Aku melepas kasar tangan Rose, "I'm the one in control over them!"
"And i have the rights to stop your craziness!", tegas Rose membalas tatapan berapiku.
Lias berlalu pergi dengan tubuh lemah Chong.
"Macam mana dengan pembunuh tu Lily? Kau langsung tak dapat jejak dia?", soal Hans bangkit dari duduknya. Dia mara merapati Rose.
"Kalau aku dapat jejak, sudah lama aku gantung bangkai dia depan pintu masuk rumah ni!", balasku geram. Bukan aku tak tahu, lelaki itu lebih kepada memerli dan meragui kemahiranku.
"Kalau kau bagus sangat, guna identiti kau untuk cari pembunuh pujaan hati kau sendiri!", dengus aku penuh geram.
Rose pandang kami berdua yang saling menatap tajam ibarat ingin membunuh. "What are you guys talk about?", soalan Rose berjaya buatkan Hans sekelip mata menayang wajah tersenyum.
Aku yang melihatnya sekadar mencebik. Meluat pun ada dengan spesies talam dua muka Hans ni. Depan Rose, pijak semut pun tak mati. Belakang Rose, gajah pun boleh terbang dibuatnya.
Melihatkan tingkah Rose yang turut tersenyum membalas tautan tangan Hans membuatkan aku gembira bercampur cemburu. Satu rasa yang Rose masih ada, cinta. Sedangkan aku hilang semuanya.
Enggan terus berlama disitu, aku pergi menghirup udara di taman mini belakang rumah.
Fikirku, aku mampu menenangkan hati sendiri namun lain pula jadinya bila salah satu bunga matahari di taman tersebut menggamit pemandanganku.
"Flowers for you sweetheart", tangan kekar Louis menghulur sejambak bunga matahari segar kepadaku.
Aku menyambut huluran itu dengan gembira, "Why sunflower? Tak sweetlah. Patutnya beri bunga ros merah, lambang cinta", omelku dengan senyuman. Tetap aku hidu bau bunga matahari tersebut walaupun tidak seindah bau bunga ros.
"Bunga ros terlalu biasa untuk kau yang luar biasa. Keindahan terlampau menyerlah seperti matahari sehingga aku terpaksa pejam mata sejenak untuk memandang kau sweetheart. Kau cantik tetapi terlalu sukar untuk dipandang dan digapai. Gosh, also you're too hot to handle!", ucapnya bersungguh-sungguh.
Aku tergelak dengan kata-katanya. Bijak sungguh Louis bermain kata. Ciri-ciri suami yang penyayang ni!
Mengimbas kembali memori itu, aku tidak pasti reaksi apa yang patut aku rasakan. Gembira? Jauh sekali! Sedih? Tidak pasti! Kecewa? Mungkin! Berdendam? Tidak sama sekali.
Dan tanpa sedar tangan naik mematahkan setiap pokok bunga matahari yang ada. Bunga-bunga tersebut aku petik dan buang ke tanah tanpa perasaan.
"Bunga tu tak bersalah pun. Asal kau nak merosakkan alam sekitar ni hah? Buat kerja bodoh macam ni bukan boleh buat apa pun", tegur satu suara.
Tak perlu toleh, aku pasti itu Hans.
Diam-diam aku sapu setitik air mata yang jatuh ke pipi.
"Mana Rose?", soalku padanya dalam keadaan masih membelakangi dirinya.
"She's sleeping. I put some sleeping pill on her drink. She need rest", jelas Hans tenang. Selamba sahaja dia berjalan melepasiku untuk duduk dihadapan bangku yang dikelilingi dengan bunga, atau tepatnya, berhadapan denganku.
"Okey",jawabku sepatah.
"Kenapa pergi? Cemburu dengan Rose?", tebaknya tanpa perasaan.
"Shut up Hans. Aku tak ada mood untuk gaduh dengan kau", tegasku.
"Tell me Lily, tell me your feelings!", desak Hans juga bertegas.
"Apa yang kau akan kalau betul aku cemburu?"
"Tak sepatutnya kau cemburu. Mereka buang kau, tapi kami tetap ada. Kau patut bersyukur, Rose dan yang lain masih ada disisi kau walaupun mereka kenal siapa kau yang sebenarnya. Losing your loved one doesn't mean nobody can't give you other love. Love itself didn't only come from your partner. Even as stranger, love can grow. Jadi berhenti cemburu untuk perkara yang tak sepatutnya. Kami ada untuk kau", nasihat Hans lembut. Untuk kali ini jelas terpancar keikhlasan dari tutur katanya buat diriku.
"Kau pun termasuk sekali ke?", soalku dalam menahan sebak.
"Oh aku? Semestinya tak! Dari dulu lagi aku cari peluang nak sumbat kau dalam penjara. Tunggu masa aje ni", balasnya cukup bersahaja sehingga aku tertawa halus.
Hans senyum manis, lama dia memerhatikanku, "Aku mungkin bukan pendengar yang setia, tapi meh la sandar sini", bahunya ditepuk-tepuk kuat.
Menurut sahaja aku duduk bersebelahan dengan Hans. Buat pertama kalinya tiada pertelingkahan antara kami melainkan perasaan damai yang bertapak dihatiku.
"He don't deserve an angel like you Lily. Jadi selagi masih ada masa, tangisilah sepuas-puasnya sehingga suatu saat kau mampu untuk tersenyum melihat dia walau bukan disamping kau", Hans tarik lembut tubuhku ke dalam pelukannya.
Tangisan yang tadi ditahan makin menjadi-jadi dengan sendiri. Tanpa segan silu aku lepaskan segala yang terbuku pada Hans.
"Aku akan lindungi kau dengan Rose. Anggap sahaja ini tiket Vip. Jika Rose anggap kau sebagai adik, then it is the same thing for me. Mulai hari ini, kau adik aku", ucapnya dengan tawa kesenangan.
Orang bersedih boleh pulak dia ketawa.
"Ada ke abang yang nak sumbat adik dalam penjara?", soalku seraya itu kemeja Hans aku genggam kemas. Hingus dihembus kuat pada kemejanya tanpa segan silu.
Terjegil biji mata Hans.
Apa? Kata abang kan?
Sekian lama memandang wajahku yang sembap, dia menghela nafas berat, "Aku pasrah aje. Haa hembuslah puas-puas!", kepalaku ditonyoh kuat ke lengan baju kemejanya.
"Memang patut aku sumbat kau dalam penjara!", bebelnya senada saat aku sekali lagi menghembus hingus.
Share this novel