1 | KEHIDUPAN YANG SEMPURNA?

Romance Series 14773

Aku melepas keluhan berat. Semakin lama semakin longgar rasanya lutut kaki untuk terus berdiri. Hati juga turut dipalu dengan rasa sesak sukar untuk bernafas.

Dalam tak mahu, aku berjalan jua merapati dua pasangan sejoli yang bahagia tertawa di satu sudut restoran.

Bahagia sungguh wajah keduanya seakan langsung tiada masalah atau rasa serba salah.

Saat kakiku sudah berdiri tegak bersebelahan meja mereka, barulah kedua orang itu mengangkat pandangan. Kedua duanya tampak terkejut melihat kehadiranku di situ.

Atau lebih tepat, menyaksikan kecurangan mereka berdua.

"Seronok?", soalku tenang pada mereka. Usah ditanya bagaimana aku mampu kekal diam. Let just say, aku tak bodoh untuk mempermalukan diri sendiri di khalayak umum dengan menyajikan drama murahan secara percuma!

"Sayang...", seru lelaki yang baru mencurangi aku.

Aku cuma diam memandangnya.

"You buat apa dekat sini?"

Tersenyum sinis aku dengan soalannya. Bukan mempertahankan diri, malah berani menyoal keberadaanku disini pula.

"Why? I tak boleh datang sini ke? Atau restoran ni you yang punya? I don't see any damn thing yang halang i dari masuk restoran ini pun", balasku masih tenang.

Wajah Saif mula pucat. Wanita di depannya pula mula menunjukkan wajah menyampah.

Kerek betul perempuan ni. Kalau ikutkan hati memang dah lama aku lenyek sampai lumat.

"Kalau you sudah sedar diri kena curang, tunggu apa lagi? Berambus la. Masih lagi terhegeh hegeh dekat sini".

"Kau diam la sundal!", dalam suaraku membalasnya sehingga dia terkedu tak terkata. Terbungkam dengan sifat dominan dan tegasku sebentar tadi.

"I tak kesah you nak curang ke apa. But at least jagalah sikit air muka I. Dengan perempuan macam ni you curang? Tak ada kelas langsung", herdikku sinis.

"Stop Ena. Kita dekat tempat umum", ucap Saif separuh berbisik. Baru perasan kut, ada segelintir mata dan telinga mula beralih arah pada kami.

"Masa you curang tak ada pula fikir pandangan umum dekat you. Kenapa sekarang nak malu pula? Muka you ni jenis memang tak layak untuk ada rasa malu. Dasar lelaki murahan!"

Serentak itu Saif bangun. Tangannya laju ingin melayang ke pipiku. Dan aku cuma tersenyum sambil memejamkan mata. Bersedia untuk menerima kedayusan dari seorang lelaki yang bergelar suami.

"Tak gentleman la kalau lelaki pukul wanita", sampuk satu suara membuatkan aku mencelikkan mata.

Kini tangan Saif elok dicengkam oleh lelaki bertubuh sasa di hadapanku.

"Kau tak payah masuk campur!", bentak Saif geram. Dia cuba melepaskan cengkaman lelaki itu namun sia sia.

Aku hampir tergelak di situ melihat wajah kesakitan Saif. Lembik rupanya suami aku ni.

Walaupun agak kuat rontaan Saif, lelaki tadi masih sama, langsung tidak berganjak dari tempatnya. Seolah olah tenaga Saif sedikitpun tidak setanding dengannya.

Nice body! Pujiku dalam hati. Berdiri dibelakang lelaki itu buatkan diri aku gatal untuk memeluknya. Apatah lagi disajikan dengan bahu lebar si dia.

Alahai, ini manusia ke bidadara?

Dengan wajah bengang, Saif cuba pula untuk menyerangku. Dan aku yang memang tidak bersedia terus tertolak kebelakang dengan kuat namun ada sepasang tangan kekar yang pantas menahan tubuhku dari jatuh.

Mata kami bersabung lama. Seakan ada magnet yang menarikku padanya.

"Cut! Very nice!", bunyi suara itu terus mematikan ekspresi pada wajahku.

Serentak itu juga pegangan pada tubuhku melonggar dan terlepas tanpa sempat aku seimbangkan badan.

"Argh!", aku terjerit kecil saat tubuh sekali lagi melayang ingin menyembah lantai.

Kali ini Firman, selaku pemegang watak Saif pula yang menyambutku dari jatuh macam nangka busuk di hadapan orang ramai ini.

Menyeringai wajah lelaki itu tersenyum. Seolah olah mengejek pula.

Segera aku stabilkan diri sendiri. Bukan main malu lagi aku depan semua kru."Tak guna betul la mamat tu! Kerek nak mampus", rungutku tak berpuas hati sambil berjalan memasuki ruangan solek. Tak betah lagi terus berada di situ setelah hampir dipermalukan sebentar tadi.

"Chill la Vena. Kau pun tahu Louis tu macam mana. Dingin dia itu yang pakej tarikan hot dia", balas Firman yang mengekori langkahku namun langsung tak membantu sejukkan hati aku yang sedang membara ini.

Firman duduk bersebelahan aku lalu menanggalkan sedikit alat solet yang melekat pada wajahnya.

Bukan main tenang lagi lelaki itu ya. Yang terseksanya aku!

"Tarikkan apa kebendanya? Perangai mamat tu memang layak makan kaki aku kau tahu? Sejak awal pengembaraan lagi, waima sekecil zarah pun bibir dia tak pernah melengkung nak senyum. Mahal sangat kut senyuman dia tu. Itu yang terlampau kedekut. Macamlah orang terhegeh hegeh sangat dengan senyuman dia", balasku sebal. Ingat balik wajah tampan kedinginan itu sungguh buatkan aku membara.

"Eh nok, memang itulah yang rata rata orang nak tengok. Senyuman dia ibarat pedang yang tajam, boleh membunuh. Lagi lagi kaum yang bernama perempuan ni. Silap hari bulan, dengan engkau sekali tersungkur".

PAP!

"Aduh, sakitlah Vena!", decit Firman sebal. Kepalanya yang menjadi mangsa habuan kemarahanku tadi digosok gosok perlahan.

"Mulut kau tu memang meminta kan? Tak hinginlah aku dengan Louis tu. Bagi percuma pun aku tolak mentah-mentah", ucapku angkuh.

KREK!

Bunyi pintu dikuak dari luar mengejutkan kami berdua. Lantas laju sahaja kepala Firman menoleh manakala aku santai memerhati tubuh tegap Louis pada pantulan cermin.

Sempurna! Dari celah mana pun lelaki bernama Louis itu sememangnya kacak dan memiliki tubuh idaman semua orang. Tapi satu aje yang kurang, adab! Bab adab ni lelaki itu jauh sangat nak gapai.

"Are you done eye raping me young girl?", suara serak serak basah Louis menegur sinis. Tubuh tegapnya selamba sahaja direbahkan ke sofa berdekatan kami.

Aku cuma menjelingnya tajam. Sedar yang dirinya ditenung, mata kehijauan lelaki itu membalas renunganku.

"Get your eyes off from me, my body!", ucap Louis kasar. Dia mulai berang dengan tatapanku kini. Tapi ada aku kesah? Tidak!

"Aku lihat apa yang aku mahu. My eyes, my view", balasku tak mahu kalah.

Louis diam namun matanya terhunus tajam ke arahku dengan gerakan halkum yang turun naik. Marah gamaknya dengan balasan yang keluar dari bibirku.

"You better keep your mouth shut before someone shut it up for you!", dingin Louis berkata.

Sedikit sebanyak, aku agak terpukul dengan kata kata yang berbaur amaran itu. Sontak mataku menekur lantai. Agak gentar apabila aura Louis jelas terasa.

"Vena, keluar jom?", Firman cuba untuk mengalih perhatianku.

Dengan lagak perlahan, tubuhku sudah ditarik lelaki itu sebelum tercetusnya perang antara aku dan Louis.

"Such a little witch", decit Louis sebal.

Kebetulan pula telinga aku ini spesies lintah, bukan main jelas dan kuat lagi pada pendengaranku saat itu.

"Apa kau cakap?", suaraku mulai naik seoktaf. Firman disisiku mulai panik melihat wajah aku yang sudah berubah merah. Tabiat biasa ketika aku sedang marah.

"Kau ulang balik apa kau cakap!", ujarku garang. Dengan beraninya aku cuba mendekati dia.

"Minah senget", balas Louis dua patah namun sudah mampu membuatkan aku serasa ingin melayangkan penumbuk ke muka tampannya.

"Kau pegang aku Man. Sebelum pecah muka dia aku tumbuk!", arahku pada Firman. Bukan apa, takut andai aku hilang kawalan diri. Ikutkan baran aku yang satu ini, memang boleh kecoh!

"Sudahlah tu Vena. Buat tak tahu aje", Firman masih cuba menenangkan aku. Dalam pada itu, dia akur juga dengan memegang lengan kiriku. Cuba menghalang aku dari merosakkan reputasi sendiri.

"Ei mamat pola bear ni kan! Mamat kerek! Bongkak! Hodoh!", jeritku lantang tatkala Firman mengerahkan tenaga lelakinya untuk menyeret aku keluar.

Semestinya lelaki itu dengar, tapi dia buat bodoh saja dengan kata kataku. Langsung tak terkesan. Malah aku pula yang sakit hati.

"Vena!"

"Sekejap!", laungku pada Rasy. Dari jauh lagi dapatku lihat wajah cemberutnya kerana menunggu. Lantas kaki laju berlari ke arah lelaki yang secara rasminya bergelar pemandu kepadaku itu.

Dia menayangkan wajah jengkel seraya membukakan pintu kereta.

"Sorry Rasy. Aku ke tandas tadi. Tak tahan".

"Hurm", gumam Rasy perlahan sebelum pintu penumpang belakang dihempas kuat. Aku cuma tertawa sebelum mencondongkan badan ke hadapan ketika lelaki itu sudah membolos masuk.

Mudah sikit nak bercakap.

"Rasy, kita singgah mana mana dulu nak tak?", soalku agak perlahan. Sebolehnya aku cuba menyusun kosa kataku baik-baik. Faham sangat yang lelaki itu berada dalam fasa angin monsun. Silap cakap sedikitpun, matilah jawabnya.

"Nope. Terus pulang. Tan Sri Hamdan dah pesan awal awal dekat aku supaya hantar anak dara kesayangan dia ini seawal yang mungkin. Lagipun, hari ini kan birthday Laily, Tan Sri mesti nak kau ada dekat sana untuk majlis sambutan birthday Laily tu".

"Tapi aku tak nak Rasy", balasku separuh berbisik. Tak mahu Rasy dengar. Setelah beberapa saat, aku kembali bersandar lemah ke kerusi. Mengalah setelah melihat wajah tidak berperasaan Rasy. Sifat lelaki itu yang sememangnya tegas dan berdisiplin itu mustahil sangat untuk patuhi arahanku.

Diam-diam aku cuma mampu mengeluh.

Sebaik tiba di rumah, kelibat manusia lalu lalang mula menyapa kornea mataku. Aku yang agak kelelahan terus bergegas mendaki tangga ke tingkat atas. Sambil-sambil itu sempat juga aku membalas sapaan saudara mara dan tetamu yang sudah hadir.

"Lewat kamu hari ini Vena", tegur satu suara.

Terus terbantut niatku untuk memulas tombol pintu bilik. Dengan senyuman lemah aku berpusing menghadap susuk itu.

"Shooting habis lambat tadi Bonda."

Syarifah tersenyum sambil menolak tubuhku masuk ke dalam bilik, "Sudah, jangan ingat Bonda tak tahu alasan kamu tu. Sudah lapuk. Cepat bersiap then turun bawah. Papa tengah tunggu kamu", ucap wanita berusia 15 tahun lebih tua dariku itu.

Sekali lagi aku tersenyum. Namun kali ini agak sumbing. Cepat sahaja jari jemari ibu tiriku itu mencubit pipiku yang agak tembam sehingga aku mengaduh dalam tawa.

"Jangan risau. Bonda ada tau. Cepat bersiap. Bonda dengan papa tunggu dekat bawah", ucapnya sebelum dahiku dicium sekilas, "Masam sungguh anak dara Bonda ni", komennya mengusik. Tercegil bola mataku mendengar usikan itu.

Ada-ada sahaja karenah wanita itu untuk mengusikku. Aku ini patut dikategorikan malang namun bernasib baik. Mungkin sahaja tidak beruntung dalam hubungan adik beradik mahupun ibu kandungku kerana ibu kandungku telah meninggal dunia saat melahirkan aku ke dunia ini.

Namun kasih sayang yang dicurahkan oleh Syarifah cukup membuatkan aku bahagia. Wanita itu menggalas tanggungjawab sebagai ibu yang sabar dan penyayang. Lantas apa lagi yang kuminta?

Mungkin ada dan mungkin juga tiada. Aku memandang lama pada pantulan diri sendiri di hadapan cermin sebelum masuk ke dalam bilik mandi.

Siap membersihkan diri, sepasang dress labuh berlengan yang berwarna putih dicapai. Dress yang cukup simple namun beralun cantik mengikuti pergerakanku.

Liptint strawberi dioleskan ke bibir dan aku bersedia untuk turun.

"Rasy, mana Bonda dengan papa?", soalku pada Rasy yang lalu.Sebaik turun, tiada pula kelibat mereka.

Haih, tadi kata nak tunggu. Ini mesti kes aku dilupakan.

"Dekat laman belakang la. Kan majlis buat dekat situ", balas Rasy tenang lalu menarik lengan baju aku untuk kebelakang. Gayanya macam aku tak tahu jalan pula sedangkan ini rumahku. Mengah juga rasanya mengejar langkah panjang Rasy. Hish, jahat betul! Tahulah aku ini pendek. Tanpa dia sedar, aku rasa dihina pun ada.

Belum apa apa lagi tiba tiba tubuhku terasa dipeluk erat. Serentak, bunyi lensa kamera jelas kedengaran riuh.

Aku memandang Laily terkejut. Pelukannya erat yang tersangat erat sehingga sesak nafas aku dibuatnya. Dari hujung mata aku dapat lihat Rasy tersenyum melihat keakraban kami dua beradik.

Tapi tahukah dia, disebalik keakraban manis yang ditonjolkan sebenarnya menyimpan seribu satu rahsia.

Rahsia yang sangat sukar dihadam dan pahit ditelan.

"Smile Vena. Senyumlah untuk kehidupan kau yang sempurna di lensa kamera tu", bisik Laily dingin. Tangannya mula merayap mencakar tanganku.

Dapat aku rasakan kesakitan yang maha hebat namun aku cuba sembunyikannya. Pantas kepala menoleh kepada ibu tiriku. Dia yang faham, segera meleraikan pelukan kami lalu menarikku kepada papa.

Dikesempatan itu, Laily kembali menyambung aksinya dihadapan kamera, membiarkan hati dan tanganku yang tergores.

"You'll be fine sayang", Bonda cuba menenangkan rasa yang bergelojak dalam hati. Namun aku tak mampu menipu, rasa sakit luka ditangan takkan sama rasa sakitnya luka dihati kerana darah daging sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience