"Saya ambil cuti hari ni Neyna. Anything you just rujuk pada Cik Laily", usai itu, panggilan telefon dimatikan. Aku langsung tidak memberi peluang padanya untuk bersuara.
Belum sampai 6 saat, telefon kembali berdering. Tertera nama 'Papa' di skrin yang sedang menyala itu.
Tanpa berfikir panjang, aku matikan telefon. Tahu sangat yang CUTIku tadi sudah sampai ke telinganya.
"Siapa call?", Louis melabuh duduk bersebelahan aku yang elok bertenggek di atas batu besar di tepi pantai.
"No one. Scammer kut", balasku bersahaja.
Sandwich di tangan Louis aku ambil tanpa malu.
"Yang akulah tu", bunyi Louis tak berpuas hati.
"Sekali sekala beralah dengan perempuan tak boleh ke?", soalku padanya. Plastik dibuang lalu sandwich telur itu disuap ke mulut sendiri.
"Boleh tu boleh. Tapi kau perempuan ke?", soalnya pula. Sengaja menguji kesabaran aku yang senipis kulit bawang ni.
Laju tanganku hinggap pada bahu Louis.
"Kasar betul kau ni", getus Louis.
Tangan panjangnya itu merampas semula sandwich yang sudah kugigit sedikit. Sekali suap terus hilang sandwich tadi ke dalam mulutnya.
"Eh sandwich aku", dagu Louis aku tarik kuat. Rahangnya dicengkam. Aku cuba untuk membuka mulutnya namun tidak berjaya.
"Sandwich aku, bukan sandwich kau", dengan mulut yang penuh, Louis bersuara.
"Yelah...", aku pasrah. Tapi sesaat baru aku sedar yang Louis dengan selambanya makan apa yang baru sahaja aku makan. Langsung tiada keraguan.
Memikirkan itu hati aku agak berbunga-bunga. Berkongsi makanan dengan jejaka setampan Louis, siapa aje yang tidak gembira bukan?
"Lupa pula aku nak tanya kau semalam, kau buat apa dekat Langkawi ni?"
Aku pandang Louis lama. "Bercuti", jawabku ragu-ragu. Sengaja ingin menambahkan kecurigaan dalam dirinya.
"Takkanlah bercuti. Bukan main pakai Bugatti Veyron, takkanlah bercuti di Langkawi aje?"
Pecah tawaku dibuatnya. "Kau yakin kereta tu kereta aku?", soalku pula dengan kening terjungkit sebelah.
"Selalu aku tengok kau naik kereta tu kalau tak driver yang datang ambil. Banyak duit kau. Anak dato' ke?", Louis menyerkap jarang.
"Aku sewa ajelah kereta tu. Tak mampulah aku nak beli kereta mewah macam tu".
"Habis kereta Bugatti Veyron dekat parking sana, kau sewa untuk datang bercuti semata-mata? Kerjaya kau sebagai pelakon rasanya tak mampu lagi untuk tampung semua ni".
Bingkas aku berdiri. "Sudahlah. Jom keluar jalan-jalan sama-sama nak?", soalku. Semakin tak betah rasanya setiap kali diasak soalan dari Louis. Lama kelamaan pasti akan terbongkar jika terus dibiarkan.
"Fine. Aku pun sunyi jugak seorang", balas Louis menerima pelawaanku dengan senang.
"Aku drive", kunci kereta ditanganku dirampas oleh Louis.
Dengan lagak seperti tuan punya kereta, dia membolos masuk ke dalam kereta dengan santai. Aku turut membolos masuk.
Louis meletak santai tangan kiri di atas penghadang kereta manakala tangan kiri ligat memutar streng kereta.
Alahai, handsome betul pola bear sorang ni. Rasa nak sorok dalam poket aje. Buat penyejuk mata.
Aku tersenyum sendiri.
"Kemana kita ni?", soal Louis memecah kesunyian antara kami.
"First, kita cari makan dulu. Perut aku dah lapar tahap gaban ni".
Louis angguk faham sebelum kereta meluncur laju di atas jalan raya. Aku sekadar memerhati kemana arah tuju perjalanan kami.
"Kau ada adik beradik?", soalku tertanya-tanya tentang kehidupan peribadi jejaka idaman semua ini.
Seperti aku, Louis juga seorang yang menjaga privasi kehidupannya dari orang luar. Sebarang maklumat mengenai keluarga dan latar belakang keluarga kami sentiasa disimpan rapi.
"Nope. Aku anak tunggal. Kadang-kadang aku cemburu juga bila tengok orang lain bahagia dengan adik beradik sendiri. Tapi Ibu aku pesan, sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita ada. Mungkin aku tak ada adik beradik, tapi aku ada hubungan sahabat yang erat. Jadi aku lebih menghargai apa yang aku ada sekarang".
Badanku disandarkan ke dada kerusi yang berhadapan dengan pantai itu bersama satu senyuman nipis.
"Kau ada adik beradik?", soal Louis pula bila melihat aku hanya diam.
Keadaan sekeliling yang agak tenang sedikit sebanyak membuatkan aku terbuai dengan perasaan sendiri sehingga tanpa sedar aku membiarkan soalan Louis tergantung begitu sahaja.
Aku sekadar merenung jauh ke dalam anak matanya. Lama kami berkeadaan begitu sebelum Louis memalingkan wajahnya yang mulai memerah.
Lelaki itu sedang malu!
"Kau nampak lain sangat sejak kali terakhir kita berjumpa. Macam orang yang berbeza", komenku seraya berpaling wajah.
"Aku tak nafikan perkara itu. Mungkin aku mula selesa dengan kau", Louis tak menipu. Sejujurnya, dia mulai selesa dengan kehadiran seorang Lily Ravena di dalam hidupnya.
"Kau suka aku kan?", tebakku bersama senyum mengusik. "Ini mesti kes kau stalk aku sampai ke sini. Betullah tekaan aku selama ni".
Louis tayang wajah jengkel, "Banyak cantik muka kau".
"It's a fact, i'm pretty okey!"
Sunyi sepi. Louis tiba-tiba mengeluarkan telefon pintar miliknya yang berdering. Dengan sekilas pandang aku dapat tangkap nama pemanggil yang tertera.
"Ya, ada apa?"
"What!? You dekat mana sekarang?"
"Okey, stay there. I'll be there in a minutes".
Panggilan diputuskan. Aku mengangkat kening padanya.
"Sorry Vena. I've got to go", tanpa sempat aku balas, Louis sudah mengangkat punggungnya terlebih dahulu, meninggalkanku sendirian.
Buat kesekian kali, aku kesunyian lagi. Ditemani angin sempoi-sempoi bahasa.
Agaknya inilah takdir aku. Kesunyian!
"Kakak cantik!", teriak satu suara.
Tanganku di atas riba digenggam satu tangan kecil dan halus seseorang.
"Eh Qal!", jeritku teruja. Kanak-kanak lelaki comel itu elok menggenggam tanganku sebelum tubuh kecil itu cuba memanjat tubuhku.
Melihat kepayahan Qal, aku membantunya mendudukkan diri di atas ribaanku. Rambutnya yang sedikit serabai aku betulkan. "Qal buat apa dekat sini? Ibu mana?", pandangan ditala kesekeliling, mencari kelibat Kak Dewi namun sayangnya tiada.
"Qal tak tahu. Tadi Ibu dengan Papa jumpa kawan, jadi Papa dengan Ibu pesan pada Qal untuk tunggu dia orang dekat sana", jari Qal dihala pada bangku tidak jauh dari tempatnya.
Keningku berkerut. "Ibu dengan Papa belum datang?"
Qal menggeleng. Mata kanak-kanak comel itu juga mulai berair. Qal ingin menangis namun dia seolah-olah cuba menahannya. Namun renungan penuh serius aku membuatkan Qal akhirnya menangis perlahan.
"Shuuu, no sayang. Kakak belanja Qal aiskrim okey? Kemudian kita cari Ibu dengan Papa boleh?", pujukku. Pipi tembam Qal aku pegang, sebelum ciumanku singgah pada dahinya.
Tangisan Qal mulai reda.
"Taknak nangis-nangis dah tau. Nanti tak handsomelah Qal".
Dalam sedu-sedannya Qal masih mengangguk.
Alahai, comel sungguh budak ni.
Tubuh Qal aku letakkan ke bawah, jari jemari pula mula menggenggam jari jemari milik Qal. "Jom!"
"Jom", balas Qal perlahan. Masih menahan tangisannya. Namun terbias rasa selamat pada wajah Qal. Agaknya apa perasaan kanak-kanak itu sebentar tadi sebelum menemuiku?
Pasti Qal ketakutan. Lantas segera aku mengusir rasa tidak senang terhadap Kak Dewi. Semestinya ada sebab tertentu mengapa Kak Dewi meninggalkan Qal sendirian.
Hello, sorry lama menyepi. Author betul-betul busy. Untuk kesayangan yg sentiasa menunggu, happy reading uolls❤️
Share this novel