16 | SELAMI HATI VENA

Romance Series 14773

"Yes, anything wrong Louis? You're definitely wasting my precious 30 minutes here just by sitting and do nothing", setelah sekian lama aku bersuara juga. Sedari tadi Louis hanya diam sambil memakukan matanya pada wajahku.

Pada waktu biasa, mungkin sahaja aku gembira dan teruja namun buat masa sekarang, otakku terlampau sarat dengan bebanan masalah yang muncul. Belum lagi termasuk dengan kerugian yang baru-baru ini aku hadapi.

Haih. Life is hard bukan?

"Nothing is wrong Vena. Aku cuma mahu bertentang mata dengan kau dan...", Louis menjeda, "dan minta maaf?"

"You sounds weird. Is it an apology or a question? You seems to be hesitated", balasku dingin. Kedua tangan aku bawa ke depan. Berjarak agak dekat dengan sepasang tangan berurat Louis di atas meja.

"Jangan minta maaf kalau kau ragukan aku. Aku tak memaksa kau untuk meminta maaf sebab apology deserves to be precious not hypocrite", balasku tenang mengundang kerutan pada dahinya seakan tidak berpuas hati dengan kata-kataku.

"No, i'm not!", tegasnya laju.

"Aku betul-betul minta maaf untuk semua ungkapan kasar yang keluar daripada mulut aku."

Aku diam memberikannya ruang untuk meneruskan bicaranya.

"Aku tahu, aku tak patut masuk campur urusan kau dengan Laily. I'm sorry. I really do".

"Apa yang membuatkan kau mohon maaf. You did nothing wrong. Indeed i am. Pergilah Louis pada Laily. Aku malas untuk bertekak".

Louis mara merapati meja. Tubuhnya condong dekat denganku. "Apa yang tak kena? Sekejap kau mesra dengan aku, sekejap dingin. I know i'm wrong but stop pushing me. I'm here for you Vena!", tekannya agak kuat.

"Aku ada kerja Louis. Stop wasting my time", balasku. Ingin sekali aku meluahkan rasa sayang padanya namun sia-sia. Dia pasti akan menjauh. Lebih teruk andai Louis membongkarkan identitiku setelah itu kian menjauh.

Perit! Jadi ada baiknya perasaan ini aku simpan untuk diri sendiri. Dan mungkin mencipta jarak antara kami juga satu perkara yang bijak.

"Kenapa kau menjauh Vena. Salahkah aku untuk selami hati kau?"

"Hati? Kau tuduh aku dera perasaan Laily bukan? Jika betul aku ada hati untuk diselami, Laily tak akan menangis kerana aku Louis", bidasku dengan nada bergetar. Susuk tubuh Laily dibelakang Louis bersama senyuman sinis lagi-lagi menyakiti perasaanku.

Aku tahu, aku lemah. Aku akhirnya memilih untuk berundur walaupun aku bertekad dihadapan Laily untuk mara. Tapi pada akhirnya aku menidakkan Louis.

"I've got to go", beg tangan dicapai sebelum laju aku bergerak meninggalkan Louis dan Laily. Dan untuk sekali lagi aku memberikan ruang untuk mereka berdua.

Hujung bajuku ditarik oleh Qal. Kanak-kanak itu membulat memandang ke arahku yang bertutup litup dengan mask dan topi hitam. Enggan dikenali oleh peminat.

"Qal nak mainan tu boleh?", jari telunjuk kecil itu mengarah pada kereta mainan besar yang terletak elok pada barisan rak kedai mainan. Sedari tadi lagi mainan itu menarik minatnya.

Aku tersenyum ke arah Qal seraya membalas, "Boleh sayang. Jom kita ambil", jari jemari Qal aku genggam kemas lalu aku tarik ke arah mainan yang dikehendakinya itu.

Belum pun sempat aku mengambil mainan tersebut, sepasang tangan yang lain sudah mencapai terlebih dahulu. Membulat mataku terkejut.

"Man!", seruku agak teruja melihat Firman yang berdiri tegak bersama senyuman lebar padaku.

Oh aku sungguh merinduinya. Setelah sekian lama tidak bersua dek kesibukkan masing-masing akhirnya kami dipertemukan jua.

"Miss me?",soalnya masih lagi tersenyum sebelum mata itu jatuh ke arah pegangan tangan aku bersama Qal. Terus terjungkit keningnya padaku.

"This is your....."

Aku mula berdebar-debar. Aduh. Jangan Firman salah anggap Qal anak aku pulak sudah!

"Your sugar baby?!"

"Pardon!?" nadaku naik mengundang mata asing ke arah kami. Laju aku capai tangannya untuk ke kaunter bayaran dan segera membayar. Tubuhnya dan Qal aku heret ke tempat yang agak lenggang dari orang ramai.

"Kau gila ke?", soalku geram. Apa kejadahnya dia nak ambil Qal jadi sugar baby. Budak itu bawah umur lagi! Tak tercapai dek akal langsung pemikiran si Firman ni.

Firman menjongket bahunya. Dia menilik seluruh tubuh Qal dari atas sampai bawah.

"Your son?"

PAK!

Kasar bahu Firman aku tepuk sehingga lelaki itu menyeringai kesakitan.

"I'm not married yet you idiot".

"Zaman sekarang apa yang mustahilnya dapat anak tanpa kahwin. Dekat luar sana tu bersepah", ujarnya bersahaja.

"Mulut kau jaga sikit. Depan budak ni! And one more thing, kau cuba samakan aku dengan perempuan yang jual tubuh ke?"

Laju Firman menggeleng saat melihat seluruh wajahku memerah menahan geram. Tahulah dia mulutnya telah mengundang amarahku yang satu itu. Dan pastinya dia tidak mahu menanggung konsekuensi sekiranya aku mengamuk ditengah mall ini.

"Gurau babe. Chill lah. Garang sungguh kau ni semenjak bekerja dalam projek yang sama dengan abang Louis kau tu", ujarnya. Sempat diselit perlian disitu.

Aku menjelingnya tajam.

"By the way meet hurmm...", aku berfikir sejenak. Siapa Qal dalam hidup aku? Aku juga bingung, "My little brother", sambungku setelah berperang dengan minda sendiri.

"Anak kandung Bonda la ni?"

Eh banyak pula soalan Firman. "Nope. He only relate with me not my family", tekanku.

"I see. Kau berahsia dengan aku la ni? Fine i won't doubt you. Hampir-hampir aku ingat budak ni anak Louis. Ada iras-iras sedikit", tutur Firman selamba badak. Tangannya mencapai jari jemari Qal dariku.

"Nak aiskrim tak?", soalnya pada Qal. Bukan apa, dia mahu melarikan diri dariku. Bila-bila masa sahaja aku ingin menumbuk wajahnya saat nama Louis sekali lagi meniti pada bibirnya. Tak serik betul mamat sorang ni!

"Uncle belanja".

"Nak!", jerit Qal keriangan. Tangannya didepakan pada Firman bersama senyuman lebar. Teknik memujuk untuk didukung.

"You nak uncle dukung ke budak? Berapa kilogram berat hah?", Firman cuba mengendahkan depaan tangan Qal. Matanya mencerun tajam pada kanak-kanak itu.

"Uncle tak termakan la dengan muka comel you tu", ejeknya namun tetap jua dia mendukung tubuh kecil Qal. Sempat berkali-kali dia menepuk punggung Qal sambil tertawa lucu. First time tepuk punggung budak! Haha! Dia bukanlah ramah dengan kanak-kanak. Inilah pertama kali dia beramah mesra dengan spesies ini. Jadi janggallah sedikit.

"Berat budak ni berapa weh?", menyempat Firman toleh kepadaku menanyakan berat Qal. Aku sekadar tertawa melihat wajah cemberut Firman apabila aku hanya diam.

Diam-diam Firman juga tersenyum melihat aku ketawa. Dia makin mengeratkan pelukan Qal didukungannya manakala kaki panjangnya diperlahankan untuk menyamai langkah kami.

Tanpa aku sedari, wajah Firman langsung tidak lekang dengan senyuman sepanjang waktu kami luangkan bersama.

aiyok apa kena dengan firman ni? skrng team louis ke firman?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience