31 | PENGKHIANAT

Romance Series 14773

Setelah meninggalkan aku yang digari, Louis menghilang entah ke mana meninggalkan aku bersama Puan Rebetha berdua di dapur.

Dari ekoran mata sahaja dapat kulihat pandangan tajam membunuhnya ke arahku.

Entah datang dari mana, sebatang lobak merah mendarat elok berdekatan kakiku.

Puan Rebetha mula berjalan menghampiri untuk mencapai objek tersebut.

"Kau tahu, aku alah pada orang asing", ucapnya seraya mengambil lobak merah di atas lantai tadi.

Aku senyum sinis mendengar kata-kata yang langsung tidak dapat kutebak menjadi pembuka bicara antaraku dan wanita tua tersebut.

Fikirku, Puan Rebetha mungkin akan berdiam diri tetapi sebaliknya dia cuba memprovok diri aku.

"I don't think so. Mungkin kau lupa, kau besarkan anak orang".

Wajah Puan Rebetha mula berubah warna. Dari sinis terus bertukar geram bercampur gelisah.

"Let me tell you one thing, all these years of silent doesn't mean i know nothing about you. How you manipulated all the story just to get sympathy, i know definitely everything but i bet Louis and Rose know nothing about the truth that you wasn't their mother".

"Tak mungkin", langkah Puan Rebetha terkebelakang dek rasa tak percaya yang mengusai. Perasaan yakinnya sebentar tadi ranap begitu sahaja sebaik rahsia yang disimpan rapi selama ini rupanya sudah terbongkar.

"Patut tak aku beritahu kebenaran pada Louis yang kau sebenarnya pengkhianat yang sanggup bunuh ibu kandung dia sendiri sedangkan dia sayang dan anggap kau ibu kandung dia selama dia hidup?"

Mencerlung mata Puan Rebetha ke arahku. Ketakutan terbias jelas di dalam anak matanya.

"Kau tamak Rebetha. Fernandos tak pernah dera kau sebaliknya kau yang dera perasaan dia. Kau gunakan anak-anak dia untuk umpan dia tunduk pada kau".

"Diam, kau dan aku, kita sama!", jerkah Puan Rebetha agak kuat.

"Kita sama? Kau bermimpi agaknya. Aku dan kau, kita sama sekali jauh berbeza. Aku mungkin bermandikan darah merah tapi aku takkan sesekali pergunakan kelemahan orang yang tak bersalah sesuka hati. Paling penting, aku tak pernah tamakkan benda yang bukan milik aku!"

"Diam!", dengus Puan Rebetha dengan amarah tertahan. Tanpa sedar pisau dalam genggamannya telah berada tepat pada leherku.

"Fernandos tak pernah dera Rose. Dia cuma cuba untuk latih Rose lindungi diri dia dan Louis dari kau. Kerana kaulah watak jahat dalam kisah mereka adik-beradik", sambungku lagi.

"Diamlah bodoh! Kalau bukan sebab Sarah selalu menunjuk dengan kebahagiaan dia, aku takkan sesekali rampas apa yang dia ada. Pada akhirnya aku yang menderita diabaikan oleh Fernandos. Lelaki tak sedar diri itu kahwini aku untuk jadikan aku ibu kepada anak-anak dia. Dia layan aku ibarat patung tak bernyawa. Aku tak pernah wujud pada mata dia!", ucap Puan Rebetha bersama wajah merah padam. Air matanya jatuh menitis sedikit demi sedikit.

"Itu tak menjadi alasan bagi kau untuk rampas hak orang! Kau seksa mereka satu keluarga hanya kerana sifat tamak haloba kau. Sekarang kau bahagia?"

Puan Rebetha terdiam. Soalan itulah soalan yang takkan pernah dia iyakan dengan yakin.

"No worries. Aku tak akan campur tangan dalam urusan keluarga kau selagi kau juga tak campur tangan dalam urusan aku".

"Apa jaminan kau?", soalnya. Bibirku menyungging senyuman senget.

"Rose cukup terluka dengan perbuatan kau. Aku takkan sesekali tambah garam dalam luka yang sedia ada terbuka. Jadi, jauhkan Louis dari kami". Aku telah memikirkan segala kemungkinan. Mungkin aku pentingkan diri, namun jika tidak begini, maka seberapa parah lagi luka yang akan ditambah kepada Rose?

"Dia, patut berada selamanya disisi kau", sambungku yakin. Benar tindakan ini gila. Namun, inilah keputusan yang aku ambil apabila melibatkan Rose.

"Buka mulut", arah Louis masih tak mengalah. Sedari tadi lagi lelaki itu cuba memaksa insan dihadapannya untuk makan.

"Is it that hard?"

Sepi. Tiada balasan.

"Sweetheart, please...." Louis separuh merayu dengan sudu berisi nasi goreng dihala dihadapan mulutku.

Aku buat pekak. Tingkah dan bicaranya cuba diabaikan sebagaimana dia mengabaikan perasaanku suatu masa dahulu.

"Eat sweetheart. Kalau tak nanti kau jatuh sakit", Louis cuba memegang lenganku namun segera aku mengelak.

Sudu tadi tercampak ke lantai sebaik aku menendang lengan sasa Louis. Tanpa sepatah kata, lelaki itu tunduk mengutip sudu yang sudah kotor itu. Lama, tiada tanda-tanda Louis ingin mengangkat kepala memandangku.

Marahkah lelaki itu? Jika benar, senanglah kerjaku untuk melepaskan diri dari cengkaman Louis.

Tidak lama, kedua bahu itu terhinjut tanpa sebarang bunyi terhasil.

Berkerut kedua keningku seraya menoleh ke arah Puan Rebetha yang berada di meja makan dapur beberapa jarak dari kami.

"I won't be mad sweetheart because you're quite cute", hidung mancung aku dicuitnya lembut.

Bukan hanya aku, malah Puan Rebetha turut sama terkedu.

"Try soo hard sweety but you won't get what you want", ujar Louis tenang. Cukup tenang sehingga merinding sekujur tubuh yang mendengar.

"Kau memang tak guna!", kakinya aku tendang sekuat hati. Jika bukan kerana digari, pasti aku sudah capai sebarang senjata untuk melawan. Sayangnya, Louis langsung tidak memberi peluang untuk aku melepaskan diri.

"I am sweetheart. A jerk only for you, isn't it sweet?"

Gila! Mencerlung tajam aku ke arah Louis yang tersenyum kemenangan.

"Tolonglah Louis, lepaskan aku", separuh merayu aku cuba memujuknya namun sekelip mata senyuman Louis memudar.

"You're mine sweetheart. I'll keep you by my side".

Lagi-lagi aku mengeluh mendengar kata-kata tidak masuk akal yang meluncur keluar dari bibir Louis.

"Kau fikir aku akan terima kau? Selepas apa yang kau buat? Kau fikir semudah itu aku mampu memaafkan kepuraan kau selama ni?", soalku tenang. Pertanyaan yang lebih menyinis namun aku sedar memberi peringatan padanya bahawa perkara yang Louis lakukan sama sekali tak mampu dimaafkan olehku.

"Cinta itu mudah Louis, tapi sekali kepercayaan kau diragut, hati yang kau beri dipijak, maruah kau dipermainkan, pada akhirnya semua takkan sama seperti dahulu. Everything change..."

Louis diam tak terkata. Suara itu menghiris tajam hatinya bersama dengan pandangan yang telah sirna cahaya buat dirinya.

"I used to love you but you betray me! Betray us!", tekanku penuh perasaan. Tahukah Louis betapa sakitnya hati ini untuk terima kenyataan pahit yang terhidang sehingga aku lebih sanggup mendengar penipuannya daripada tuduhan yang dilontarnya suatu masa dahulu.

"If you love her then go, stop torturing me", tak tertahan tumpah jua air mataku.

"I don't sweetheart. Aku minta maaf. Aku sedar terlampau banyak silap aku pada kau, tapi berilah aku satu lagi peluang untuk aku tebus segalanya. Beri aku peluang untuk cintai kau".

Dengan air mata yang mengalir aku memalingkan wajah ke tepi. "Kau pernah lontarkan kata-kata yang sama dahulu Louis. Tapi akhirnya, kau khianati aku", ucapku tanpa nada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience