BAB 13 (Flashback Jelita)

Romance Completed 13846

Timeline untuk bab ini : Semasa Jelita baru sahaja habis sekolah..

*****

Jelita sedang mencari kerja sementara menunggu keputusan SPM dia keluar. Sampailah dia bekerja di satu restoran ini. Dia berkerja sebagai pelayan.

Hari demi hari berlalu,Jelita melakukan kerjanya dengan baik sekali. Kadangkala,Dia menyedari satu pelanggan ini beberapa kali memandang ke arahnya.

Dan malam itu semasa restoran itu sudah ditutup dan Jelita menunggu abahnya mengambilnya pulang ke rumah,Pelanggan itu memberanikan diri untuk berkenalan dengan Jelita. Jelita mahu sahaja berkenalan.

"You look so beautiful..What's your name?" Soal pelanggan itu.

"Jelita." Jawab Jelita ringkas.

"Saya Dariel." Dariel memperkenalkan dirinya.

Dan bermula dari saat itu mereka menjalinkan hubungan sebagai girlfriend dan boyfriend!

Sampailah Jelita belajar di universiti,Mengambil course Psikologi Kanak-kanak. Dariel juga belajar di universiti yang sama dengan Jelita,Mengambil course Geografi.

Bezanya Dariel sudah di tahun ketiga sekaligus tahun terakhir belajar pada masa itu. Ya..Umur mereka beza 3 tahun. Bahkan Dariel lebih tua dari Zahwan.

Zahwan juga masih menyambung pengajian di peringkat ijazah dan tahun ini adalah tahun keduanya. Ijazah sarjana muda pendidikan merupakan sasarannya.

Ibubapa Jelita susah hati kerana Jelita yang awalnya bertudung sudah tidak lagi bertudung. Rambut sentiasa diwarna berwarna blonde,Tak pun warna coklat gelap.

"Abah tak suka tengok Jelita yang sekarang..Mana Jelita yang dulu,Jelita?Hmm?" Tanya Encik Ruzain yang baru sahaja pulang dari kerja.

"Pakaian Jelita makin terbuka..Apa nak jadi,Jelita?" Soal Puan Fatimah pula. Kecewa yang anaknya berubah. Walaupun pencapaian Jelita dapat mereka banggakan,Tapi lebih baik juga menjaga pemakaiannya. Nak free hair juga?Pakaian tu tertutuplah sedikit.

"Jelita Darina!Dengar tak ni?" Kuat suara Encik Ruzain menegur anak daranya itu. Rasa kecewanya semakin menebal melihat Jelita.

"Dengar,Abah..Bagi Jelita masa nak enjoy dengan hidup dulu boleh?Enjoy dengan kawan Jelita..Hidup ni sekali je kan,Bah?Ibu?" Terdengar sangat tidak sopan dan kurang ajar,Terkejut Puan Fatimah dan Encik Ruzain mendengarnya. Bila Zahwan ada ni mesti dah diketuk!

"Astaghfirullahalazim.." Puan Fatimah mengucap panjang. Menahan rasa sedih.

"Enjoy!?Mati tu bila-bila sahaja boleh berlaku,Jelita!Bayangkan kalau kamu mati dalam keadaan yang belum bertaubat!Nak masuk neraka!?" Tidak tahan dengan kata-kata anaknya,Encik Ruzain sudah menegur dengan begitu keras.

"Jelita akan berubah,Abah..Percayalah.." Kata Jelita yang matanya tidak sekalipun melihat kedua orang tuanya. Sibuk like gambar kawan-kawannya. Semuanya seksi-seksi!

"Tak kena dengan course yang kamu ambil tu.." Kata Puan Fatimah yang menahan geram. Encik Ruzain hilang entah kemana tetapi bila sudah kembali,Rotan sudah ada ditangannya.

"A..Abah?" Jelita meletakkan telefonnya di meja kopi,Berdiri lalu menjauhkan diri dari abahnya yang memegang rotan. Wajahnya jelas ketakutan.

"Aduh!Abah!Sakit!"

Dirotan anak daranya itu. Geram sungguh dia,Dengan lingkungan sosial Jelita yang salah. Anaknya pun tak fikir mana yang bagus mana yang tidaknya!

***

Keesokkan harinya..

"Sayang kena rotan?Seriously!?" Dariel tampak terkejut. Patutlah Jelita pakai jaket hari ini,Mahu menutup kesan rotan.

"Apa kata kita have fun malam ni?Ini first time you ke kelab malam!" Kata Dariel teruja. Jelita kelihatan terkejut dengan ajakan itu tapi entah apa yang difikirnya,Dia setuju!

Malam pun tiba,Jelita dan Dariel memasuki kelab malam itu atau lebih tepatnya bar. Gelas yang mengandungi minuman keras merata di meja-meja!

"Your first drink.." Diberinya Jelita segelas minuman keras itu. Teragak-agak Jelita mahu mengambilnya.

"Macam mana rasa ni?" Soal Jelita. Ditenung gelas itu lalu pandang Dariel yang kelihatannya sudah sedikit mabuk.

"Lebih kurang macam..Minuman berkabonat.." Selamba Dariel menyentuh tangan Jelita. Jelita menepis tangannya lalu mengambil gelas yang diberi oleh Dariel. Diteguk sehingga habis.

"Wahh...Tipu je.." Mungkin kerana tidak biasa ataupun sebab tersedak,Jelita terbatuk. Dia meletakkan kepala di meja. Rasa berpusing pula kepala dia lepas meminum minuman keras itu.

"Okey kan,Sayang!Minum lagi!" Diberi lagi segelas minuman keras yang sama. Jelita terus menghabiskannya. Apalah yang merasuknya sampai nak minum benda tu lagi!

"Dariel..You know..Aku tak fikirkan diri sendiri sebelum ikut cakap kau.." Kata Jelita yang sudah mabuk.

"Apa dia,Sayang?" Dariel tergoda melihat Jelita yang sedang mabuk. Apa yang dia patut buat lepas ni?

"Hantar aku pulang,Dariel.." Pujuk Jelita. Diikut juga kata Jelita,Dariel membawa Jelita pulang.

***

Jelita senyap-senyap memasuki rumah dan dia bersorak kecil kerana ibubapanya telah tidur. Dia segera ke bilik dan tukar baju. Selepas itu,Dia terus tidur di katilnya. Rasa mengantuk menguasai dirinya masa itu.

***

Setahun berlalu,Jelita masih lagi selalu ke kelab malam dan pulang dalam keadaan mabuk. Sengaja dia pulang lambat,Masa semua orang tidur lena.

Sampailah suatu malam..

Jelita yang dalam keadaan mabuk memasuki rumah. Yang dia tidak tahu pada hari itu ialah abangnya baru sahaja balik ke rumah sebab cuti.

"Lambat balik hari ni,Dik?" Tegur Zahwan yang sedang menonton televisyen. Jelita terkejut besar lalu rasa risau menguasai dirinya. Risau abangnya dapat mencium bau minuman keras di pakaiannya.

"Adik pergi mana?Seksi semacam?" Soal Zahwan yang sudah menjeling tajam ke arah wajah Jelita. Tergelengkan kepalanya dan tiba-tiba matanya bulat. Tercium sesuatu..

"Hmm?Dik..Jujur dengan abang..Bau ni.." Terus dia berlari mendekati adiknya lalu menampar kuat pipi adiknya itu! Terduduk lemah Jelita dibuatnya.

"Astaghfirullahalazim,Adik!Jelita Darina!Berani kau datang tempat macam tu!Apa yang adik fikir!?Jawab Jelita Darina!" Marah Zahwan.

"Abang Zah.." Jelita berundur ke belakang. Terus menaiki tangga mahu ke tingkat atas,Tapi ditangga pula Encik Ruzain ternyata sudah lama menunggunya. Terundur dia mahu menyelamatkan diri. Dia tiba-tiba dirotan dari arah belakang!

"Jelita Darina!Cakap kat abang!" Paksa Zahwan.

"Iyalah!Jelita ke kelab malam!Jelita penat!Jelita nak tidur!Tepi!" Jerit Jelita. Mengucap panjang Encik Ruzain dibuatnya. Jelita yang dulu tak pun berani meninggikan suaranya padanya.

"Tahulah nasib adik nanti..Ingat abang tak tahu yang hantar adik tu lelaki?" Zahwan menutup televisyen lalu memasuki biliknya. Encik Ruzain pula melihat Jelita.

"Abah nasihat baik-baik,Jelita..Jangan senang percaya kata manis orang tu." Kata Encik Ruzain yang sudah di depan pintu biliknya. Terdiam Jelita apabila mendengar kata abahnya.

***

"Putus!?Selama setahun lebih ni hubungan kita ni!?"

Di luar kawasan universiti itu mereka berjumpa. Jelita sedar yang Dariel tidak layak untuk dia jadikan suami. Mungkin berkawan? Itu lebih baik.

"I love you,Jelita..So much!" Pujuk Dariel.

"Kita kawan je..Muktamad!Aku nak perbaiki diri aku.." Kata Jelita dengan tegas. Mahu ditinggalkan Dariel di situ,Tapi Dariel menahannya. Jelita mengambil langkah berjaga-jaga.

"Sebelum aku tertumbuk kau kat sini,Bagi aku pergi!"

"I tahu you pandai silat..But..I ada banyak rancangan nak lawan you.." Kata Dariel. Sedikitpun Jelita tidak gentar. Ditinggalkan sahaja Dariel sendiri di situ.

Dia mahu minta ampun pada ibubapanya kerana tidak sopan dengan mereka. Dia mahu berubah dan dia tidak akan berpaling ke belakang lagi!

Mesej masuk di telefon Jelita. Zahwan yang mesej Jelita.

Zahwan : Dah putus ke?
Jelita : Dah abang..Jumpa petang ni di rumah.
Zahwan : Okey.

Tiba-tiba dalam perjalanan ke tempat perhentian bas,Jelita ditutup mulut dan hidungnya menggunakan sapu tangan dari belakang! Rasa begitu berat kepalanya dan dia pun tak sedarkan diri.

Dariel tersenyum sinis dan nakal. Dimasukkan tubuh Jelita ke dalam keretanya dan dibawa Jelita ke rumahnya!

Sesampainya di rumah,Dariel mengendong Jelita masuk ke biliknya. Dibaringkan Jelita di katil dan dia memandang tubuh Jelita. Tergoda?Memang Dariel tergoda melihat Jelita!

"I love you,Jelita..Aku memang tak sabar.."

***

Secara perlahan,Jelita membuka matanya. Dia memandang sekeliling dan dia berselimut. Sakit sungguh dia rasa di celah kangkangnya.

"Jelita.." Dariel memasuki bilik.

"K..Kau..Rogol aku!" Jelita menangis.

"Ya..Tapi it's okay..You kan tertidur masa i buat tu?" Dariel tersenyum sinis. Dariel memang gila!

"Aku nak balik.."

"Tapi jangan you ingat i akan lepaskan you macam tu je!" Kata Dariel. Diberi Jelita berlari keluar dari rumahnya. Sanggup Jelita berjalan di tengah gelap itu.

"I tahu you tak berani nak report polis.." Dariel ketawa sinis.

***

Jelita mengetuk pintu rumah dengan kuat. Zahwan buka pintu dan terkejut dengan keadaan adiknya! Tak kemas dan sangat tidak terurus!

"A..Abang.." Mengigil satu badan Jelita. Mahu dia ceritakan pada keluarganya,Tapi dia tidak dapat berkata apa-apa. Masih terkejut besar!

"Masuk dulu,Dik!Orang nampak nanti.."

Jelita memasuki rumah. Encik Ruzain dan Puan Fatimah mendekati anak-anak mereka yang baru masuk rumah. Jelita terus melutut di hadapan ibubapanya.

"Jelita.."

"Jelita minta ampun kat ibu abah!Kurang ajar kat abah..Kat Ibu..Jelita banyak dosa kat abah dan ibu!Minta maaf!" Jelita menangis teresak-esak. Terkejut sekeluarga itu.

"Baguslah kamu sedar sekarang,Jelita..Tak terlambat lagi kamu nak bertaubat ye tak?" Pujuk Encik Ruzain. Jelita mengelengkan kepalanya.

"Mesti abah marah kalau Jelita beritahu.."

"Apa dia,Dik?" Soal Zahwan.

"A..Adik dah tak..Adik..Tak dara lagi..Adik kena rogol.."

Terkejut besar keluarganya!

"A..Adik..Takut!Sesiapa tolong adik!Adik jijik dengan diri adik!Dia rogol adik masa adik tidur!" Mulalah rasa trauma Jelita pada masa itu. Terus dia ke bilik air dan mandi. Sesudah itu,Dia terus berkurung dalam biliknya.

Ahli keluarga Jelita terdiam akibat terkejut. Tidak tahu mahu berbuat apa ketika itu.

"Ya allah..Betul ke apa yang Zah dengar ni..?" Terduduk Zahwan dibuatnya. Puan Fatimah pula pergi ke depan bilik Jelita. Diketuk pintu bilik dengan kuat.

"Jelita!Ini ibu!Buka,Dik..Jelita!" Pujuk Puan Fatimah. Encik Ruzain menarik isterinya ke dalam pelukannya,Menangis Puan Fatimah dibuatnya..

"Jelita..Jangan macam ni.." Kata Encik Ruzain. Jelita yang berkurung di dalam bilik menahan diri daripada tidak mencederakan diri sendiri. Mula benci pada diri sendiri. Rasa tak berguna langsung..

"Abah..Ibu..Bagi dia masa untuk bertenang..Mesti dia terkejut besar.." Kata Zahwan. Mahu sahaja dia memeluk adiknya,Berkata pada adiknya yang dia ada untuknya.

"Adik..Kami ada untuk adik.." Kata Zahwan sebelum memasuki biliknya. Encik Ruzain dan isterinya mengikuti kata Zahwan. Memberi masa untuk Jelita.

Di dalam bilik pula,Jelita sedang solat taubat.

"Ya allah..Banyak dosa yang telah hamba buat..Ampunkan segala dosaku.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience