BAB 7

Romance Completed 13846

"A..Asalamualaikum.."

Suara comel dan ada pelat sedikit itu membuat Jelita memandang arah mana suara itu muncul. Terlihat budak perempuan comel yang siap bertudung lagi berada di tangga.

"Waalaikumussalam." Jawab Qaseh,Zahwan dan Naail.

"Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh!Comelnya!" Jelita terus mendekati budak itu. Tak lain dan tak bukan anak Tuah!

Dipeluk erat anak Tuah oleh Jelita.

"Indah..Anak ayah!" Tuah menghulurkan tangannya pada anaknya. Dia menghidangkan biskut dan teh. Susu coklat panas pula untuk Naail dan Indah.

"Ayah..Diorang kawan ayah?" Soal Indah. Jelita melepaskan pelukannya lalu kembali ke sofa. Terlupa yang dia berada di rumah Tuah seketika.

"Ya..Yang peluk Indah tadi tu Kak Jelita namanya..Itu Aunty Qaseh dan Uncle Zahwan..Itu anak diorang,Naail." Tuah mengenalkan kami semua pada Indah. Indah tersenyum ceria.

"Saya Indah!Arisha Indah binti...Tuah Uwais!" Indah memperkenalkan dirinya. Jelita menahan diri daripada peluk Indah. Kecomelan Indah 100/10! Tak tipu! Dengan tudungnya lagi!

"Betullah,Tuah..Indah ikut rupa kau.." Kata Jelita. Tuah tersenyum lebar.

"Aik,Naail?Tak kenalkan diri?" Soal Jelita yang melihat Naail tersipu malu.

"S..Saya Naail Zahreen Bin Zahwan Darwisy.." Kata Naail.

"I..Ini sekolah ke nak beritahu nama penuh ni?" Bisik Qaseh. Zahwan ketawa mendengar bisikan isterinya.

"Meh sini..Dengan Kak Jelita."

Indah tanpa banyak cakap terus duduk di paha Jelita. Indah terus memeluk Jelita. Jelita agak sedikit terkejut dengan pelukan Indah tapi dia berusaha tenang.

"Ayah..Kak Jelita cantik kan?" Soal Indah tiba-tiba. Untuk menjaga hati anaknya,Tuah mengangguk. Tersipu malu Jelita dibuatnya. Indah menyentuh pipi Jelita lalu memeluk semula Jelita.

"Hmm?Kenapa Indah?" Soal Jelita lembut.

"Hari-harilah jumpa Indah,Kak Jelita." Jawab Indah.

Hati Jelita tiba-tiba rasa sebak. Mahu menangis tapi dia menahan perasaan dia,Senyuman kekal di wajah.

"Naail suka main kereta tak?Indah ada dua kereta!" Kata Indah yang telah di hadapan almari. Diambil dua kereta mainan lalu diberikan pada Naail satu mainan kereta.

"Vroom!" Indah membuat bunyi seakan-akan bunyi kereta. Naail yang sedikit rasa selesa dengan Indah mula bermain dengan Indah. Ditariknya tangan Jelita agar menemaninya.

"Saya minta diri..Um.." Jelita menyertai Indah dan Naail bermain. Bergema gelak tawa mereka di ruang tamu itu.

Tuah,Zahwan dan Qaseh yang sedang berbual tergelak kecil melihat Jelita yang lagaknya seperti budak kecil. Mungkin supaya Indah dan Naail lebih selesa bermain dengannya.

"Jelita memang sukakan budak-budak ke?" Tanya Tuah pada Zahwan dan Qaseh. Melihat dari senyuman Zahwan dan Qaseh,Tuah mengangguk. Terukir senyum tipis diwajahnya.

"Dia tak kerja kan?" Tanya Tuah lagi.

"Belum lagi..Kenapa?" Soal Zahwan pula.

"Aku nak bagi dia kerjalah." Jawab Tuah.

"Kerja apa?" Soal Qaseh.

"Jadi penjaga Indah..Dah alang-alang dia tu tak kerja kan.." Kata Tuah. Jelita yang mendengar kata Tuah terus mendekati Tuah.

"Nak!Nak!Tak payah ada upah pun tak apa!" Kata Jelita. Ternganga Zahwan dan Qaseh dibuatnya. Jelita,Kalau disuruh jaga budak-budak mesti nak! Tak kisah nakal ke tidak!

"Syaratnya kau cuma jaga Indah dan Naail okey?Jangan anak orang lain." Kata Tuah. Terus Jelita mengangguk laju. Senyumannya begitu lebar.

"Aku main dengan dorang lagi..Thank you,Helmet pink!"

Qaseh yang masih terkejut melihat ke arah suaminya dan Tuah. Seriuslah..Gitu aje setujunya?

"Terkejut pula dia ni.." Tuah terpegun melihat Qaseh dan Zahwan yang masih terkejut. Sedaya upaya mahu berlagak biasa tapi apakan daya,Jelita cepat sangat setuju.

"Jelita!Indah!Naail!Minum dulu sini..Dah sejuk dah ni.."

Jelita,Indah dan Naail mengambil tempat di sofa. Tanpa banyak cakap,Jelita terus mengambil biskut. Matanya bulat,Menunjukkan biskut itu memang sedap.

"Weh,Dik!Biskut tu kau tak boleh makanlah!" Larang Zahwan. Semua bingung,Dah kenapa tak benarkan Jelita makan biskut tu pula?

"Kau tak tengok ke biskut tu warna apa?" Soal Zahwan cemas.

"Pink lah.." Jawab Jelita. Diambil lagi biskut yang berwarna pink itu.

"Yeah!Biskut strawberi!Don't you remember that you have alergic to strawberry!?" Makin cemas Zahwan. Naail juga sudah menunjukkan riak risau. Tuah dan Indah memandang antara satu sama lain lalu melihat Jelita.

"Mana tahu pewarna je.." Kata Jelita. Dimakan lagi biskut itu.

"Um..Aku guna..Fresh strawberry,Jelita..Aku cuba-cuba resepi baru.." Teragak-agak Tuah beritahu Jelita tentang biskut itu. Biskut coklat dan biskut strawberi. Itu biskut yang dia hidangkan sekarang.

"W..What!?"

Kejap sahaja cemasnya,Jelita ambil lagi satu biskut strawberi itu lalu memasukkannya dalam mulut. Makin risaulah semua orang!

"Jelita oii!Makan lagi buat apa!?" Qaseh menahan tangan Jelita dari mengambil biskut itu lagi. Biskut yang ditangan Jelita pula diambil oleh Indah. Disumbatkan ke mulut!

"K..Kak Jelita..Tak boleh!" Kata Indah yang sedang mengunyah. Tuah segera mengambil air putih lalu memberinya pada Jelita.

Tak lama selepas itu,Jelita sudah menunjukkan simptom-simptom alergiknya. Dia mula terbatuk-batuk dan ada ruam di tangannya. Mungkin juga di bahagian lehernya.

"Kak Jelita klinik eh?" Kata Indah.

"Kakak kuat- Uhuk!Uhuk!Indah jangan risau.." Jelita cuba menenangkan Indah. Indah mengelengkan kepalanya,Mahu menangis.

"Muka kak Jelita merah,Mama..Pa.." Kata Naail pula.

"Zah..Sorry sangat-sangat!Lupa.."

"Tak apa,Tuah..Kau bukan lupa tapi memang tak tahu.."

Jelita sedaya upaya mahu menyembunyikan simptom yang dia alami. Dalam beberapa minit itu,Dia sudah rasa pening.

"T..Tuah..Di mana tandas?" Tanya Jelita yang menahan batuk. Tuah menunjuk bahagian dapur dan Jelita terus pergi ke tandas. Dia muntah dalam senyap dan berkumur sebelum keluar.

Sebaik sahaja melangkah keluar,Jelita pengsan!

Tuah yang tidak berasa sedap hati terus pergi ke dapur. Paniknya dia melihat tubuh Jelita yang telah terbaring tak sedarkan diri!

"Zah.."

Zahwan yang memahami apa yang Tuah mahu beritahu terus berpesan pada isterinya.

"Jaga Naail dan Indah di sini kejap,Sayang..Jangan bagi dorang nampak adik." Kata Zahwan. Tanpa membuang masa,Terus dia mendekati Tuah yang sudah mendukung tubuh lemah Jelita.

Mereka keluar ikut pintu dapur lalu Zahwan menutup pintu. Cepat-cepat dia menghidupkan kereta.

***

"Kak Jelita..Ayah hantar Kak Jelita ke..Hospital kan,Aunty.." Kata Indah. Wajahnya tenang tapi tangannya mengigil. Naail pula main kereta senyap,Menghilangkan rasa risaunya.

"Y..Ya,Indah..Doa yang kak Jelita tak ada apa-apa eh?" Kata Qaseh. Indah terus menadah tangan.

"Semoga..Kak Jelita sembuh..Amin.."

***

Beberapa minit selepas Jelita dirawat,Akhirnya doktor membenarkan mereka memasuki wad yang Jelita ditempatkan. Hanya Jelita di bilik wad itu.

Zahwan berasa geram dengan adiknya. Nasib baik tak terlambat! Tuah pula yang duduk di kerusi penjaga merenung ke arah Jelita. Wajah yang pucat itu membuatkan dia sebak.

"Yang kau ni dah kenapa macam nak nangis?" Soal Zahwan.

"T..Tak..Aku sepatutnya.." Mengeluh berat Tuah dibuatnya.

"Kalau dia dah sedar,Aku nak bebel puas-puas!" Kata mereka berdua serentak. Tuah melihat Zahwan,Zahwan melihat Tuah. Tergelak mereka.

Secara perlahan,Jelita membuka mata. Terbatuk dia lalu menyentuh topeng oksigen yang ada di mukanya. Melihat juga jarum iv drip di tangannya,Jelita menangis.

"E..Eh!?Jelita!Kenapa pula menangis!?" Tuah gelabah melihat Jelita. Jelita menunjuk-nunjuk jarum iv drip yang dicucuk ditangannya. Terhenti terus gelabah Tuah.

"Siapa suruh..Tak tanya biskut tu biskut apa." Zahwan bersedia untuk membebel. Tapi belum sempat dia membuka mulut,Doktor tiba-tiba masuk.

"Um..Kenapa Cik menangis?" Tanya Doktor. Jelita cepat-cepat mengelap air matanya lalu membenarkan doktor itu memeriksa tahap kesihatannya.

Selepas itu..Bila Zahwan cerita apa yang jadi..

"Pfftt..Alahai,Cik.." Ketawa kecil doktor itu olehnya. Jelita tersenyum malu lalu menyembunyikan diri disebalik selimut. Malunya lah...

"Saya pergi dulu." Doktor itu pun pergi.

"Best doktor ketawakan kau?" Tanya Zahwan sinis. Jelita menahan rasa geram.

"Ish!Kalau sekarang boleh pula ketawa..Kalau masih belum bangun,Risau tak tentu pasal!" Hah..Jelita dah merajuk.

"Alahai.."

"Indah risau tau,Jelita..Padahal..Ini first time kau jumpa dia." Kata Tuah yang telah duduk di sisi katil. Mahu sahaja dia menyentuh kepala Jelita,Tapi mereka bukan mahram.

"Tuah.." Mengalir air mata Jelita mengingati Indah. Tuah tergelak kecil. Memberi tisu pada Jelita.

Satu soalan yang berputar di kepala Tuah,Yang dia mahu tanya pada Jelita..

"Jelita.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience