22 | ATURAN KELUARGA

Romance Series 14773

Sepasang baju kurung moden berwarna biru cair disarungkan ke tubuh sendiri. Rambut pula disanggul bulat dan lebihan anak rambut dibiarkan berjuntaian ke depan.

Aku memerhati lagi penampilan diri sendiri di hadapan cermin buat kali terakhir.

"I look soo fine!", jeritku sendiri. Teruja pula rasanya. Pantas kaki mengorak langkah ke tingkat bawah sebelum langkahku mati serta merta.

Kelibat Rasy dan saudara maranya menyapa pandanganya mataku. Jejaka tampan itu kemas berpakaian kurta merah dipadankan dengan jeans hitam.

"Eh Vena, kemari sayang. Ada benda nak dibincangkan", Bonda menggamit aku secara tiba-tiba untuk duduk. Aku sekadar membontoti segala tingkahnya. Lalu diamlah aku disofa menatap keluarga Rasy yang saling tersenyum simpul.

Tiba-tiba sahaja arah mataku berpaling ke arah Laily, wanita itu tersenyum sinis memandang ke arahku.

Bertambah keliru aku dengan semua yang terjadi.

"Baiklah, memandangkan tuan punya badan sudah ada, eloklah kita teruskan hajat asal kami ke sini hari ini", mula ibu saudara Rasy dengan senyuman manis padaku.

Agak terkejut jugalah aku mendengar kata-katanya yang seakan tertuju padaku.

"Silakan", ujar Papa memberi keizinan.

"Beginilah ya, kami ke sini hari ini adalah untuk menyunting bunga di taman Tan Sri Hamdan ini untuk dijadikan permaisuri hati Rasy".

Apa? Kaku aku memandang Papa silih berganti dengan Rasy. Siapakah yang dimaksudkan mereka?

"Maaflah ya Puan. Sebelum kita lanjutkan, saya ingin bertanya bunga yang mana satu telah mencuri hati Rasy ini?", Papa bersuara dengan rasa gembira.

Kuat tangan Bonda aku pegang saat semua mata tertumpu padaku. Katakan tidak! Semua ini tidak mungkin! Disaat Louis membalas cintaku dan sudi menjadi kekasih halalku, mengapa ini perlu terjadi?

"Kami ingin menyunting Vena untuk Rasy", tenang sekali bicara Ibu saudara Rasy saat itu.

Tahukah mereka bahawa hatiku hancur?

"Baiklah. Papa terima pinangan Rasy untuk Vena. Agaknya bila nak dibuat majlis perkahwinannya? Sebab minggu hadapan Papa akan hantar Vena ke London untuk uruskan syarikat disana", kata-kata Papa menambah kejutan buatku.

"Kalau boleh, seawalnya Uncle. Sebelum Vena ke London".

Allah! Aku pandang Rasy tak percaya. Gilakah lelaki itu? Cintakan Laily namun meminang aku! Tak masuk akal!

"Baguslah. Elok kita percepatkan. Buat majlis simple-simple sahaja", putus Papa tanpa meminta langsung pendapat dariku.

"What is this Papa, Rasy?", aku bangun dengan pandangan menyala ke arah mereka berdua. Tak tertahan sudah hati ini mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut mereka dalam menentukan kehidupanku.

"Apa semua ni? Pinangan? Kau pinang aku Rasy? Tanpa beritahu sepatah pun? Sejak bila kau sukakan aku? Kau hilang ingatan ke? Kepala ada terhantuk dekat mana-mana?", tinggi nadaku menjerkah Rasy sehingga berubah riak wajah ahli keluarganya.

"Behave Vena!", Papa menarik aku kasar untuk duduk namun aku tepis kuat.

"And you, Papa. Kenapa sanggup ambil keputusan tanpa minta persetujuan atau pendapat Vena. Mudahnya terima pinangan Rasy tanpa soal hati Vena, kemahuan Vena dahulu! Apa Vena ini patung ke dalam rumah ni? Tak wujud dah?", bertubi-tubi aku serang Papa pula.

PANG!

Terkesima aku dan semua orang saat tangan tua Papa hinggap elok pada pipi kananku.

Segera Bonda menahan Papa dari terus mendekatiku.

"Abang bertenang. Sabar...", pujuk Bonda sayu seraya melirik ke arahku.

"Papa tampar Vena?", soalku. Sepanjang hidupku, aku mungkin boleh menerima segala cacian dan seksaan Laily namun tindakan Papa kali ini meremukkan hatiku.

Papa menghela nafasnya berat dan duduk. Langsung tidak dihiraukan kesedihan atau kesakitan yang aku rasai.

"Fine! Papa buatlah sesuka hati Papa. Vena tak kesah. Tapi Papa ingat. Yang akan berkahwin itu Vena, bukannya Papa. Tanpa Vena, majlis ini takkan berjalan dan Vena takkan sesekali jejakkan kaki ke majlis itu tanpa orang yang selayaknya Vena cintai ada bersama! Papa tak berhak tentukan pasangan Vena! Dan Vena berhak untuk putuskan apa yang Vena mahukan!", aku menekan setiap patah perkataanku dengan cerlungan tajam padanya.

"Kurang ajar!", lagi sekali Papa bangun cuba menuju ke arahku namun kali ini Rasy bangun mempertahankanku.

"Tenang Uncle. Kita boleh duduk bincang elok-elok tanpa naik tangan pada sesiapa".

"Duduk Vena", arah Rasy padaku pula.

Aku tertawa sinis padanya. Entah mengapa, wajah yang pernah bertapak dihatiku suatu masa dahulu kini menjadi wajah yang paling kubenci. Bagiku antara semua yang ada, Rasy lah yang paling munafik.

"Kau diam! Layak ke seseorang macam kau menjadi seorang suami andai perasaan kau sendiri pun kau sembunyikan? Kenapa? Seronok hidup dibawah telunjuk orang lain? Hebat sangatlah jadi patung macam orang bodoh huh?", tubuh Rasy aku tolak kasar beberapa kali sebelum akhirnya tumbukanku singgah jua pada wajahnya.

Semua terkejut dengan tindakan gilaku itu. Rasy jatuh terjelupuk atas sofa menerima penangan tumbukanku. Tidaklah sekuat mana tapi cukup menyadarkan betapa bodohnya lelaki itu sekarang.

Kini mataku beralih pula pada Laily yang sedari tadi seronok menjamu mata dengan drama kami.

"Puas hati kau sekarang?"

Laily diam namun aku tahu, hatinya sedang bersorak keriangan. Bukannya aku bodoh untuk tidak mengerti rancangan bodoh siapalah ini.

Dengan hati yang sakit, aku berpaling untuk pergi.

"By hook or by crook, Vena tetap akan berkahwin dengan Rasy. Itu aturan keluarga kita sejak dahulu lagi. Itu janji Papa dengan Ayah Rasy! Muktamad!"

Langkahku mati. Kali ini bukan kerana laungan papa melainkan susuk tubuh Louis di muka pintu menyapa kornea mataku.

Mata lelaki itu berkaca memandang ke arahku sebelum Louis lesap dibalik daun pintu utama rumah.

"Takkan sesekali Pa. Ini!", jariku diangkat tinggi. "Ini cincin pertunangan Vena dengan kekasih Vena. I'm gonna married him. Andai benar papa sudah terlanjur berjanji, Laily ada untuk gantikan Vena. Dia juga anak Papa bukan?", sinis aku memandang Laily yang sudah mengetap bibir sendiri.

"I'm not gonna ruin my life for this stupid thing", tegasku sekali lagi lalu menyambung langkah untuk keluar dari rumah.

"Selangkah Vena keluar, Vena bukan lagi anak Papa. Kita putus hubungan antara bapa dan anak!"

Allah! Perit namun aku teruskan langkah untuk pergi.

Pergilah hati. Membawa diri dari terus disakiti.

Sedikitpun aku tidak menoleh kebelakang biarpun suara Bonda bergema memanggilku dengan sayu.

Maaf, tapi hati ini terlanjur disakiti.

Kali ini tujuanku hanya satu, Louis!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience