"Stop Louis. Dah separuh mati rupa budak tu", tegur Hans setelah sekian lama mendiamkan diri. Dia lebih selesa menjadi penonton namun melihatkan wajah pecah dan tubuh lunyai lelaki yang sedang diikat itu, sudah tiba masanya Louis berhenti.
Tidak menghiraukan kata-kata Hans, dia masih giat melepaskan rasa geram terhadap insan di depannya kini.
"Cukup louis! Dia ni satu-satunya petunjuk yang kita ada. Kalau dia mati, kematian Rose dan penderitaan Lily akan jadi sia-sia!", ucap Hans tegas. Ikutkan hati, dia juga akan bertindak seperti Louis namun akal warasnya menegah. Mereka memerlukan petunjuk untuk mencari orang kanan si tua Fernandos.
Untuk seketika Louis berhenti menggila. Duduknya dilabuh atas lantai nan sejuk. " Belum sedar?", soalnya perlahan. Kedua-dua tangan sendiri yang bersalut darah segar diperhati tidak lepas.
Belum pernah rasanya dia bertindak segila ini, namun kerana seorang Ravena Lily, dia sanggup bermandikan darah sekalipun asalkan Lily sentiasa bersamanya!
"Belum tapi doktor cakap keadaan dia semakin membaik," jelas Hans. Dia turut mengambil tempat bersebelahan dengan Louis. Sepanjang seminggu Lily tidak sedarkan diri, dia saksikan dengan mata kepala sendiri perubahan Louis. Lelaki itu berubah 360 darjah menjadi dingin dan mengerikan.
Louis hilang pedoman diri. Setiap perkara yang dilakukan adalah di atas kepuasan diri sendiri.
"Aku minta maaf Hans", ujar Louis tiba-tiba.
"Untuk apa?", bingung Hans.
"Sebab aku gagal lindungi Rose. Aku gagal sebagai seorang adik. Tugas aku adalah untuk sayang dan lindungi dia. Tapi sebaliknya aku buang dia dari hidup aku ibarat sampah tak berguna. Bodoh betul aku ni kan?", Louis gelak sinis. Seakan mentertawakan kebodohan diri sendiri.
"Sekarang Lily pula yang menderita. Aku mampu tengok sahaja dia terbaring kaku atas katil hospital tanpa berbuat apa", keluhnya lagi.
Bila difikirkan semula, sepatutnya dari awal lagi dia patut abaikan rancangan bodoh Laily dan bahagia mungkin buat mereka.
"Aku memang bodoh kan?" Louis ketawa lagi sendiri.
"Aku tak layak nak cakap kau bodoh tapi hakikatnya kau memang bodoh", kata Hans bersama sengihan tak bersalah.
Louis mencerun tajam terhadap Hans.
"Semua ni takdir Louis. Betul, pada mulanya aku pun marah tapi semua tu tak berguna sebab ini semua suratan takdir. Kita perlu kuat untuk maju ke hadapan. Itu saja caranya untuk tebus balik kesilapan kau. Aku pasti itu pun kemahuan Rose untuk kau terus berjalan ke depan", nasihat Hans panjang lebar.
Walau pada hakikatnya dia terluka dengan kepergian Rose namun masih ada tanggungjawab lain yang perlu dia galas. Terus-terusan menyalahkan Louis takkan membuatkan Rose kembali padanya semula.
"Rose sayangkan kau sangat pada dasarnya, she's been looking for you for years. Pertemuan korang adik beradik dah cukup membahagiakan dia. Keutamaan dia sentiasa tertumpu pada kau", sambung Hans lagi. Jauh disudut hatinya masih terimbau kembali senyum dan tangisan kegembiraan Rose tatkala bersua muka pertama kali dengan Louis. Andai sahaja masa dapat diputar kembali, akan dia lebih jujur dengan diri sendiri betapa dia hargai secebis senyuman indah itu.
"Aku mungkin tak mampu jadi seorang adik yang baik tapi aku percaya dia disayangi oleh lelaki yang sesempurna kau dah memadai. Sekurang-kurangnya kau pernah jadi tempat sandaran dia", jauh Louis termenung. Hans turut melalukan perkara yang sama-sama. Masing-masing tenggelam dalam dunia sendiri.
"Mana Louis?", soalan pertama yang terpacul keluar dari bibirku sebaik aku mencelikkan mata. Melilau bebola mata mencari kelibat Louis.
"On his way here. Just be patient. He's just fine", ucap Hans. Kepala yang tegak itu ditolak kebelakang.
Aku terngadah bila ditolak Hans untuk kembali meletakkan kepala pada bantal.
"Aku okeylah!", bentakku geram. Hans buat macam aku budak kecil aje. Aku kena tembak aje, bukannya benda besar sangat.
"Kau kena tembak yer Lily. Itu nasib selamat aje. Kalau tak habis duit aku nak kuburkan kau. Itu belum termasuk lagi nak hantar kau pulang ke Malaysia. Berapalah agaknya habis duit aku", bebel Hans.
Aku jeling dia tajam. Meminta sungguh untuk aku mati. "Aku kena tembak tu benda biasa. Cuma kali ni nasib aku malang sikit sebab tembakan tu terkena abdomen penting", jelasku tak berpuas hati.
"Lily!", teguran suara garau di muka pintu wad menarik perhatianku.
Dengan mata berkaca aku tatap susuk tubuh Louis yang makin mendekati.
Tanpa banyak bicara dia menarik aku ke dalam pelukan hangat.
"You're scaring me to death", bisiknya perlahan dan menyayat hati. Pelukan makin dieratkan seolah dia tidak ingin melepaskan aku pergi.
"Kut ye pun nak buat maksiat jangan depan mata aku yang suci ni", tegur Hans dengan wajah meluat.
Louis lepaskan pelukan. Namun matanya masih tepat mengarah padaku.
Satu yang menarik perhatian aku padanya. "Cold", ucap aku tanpa sedar.
"Apa yang kau cakap?", soal Louis dan Hans serentak.
Aku diam tapi mata masih ralit memandang kedinginan dibalik mata Louis. Lelaki itu nampak agak lain. Dengan kelembutan matanya padaku masih terselit dingin dan ketajaman yang tersembunyi.
"You killed somebody didn't you Louis?!", soal aku agak tinggi. Kolar bajunya aku cekak kasar. Pandangan itulah yang sering disajikan olehku. Malah Rose juga pernah mempamerkan pandangan yang sama setelah membunuh buat kali pertama.
"Apa yang kau buat Hans?!", aku pandang Hans dengan amarah penuh didada.
"He didn't killed anybody Lily", jelas Hans gentar dengan pandangan membunuh aku.
Louis masih statik membiarkan kolarnya dicekak, "But i definitely can killed one if you were the reason", ucap Louis dingin. Rahang aku diusap lembut olehnya, menyampaikan bahawa apa yang dikatakannya itu benar. Bukan itu sahaja, Louis kelihatan lebih mendominasi! Perlahan-lahan tangannya merungkai cengkaman aku pada kolarnya.
"I'll let yoy rest for a moment. We'll talk later", Louis terus berjalan pergi meninggalkan aku yang masih terkaku tidak percaya dengan semua yang sedang berlaku.
"This is not right Hans. Dia perlu kembali pada kehidupan asal dia. Sini bukan tempat yang sesuai untuk dia! Aku tak nak dia terjerumus dalam kancah dosa yang sama dengan aku", separuh merayu aku berharap Hans faham apa yang aku cuba sampaikan.
"I'm sorry Lily. Aku cuba tapi Louis yang berkeras untuk pilih jalan ni."
Aku keluh sendiri. Apa yang paling aku takuti kini sedang terjadi.
"Teruskan buat dia kembali Hans. Itu arahan aku pada kau! Kau patut akur sebab aku yang berkuasa sekarang!", tegasku. Aku terpaksa, demi kebahagiaan Louis, aku sanggup lakukan apa pun.
"Benda tu takkan pernah terjadi Lily. Louis terlampau bertekad untuk balas dendam. Hutang darah dibayar darah, hutang nyawa dibayar nyawa, itu pegangan Louis. Kau pun takkan mampu untuk halang dia", balas Hans.
Aku pejamkan mata sendiri. Sakit kepala dengan satu persatu masalah yang mendatang. Bila agaknya semua akan berakhir?
Share this novel