12 | MENGAPA LAILY?

Romance Series 14773

Mundar mandir aku berjalan mengelilingi meja kerja. Sejak kembali ke Malaysia, aku menetap di villa persendirianku sendiri untuk bersembunyi dari Tan Sri Hamdan. Selama seminggu itu juga aku cuba mencari cara untuk berhubung dengan Louis namun semuanya gagal.

Nombor telefon lelaki itu juga tiada dalam perkhidmatan. Entah apa yang terjadi.

"Boss", pintu bilik kerja aku ditolak Ravi dan Chong.

"Ini maklumat kerjasama Inspektor Zayyan dengan Chew Xiao. Semua bukti perjumpaan mereka ada dalam pendrive ni Boss".

"Bagus. Hantar pada Rose. Aku masih perlu selesaikan perkara yang lain", arahku senada.

Ravi dan Chong sama-sama mengangguk sebelum berlalu keluar.

Tak betah lagi cuba memikirkan cara untuk menghubungi Louis, aku akhirnya menapak ke ruang tamu.

"Amir!", teriakku.

Teriakkan itu bergaung ke pelosok rumah.

Terkocoh-kocoh Amir berlari mendapatkan aku.

"Ada apa Boss?"

"Track location Louis sekarang!"

"Apa?"

"Hai abang, buat apa dekat sini?", sebelah kening terjungkit naik. Aku menghadiahkan sebuah senyuman manis pada jejaka yang berada dihadapanku kini.

Louis terkebil-kebil menatap wajahku.

" Kau buat apa dekat sini?", soalnya sambil membetulkan duduk. Wajah yanh tadi tidak bereaksi bertambah dingin.

Pelik! Sejak kejadian di lapangan terbang yang lalu, Louis berubah agak drastik.

"Makanlah. Buat apa lagi dekat kedai makan ni?", soalan berbalas soalan.

Duduk dilabuh pada kerusi kosong bersebelahan dengan Louis.

"Apa kau nak ni Vena?", soal Louis agak kasar. Lelaki itu mendengus tidak suka saat memandang sisi wajahku.

Entah apa yang merasuk Louis sehingga berubah begini? Sedangkan mereka hampir sahaja menjadi lebih rapat.

"Apa? Aku cuma nak makan", balasku juga agak kasar. Sejujurnya kata-kata Louis agak menyakiti hatiku.

Dari kasar, aku dilayan lembut dan kini bertukar pula kasar. Siapa sahaja yang tidak sakit hati?

"Apa lagi yang kau sorok dari aku Vena?"

Keningku berkerut. Tak faham dengan apa yang Louis katakan.

"Apa yang kau cakapkan ni? Apa yang aku sorokkan dari kau?"

"Tak perlu berlagak bodoh la depan aku. Rahsia kau yang kononnya nak disorok itu dah sampai ketelinga aku".

Okey kali ini telinga aku benar-benar mahu berasap. Dengan terpinga-pinganya aku disembur oleh Louis. Apa pun yang keluar dari mulut Louis tak dapat difahami.

"Apa yang kau nak cakapkan sebenarnya? Tak perlu berbelit-belit bagai. Straight to the point aje".

"Kau anak Tan Sri Hamdan kan?"

Aku terkedu. Tidak menyangka soalan tersebut bakal meluncur keluar dari mulut Louis.

"Macam mana?"

"Macam mana aku tahu itu tak penting Vena. Apa motif kau sorokkan identiti sendiri then dekatkan diri dengan aku yang tiada apa-apa ni? Kau jangan fikir aku tak tahu macam mana kau dapat nombor telefon aku", pintas Louis lebih laju. Matanya tajam menikamku.

Sedikitpun serangannya itu tidak memberi peluang padaku untuk menjelaskan keadaan diri sendiri. Nada bicara Louis jelas menyatakan bahawa lelaki itu marah dan bersikap penuh berjaga-jaga padaku.

"Apa salahnya kalau aku anak Tan Sri Hamdan? Ada yang pelik ke? Atau aku ini tak layak dipanggil sebagai anak dia?", bidasku geram. Bahu Louis aku tarik kasar agar menghadap aku.

Louis marah, tapi ada aku kesah?

"Anak sesiapa pun tak ada kena mengena dengan sikap kau yang acuh tak acuh dengan aku ni. Apa masalah kau sebenarnya?"

Jika Louis berfikir aku hanya akan diam dengan serangannya, oh tidak! Lelaki itu salah besar.

Louis memalingkan wajah ke arah lain. Dia enggan berpandangan mata dengan Ravena. "Kau adik Laily kan? Punca kenapa Laily selalu sangat murung dan menangis?", serang Louis tanpa aku jangka.

Tuduhan tak berasas yang dilemparkan Louis sama sekali tidak terjangkau dibenakku. Malah, tuduhan itu langsung tidak masuk akal. Apa yang aku buat pada Laily? Murung? Menangis? Rasanya yang terjadi itu sebaliknya. Laily yang memberi derita padaku!

"Apa yang kau karutkan ni? Sejak bila Laily murung? Bukan main happy lagi minah tu! Dan bercakap tentang Laily, macam mana kau kenal kakak aku?"

Reaksi Louis berubah. Dari marah, wajah itu kelihatan terpinga-pinga pula.

"Apa hubungan kau dengan Laily?", soalku mulai berang. Tubuh Louis yang sedang duduk ditolak kasar olehku sehingga Louis hampir terjatuh kebelakang.

"Kawan?", dada Louis ditolak, "Crush?", lagi-lagi dada bidang itu ditolak kasar, "Atau kekasih?", dada Louis ditunjal kuat pula olehku.

Louis cuba menahan namun kuku panjangku mencengkam dan membenam ke kekura tangan Louis.

Entah apa yang merasuk, aku bingung dan marah. Bagiku, sayang yang aku rasa seakan dikhianati walau kenyataannya Louis langsung tidak mengetahui perasaanku padanya.

Tetap sahaja aku merasa dilukai. Mengapa Laily dalam banyak-banyak perempuan? Aku mungkin mampu menerima orang lain tapi tidak Laily.

"Kau sakitkan aku Vena", Louis merentap cengkamanku daripada kekura tangannya.

Cairan darah merah mulai menitis kesan daripada cengkaman tajamku tadi. Aku terkedu ditempat sendiri.

"Ak...aku...", segala tingkahku serba tidak kena. Wajah dan kekura tangan Louis ditatap silih berganti. Perasaan bersalah menapak dihatiku.

"Macam ini ke kau perlakukan Laily? Semua luka dan parut dekat badan dia itu semua berpunca dari engkau?"

Louis memandangku penuh kecewa.

Dari rasa bersalah terus lenyap menjadi amarah kembali. "Kau tak tahu apa-apa tentang kami adik beradik. Kau tak layak untuk menghakimi aku. Setakat dengar cerita sebelah pihak sahaja, jangan kau berani nak fitnah aku!"

"Bukti dia dah ada Vena. Cara kau perlakukan aku tadi tak ubah seperti apa yang kau lakukan pada Laily. Aku kecewa dengan kau. Aku fikir kita mungkin boleh berkawan tapi aku silap. Simpan sahaja cerita kau untuk diri sendiri. Aku sudah muak dengan lakonan kau", Louis mengambil dompetnya diatas meja lalu berlalu pergi meninggalkan aku yang dalam kemarahan.

Ada apa antara Laily dengan Louis? Cerita apa yang sampai ketelinga lelaki itu sehingga hubungan yang baru terjalin ini retak begitu sahaja?

Bukan sekadar menyakiti hati aku, malah misiku juga seakan sukar untuk dicapai.

Kali ini, Laily terlalu kejam dan mementingkan diri sendiri.

Tanpa sedar, air mata jatuh menitis mengalir di pipi. Tiada esakkan. Yang ada cumalah rasa kecewa dan marah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience