"Janganlah heret-heret, nanti koyak baju aku ni haa!", bebelku geram.
Hans masih dengan keras kepalanya mengheret bajuku agar mengekori langkahnya.
"Laju-laju nak kemana ni? Kena kejar hantu ke?", soalku bersama dengusan geram.
"Shut up Lily and follow me", arah Hans keras. Sesekali matanya menoleh ke arah belakang serupa dikejar hantu. Dah kenapa? Biul ke?
"Sabarlah. Kaki aku ni pendek nak dibandingkan dengan kaki galah kau tu", lengan sasa Hans aku saut ke pelukan. Rimas kerana jejaka itu terus-terusan mengheret bajuku.
"Haih, manja bukan main kau yer? Dah tak tahu halal haram ke?", sindir Hans pedas.
Aku mencebik, "You're talking about halal haram dengan aku ke? For real? Lepas kau peluk aku? And one more thing, aku pelakon Hans. Selalu sangat dah disentuh sana ini. Itu kerja aku. Back to Lily side, i'm a killer", ucapku santai namun terkedu seketika dengan pandangan Hans. Tajam semacam. Takut!
"So kau bangga disentuh sana sini? Macam tu? Aku akui silap aku biarkan kita berpelukan but just to ease you at the moment. Aku masih hormatkan kau sebagai seorang wanita Lily".
Terdiam aku disampingnya. Langsung tidak menyangkakan perkataan itu bakal keluar dari mulut Hans.
"Jangan sesekali kau guna tiket seorang pelakon hanya untuk meng'halal'kan sentuhan yang tak sepatutnya terjadi. Yang haram tetap haram. Selagi boleh dielak, keep it that way", walaupun tenang dan tiada kesinisan pada bicara Hans tetap sahaja hatiku berasa sakit.
Baru sahaja aku ingin menarik kembali tanganku dari membelit lengannya, Hans menghalang, "For now bear with it. Just play along", ucap lelaki itu membuatkan aku bingung.
Kelibat seorang wanita berwajah lembut menyapa pandangan mata kami dikawasan mall tersebut.
"Hai Tuan. Tak sangka dapat jumpa Tuan dekat sini".
Dapat aku rasakan tubuh Hans secara tiba-tiba sahaja mengeras dan kejung. Pandangan matanya juga turut beralih arah dari gerangan wanita berpakaian seksa itu.
Aku yang perempuan pun sakit mata nengoknya biarpun aku juga jahil tidak menutup aurat.
"Misha...", tegur Hans akhirnya dengan mulut yang berat. Automatik bibirku menguntum senyum.
I see. Spesies ulat bulu rupanya.
Tangan Misha dipanjangkan untuk menyentuh bahu Hans namun segera aku tepis tangan berbulu gatal itu. Kalau tak ditepis, sekali hinggap boleh gatal satu badanlah jawabnya.
"Watch your hand young lady. Keep it in the safe place", ucapku tenang diiringi senyuman manis padanya.
Berani sungguh wanita ini ingin mencaras hak milik Rose. Tahu dek perempuan tu, memang disiat-siatnya minah tak cukup kain ini.
"I'm sorry Tuan but who is this? Menyibuk aje", ucapnya yang tersangatlah biadap pada pendengaranku.
"I'm his little sister. The one he favor soo much. The one he loved and cherish the most. Not to forget, i'm his little precious princess. Don't be rude to me, i hate it damn much", pandanganku sekelip mata berubah gelap.
"Tuan tak pernah cakap pun Tuan ada adik? I thought Tuan anak tungga", Misha cuba mencarik senyum seraya mengusap tanganku namun tangkas aku tepis lagi.
Tak hingin langsung disentuh oleh wanita tersebut.
"It is my personal matter Misha. Awak tak perlu tahu pun", balas Hans dingin setelah sekian lama mendiamkan diri.
Misha termalu sendiri. Wajah bertukar warnanya cuba disorok sebaik mungkin.
"Sorry. Eh jom kita lunch sesama. I boleh belanja Tuan dengan adik Tuan sekali", ucapnya separa ikhlas setelah melihat ke arahku.
Ada jugak karang aku bagi penampar baru tahu. Dasar minah tak tahu malu. Buta ke tak nampak ketidaksudian Hans ni?!
"Jom abang Hans", tak pedulikan Misha, bersahaja aku menarik Hans pergi dari situ.
"Abang Hans?", soal Hans perlahan namun tercalit senyuman nipis pada bibir merah jambu semula jadinya.
"Shut up!", bisikku garang.
"Abang, eh Tuan! Kejaplah. I nak ikut jugak!", tergopoh-gapah Misha dengan kasut tumit tingginya mengejar kami.
Sungguh aku meluat melihat tampang tidak tahu malunya itu. Namun aku sedikit sebanyak merasa seperti melihat bayangan diri sendiri suatu tika dahulu.
Aku tersenyum pahit dengan sendiri.
Hans yang menyedari perkara tersebut mencengkam bajuku, "Past is past Lily. Let it be. Forget about it. You deserves another new life", pujuknya lemah lembut.
Kata-kata Hans itu aku serap sebaik mungkin. Kini aku berpaling menghadap Misha, "Look here Miss Misha, am i right?"
Misha angguk dengan keliru.
"My brother doesn't like you at all. Not even as a friend. So please mind to keep your distance from him. He might not know how to shut you up but he really doesn't like you. He just can't say it. So i hope you can understand that and respest his decision. Stop showing your pathetic for the guy that never valued your love. Someone's better out there are waiting to loved you as you should", nasihatku panjang lebar. Cukuplah aku sahaja yang terluka mengejar cinta yang tidak kesampaian. Tidak sanggup pula aku melihat Misha melalui frasa yang sama. Kerana sakitnya tidak tertahan.
"This guy right here", aku tunjuk ke arah Hans sebelum menyambung, "He got someone in his heart that are very special that he can't ever replace her. No matter how hard you try, he just loved her too much."
Misha diam tertunduk. Wajahnya mulai dibasahi dengan air mata. Hans agak cemas namun aku lebih cekap mengendalikan keadaan.
"Crying as you should just for today and wake up tomorrow as someone new", bahunya aku usap perlahan.
"Hans, come here for a while!", laungku dari dalam bilik persalinan. Bukan apa, rambut aku tiba-tiba tersangkut pada zip belakang baju. Puas aku tarik namun tetap tidak berjaya.
Tak guna sungguh gaun ni. Harap je mahal tapi tak mesra pelanggan pun!
Kunjungan aku ke Malaysia hari ini adalah untuk menghadiri mesyuarat terakhir selaku COO di syarikat Tan Sri Hamdan sekali gus menyelesaikan proses bekalan senjata yang bakal ditempatkan sepenuhnya di Itali. Ikutkan hati aku malas untuk menjejakkan kaki ke sini namun aku perlu memantau perkembangan proses pemindahan senjata tersebut. Jika berlaku kesilapan, rugi yang bakal ditanggung bukanlah sedikit. Beratus ratus juta juga!
Nafas lega aku tarik sebaik sepasang tangan Hans cuba merungkaikan rambut yang tersangkut.
"Jam berapa kita nak ke company?", soalku pada Hans. Kali ini dia turut serta sebagai pengawal peribadiku. Lelaki itu sendiri yang mengada-ngada. Entah kena rasuk jembalang tanah barang kali!
"Hans?", panggilku sebaik tiada sahutan.
"Hans are you there?", soalku lagi saat tidak merasakan pergerakkan. Tubuhku pusing mengejut sehingga melanggar susuk sasa dibelakangku.
Sepasang tangan berurat itu tangkas merangkul pinggangku erat. Enggan membiarkan aku jatuh.
Share this novel