Flashback : Beberapa tahun sebelum Jelita dan Tuah berjumpa semula
***
Minuman keras itu diteguknya, Jelita sedikit kesal dengan perlakuan rakan-rakannya yang melarangnya untuk bersama Dariel.
Segelas, dua gelas , tiga gelas... Jelita akhirnya berhenti apabila merasakan dirinya telah mabuk. Rambut panjangnya menutup wajahnya, Dariel yang sebelahnya tergelak tanda geli hati.
"Aku pulang dulu.." Jelita berdiri lalu tanpa berkata apa-apa lagi terus keluar dari kelab malam itu. Dariel hanya diam, Sudah terbiasa dengan sikap Jelita kalau dirinya itu telah mabuk.
Skirt mini yang dipakainya diturunkan sedikit tetapi masih kelihatan pahanya itu. Baju t-shirt yang singkat itu juga dilakukan benda yang sama. Akibat fokus memperbetulkan pakaiannya, Dia terlanggar seorang lelaki yang bersongkok.
"Aduh!" Keluh Jelita yang terduduk di lantai. Disebabkan gelap, Dia tidak terlalu nampak siapa yang dilanggarnya sementara tadi. Matanya dari tadi mahu fokus siapa lelaki itu tetapi pandangannya juga kabur kerana dia mabuk pada masa itu.
"Ya allah!Pecah pulak dah botol jem ni!" Kata lelaki itu yang mengambil semula plastik yang ada botol jem didalamnya. Memang nampak jelas jem coklat yang sudah pecah dan plastik putih itu juga sudah ada tompokan berwarna coklat.
"Sorrylah!Aku mabuk-" Jelita berhenti berbicara. Rasa malu, Dia mengaku mabuk di depan orang yang tampaknya kuat pegangan agamanya. Secara perlahan dia berdiri tetapi sedikit terhuyung-hayang.
"Oh...Mabuk..." Terangguk-angguk lelaki bersongkok itu. Dia mengira Jelita merupakan orang non-muslim kerana pakaiannya yang menjolok mata. Jelita pula sudah menjadi sedikit gelisah, Apa agaknya lelaki itu akan katanya pada dirinya.
Lelaki bersongkok itu memandang ke arah belakang Jelita dan terangguk-angguk sekali lagi.
"Dari kelab malam ya?" Soal lelaki bersongkok itu. Tanpa banyak bunyi, Jelita hanya mengangguk.
"Seronok tak disana?" Dibuat-buat nada suaranya seperti ingin tahu, Lelaki bersongkok itu merenung ke arah Jelita. Dia mahu sekali tahu wajah perempuan yang ditemuinya itu. Dengan jarak mereka yang boleh dikatakan sedikit jauh, Jelita hanya memandang ke arah bawah dan tidak berkata apa-apa.
"Okay?Saya anggap awak kata ya." Kata lelaki bersongkok itu.
"A...Aku sebenarnya...Rasa berdosa..." Kata Jelita tiba-tiba. Lelaki bersongkok itu baru sahaja mahu melangkah pergi, tetapi terhenti mendengar kata Jelita itu. Dipandangnya Jelita atas bawah. Rasa bersalah juga bila dia fikir Jelita merupakan non-muslim. Rupanya....
"Awak islam?" Soal lelaki bersongkok itu. Jelita mengangguk perlahan.
"Jadi...Sebab apa awak ke situ?" Soal lelaki bersongkok itu lagi.
"Mula-mula...Aku diajak boyfriend ke situ...Menari bagai tiada hari esok...Minum minuman keras sampai mabuk..." Luah Jelita. Entah kenapa dia meluahkan itu, Jelita berfikir itu pengaruh alkohol yang diminumnya. Air matanya jatuh, tetapi tidak terlihat kerana rambut panjang yang menutupi wajahnya.
"Boyfriend awak tu non-muslim ke?" Soal lelaki bersongkok itu. Kali ini, Jelita mengelengkan kepalanya. Apabila melihat Jelita mengelengkan kepalanya, Lelaki bersongkok itu mengeluh kecil.
"Awak nak berubah?" Soal lelaki bersongkok itu lagi.
"Nak!Saya-"
Jelita terhenti berkata-kata apabila mendengar suara Dariel dari arah belakangnya. Lelaki bersongkok itu memandang ke arah belakang Jelita. Terlihat Dariel melangkah mendekati Jelita lalu menyentuh bahu Jelita.
"I risau...I risau you tiba-tiba pengsan tengah jalan.." Kata Dariel sambil menyisirkan rambut Jelita ke belakang telinga menggunakan jarinya. Jelita hanya terdiam, Takut menyakitkan hati Dariel dengan kata-katanya.
"And you...Who are you?" Soal Dariel pada lelaki bersongkok itu.
"Cuma orang asing kepada girlfriend awak tu." Jawab lelaki bersongkok itu. Dia terus melangkah pergi meninggalkan Jelita dan Dariel di situ. Tercari-cari tong sampah untuk membuang plastik yang berisikan botol jem yang pecah.
Pulang sahaja dari rumah, Lelaki bersongkok itu terus duduk di sofa dan cuba menenangkan diri. Ummi lelaki bersongkok itu memandang ke arahnya dan terlihat wajah anaknya itu sedikit kesal.
"Tuah?Kenapa tu?" Soal ummi lelaki yang bernama Tuah itu.
"Tiada apa-apalah,Ummi..." Balas Tuah pula.
"Ceritalah kat Ummi,Tuah..Mana tahu boleh selesaikan masalah tu.." Kata Umminya pula.
"Tadi...Tuah beli jem coklat..Tapi pecah..." Luah Tuah.
"Macam mana boleh pecah,Tuah?Cuainya!" Kata Umminya lagi. Tuah tergeleng-geleng.
"Aik...Bukan salah Tuah nak pecahkan botol jem tu!Tadi ada seorang perempuan ni terlanggar Tuah masa Tuah nak ke kereta...Tuah terlepas plastik tu..Itu yang pecah tu.." Kata Tuah.
"Tapi suara perempuan tu macam pernah dengarlah..Macam familiar tapi entah siapa..." Kata Tuah lagi.
"Perasaan kamu je tu..Tuah tu bukannya ada ramai kawan perempuan kan?" Kata Umminya yang lebih kepada pernyataan. Tuah mengangguk.
"Iyalah,Ummi..Betullah tu..." Kata Tuah lagi.
Setelah berbual panjang, Tuah menuju ke biliknya sambil mengendong anaknya dengan erat. Apabila sampai di bilik, Tuah baring di katil sambil mahu melelapkan matanya.
***
At the same time..
Penampilan seksinya direnung. Jelita memandang dirinya melalui cermin yang ada di bilik tidurnya. Teringat lelaki bersongkok itu.
"Apa yang aku buat ni?"
Jelita duduk lemah di lantai tetapi matanya sedikitpun tidak beralih dari cermin itu. Rasa menyesal tetapi disebabkan ego yang tinggi...
"Ish!Peduli apa aku?Bila-bila masa aku boleh ubah diri aku..." Bisik Jelita pada dirinya. Mengeluh kecil lalu berdiri semula untuk pergi ke bilik air untuk membersihkan diri. Apabila sudah selesai mandi dan memakai baju tidur, Jelita melelapkan matanya.
Novel baru masih belum siap.. (baru sampai bab 2 untuk masa ni..) .Jadi publish ni dulu.. :D
Share this novel