"Boss okey?", Amir melabuh duduk disebelahku.
Pelik juga dia dengan kehadiranku lewat malam semalam dengan keadaan basah kuyup.
Satu mug berisi teh panas disua kepadaku.
"Minum dulu Boss. Pucat sangat wajah Boss ni", nasihatnya lembut. Satu selimut kecil dicapai dan dibalut tubuhku yang menggigil itu.
"Sediakan tiket ke Itali esok Mir. Kita berangkat ke sana esok, semua sekali termasuk Qal", dingin sahaja aku memberi arahan. Mug berisi teh tadi aku hirup sedikit lalu diletakkan kembali atas meja. Tiada selera langsung aku ingin menyentuhnya jika bukan untuk menghargai usaha Amir membancuh air tersebut.
"Baik Boss".
"Boss jom makan. Aku belikan Boss tomyam kegemaran Boss ni", muncul Borhan dengan plastik makanan ditangan. Tersengih-sengih dia menatapku yang lemah tak berdaya.
"Kau orang semua makanlah. Aku nak rehat sekejap", tanpa hiraukan mereka aku baringkan tubuh setelah menolak Amir dari sofa yang kami duduki.
Selimut kecil tadi aku tarik untuk menutup seluruh wajahku dari pandangan mereka.
Amir dan Borhan saling menatap diri masing-masing sebelum Amir menarik Borhan untuk pergi ke bahagian tempat makan.
Disana Chong dan Ravi telah mengambil tempat masing-masing.
"Mana Boss?", soal mereka berdua serentak.
"Tak mahu makan pulak. Peliklah. Tak pernah-pernah Boss macam ni. Aku ini lebih rela hadap dia marah kita tengking-tengking tau dari diam macam ni", rungut Borhan. Plastik makanan dicampak atas meja.
"Itulah. Pelik sangat kedatangan dia malam semalam dengan basah kuyupnya. Bukannya dia tak ada kereta. Rajin betul dia berjalan dalam hujan", ujar Ravi menyokong pernyataan Borhan.
"Aku rasa Boss ada masalahlah. Dia arahkan aku untuk tempah tiket ke Itali untuk kita semua termasuk Qal. Selalu kalau ada kerja dekat sana, tak adanya Qal diangkut sekali. Ini tak, dengan Qal sekali dia angkut. Macam nak lari pun ada", tokok Amir seraya mencebik.
"Sebenarnya tadi aku jejak location kereta Boss. Jejak punya jejak aku jumpa kereta kesayangan dia tersadai dekat tepi jalan dengan rosak teruk pulak tu. Macam kena pukul. Tapi aku tak sure sangat", jelas Chong setelah sekian lama mendengar ucapan sahabat-sahabatnya.
"Sah! Memang ada terjadi sesuatu ni. Yang pasti masalah ini bukan kecil sampai kita semua diangkut ke Itali", ucap Amir disambut dengan anggukan yang lain.
"Bergosip nampak, tak ajak aku pun", muncul Lias di muka pintu ruang makan. Dengan santainya jejaka itu membuka plastik makanan tanpa hiraukan 4 pasang mata yang tertumpu padanya.
"What?", soal Lias hairan.
"Kalau kau dekat sini, siapa yang jaga Qal? Kau tinggal budak tu ke bodoh?", sergah Chong garang.
"Gila ke apa kau orang ni? Mestilah aku bawa Qal sekali ke sini. Boss call aku semalam supaya bawa Qal ke markas kita ni. Jadi disinilah aku".
Okey! Kali ini semua saling berpandangan. Gila! Apa yang sedang terjadi?
"I nak jumpa Louis boleh?"
"Maaf ya Cik Vena. Tapi Encik Louis tak mahu berjumpa dengan sesiapa hari ini. Harap Cik Vena dapat bagi kerjasama", lancar wanita kecil molek yang bergelar pembantu peribadi Louis itu berkata.
Aku membuang keluh berat, "Please, only this time", aku cuba merayu padanya.
Benarlah, aku sungguh-sungguh terdesak untuk bertemu Louis saat ini.
"I'm sorry Cik Vena. I tak mampu tolong".
"Fine, but i'm sorry. I'll take the risk", ujarku seraya pantas menolak kasar pintu bilik pejabat Louis.
Lelaki itu tersentak melihat kehadiranku.
"I'm sorry Encik Louis but..."
"It's okay Bell. You may go", arah Louis membuatkan suasana kembali sepi sebaik Abell menghilang.
Louis melonggarkan tali leher sendiri. Jari jemarinya pura-pura menekan-nekan papan kekunci laptop sendiri. Sebolehnya dia langsung tidak memandang ke arah hadapan.
"Yes, do you need anything Cik Vena?", soalnya dengan lagak selamba.
"About yesterday, i can explain", aku mendekat.
"Stay away from me Cik Vena. Aku tak suka tunangan orang dekat dengan aku. Nanti timbul pula isu tak senonoh kita berdua".
"Louis, ini semua tak macam yang kau sangkakan. Papa aturkan perkahwinan tanpa aku pengetahuan aku", rapat aku menghampiri meja kerjanya.
Louis memandang kejap ke arahku sebelum matanya dialihkan pada sudut lain.
"Cut the crap Vena. Aturan keluarga atau aturan hati kau? Aku pernah lihat dengan mata kepala aku sendiri reaksi kau setiap kali Rasy ada bersama. Kau sukakan dia bukan? Jadi aku ini siapa? Aku ini apa pada kau? Mainan? Seronok agaknya kau permainkan hati aku. Atau mungkin ini semua dendam kau pada aku atas segala perbuatan dan kata-kata aku yang menyakitkan hati kau selama ini? Betul ke Vena?", bertubi-tubi Louis menyerang sehingga timbul urat pada lengannya. Wajah lelaki itu tegang sekali malah tatapannya berubah jijik saat memandangku.
"Mencintai kau adalah kesilapan terbesar yang pernah aku buat!"
DUP!
Hatiku seakan terhempas mendengar ungkapan tersebut. Lama aku perhati wajah lelaki yang mendiami hatiku itu sebelum pandangan aku jatuh menekur lantai.
Apa yang aku harapkan darinya? Tiada! Hatiku terlalu sakit yang amat parah sehingga segala kenangan kami bersama silih berganti menerjah minda kini seakan pecah berderai. Menjadi kepingan dan cebisan ngeri buatku.
"Aku faham", aku bersuara tenang walaupun perit untuk aku terima semua yang terjadi. "Terima kasih untuk segalanya Louis. Perkenalan kita mungkin singkat untuk aku selami hati kau. Jadi aku berharap untuk kau jumpa seseorang yang jauh lebih baik", usai melontarkan kata-kata itu, aku melangkah pergi.
Seiring langkah kaki, air mata juga jatuh mengalir tanpa henti.
Apa tujuan aku ke sini? Mudah sahaja. Untuk melukakan hati sendiri. Aku mengetahui jawapan yang bakal keluar dari mulut Louis namun aku cuba meyakinkan diri sendiri bahawa itu semua dusta.
Aku cuba meyakinkan diri sendiri bahawa cinta Louis benar. Tapi diakhirnya hati aku dilukai. Jiwa dan ragaku dibunuh dengan kejam.
"Selamat tinggal Louis. Semoga kita takkan pernah berjumpa lagi".
Aku mengekori kereta Louis sehingga ke satu tempat sunyi dipersekitaran bukit.
Setiap langkah Louis aku amati. Aku ingin dia tenang dahulu namun sesaat kemudian sebuah kereta yang aku kenali berhenti di tempat yang sama.
Laily berlari ke arah Louis dengan senyuman lebar dibibirnya. Louis menyambut Laily dengan sebuah pelukan.
Senyumanku mati. Apakah ini. Dicelahan pokok aku menahan rasa sakit di dada.
"Mantaplah lakonan you Louis. Sedih betul i tengok adik i tadi. Selalunya dia buat dekat i, tapi sekarang dia pulak yang rasa apa yang i rasa selama ini. Thanks Louis", Laily membalas pelukan Louis.
Aku tersandar lemah ke batang pokok dengan tangan menekup mulut sendiri. Sedaya upaya aku menahan esakkan sendiri.
"Anything for you Laily. You tahu i sayang you. So i akan balas balik apa yang dia buat dekat you".
"Tapi betul ke you langsung tak ada perasaan dekat adik i selama you bersama dengan dia? Sekali pun tak pernah?"
"Tak. Sedikit pun tak ada", balas Louis sambil tersenyum.
Mengingatkan kembali perkara itu, hanya menambah luka di hati. Cinta yang aku beri separuh nyawa dibalas dengan racun yang berbisa.
Atau mungkin aku sendiri yang membawa racun pada diri sendiri? Sejak dari awal aku tidak sepatutnya jatuh suka pada Louis. Aku tak sepatutnya wujud dalam hidup lelaki itu.
Itulah keputusan terbaik yang patut aku lakukan sejak dari awal. Lama aku memandang bangunan pencakar langit agensi Louis sebelum aku memasuki kereta.
Ini...kali terakhir aku jejakkan kaki kesana. Kerana hati ini telah mati mendengar setiap kepura-puraan yang ditayangkan oleh Louis.
Share this novel