18 | HELL

Romance Series 14773

Bunyi ketukan pintu bertalu-talu dengan loceng membuatkan aku berkerut kening. Terus aku angkat punggung menuju ke arah pintu.

"Who?", soalku sebaik membuka pintu namun...

"Jom keluar", Louis yang segak berpakaian santai t-shirt hitam dan dipadankan dengan jeans warna yang sama.

Wangiannya menusuk kuat ke dalam hidung oleh kerana jarak kami yang agak rapat. Agaknya Louis berdiri betul-betul depan pintu kut tadi. Itu yang buka terus rapat ke dada lelaki itu.

Haih, bala! Makin aku menjauh makin dekat pula budak seorang ini.

"Keluar ke mana? Pagi-pagi macam ni..."

"Keluar jalan-jalanlah. Memandangkan ini hari last kita dekat sini".

Makin berkerut wajahku dibuatnya. "Apa mimpi kau ajak aku keluar ni? Serempak dengan mana-mana kru nanti satu hal heboh pula dekat media sosial".

Louis mencipta jarak antara kami dengan bersandar penuh pada dinding pula.

"Kita rakan sekerja. Nothing weird pun", balasnya bersahaja dengan kedua tangan diseluk ke poket. Matanya galak meratah seluruh wajah kusutku yang baru bangun daripada tidur.

"Untuk manusia normal memang tak pelik, tapi untuk manusia spesies beruang kutub macam kau yang jarang berkomunikasi dengan perempuan ni lain ceritanya", balasku senada.

Apa kena entah dengan Louis ni. Sebelum ini bila aku mendekat dia menjauh, bila aku menjauh dia pula mendekat. Apo kono eh jang?

"Habis dah membebel?", selamba Louis memutar tubuhku yang langsung tidak bersedia dengan tindakannya ke dalam bilik. "Pergi bersiap cepat. Aku tunggu", arahnya menolak sedikit tubuhku ke depan.

"Gila!", getusku sebal namun aku berjalan jua perlahan ke dalam bilik dengan pintu yang ternganga luas.

"Kau memang suka beri tayangan percuma ke?", tiba-tiba terpacul soalan Louis menghentikan langkahku.

Aku berpusing menghadapnya dengan kedua kening terangkat. Tayangan apa pulak dah ni?

"Itu. Kau yang tayang, aku cuci matalah. Bukan salah aku", tanpa rasa malunya Louis menganalisis tubuhku dari atas ke bawah begitu juga denganku sendiri.

Hampir jatuh rahangku memandang diri sendiri yang dibaluti baju tidur nipis bertali halus paras lutut yang mengikut alur tubuh berwarna merah terang.

Tanpa melengahkan masa lagi aku berlari ke bilik dengan dada yang berdebar.

Louis ketawa perlahan dengan wajah yang memerah sebelum pintu bilik ditutup dari luar.

"Baju yang ini sesuai gila dengan kau. Nah, ambik!", sepasang dress labuh berwarna kuning dicampak kepadaku. Terkebil-kebil aku memandang dress tersebut silih berganti dengan Louis.

"Asal pandang aku pulak? Pergilah try padan ke tak?", lagi-lagi Louis menolak aku. Memaksa betul.

"Seriously? Kau heret aku ke sini untuk belanja aku shopping ke? Tak ada benda lain? For real?", soalku tak percaya.

Fikirku Louis yang mahu sakan berbelanja. Namun lain pula jadinya bila aku diheret ke butik beraneka rekaan untuk makhluk wanita ini.

"Pergilah try. Kejap lagi kita nak ke tempat lain pulak", gesanya.

Mahu tak mahu aku masuk ke bilik persalinan.

"I'm done", dengan terkial-kialnya aku keluar dari bilik persalinan dengan dibaluti dress pilihan Louis sebentar tadi.

Tak tipu, tapi dress tersebut benar-benar menawan hatiku. Malah keindahannya terletak cantik pada tubuhku yang sememangnya putih melepak. Dengan lengan berlace jarang dan sedikit manik dikeliling pinggang langsingku. Sesiapa yang memandang pasti menginginkan dress tersebut.

"You look fine", komen Louis.

Entah itu pujian atau sekadar penyedap hati aku juga keliru.

"Tak perlu tukar baju. Jom. Kita dah lambat ni", lenganku diheret oleh Louis. Aku pasrahkan sahaja diri dengan kelakuan Louis yang serba tak kena itu.

Mambang apa entah merasuk lelaki itu sehingga bertindak begini.

Untuk destinasi seterusnya Louis memandu sekitar 9 jam sebelum tiba di destinasi. Aku pula elok lena dikerusi penumpang. Sedar sahaja yang menghiasi pemandanganku ialah sebuah bangunan cantik berbentuk seperti piramid dihiasi lampu berwarna-warna yang memantul pada air sungai.

"Kita dekat mana ni?", dengan penuh takjub aku tergesa-gesa keluar dari perut kereta.

"Somewhere", bisik Louis tepat pada cuping telingaku. Terus merinding seluruh tubuhku menjamah pandangan redup Louis.

"Jom?", dengan lembut Louis menarik lenganku ke dalam genggamannya.

"Nak buat apa dekat sini?", bisikku perlahan. Bukan apa, kami bukan berdua. Tepat di tepi sungai terdapat beberapa buah meja yang diduduki oleh pasangan-pasangan yang lain.

Dalam erti kata lain, meja kami adalah salah satu dari barisan meja pasangan lain.

Kerusi meja makan ditarik oleh Louis kepadaku persis seperti seorang gentleman.

"Thanks", ucapku sepatah kerana mataku lebih terpanar dengan keindahan didepan mata.

Beberapa saat kemudian, makanan mula dihidangkan.

"You know my favourite?", terkejut aku melihat hidangan di atas meja kami semuanya adalah kesukaanku.

"Hmm untuk kau", gumam Louis antara dengar dan tidak.

Tanpa sedar senyuman manisku tercarik lebar menatap wajah Louis yang agak malu dan gelabah.

"Kau rancang ke semua ni? Untuk apa?", soalku serius. Makanan yang terhidang turut dijamah. Sambil mengunyah sambil itu juga aku menunggu jawapan dari Louis.

"Today is your birthday".

Tangan terkaku, aku memandang Louis dengan satu tatapan yang tidak dapat lelaki itu tafsir.

"Aku ke tandas sekejap", ucapku menyapu mulut dengan napkin. Tanpa memedulikan wajah terpinga Louis aku beredar dari meja makan.

Lama aku merenung pantulan diri sendiri di dalam cermin, lalu aku meraup wajah sendiri kesal.

"Oleh kerana kenangan bodoh, kau membenci hari lahir sendiri Vena. How stupid of you", gumamku sendiri. Tangan dicuci dan digosok kasar. Melepaskan kemarahan kepada diri sendiri.

"Forget it Vena...Those stupid memories of that day", sambungku lagi.

Usai mengelap tangan, aku kembali beransur ke meja makan sebentar tadi namun langkahku mati melihat kolar baju Louis dicekak kasar oleh seseorang jejaka asing. Bersebelahan dengannya pula adanya seorang wanita yang berwarga asing juga.

"The hell are you doing to my girl?!", jerkah lelaki warga asing itu kuat dihadapan wajah Louis.

"I did nothing!", balas Louis sambil mengetap bibir sendiri. Jelaslah disitu lelaki itu sedang bengang.

"I saw you looking at my girl!", balas lelaki warga asing itu pula. Bersedia untuk melepaskan tumbukan ke muka Louis.

Aku tangkas menahan tangan jejaka tersebut. "What are you trying to do?", garang aku mencerlung. Tangannya direntap ketepi.

Pandangan tajamku silih berganti antara lelaki warga asing tersebut dengan kekasihnya yang kononnya mangsa keadaan sedang tertunduk-tunduk. Namun diam-diam ekor matanya memandang Louis.

Tak guna! Dia yang gatal rupanya!

"Funny of you and shame on you girl. This man here, is mine! He literally have eyes on me only not to the others especially to a woman like you. Such a wh*re", herdikku kasar. Tubuh wanita itu aku tolak kasar.

Namun tanpa terduga teman lelakinya menamparku kuat.

Louis menarik aku kebelakang segera. Tumbukannya singgah pada wajah lelaki warga asing itu tanpa teragak-agak.

Dengan rasa pijar aku memerhati riak bengis Louis pada pasangan dihadapan kami. Perlahan aku menolak isian pipi seraya tersenyum sinis. Teruja juga melihat riak bengis Louis.

Seksi pula dimataku. Dengan kedua tangan terkepal sehingga menimbulkan urat diseluruh lengannya.

"Let's go", Louis tarik aku pergi. Haih. Masuk kali ini entah keberapa kali sudah aku ditarik Louis kesana kesini.

"Kau tunggu dalam kereta sekejap. Tenangkan diri dulu. Aku pergi beli air dekat sana. Dahaga", tangan Louis ditolak perlahan.

Louis melepaskanku dengan anggukan lemah.

"Looks happy huh?", soalku sinis ke arah sepasang pasangan kekasih sebentar tadi.

Lelaki itu terkejut namun segera dia mara untuk menyerangku. Tak puas hatilah tu makan penumbuk Louis.

Seinci sebelum tangannya menyentuh tubuhku, aku lebih pantas mengeluarkan pisau rambo. Kulit lengan itu ditoreh panjang.

"Argh! Sh*t!", raungnya agak kuat. Kekasihnya pula mula kelihatan takut. Seluruh wajah itu pucat lesi.

"I don't care if you hurt me, but once you touch what is mine...the hell definitely calling for you".

Mataku berubah gelap menuturkan kata-kata itu.

ZAP!
ZAP!

Pinggang dan leher lelaki itu pula menjadi sasaranku. Darah mulai memancut keluar ibarat paip bocor memercik ke merata tempat termasuk teman wanita lelaki itu.

"Run girl!", toleh sahaja wajah, menyeringai sinis aku kepadanya.

Dengan langkah terketar-ketar dia berlari pergi namun...

ZAP!
BUK!

Tepat balinganku mengenai batang lehernya. Tubuh itu jatuh tersembam ke permukaan tanah dengan keadaan tergeletak kesakitan. Perlahan-lahan tubuh tersebut kaku.

"Mess with me, you'll pay the price. I'm a bussinesswoman after all. I'll accept no loss", dengan langkah lenggang lenggok bersama senandung merdu aku pergi membiarkan dua tubuh tadi dibasahkan darah.

Aku kejam? Tidak! Sedikit gila? Iyurp! Jika Louis mampu menggila, aku berganda-ganda lagi gilanya. Dan semua itu kerana Louis!

That man drives me crazy!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience