BAB 19

Romance Completed 13846

"Ummi janganlah nangis eh?Ummi.."

Begitu erat pelukan Indah pada Jelita. Jelita berusaha untuk senyum,Bagi Indah tidak terlalu risau padanya. Tuah yang memandu beberapa kali melihat ke cermin. Melihat Jelita dan Indah.

"Hmm..Ummi dah berhenti nangis..Tengok.." Jelita pandang Indah. Memang benar dia sudah berhenti menangis. Lega sedikit Indah.

"Abang..Boleh kita ke kedai kejap?" Tanya Jelita.

"Boleh..Apa yang sayang nak?Abang keluar belikan-"

"Jelita nak keluar..Please?Abang dengan Indah tunggu kat kereta.." Kata Jelita. Dia mahu pilih makanan dia sendiri. Tuah hanya mengangguk.

Apabila sudah sudah sampai destinasi yang ingin dituju,Jelita terus keluar dari kereta. Dia pergi ke kedai untuk membeli aiskrim sebenarnya. Mengidam ais krim vanila dia tu..

Dipandang sekeliling memastikan dia betul-betul selamat. Takut orang yang tidak diinginnya muncul tiba-tiba.

Apabila sudah dapat apa yang dia mahu dan sudah bayar apa yang dia mahu,Dia keluar dari kedai. Baru sahaja mahu melangkah pergi ke kereta..

"Jelita!Sayang!"

Terkaku Jelita dibuatnya. Kenapa banyak sangat dugaan dia hari ini? Jelita mengeluh lemah melihat Dariel mendekatinya.

"What?" Soal Jelita. Entah kenapa,Rasa trauma dia hilang seketika. Makin dekat Dariel,Makin berani dia rasa.

"You..Cincin kahwin ke tu?" Soal Dariel. Kecewa yang teramat,Dia mahu menolak Jelita hingga terjatuh! Tapi bernasib baik Jelita sempat mengelak!

Terus Jelita memasuki kereta. Tuah mengunci pintu. Dariel mengetuk tingkap pintu kereta itu dengan kuat. Mahu bercakap dengan Jelita. Indah menutup telinga ketakutan,Jelita menenangkannya.

"Just go away,Dariel!Dia milik aku..Dia sekarang isteri aku!" Kata Tuah garang.

"Nak Jelita keluar ke,Abang?Cakap baik-baik kat dia tu?" Tanya Jelita. Rasanya,Selagi tak puas bercakap dengan Jelita,Makin gila rasanya lelaki tu!

"No!Abang tak benarkan!Kita ke tempat lain!" Tuah terus memandu kereta ke tempat lain. Apabila sudah sampai di suatu taman,Tuah parking kereta lalu memandang ke belakang.

Dari wajah panik ke wajah mendatar,Berselera sungguh Jelita dan Indah makan aiskrim. Hilang segala rasa takut dan panik.

"Hmm!Tadi bukan main lagi panik.." Keluh Tuah.

"Nah,Abang..Aiskrim strawberi." Jelita memberi aiskrim strawberi pada Tuah. Terpinga-pinga Tuah dibelikan aiskrim.

"Tak naklah..Bagi Indah lah..Abang tak makan aiskrim.." Kata Tuah.

"Indah dah muak dengan strawberi.." Kata Indah.

"Abangg..Ambillah..Penat Jelita keluar belikan tau.." Kata Jelita.

"Lagipun ini aiskrim strawberi..Jelita kan alergik dengan strawberi.." Kata Jelita lagi.

"Okey..Okeyy..Bagi abang." Akhirnya Tuah mengalah mengikut kata isterinya. Gembira sungguh Jelita. Indah sudah ketawa melihat ayah dia makan aiskrim. Kalah dengan Ummi! Hahaha!

Jelita terlena selepas memakan aiskrim. Indah juga tidur di sebelah Jelita. Tuah yang masih makan aiskrim melihat isteri dan anaknya terbuai dalam mimpi. Apabila sudah habis memakan aiskrim,Tuah memandu kereta pulang ke rumah.

***

Beberapa bulan kemudian..

Jelita rasa tidak terlalu sihat dan tinggal seorang diri di rumah. Terbaring lemah di sofa sambil menonton televisyen.

Tak lama selepas itu,Jelita terkejut mendengar suara menangis datangnya dari luar. Lebih tepatnya,Itu suara Indah yang menangis.

"Assalamualaikum.." Tuah memasuki rumah.

"Waalaikumussalam.." Nampak sahaja Tuah,Jelita terus duduk. Indah berlari ke arah Jelita.

"Eh?Mana tudung Indah?" Soal Jelita yang memeluk Indah. Indah menangis teresak-esak sambil melihat wajah Jelita. Tuah pula duduk di sebelah Jelita,Menyimpan beg di sebelahnya.

"Diorang buang tudung Indah..Hana tolong Indah cari tudung..Tapi tak jumpa..Hiks..Ada makcik tu cakap ummi kahwin dengan ayah sebab rasa kasihan je..Indah cakap kat makcik tu yang ummi sayang ayah.." Luah Indah sambil menangis teresak-esak.

"Hana kena pukul sebab kawan Indah..."

"Hana apa!?" Terkejut Jelita mendengarnya.

"Mak Hana ada tadi,Jelita..Budak-budak yang terlibat dah dikenakan tindakan..Kepala Hana..." Teragak-agak Tuah mahu beritahu.

"Berdarah.." Tuah berkata juga.

"Belakang Indah sakit,Ummi.."

Jelita meminta Indah untuk membelakanginya. Dia buka sedikit baju Indah. Ada kesan lebam. Marah Jelita melihat kesan lebam itu.

"Siapa buat,Indah?Beritahu ummi!"

"Sayang..Jangan macam ni.."

"Tapi lebam ni,Abang..Kasihan Indah.."

Naik turun nafas Jelita. Tuah berusaha menenangkannya.

"Budak tu dah dikenakan tindakan..Mak dia sekali.." Kata Tuah. Mungkin sejuklah hati Jelita sikit bila mendengarnya.

"Indah ada kesan lebam di belakang dia..Hana kepala dia berdarah..Keterlaluan sangat ni,Abang.." Sedih Jelita. Diusap kepala Indah.

"Hana dah okey,Ummi..Dia senyum masa balik lagi ke tadika.." Kata Indah. Dia lega apabila terlihat Hana tersenyum lagi dan masih mahu berkawan dengannya.

"Betul ni,Indah?" Tanya Jelita. Indah mengangguk laju.

"Okey.." Beransur tenang,Jelita menyandarkan dirinya di sofa. Diusap perut bulatnya,Kandungannya sudah berusia 7 bulan. Tuah dan Indah juga turut mengusap perut Jelita.

"Hello..Hello adik.." Indah mendekatkan mulutnya di perut Jelita. Lagaknya seperti orang berbisik. Berharap yang adiknya mendengar suaranya. Ketawa Jelita dan Tuah melihatnya.

"Kak Indah ni..Kakak adik.." Tergelak Indah.

"Adik Indah ni lelaki ke perempuan,Ummi?Ayah?" Tanya Indah.

"Ikut kata doktor dan ultrasound tu..Lelaki,Indah.." Tuah paling teruja kerana akhirnya,Dia akan ada anak lelaki!

"Haa..Nanti..Kalau adik dah besar,Adik tolong ayah cuci kereta selalu!" Kata Indah lagi. Ketawa besar Tuah dibuatnya.

"Ada-ada je kamu ni,Indah.." Tergelak Jelita dibuatnya.

***

Hari sabtu,Tuah membawa Jelita dan Indah ke mall untuk membeli barangan anak keduanya. Disebabkan barangan lama Indah hampir semuanya warna pink,Terpaksalah mereka mencari barangan yang berlainan warna.

"Kita nanti beli tudung Indah juga ya,Abang?" Cadang Jelita. Tuah mengangguk. Apabila sampai di kedai barangan baby,Rambang mata Jelita dibuatnya. Banyak baju baby yang cantik-cantik!

Tuah yang sudah ada pengalaman untuk membeli barangan baby terus pergi ke rak botol susu dan sabun baby. Kagum Jelita.

"Blue or green,Adik?" Soal Indah yang gayanya seperti hari yang lepas,Seperti orang berbisik. Terangguk-angguk Indah.

"Blue is pilihan the baik,Adik!" Indah menyimpan baju pilihannya untuk adiknya di troli. Tapi mendengar kata-kata Indah.. Tuah dan Jelita..

"Manglish.."

Apabila keperluan sudah mencukupi,Mereka pun pergi membayar kesemua barangan itu. Jelita dan Indah pergi ke kedai tudung. Bernasib baik kerana tudung sekolah kanak-kanak dijual di kedai itu. Selepas membeli tudung,Mereka berdua kembali pada Tuah.

"Pfft..Cara sayang berjalan macam penguin lah.." Ejek Tuah.

"Ish,Abang ni!" Merajuk Jelita. Indah ketawa melihat Tuah dan Jelita.

Mereka keluar dari mall,Mahu pergi ke kereta untuk menyimpan barang lalu masuk kembali ke mall untuk mencari restoran,Mahu mengisi perut yang telah berbunyi sejak tadi.

"J..Jelita.."

Keluarga itu memandang kearah suara itu. Si Dariel tu lagi! Indah takut pada Dariel kerana kejadian beberapa bulan lepas. Dia bersembunyi di belakang Jelita.

"You..Memang dah kahwin..You mengandung anak dia tu!" Naik turun nafas Dariel,Tuah pula buat lagak biasa. Pandangan dingin diberi lalu mengenggam tangan Indah dan Jelita.

"Kan aku dah kata hari tu..Dia dah jadi milik aku..Isteri aku.Kau tu kenapa masih terhegeh-hegeh kat Jelita?" Soal Tuah.

"Kau terlalu jahat untuk Jelita..Kau tak ingat ke anak kau dalam kandungan Jelita,Kau gugurkan.." Sengaja mengungkit masa lalu,Tuah tersenyum sinis pada Dariel.

"Dah berapa perempuan kau buat macam tu,Dariel?" Soal Tuah lagi.

"Heh..Jelita dah ceritakan semuanya?Kau masih terima dia?Selalunya..Orang dah tak terima perempuan yang dah tak ada dara.." Sinis Dariel berkata begitu. Tapi dia menjadi geram melihat kandungan Jelita dan juga melihat Indah.

"Tapi aku lain,Dariel!Kau tak boleh nak samakan semua orang..Aku terima dia seadanya.." Kata Tuah. Sebelah tangannya memeluk Jelita. Takut Jelita tiba-tiba jadi lemah tubuhnya. Indah pula semakin erat mengenggam tangan ayahnya.

"Ya lah..Oh ya!Bukan sebab nafsu ke?Isteri pertama kau mana?" Soal Dariel. Semakin sinis senyumannya dan berubah menjadi lebih jahat.

"Dia dah tak ada." Kata Tuah. Dariel cukup faham apa yang Tuah sampaikan.

"Aku?Ikutkan nafsu?Dariel..Selalu kenapa orang kahwin?Sebab saling mencintai.Bukan sebab nafsu semata-mata." Tuah pula tersenyum sinis.

"Kau cintakan Jelita?Tak terbukti pun kau cintakan Jelita..Kau cuma stalker Jelita..Obses kat Jelita.." Kata Tuah.

"Sebab aku dah rasa badan dia macam mana.." Mulalah pemikiran kotor Dariel,Tuah terkejut yang Dariel mengungkit bab itu! Indah menutup telinganya,Tahu yang dia tidak patut mendengar itu!

"Wow..Nak bagi aku sakit hati?Mesti kau lebih sakit hati tengok ni kan?Hasil cinta kami.." Tuah menyentuh lembut perut bulat Jelita. Jelita sedari tadi mula merasa trauma tapi kali ini,Dia dapat melawannya!

Dariel berasa begitu geram dan marah. Dia mahu mendekati Jelita tapi Tuah menghalang.

"Kalau kau nak aku sebab nak buat benda yang sama,Sorry..Aku tak bagi langsung!Sikit pun tak..Sebab aku bukan Jelita yang dulu!" Terluah akhirnya apa yang dia pendam selama beberapa tahun itu.

"Jelita!....Dariel!?"

Semua memandang ke arah suara itu. Mira dan Hana! Mereka mendekati kami. Mira terkejut melihat Dariel,Menjadi sedih.

"Kenapa kau larikan diri...Dah tak nak jumpa Hana?Anak kau?"

Jelita dan Tuah seperti terasa tertampar dengan apa yang dikatakan oleh Mira. Hana? Anak Dariel!?

"A..Aku.." Terkedu Dariel memandang Mira. Mira menangis!

"Hana rindukan kau,Dariel..Please nanti pulang ke rumah.." Kata Mira. Wajah Dariel berubah menjadi sedih,Meninggalkan kami berlima.

"Hana..Kepala dah okey?" Tanya Indah yang sudah tidak lagi menutup telinga. Dia mengusap kepala Hana. Hana tersenyum riang lalu mengangguk berkali-kali. Jelita mengajak Mira untuk ke restoran juga. Mira pun mengikuti keluarga Jelita.

Apabila sudah order,Indah dan Hana berbual sama. Jelita memandang Tuah dan Tuah memandang Jelita. Nak ke Mira cerita pada mereka tentang dia dan Dariel?

"Boleh pendekkan cerita apa yang jadi sebenarnya?" Soal Tuah memandang serius pada Mira. Tajam pandangannya.

"Nak dipendekkan cerita..Hm...Aku dan Dariel jalani hubungan dalam setahun lebih..Dia tolak aku masuk ke bilik dia dan inilah hasil.." Secara perlahan Mira menunjuk Hana.

"Kau rela ke masa tu,Mira?" Soal Jelita mengusap perutnya.

"A..Aku..Tak rela langsung!Kau tahulah..Lelaki lebih kuat dalam bab fizikal..Tenaga aku tak cukup untuk lawan dia..Aku ni lembik,Jelita..Masa lahirkan Hana dulu pun,Aku kena buat pembedahan.." Kata Mira panjang lebar. Tetapi dia seperti menyembunyikan sesuatu.

Makanan sudah sampai,Mereka pun mula makan tapi masih lagi berbual.

"Dariel buat benda yang hampir sama dengan aku..Bezanya..Dia bagi aku ubat tidur dan dia pun buat benda tu,waktu aku tidur." Cerita Jelita. Sebak dia tiba-tiba. Mengingati anak pertama yang dia kandungkan di perutnya.

"Aku masih jumpa dengan dia masa aku mengandung dulu tapi..Dia bagi pil keguguran secara senyap kat minuman aku..Aku keguguran anak aku dan dia.." Cerita Jelita lagi. Menahan air mata daripada tidak keluar. Ekspresi Mira menjadi sedikit kecewa. Entah apa yang dikecewakannya.

"Kau kuat,Mira..Mesti susah nak tahan dengan kata-kata orang terdekat..Penerimaan orang pada anak luar nikah ni..Kau tahulah macam mana kan?" Kata Jelita. Mereka berpandangan.

"Aku akan rahsiakan..Kau pun rahsia cerita aku.." Kata Jelita.

"Kalau kau cerita kat orang lain,Kau tahulah nasib kau,Mira." tajam mata Tuah memandang Mira. Mira mengangguk.

Apabila sudah habis makan dan berbual,Mereka pun berpisah. Jelita,Tuah dan Indah pulang ke rumah.

"Best jumpa kawan,Indah?" Tanya Tuah yang sedang memandu.

"Best!" Jawab Indah.

"Ummi pun mesti best dapat jumpa ibu Hana!" Kata Indah. Jelita mengangguk. Sepanjang perjalanan,Tuah dan Jelita hanya mendengar Indah bercerita tentang dia dan Hana.

Jelita melayan cerita Indah. Dia ketawa apabila bersama Indah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience