Pada pagi yang tenang ini aku memejamkan mata erat ditemani bunyi kesibukkan bandar new york. Masuk hari ini, sudah 3 hari kami para kru berkampung di sini untuk sesi pengambaraan.
Selama itu juga aku dan Louis tidak bertegur sapa, hanya bercakap bila perlu sahaja.
Dari sudut bertentangan Louis merenungku dalam. Sengaja aku buat endah tak endah sahaja.
"Untuk scene kali ini i nak you menjerit aje melepaskan perasaan okey?"
Aku mengangguk faham dengan arahan pengarah. Setelah itu masing-masing mula mengambil tempat dan bersedia untuk memulakan pengambaraan.
"Take 1 and action!"
Louis memegang kejap lenganku memusing seluruh tubuhku menghadapnya.
"Wait sayang".
"Lepaskan saya Haq!", lengan sasanya aku rentap kuat. Mencerlung kedua mata berairku kepadanya.
"Awak kecewakan saya Haq! Awak berjanji untuk setia tapi apa ni? Apa semua ni Haq? Siapa perempuan tu?!", jeritku menggila. Dengan keadaan Louis tidak berbaju lagi menambah sakit dihati. Terbayang dimindaku segala kemesraan yang ditonjolkan Louis kepada Laily sebelum ini silih berganti.
Dadanya aku tolak berkali-kali bersama tangisan. Tiada esakkan melainkan tatapan tajam sarat dengan kekecewaan.
"Dengar cakap saya dulu".
"Tak ada yang perlu saya dengar Haq. Semuanya dah tamat. Awak yang hancurkan semuanya. Hati ni telah hancur berkeping-keping", cantasku laju. Dada sendiri aku tepuk kuat. Meluahkan betapa sakitnya hatiku kerana ulahnya.
"Dan awak takkan mampu cantumkan semula!"
Louis menangis melihat ke arahku. Dia memeluk tubuhku erat seakan tidak ingin dilepaskan dan aku cuma membiarkan bersama air mata yang masih setia menitis.
"Betul semua kata-kata Mak awak. Sampai bila-bila saya tak layak untuk mendampingi awak. Mungkin silap saya terlampau leka berangan yang bahagia itu bukan terletak pada darjat. Pahit itu memang pahit tapi hakikatnya darjat adalan keutamaan orang kaya seperti awak. Dan sampai bila-bila cinta saya tak akan pernah mencukupi! Kerana awak perlukan kekuasaan! Saya tak mampu Haq!", jeritku lagi. Malah kata-kata sendiri seakan menoreh hati sendiri.
Benarlah, realiti juga sama. Hakikatnya cintaku untuk Louis takkan pernah mencukupi jika dimatanya hanyalah Laily dan bukannya aku.
"I'm sorry sayang, please...", rayu Louis terdesak. Makin ketat pelukannya pada tubuhku.
"Dari awal lagi saya tak patut terbang terlalu tinggi. Kesannya saya jatuh terduduk Haq. Dan sekarang saya terluka. Saya takkan berangan lagi untuk terbang terlalu tinggi. Impaknya tak mampu untuk saya tanggung", gonggoiku perlahan pada telinganya.
"Awak layak untuk dapat yang sempurna", sambungku lagi. Menoreh hati lelakinya.
"No sayang! Saya tahu silap saya. But please..."
"Tak, Haq. Semua dah tamat. Saya yang akan undurkan diri. Kahwinlah dengan perempuan tu. Bertanggungjawab atas apa yang awak berdua buat. Jangan lepas tangan pada dia", tubuh Haq aku tolak sekuat hati sehingga dia terundur beberapa tapak kebelakang.
Cincin kahwin kami, lambang cinta kami berdua aku tanggalkan lalu menyeka laju air mata. Cincin tersebut aku letakkan ke atas tangannya.
"Terima kasih untuk semuanya Haq. Saya harap awak bahagia dengan apa yang awak mahukan. Semoga kuasa dan pangkat yang awak inginkan akhirnya dalam genggaman awak. Dan tahniah kerana awak berjaya hancurkan saya", putusku sebagai pengakhir kata. Pipinya aku usap perlahan.
"Selamat tinggal Haq", dengan membawa segala duka dan lara aku berlalu meninggalkan Haq dan perempuan dibelakangnya berdua-duaan di dalam bilik hotel itu.
"End Cut!"
"Goodjob everyone!", laung pengarah.
"Shit", gumamku perlahan saat air mata masih tidak ingin berhenti mengalir. Kenapa cengeng sangat ni?
"Bagi i tisu", arahku pada salah seorang kru. Dia segera berlalu mendapatkan tisu dengan wajah takut akan diriku.
"Thanks", ucapku sepatah. Tisu yang dihulurkan segera aku gunakan untuk mengelap air mata.
Tapi sayangnya, air mata masih galak menitis keluar biarpun tisu tadi sudah terkoyak kerana basah.
"Kenapa cengeng sangat ni? Scene macam ni pun nak beria nangis", bebel Louis seraya mengelap air mataku menggunakan sapu tangan.
Entah siapa punyalah dia bedal tu!
Aku diam terkelu memerhati wajahnya yang agak dekat denganku. Sepasang mata indah dan tajam itu bergerak ke kiri dan kanan untuk memastikan aku benar-benar tidak mengalirkan air mata lagi.
Belum sempat dia menarik sapu tangan, aku tangkas menangkap tangannya dan menekap pada hidungku sebelum aku menghembus hingus dengan kuat.
Sengaja!
Mata Louis membulat. Namun dia pasrahkan sahaja dan mengelap hidungku pula. Sapu tangan tadi dilipat dan dimasukkan ke poket sendiri.
"Yang kau punya ke?", soalku tergamam. Aku ingatkan dia ambil yang orang tapi rupanya yang dia sendiri.
Oh no!
"Yes, so what?", balasnya pula bersahaja. Cukup bersahaja setelah menyimpan sapu tangan yang telah dikotori dengan hingusku. Gila!
Sekarang aku benar-benar terasa dibakar api kemaluan yang teramat. Perlakuan Louis ni amatlah selamba ya!
"Kotorlah. Bak sini aku balik basuh. Nanti dah bersih aku pulangkan semula", sapu tangan yang disimpan sebentar tadi aku seluk ke dalam poket seluarnya.
Louis terngadah. Seluruh tubuhnya kaku kerana sepasang jari-jemari runcing itu seolah menari-nari pada pehanya.
"Aip!", laju Louis tarik keluar tangan itu bersama sapu tangan, namun lekas dia tarik kembali sapu tangan tersebut. "Aku boleh bersihkan sendiri", tegasnya.
"Tapi aku...."
"Aku masih boleh bersihkan sendiri. Lagi satu, kau memang sesuka hati seluk seluar lelaki ke hah?", agak bengang juga Louis memikirkan itu. Bukan main lagi muka cantik itu menayangkan riak tak bersalah setelah menodainya sebentar tadi.
"Taklah!", bentak aku pula. Apa ke gila aku nak seluk seluar lelaki sesuka hati. Tadi tu sebab refleks dengan Louis.
"Pergilah sana. Dahlah bogel".
"Bila pulak aku bogel?" berkerut kening indah terukir milik Louis.
"Itu", mulutku terus memuncung pada dada bidangnya, "Tak malu ke hah?", wajahku dikibas-kibas saat aku sedar kami menjadi perhatian para kru dan semua yang ada di situ.
"Macamlah tak pernah lihat sebelum ni", balas Louis selamba membuatkan semua membulat mata.
Haih, lain betul maksud kata-kata Louis ni. Yang tak faham memang jatuh fitnah terus!
"Shut up!"
Louis hanya ketawa halus berjalan pergi membuatkan semua mengalih pandangan kepadaku.
Louis ketawa ya? Ditengah-tengah set ini, dia ketawa. Tak pernah lagi lelaki itu ketawa dihadapan kru pengambaraan sebelum ini. Kerja gila sungguh. Tapi...
Aku suka. Kerana kali ini aku pasti ketawa itu dituju padaku dan bukannya perempuan lain.
Share this novel