BAB 16 (Flashback Tuah & Irene)

Romance Completed 13846

Timeline : Semasa Tuah di tahun keempat dalam pengajiannya

*****

Tuah sudah bersedia dengan baju melayu berwarna putihnya. Hari ini,Dia tidak tahu mahu gembira ataupun sedih kerana dia akan berkahwin dengan Nufa Irene. Terpaksa dia melepaskan perempuan yang bernama Jelita Darina itu.

Apabila sudah sampai di masjid,Terlihat Irene begitu cantik dengan gaun putihnya. Sudah tiba sesi akad nikah. Irene rasa bersalah dengan Jelita,Kerana dia tahu Tuah dan Jelita suka sama suka. Tapi tidak pernah meluahkan perasaan masing-masing.

Apabila sudah selesai akad nikah,Tuah solat sunat selepas nikah dahulu. Irene hanya melihat suaminya solat. Begitu tenang dia seharian ini,Tidak seperti wanita lain yang sudah tersenyum lebar hingga ke telinga sebab sudah sah bergelar isteri.

Permintaan ibubapanya untuk berkahwin dengan Tuah Uwais. Dia pada mulanya orang paling gembira di dunia tetapi bila dia sedar perasaan Tuah pada Jelita,Rasa gembiranya semakin pudar. Hanya gembira semata-mata,Bukannya cinta.

Terkejutnya Irene apabila Jelita sanggup melepaskan Tuah padanya. Mereka sudah berjumpa seperti biasa,Tetapi dia terkejut dengan perubahan Jelita. Freehair dan cara pemakaiannya bukan seperti Jelita yang dia kenal.

"Jauh termenung pengantin perempuannya?" Ibu Irene menegur anaknya. Irene terpinga-pinga apabila tersedar yang dia masih di majlis perkahwinannya.

Tuah sudah duduk di sebelahnya. Tersenyum tipis,Mungkin mahu menjaga hati keluarganya dan keluarga Irene.

"O..Oh..Upacara batal air wuduk.." Bisik Irene.

"Um..Irene?" Tegur Tuah. Tuah menyentuh tangan Irene lalu sarung cincin di jari manis Irene. Selepas itu,Irene pula menyarungkan cincin di jari manis Tuah. Disalam tangan suaminya itu.

"Irene nak panggil Tuah abang boleh?" Tanya Irene. Tuah hanya mengangguk sambil tersenyum hangat.

Rasa kosong,Seperti ada sesuatu yang hilang. Itu yang Irene rasa. Senyuman Tuah, Dia tahu Tuah sedaya upaya mahu menyembunyikan rasa kecewanya. Kecewa pada diri sendiri.

***

Irene dan Tuah mula tinggal bersama di rumah Tuah. Apabila di bilik,Irene yang sedang menyikat rambutnya memandang pantulan cermin. Tuah sibuk dengan urusan pengajiannya. Sedikit pun tidak menegur Irene.

"Okey,Abang!Irene nak beri hak abang!"

Terkejut Tuah dibuatnya!

"Weh!Weh..Sabarlah,Irene.." Rayu Tuah. Dia masih sibuk dengan urusannya,Tiba-tiba Irene pula nak beri haknya. Dia belum bersedia sebenarnya.

"It's okay,Abang..Just take your time.." Bisik Irene. Manja!

"Esok-esok.." Balas Tuah.

Irene duduk di katil bersama Tuah. Apabila urusan Tuah sudah diselesaikan,Barulah Tuah menyimpan kesemua barang-barang yang dia guna. Baring lalu menarik Irene ke pelukannya.

"Abang?"

"Bagi abang rehat jap..Abang penat.."

Irene memandang wajah suaminya. Tuah menangis! Irene membiarkan Tuah menangis. Entah apa yang menganggu fikirannya.

"Abang sukakan Jelita kan?" Kata Irene. Bukan meneka,Tetapi lebih kepada berkata tentang perasaan Tuah. Dia mengelap air mata Tuah.

"Macam mana Irene tahu?I..Irene jangan kecil hati..Kita boleh bercinta lepas kahwin ni.." Kata Tuah. Cuba memujuk Irene,Takut merajuk.

"I know..Dari zaman sekolah lagi,Abang..But..Kenapa abang tetap ikut kata ibubapa abang?" Tanya Irene.

"Entahlah,Irene...Irene kawan ke dengan Jelita?" Tanya Tuah. Irene tersenyum lebar lalu mengangguk laju. Teruja bila berbual tentang Jelita.

"Dia tiada kawan,Abang..Cuma Irene je kawan dia..Dia ada kawan baik,Tapi meninggal waktu dia tingkatan 3.." Jelas Irene.

"Kasihan kan dia?Sebab tu Irene kawan dia!Tak nak dia rasa sunyi lagi!" Kata Irene.

Tuah hanya mendengar Irene bercerita. Beri reaksi jika perlu,Irene memang seorang yang banyak bercakap. Tapi dia rasa mahu bertanya sesuatu..

"Jelita ada perasaan kat abang ke,Irene?"

Terdiam Irene. Tapi senyuman sinis terukir di wajahnya. Secara perlahan,Dia menyentuh tangan Tuah. Dipandang wajah kacak suaminya itu.

"Ya..Tapi kagumnya Irene kat Jelita..Dia..Sanggup undur diri kalau satu benda tu membahagiakan hati orang yang dia sayang.." Air mata Irene mengalir. Sebak hatinya dengan sikap Jelita.

"Irene yang nak undur diri tapi..Dia terlebih dahulu undur diri..Katanya,Abang akan gembira dengan Irene..Dia?Dia sekarang dah berubah sangat,Abang.." Teresak-esak Irene menangis selepas berkata. Pengorbanan Jelita,Semuanya untuk kebahagian dia dan Tuah.

Tuah apabila mendengar kata Irene menjadi lebih jatuh cinta pada Jelita tapi cepat-cepat dia mahu buang perasaan itu. Susahnya tidak terkata..

"Kita tunaikan apa yang Jelita nak eh,Irene?Secara perlahan kita bercinta dan..Bahagia?" Kata Tuah. Dia tidak mahu orang ketiga dalam hubungan itu,Cukuplah hanya berdua. Tidak mahu merumitkan keadaan.

***

Sebulan kemudian..

"Irene mengandung!Irene mengandung,Abang!"

"Alhamdulillah,Irene!"

Dipandang pregnancy test itu. Senyuman pasangan itu sangatlah lebar dan bahagia. Bukti cinta mereka.

***

7 bulan kemudian..

Irene yang sedang memakan buah oren memandang Tuah yang sedang sibuk dengan laptopnya. Entah apa yang dikerjakannya..

"Arisha Indah.."

"Apa dia,Sayang?"

Terhenti Tuah menaip. Irene pula tersenyum penuh makna.

"Arisha Indah." Ucapnya lagi.

"H..Hah?" Blur Tuah dibuatnya.

"Ish abang ni!Nama anaklah!" Kata Irene tidak puas hati. Tuah mendekati Irene lalu memeluk Irene. Irene yang mengusap perut bulatnya tergelak kecil.

"Irene ada jumpa Jelita beberapa hari lepas..Dia dah macam dulu lagi..Bertudung..Siap berjubah lagi!Memang Jelita yang memang lebih baik dari Jelita yang lama!" Cerita Irene.

"Sayangg..Awak ni sebenarnya nak abang sukakan Jelita lagi ke?" Tanya Tuah.

"Memang itu yang Irene nak!" Jawab Irene.

"HAH?Dah kenapa pula?" Soal Tuah.

Tapi Irene hanya berdiam diri,Sambung makan buah oren yang masih belum habis.

"Tapi kenapa pilih nama Indah?" Soal Tuah.

"Irene.Indah." Irene menunjuk dirinya lalu tunjuk kandungannya. Tuah mengangguk tanda faham. Bermula dari huruf 'I' rupanya. Dia ikutkan sahaja. Asalnya idea nama 'Arisha' memang dari dia,Tapi bila diberi nama 'Indah'..

Hmm..Dia hanya mengikuti kemahuan isterinya..

***

Beberapa hari sebelum Irene bersalin..

Jelita membawa Irene pergi ke kafe kegemarannya. Banyak benda yang mereka bualkan,Tentang zaman sekolah dan Jelita tidak henti berkata yang dia tidak sabar mahu berjumpa dengan anak Irene.

Irene tenung wajah Jelita lalu menyentuh tangan Jelita lalu membawa tangan Jelita ke perut bulatnya itu. Jelita gelabah seketika lalu dia mengusap lembut perut Irene. Mereka ketawa bersama.

"Aku letak nama klasik-klasik kat anak aku ni,Lita!" Kata Irene teruja sambil mengusap perutnya sendiri. Jelita ketawa bahagia! Bahagia dengan kebahagiaan kawan baiknya itu!

"Dah ada nama?" Soal Jelita yang turut mengusap perut Irene.

"Ada tapi masih rahsia..Aku dengan Tuah beri nama ni..Nanti-nanti kau tahu juga." Kata Irene tersenyum lebar. Senyuman Jelita sedikit pudar tetapi senyumannya kembali lebar.

"Tak nak bagi nama modern macam nama kau?Ivana ke?Ivy ke?" Cadang Jelita.

"What?No!" Irene menepuk tangan Jelita lembut. Seketika,Mereka makan kek masing-masing. Kafe kegemaran mereka ini ada semenjak zaman mereka sekolah lagi. Jelita yang mengajak Irene ke sini lagi. Nostalgia katanya..

Irene tiba-tiba memandang kawan baiknya dalam-dalam.

"Weh..Kalau aku tiada nanti..Tuah dah tiada peneman hidup..Kau nak ganti?" Soal Irene tiba-tiba. Terkejut besar Jelita dibuatnya.

"Weh..Tak sukalah cakap benda macam ni,Irene.." Jelita memeluk erat kawannya. Begitu erat yang mengatakan dia tidak mahu kehilangan satu-satunya kawannya yang tinggal.

"Aku tanya ni,Lita..Nak?"

"Aku mungkin tak boleh jadi penganti kau,Irene..Tengok Tuah tu dah memang cintakan kau.." Kata Jelita. Secara halus menolak.

"Dia tak nak kehilangan kau..Aku pun sama..Tiada sesiapa boleh ganti tempat kau tu." Kata Jelita lagi.

"But..You can be his second wife when I'm not in his life anymore.." Lancar sungguh Irene berkata begitu. Jelita mengelengkan kepalanya. Irene tersenyum pahit.

"Trust me..Janji kalau aku tiada kau jadi isteri dia!" Tangan Jelita digenggam erat. Jelita mengadu kesakitan. Gitu aje dia buat janji??

Tapi waktu itu Jelita hanya menganggap Irene bergurau. Jadi isteri kedua Tuah? Mungkin dalam mimpi Irene sajalah..

***

Hari Irene bersalin..

Irene menahan sakit kontraksi. Tangan Tuah digenggam erat. Keadaan Irene sungguh lemah sekarang. Dicadangkan untuk menjalani pembedahan,Tapi dia tidak mahu. Puas Tuah memujuknya akhirnya akur dengan pilihan isterinya.

"A..Abang.." panggil Irene dengan suara seraknya. Begitu luluh hati Tuah melihat isterinya yang begitu pucat wajahnya. Tidak mampu juga untuk mengadu kesakitan.

"C..Cari Jelita.." Suruh Irene.

"Kenapa dengan Jelita,Sayang?" Tuah keliru. Kenapa tiba-tiba nak suruh dia cari Jelita pula sekarang ni?

"Jelita..Dapat gantikan Irene.." Air mata mengalir. Hari-hari sebelum ini,Dia berjumpa dengan Jelita. Tidak tahu kenapa dia teringat perasaan Jelita pada suaminya ketika sekolah dahulu. Tapi Jelita sudah move-on. Lebih selesa single.

"Tak ada sesiapa dapat gantikan sayang.." kata Tuah mengelap air mata isteri tercinta. Masa lalu,Tuah juga sukakan Jelita. Tapi keputusan keluarga baginya nombor satu.

"Lagipun..Itu masa lalu kita..Jelita entah kemana..Sekarang..Sayang fokus pada diri sendiri dulu okey?Lahirkan anak kita ni.." Air mata Tuah tumpah. Mengingati masa lalu,Sebenarnya dia ada perasaan pada Jelita.

Lama Irene diam,Air matanya semakin mengalir deras. Setelah lama menahan sakit,Irene akhirnya mengadu sakit. Air ketubannya telah pecah dan doktor pun memeriksa bukaan.

Melihat doktor mengangguk pada jururawat,Irene mengambil posisi lagaknya orang mahu bersalin. Seluruh tenaganya digunakan untuk meneran. Tuah yang disebelahnya memberi kata-kata semangat.

"Ingat kata sayang.." Bisik Irene sebelum meneran begitu kuat.

Tangisan bayi memenuhi ruangan bilik bersalin itu. Tuah mengucap kata syukur tapi bila tersedar yang genggaman isterinya tiba-tiba tidak lagi seerat tadi dan tangannya jatuh begitu sahaja,Tuah secara spontan mengoyangkan tubuh isterinya.

"Sayang?Dok..Doktor..!Isteri saya!"

***

4 tahun kemudian..Di perpustakaan..

Tuah membaca buku yang ada ditangan sambil berjalan mahu mencari tempat duduk. Tiba-tiba..Dia terlanggar seseorang!

"Awak okey?" Soal Tuah yang tampak risau.

"Okey..Okey..Sorry eh?" Balas perempuan itu. Begitu sopan pemakaiannya,Bertudung labuh dan berjubah.

Tuah mengambil buku yang terjatuh. Mungkin milik perempuan itu.

Perempuan itu berdiri lalu mengambil buku dari tangan Tuah. Dia memandang wajah Tuah. Tuah terkejut dengan siapa yang didepannya. Takdir dia ke?Akhirnya perempuan yang dia cari,Ada didepan matanya!

"Jelita!"

.
.

Flashback Tuah & Irene End..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience