13 | MERAIH HATI

Romance Series 14773

Mata kami saling bertentang. Aku cuba berlagak tenang.

"Pandai pula balik rumah. Ingatkan dah melacur dekat mana-mana kelab. Kecewa kan? Sebab Louis lebih pilih aku".

Elok sahaja aku menapak ke anak tangga bawah terus tak jadi. Aku pusingkan badan lalu mendongak ke atas. Ke arah Laily yang berada di puncak tangga. Kata-katanya sebentar tadi benar-benar membuatkan darah aku panas.

Petang tadi aku kembali ke kediaman Tan Sri Hamdan atas faktor kesihatan orang tua itu yg agak merosot. Bukan disambut dengan senyuman, malah hanyalah riak geram dari ayahku itu.

"Jadi kau memang sengaja?", soalku senada bersama panggilan yang berbeza. Alih-alih menunjukkan rasa marah aku lebih kepada tenang. Tenang yang dibuat-buat semestinya.

"Apa pun yang menjadi punca kebahagiaan kau akan aku rampas satu persatu", ucapnya girang lalu meneruskan langkah.

"Bahagia?", aku tertawa sinis.

Tubuh Laily yang menghilang disebalik daun pintu dipandang sekilas.

"Sejak dahulu, tak pernah ada kebahagiaan dalam hidup aku Laily. Kau cuma merampas semua yang aku miliki untuk puaskan hati sendiri di atas alasan aku tak layak memiliki kebahagiaan itu. Tapi kau silap. Aku takkan berdiam diri lagi. Aku akan pejuangkan perasaan ini", ujarku sendiri.

Aku pernah mengalah hanya kerana Rasy menyayangi dan lebih memilih Laily. Hati dipendam, mata dibutakan dan telinga dipekakkan hanya kerana aku masih menganggap wanita itu sebagai seorang kakak. Namun tindakan Laily kali ini telah melenyapkan semuanya!

Laily sendiri yang mencipta permainan ini jadi aku pun akan sambung rentak permainan dia.

"Qal makan sedikit ya? Kalau Qal tak makan macam mana Qal nak sihat? Kalau Qal tak sihat macam mana Qal nak doakan Ibu dan Papa?", pujukku masih lagi dengan nada lembut walaupun kali ini telah masuk 10 aku memujuk Qal untuk makan.

Qal menggeleng lemah dengan hidung kemerah-merahan dan mata yang berair. Mangkuk berisi bubur ayam ditolaknya menjauh.

"Qal tak selera", pintas kanak-kanak itu lemah. Tubuhku juga turut cuba ditolak menjauh dengan perlahan namun sayangnya, kudrat Qal yang kecil tidak sebanding dengan aku yang dewasa. Sedikitpun tubuhku tidak berganjak dengan tolakan halus itu.

Ubun-ubun Qal aku usap lembut. Harus diakui, Qal seorang anak yang tabah.

"Qal makan sedikit sebab kejap lagi kita nak pergi kubur Ibu dengan Papa. Taknaklah macam ni. Mesti Ibu dengan Papa sedih tengok Qal tak makan", bubur disua ke mulut Qal.

Qal akhirnya patuh. Sambil makan, sambil itu juga air mata Qal jatuh namun tiada esakkan yang keluar dari mulut kecil itu.

"Kakak ada sayang. Kakak akan jaga dan lindungi Qal macam nyawa sendiri. Qal ada kakak, dan kakak ada Qal. Promise me?", aku menarik jari kelingking Qal untuk bertaut dengan jariku sendiri.

"I will love you as you should", tubuh Qal aku tarik masuk ke dalam pelukan.

Mengingati arahan Rose, semakin rumit keadaanku kini. Namun semua itu hilang sekelip mata sebaik beberapa orang manusia masuk ke dalam ruangan yang sama denganku.

"Eh, you sudah sampai Vena?", tegur Encik Aman, pengarah dan penerbit drama terbaruku.

"I ada urusan berdekatan kawasan sini. So, awallah i sampai", balasku sambil tertawa.

Encik Aman turut menyambutnya dengan tawa kecuali Louis yang berada dibelakangnya. Muka member ketat bukan main lagi! Maklumlah Louis tidak mengetahui kehadiran dan kewujudanku dalam drama yang sama dengannya untuk kali ini.

Lelaki itu langsung tidak dimaklumkan dengan apa-apa berita mengenai pasangannya. Dan itu semua adalah rancangannya semata untuk meraih hati Louis.

"Oh ya Louis, ini partner you untuk drama kali ini. I know you guys pernah dipasangkan bersama baru-baru ni so i guess you guys already comfortable with each other la kan?"

Aku angguk bersama satu senyuman manis. Muka Louis pula masih sama, ketat tanpa secalit senyuman.

"Good then. I nantikan lakonan hebat you guys. Jadi sekarang bolehlah kita mulakan sesi bacaan skrip?"

"Boleh sangat", meleret sahutanku sambil menarik senyum lebar pada Louis.

Gila! Detik hati kecil Louis.

"Memandangkan semua juga sudah ada, eloklah kita segerakan".

Semua tersenyum. Sesi bacaan skrip pertama dimulakan dengan dialog daripada Louis dan dua pelakon yang lain.

Aku hanya memerhatinya dari sisi memandangkan dia berada disampingku.

Dari sudut yang dekat, rahang dan hidung tajam dan mancung Louis kelihatan lebih jelas menyerlahkan ketampanan lelaki itu. Apatah lagi warna mata yang unik itu lagilah menambah perisa menarik pada Louis.

"Awak suka saya tak? Sebab saya suka awak sangat-sangat. Kita kahwin nak?", ujarku sambil menatap sepasang mata Louis. Lelaki itu agak terkedu namun mengawal reaksinya itu.

Aku tersenyum nakal dengan dialog sendiri. Macam tahu-tahu aje perasaan aku! Terbaiklah dialog macam ni.

Usai tamatnya sesi bacaan skrip laju aku melangkah jejak langkah kaki panjang Louis.

Lengan Louis dicapai, "Tunggulah kejap. Kau laju-laju nak kemana?", soalku dengan nafas yang termengah. Semput!

"Apa hal ni? Ada aku suruh kau kejar ke?", soal Louis kembali dengan nada sarkastik.

Aih dia ni! Nasib sayang aje!

"Lepas. Aku nak balik ni", ucapnya dingin.

"Okey", patuhku. Namun cepat sahaja aku membolos masuk ke dalam Honda Accord milik Louis.

Lelaki itu menepuk dahi sendiri. Geram mungkin dengan perangai tidak semenggah aku.

"Keluar Vena! Aku taknak timbul skandal dengan kau", arah Louis. Dia turut membolos masuk ke tempat pemandu.

"Ini bukan kali pertama kita berdua dalam kereta. Sebelum ini pun pernah, kenapa sekarang nak risau?"

"Whatever la Vena. Aku penat", Louis melangkah keluar. Lelaki itu lebih rela berjalan kaki dari berdua-duaan dengan Vena.

Terbuntang mataku dengan sikap Louis itu. Melampau betul!

Tempat duduk bertukar. Enjin kereta dihidupkan dan tanpa amaran aku memandu dengan laju merempuh kereta sendiri.

Bugatti Veyron kesayanganku sudah kemik jadinya.

Mata Louis membulat besar melihat kejadian luar alam didepan mata sendiri. Untung sahaja saat ini tiada orang lalu lalang. Jika tidak pasti sudah terakam dan viral.

"Your key", kunci kereta Louis dilempar olehku. Dengan langkah bersahaja aku masuk ke kereta sendiri lalu memecut pergi meninggalkan Louis.

Biarkan sahaja ... Itulah makan dia jika berani mencabar egoku yang satu itu. Tapi tidaklah sekejam mana. Sempat juga aku selitkan bayaran ganti rugi untuk kerosakkan kereta Louis di tempat duduk penumpang hadapan tadi.

Walau segila mana pun, aku masih waras!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience