BAB 18

Romance Completed 13846

Begitu lena Jelita tertidur. Tuah pula memeluk tubuh Jelita erat. Beberapa kali wajah Jelita dikucupnya. Rasa sayang dia pada Jelita tidak akan pernah hilang.

Namun..Tiba-tiba,Air mata Tuah mengalir deras. Sayu dia memandang sekeliling bilik. Semakin erat Tuah memeluk Jelita. Rindu yang teramat. Kedua wanita yang dia sayang begitu berbeza layanannya.

"Jelita...Jelita.." Tuah kejutkan Jelita daripada tidur lenanya. Terbangun Jelita. Dalam keadaan yang masih mamai,Jelita melihat wajah Tuah. Terkejut dia melihat Tuah yang sedang menangis.

"Abang kenapa?" Soal Jelita. Dirasakan pelukan yang begitu erat memeluknya. Dia mengusap lembut belakang Tuah.

"Maafkan abang,Jelita..Abang masih teringatkan arwah..Betul kata Jelita..Jelita tak dapat ganti dia.." Luah Tuah pada Jelita apabila dia sudah melepaskan pelukannya.

Jelita membalas pelukan Tuah walaupun Tuah sudah melepaskan pelukannya. Malahan, Pelukan Jelita lebih erat daripada pelukan Tuah.

"Memang tiada yang boleh gantikan dia abang..Dia satu-satunya Nufa Irene di dunia ni..Cumanya..Allah lebih sayangkan dia.." Kata Jelita.

"Dengar kata Jelita,Abang..Semua ni ketentuan-Nya..Semua yang kita ada sekarang ni semuanya pinjaman dari Allah..Setiap yang hidup pasti akan mati.Setiap pertemuan?Pasti diakhir tu ada perpisahan..Mungkin hari ini kita bersedih tapi esok hari?Ada sesuatu yang mungkin boleh buat kita bahagia akan muncul..Rindu?Kenangkanlah memori abang bersama dia dulu..Doakan dia, Sedekahkan Al-Fatihah.." Lembut suara Jelita berkata-kata.

"Takdir kita sudah tertulis macam ni..Buat apa kita pertikaikan?Ini mungkin yang terbaik untuk kita..Untuk semua..Ada hikmah disebalik yang terjadi ni.." Kata Jelita lagi. Rasa terpujuk hati mendengar kata isterinya.

"Jelita macam mana boleh berfikiran macam ni?Ini..Sisi Jelita yang baru abang kenal.." Kata Tuah yang sudah berhenti menangis.

"Hmm?Entahlah abang..Memang kadang-kadang tu Jelita macam ni tanpa Jelita sendiri sedar.." Masih lembut suara Jelita.

Tidak lama selepas itu, Tuah dan Jelita berdiam diri, mahu melelapkan mata. Dipelukan Jelita,Tuah sudah tertidur lena.

"Walaupun Irene cinta kedua abang,Tapi dia orang pertama yang ada di hati abang..Jelita first love abang tapi..Jelita orang kedua yang ada di hati abang.." Kata Jelita. Sakit tapi itulah yang dia tahu tentang suaminya.

"Irene..Aku jaga suami kita ni baik-baik.." Bisik Jelita. Tidak lama selepas itu,Dia tertidur setelah puas melihat wajah suaminya.

***

Jelita terlebih dahulu bangun daripada tidur. Dia pergi ke bilik air untuk mandi dan dia begitu menyesal kerana terlalu lena dalam tidurnya.

"Terlepas solat subuh!Ish!" Keluh Jelita. Selepas mandi,Dia mengejutkan Tuah. Tuah yang masih mamai memandang Jelita. Tersenyum senget.

"Good morning,Isteri abang.." Ucap Tuah.

"Buang tabiat ke dia ni?" Diusap rambut Tuah. Mereka tergelak.

"Nah tuala..Mandi..." Kata Jelita. Diambil juga tuala dari tangan Jelita tetapi Tuah masih baring di atas katil. Dia mahu bermanja dengan isterinya pagi-pagi ini!

"Jelita..Jelita.." Dipeluk Jelita yang duduk di sisi katil. Terjerit kecil Jelita kerana terkejut. Disentuh tangan Tuah yang memeluknya itu. Diusap lembut.

"Abang mandi dulu.." Tuah pergi masuk ke dalam bilik air. Jelita pula pergi ke dapur menyediakan sarapan. Nasi goreng dan lauk ayam goreng.

Sudah tutup makanan dengan tudung saji,Jelita pergi ke bilik Indah. Didekati katil Indah lalu baring bersama Indah. Nak bermanja dengan anak..

"Indah..Bangun..Ummi dah masak sarapan..Bangun,Indah.."

Secara perlahan Indah membuka mata. Indah membuat muka tidak puas hati. Pelik Jelita,Makin erat pula pelukan dia pada Indah. Tersenyum juga Indah dipeluk begitu.

"Ummi dengan ayah tak bangun solat subuh!Indah solat seorang je.." Kata Indah. Ketawa janggal Jelita dibuatnya.

"Ummi dengan ayah minta maaf sangat..Indah mandi dulu ya?Kita sarapan sama-sama." Kata Jelita. Indah mengangguk lalu pergi ke bilik air.

Jelita turun ke tingkat bawah. Menunggu suami dan anaknya turun. Sementara itu,Dia buka media sosial. Like gambar keluarga abangnya yang bercuti pergi ke Zoo.

"Mesti Naail rasa seronok sangat.." Bisik Jelita. Begitu asyik dengan telefonnya,Sampai suaminya sudah duduk di depannya pun tidak dia sedar.

"Hmm..Baguslah tu!Tak kisah abang ada di depan dia ni.." Sengaja bercakap dengan kasar,Bagi Jelita terasa. Tuah mula makan.

"Eh!Abang!Tunggulah Indah!" Kata Jelita. Terhenti Tuah makan,Baru tersedar yang Indah belum ada. Apabila Indah sudah duduk di sebelah Jelita,Mereka pun mula makan.

"Tahun depan Indah dah nak masuk tadika kan?Tak sabar Ummi nak tengok Indah pakai seragam sekolah.." Kata Jelita.

"Sesuailah tu sebab ayah ajar sidang pagi..Ayah hantar Indah ke tadika.." Kata Tuah.

"Wah!Wah!" Teruja Indah.

"Sekarang dah bulan 10 kan?Hmm..Awal lagi nak beli barang sekolah." Kata Jelita pula.

Sibuk berbual tentang tadika,Indah begitu teruja mahu bersekolah! Jelita dan Tuah juga teruja!

***

2 bulan kemudian..Di tadika Indah..

Tuah dan Jelita hantar Indah ke tadika. Hari pertama,Ibubapa dibenarkan bersama anak mereka. Keesokkan harinya,Barulah ibubapa tidak dibenarkan di kawasan sekolah sewaktu sesi pembelajaran.

Ramai ibubapa melihat Tuah,Jelita dan Indah. Mana taknya..Wajah Indah lebih mengikuti ayahnya tapi tiada irasnya langsung dengan wajah Jelita.

"Sayang kenapa?" Soal Tuah yang melihat muka pucat Jelita. Jelita hanya mengeleng lalu tersenyum lebar! Disentuh perutnya. Pada masa itu,Jelita sebenarnya dalam keadaan berbadan dua! Usianya juga baru 2 bulan!

Gembira besar Indah dan Tuah pada masa mereka tahu berita itu! Walaupun..Lambat tahu..

Flashback..Sebulan lepas..

Jelita terbaring lemah sebab demam. Asyik ulang-alik ke tandas,Rasa mual dan muntah. Risau Tuah,Tapi dia dapat rasakan yang Jelita sebenarnya berbadan dua!

"Ke hospital." Disarungkan tudung pada kepala Jelita. Terpinga-pinga Jelita apabila dia dipakaikan tudung oleh Tuah!

Apabila di hospital,Keluarga itu tersenyum lebar! Begitu juga keluarga Tuah dan keluarga Jelita! Rupa-rupanya,Usia kandungan Jelita sudah berusia sebulan! Bahagia sungguh keluarga itu pada masa itu!

"Tahniah,Encik,Puan..Adik!" Ucap doktor itu! Disediakan buku pink untuk Jelita. Akhirnya,Indah akan ada adik!

Flashback off..

Tuah meninggalkan Jelita dan Indah di tadika itu. Terpaksa dia pergi ke kerja pada hari itu,Pekerjaannya membuat dia tidak dapat melihat Indah bersekolah untuk kali pertama.

Indah mula mencari kawan. Dia berkenalan dengan budak perempuan yang bernama Hana. Mak Hana sedari tadi hanya lebih selesa melihat anaknya bergaul dengan Indah. Akhirnya,Jelita menegur Mak Hana.

"Mak Hana?" Soal Jelita.

"Um..Ya..Saya Mira.." Mira memperkenalkan diri.

"Saya Jelita,Ummi Indah." Jelita pula memperkenalkan diri. Mira memandang kearah perut Jelita.

"Jelita mengandung ke?" Tanya Mira. Jelita mengangguk. Terkejut Jelita kerana Mira boleh tahu,Padahal usia kandungannya baru 2 bulan.

"Wah..Jauh beza umur Indah dan adik dia..Hmm..Mungkin rezeki dia dapat adik waktu sekarang..Jaga diri,Jelita." Kata Mira.

Ibubapa yang lain masih lagi memandang Jelita secara senyap-senyap. Musykil dengan Jelita. Sikitpun tiada irasnya dengan Indah.

Sudah-sudahlah tu ibubapa yang rasa ingin tahunya tinggi! Jangan sibuk hal orang lain! Itu hanya terluah di dalam hati Mira. Kagum dia dengan Jelita,Tidak kisah dengan buah mulut orang lain.

"Ummi!Tengok Indah lukis!" Kata Indah yang berlari ke arah Jelita! Tersenyum bangga Jelita melihat lukisan Indah. Untuk usia seperti Indah,Lukisan ini boleh dikatakan cantik!

"Pandainya Indah lukis!" Puji Jelita. Indah terlompat gembira! Kembali duduk bersama Hana. Cikgu juga begitu ramah dengan murid-muridnya! Memang legalah Jelita,Semuanya baik-baik saja di tadika ini.

Kecuali satu..

"Muka dia tak sama pun macam muka anak dia.."

"Jauh beza umur anak dia dan anak dalam kandungan dia..Beza 5 tahun!"

"Mak tiri kot!Orang ketiga.."

Terdengar juga Jelita kata-kata itu. Indah memandang ke arah Jelita. Hanya kerana beza umur anaknya, Boleh keluar pula kata-kata itu. Jelita tersenyum kelat lalu mengelengkan kepalanya. Jelita mendekati Indah.

"Jangan dengar kata orang,Indah..Biar orang kata,Kita ni bahagia je..Indah kan anak Ummi.." Pujuk Jelita yang melihat Indah menjadi sedih. Tersenyum kembali Indah. Memeluk Jelita erat.

"Diorang salah kan,Ummi?" Sengaja Indah menekankan perkataan salah itu. Amboi,Indah! Masih budak lagi tapi pandai bercakap dalam nada begitu!

"Yes,Indah!" Diusap kepala Indah yang tertutup dengan tudung! Lalu Jelita kembali bersama Mira. Berbual semula.

***

Waktu pulang,Jelita dan Indah masih menunggu Tuah menjemput. Kalau Jelita bawa kereta sendiri mungkin mereka sudah pulang sekarang.

"Ummi duduk pula..Indah dah penat duduk!" Kata Indah. Bukan kerana dia penat duduk,Tapi kerana kasihan pada Jelita. Orang mengandung mesti rasa cepat penat..Lelah.

"Terima kasih,Indah.." Jelita duduk lalu menyuruh Indah duduk di pahanya,Tapi Indah menolak.

"Hey,Jelita kan?" Ibu pelajar tadika itu menegur Jelita. Jelita pandang ke arahnya. Mengangguk sekali.

"You..Sebenarnya bukan..Ibu kandung budak ni kan?" Soal ibu pelajar itu. Terkejut Indah.

Jelita lagilah terkejut,Rasa nak menangis pun ada. Perasaan dia sensitif sekarang ini! Terdiam Jelita,Dia melihat Indah lalu mengenggam tangan Indah.

"I tanya ni..You bukan ibu kandung budak ni kan?" Soal ibu pelajar itu lagi! Tersenyum sinis kearah Jelita.

"Kau siapa nak tanya macam tu kat isteri aku?" Garang suara Tuah menegur. Jelita memandang suaminya yang baru sampai,Berkaca matanya.

"I cuma tanya." Kata ibu pelajar itu. Anaknya entah kemana! Sibuk hal orang aje!

"Yes..Dia isteri kedua aku." Kata Tuah. Matanya tajam menjeling ibu pelajar itu. Jelita terkejut dengan apa yang Tuah katakan.

"Arwah isteri pertama aku.."

Terkejut ibu pelajar itu mendengar perkataan arwah itu. Tiba-tiba wajahnya menunjukkan yang dia gentar pada Tuah.

"Aku memilih untuk berkahwin lagi sebab anak aku memang perlukan kasih sayang seorang ibu dan kedua.." Lantang suara Tuah. Nasib baik cuma tinggal mereka di kawasan tadika itu.

"Aku sayang dia.Faham!?" Keras suara Tuah. Terus ibu pelajar itu lari meninggalkan mereka dan masuk ke dalam keretanya.

"A..Abang.." Menangis Jelita. Indah juga menangis!

"Mari balik.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience