"Jelita!Jelita!Weh..Dik!Bangun!"
Secara perlahan,Jelita membuka matanya. Melihat siapa yang disebelahnya,Dia lega sedikit sebab Zahwan yang berada disebelahnya.
"Adik mengigau ni..Mimpi apa dik?" Soal Zahwan. Teringat mimpinya,Jelita mengigil ketakutan. Dipeluknya abangnya itu. Nafas diatur supaya tidak sesak. Dia mula menangis.
"Mimpi buruk...Tengah hari tadi..Adik terjumpa dia.."
"Dariel?"
Jelita mengangguk laju. Air matanya tidak berhenti mengalir. Wajah Zahwan tegang tapi dia tidak berganjak sedikit pun. Biarkan adiknya bertenang dulu. Apabila sudah sedikit tenang,Zahwan menolak lembut adiknya lalu memegang kedua bahu Jelita.
"Abang cakap report polis,Report je lah..tapi kenapa adik tak nak?Kasihan kat orang yang dah buat adik tak dara!?" Keras suara Zahwan. Jelita terjerit kecil lalu menolak abangnya. Rasa trauma menguasai dirinya.
"Pergi,Abang..." Rayu Jelita. Zahwan begitu risau. Tidak berfikir apa yang bakal berlaku bila dia berkeras dengan Jelita. Biar rasa menyesal ni membekas di jiwanya..
"Astaghfirullahalazim..Dik,Abang tak nak adik rasa trauma tu lagi.." Zahwan terduduk lemah.
"Adik rasa berdosa dengan anak adik..Jelita nak jaga anak tu..Kenapa dia secara senyap bagi ubat tu!?" Kata Jelita tidak berpuas hati.
Hatinya telah menerima anak luar nikah itu tapi dia rasa dirinya bodoh sebab masih berjumpa dengan Dariel. Sesuka hati Dariel meletakkan ubat di minumannya yang membuat dia keguguran.
Jelita sendiri yang cakap pada dia yang Jelita akan menerima anak itu dengan hati yang terbuka. Terluka hati Zahwan melihat dugaan yang Jelita hadapi.
"Semua dah berlalu,Abang..Pergilah tidur.." Suruh Jelita. Baru sahaja mahu melangkah keluar bilik,Jelita berpesan pada abangnya.
"Jangan sakitkan Kak Qaseh,Abang..Jangan buat dia macam Jelita.."
"Takkan,Dik..Itu..Terlalu pahit.."
***
"Assalamualaikum!Zah!"
"Waalaikumussalam..Tuah!"
Waktu cuti sekolah,Tuah dan anaknya,Indah dijemput oleh Zahwan untuk ke rumah. Ada kenduri doa selamat di rumah keluarga Encik Ruzain. Tuah terlihat Jelita yang sedang duduk di sofa,Baru lepas tolong kemas rumah dan menolong ibunya di dapur sebentar tadi.
"Weh..Kenapa mata adik kau..Sembap?Dia macam murung sikit.." Kata Tuah.
"Dia..Dia sedih sebab dah nak penilaian akhir." Tipu Zahwan. Lebih baik Tuah tidak tahu masa lalu Jelita.
"Oh..Dia tak bercadang nak kerja mana-mana ke?Kalau tak aku nak dia jaga anak aku si Indah ni.." Kata Tuah tersengih. Zahwan mengeleng.
"Tak..Okey juga tu kalau dia jaga Indah.Kau pun tahu,Dia tu sukakan budak-budak." Kata Zahwan. Bukannya mengangguk,Tuah pandang kawannya itu dalam-dalam.
"Kau tu..Murung semacam.." Kata Tuah lagi.
"Hmm..Mungkin kau perlu tahu..Kau kan nak jadikan adik aku tu isteri kau.." Dia akan menceritakan apa yang jadi semalam sahaja,Bukan rahsia yang lebih dalam.
"Jelita teringatkan trauma dia dan semalam..Aku tak sengaja..Ingatkan dia.." Terhenti Zahwan cerita apabila Tuah tampak sedikit geram.
"Weh..Kalau dia trauma..Kenapa kau ingatkan lagi?Sakit tahu trauma tu.." Kata Tuah tidak berpuas hati. Dia dekati Jelita. Duduk disebelah Jelita. Ditinggalnya Zahwan dan Indah. Terpinga-pinga anaknya itu.
"Eh!?Eh!?Tuah?" Terkejut Jelita dibuatnya. Dia menjaga jarak antara dia dan Tuah. Ditenungnya muka Tuah. Seolah-olah berkata,Kau dah kenapa?
"Zah cakap kau teringat trauma kau-"
"Abang Zah cakap apa?Tentang tu!?" Tuduh Jelita. Naik turun nafasnya.
"Dia cakap tentang trauma kau je..Tak cakap kau trauma apa.." Tuah mengeleng. Jelita menghembus nafas lega. Nasib baik Tuah tak tahu..
"Cumanya..Aku tahu trauma tu sakit sangat..Haa..Apa kata kita ke pantai esok." Ajak Tuah. Hah?
"....."
"Why pantai?" Soal Jelita. Dia tak tahu nak gembira ke nak pelik kat Tuah ni..
"Macam tu lah aku buat selalu.." Kata Tuah. Tanpa banyak soal,Jelita terus bersetuju walaupun itu sedikit pelik bagi dia.
"Indah nak tinggal sini boleh,Ayah?" Tanya Indah.
"Boleh tu boleh tapi kalau lambat sikit ayah pulang tak apa ke?" Soal Tuah. Macamlah dia tak tahu perangai anak sendiri,Mahu merajuk seharian kalau Tuah terlambat pulang ke rumah ataupun mengambilnya dari rumah nenek dan atuknya.
"Tak apa..Di sini ada Naail teman Indah main." Kata Indah sambil menunjuk-nunjuk ke arah Naail. Naail tersenyum lebar.
"Uncle boleh eh!?" Pujuk Naail. Bila melihat senyum lebar Indah dan Naail,Terpaksa jugalah dia bersetuju.
"Yeah!" Sorak Naail dan Indah.
***
Tetamu sudah beransur pulang,Jelita yang sedang mencuci pinggan memandang ke arah telefonnya.
Dariel
30 miss call
"Mamat tu tak reti nak faham ke?" Zahwan melihat skrin telefon Jelita. Jelita mengelengkan kepalanya lalu memandang tajam kearah telefonnya.
"Dia cakap nak buat benda yang sama,Abang Zah..Jangan harap dia dapat balik.." Kata Jelita.
"Abang percayakan kamu,Jelita..Oh ya!Esok nak pergi pantai dengan Tuah kan?Jaga diri okey?" Pesan Zahwan. Jelita tersenyum lalu mengangguk.
***
Keesokkan harinya..
"Jangan balik lambat,Jelita!"
"Baik abah!Bye,Ibu,Kak Qaseh,Naail dan Indah!"
Jelita memasuki kereta Tuah. Rancangan mereka berubah sedikit. Tuah mahu ke mall dahulu untuk mencuci mata melihat barangan. Jelita pula cepat-cepat mahu ke kedai mainan. Entah apa yang dia nak beli.
"Kau pula nak beli apa-apa ke?" Tanya Jelita.
"Nak tengok-tengok je..Rancangan awal tu nak beli Hotwheels..Tapi duit gaji belum ada lagi..Tengok je lah.." Jawab Tuah. Jelita mengangguk-anggukkan kepalanya.
***
Masuk sahaja mall itu,Jelita terus memasuki kedai mainan dan Tuah hanya mengikutinya. Dalam hati Tuah,Dia rasa bernasib baik sebab tidak bawa Indah. Kalau tidak..Habis duitnya!
"Nak belikan mainan untuk siapa,Jelita?" Soal Tuah sambil melihat-lihat mainan anak patung beruang itu. Di tangan Jelita,Sudah ada dua anak patung beruang berwarna coklat. Satu reben warna merah dan satu lagi reben warna biru.
"Ini untuk Indah dan ini untuk Naail!" Kata Jelita teruja. Mereka berdua menuju ke kaunter tetapi tiba-tiba Tuah terlihat satu rak khas untuk Hotwheels.
"Weh,Jelita..Aku nak tengok Hotwheels kejap." Tuah menarik lengan baju Jelita supaya mengikutinya.
"Weh..Cakap waktu dah dapat gaji baru beli Hotwheels?Tak boleh!" Larang Jelita apabila melihat Tuah sudah memilih-milih Hotwheels yang ada dihadapannya.
"Bolehlah Jelita..Boleh ya?Hmm?"
"No!Sekarang lebih baik kau beli barang keperluan daripada Hotwheels ni..Aku janji nanti kalau kau dah gaji,Aku teman kau ke sini.Beli Hotwheels ni..Okey?" Terluah juga apa yang berada di fikirannya. Jelita tergeleng-gelengkan kepalanya apabila melihat Tuah yang telah mengambil salah satu Hotwheels.
"Weh..Ini duit aku juga..Kenapa nak dengar kau?Nak tak benarkan aku beli Hotwheels ni?" Soal Tuah tidak puas hati.
"Ish..Ini ke perangai yang arwah Irene hadap hah?Sabarnya kawan aku.." Jelita menyilangkan tangannya ke tubuh,Sekali lagi dia tergeleng-gelengkan kepalanya. Kalaulah ini perangai yang sama Tuah tunjukkan pada Irene,Macam mana agaknya dia? Sabarnya!
"Dia benarkan je.."
"Tunggu gaji..Aku lain..Irene lain!" Jelita merampas Hotwheels yang ada di tangan Tuah. Tuah macam budak-budak dah sekarang ni!
"Please,Jelita..Sekali ni je..Pleasee.."
"Astaghfirullahalazim.."
***
"Thank you so much,Jelita!"
Jelita mengalah membiarkan Tuah membeli Hotwheels itu. Tuah apa lagi,Tersenyum lebar hingga ke telinga! Jelita hatinya lembut,Senang nak pujuk! Dah pujuk merayu orang yang disayang itu,Luluhlah hatinya!
"Hmm.." Balas Jelita tidak puas hati. Tapi tiba-tiba dia tergelak.
"Kau ni..Macam budak-budaklah..Hahaha!" Jelita memegang perutnya yang sudah sakit akibat ketawa. Malu Tuah dibuatnya.
"Aku tak bolehlah kalau nampak Hotwheels..Aku suka buat koleksi kat rumah." Kata Tuah.
"Oh..Patutlah..Eh,Tuah..Aku lapar..Kita makan dulu sebelum ke pantai jom.." Ajak Jelita. Tuah hanya bersetuju. Tapi langkah Tuah terhenti.
"Jelita..Aku rasa kita diperhatikan..Jangan pandang sekeliling." Bisik Tuah. Keras tubuh Jelita dibuatnya.
"Kau ada musuh ke,Jelita?" Soal Tuah yang sudah melangkah pergi ke restoran. Teragak-agak Jelita nak angguk.
"Ada kan?Your trauma.." Terhenti langkah Jelita. Rasa nak pengsan pun ada.
"Jelita-"
Tuah terlihat lelaki berjaket dan bertopi hitam. Dia memakai cermin mata hitam dan mask berwarna biru gelap. Cepat-cepat Tuah menarik tangan Jelita,Bawa pergi dari situ.
Apabila sudah sampai di restoran,Mereka berpura-pura seperti tiada apapun yang berlaku. Bila sudah memesan makanan,Jelita menangis ketakutan.
"Beritahu aku apa trauma kau,Jelita.."
"Tak.."
"Tell me about your trauma.."
"Tak.."
"Kau tak percayakan aku ke selama ni?" Bila terdengar suara kasar Tuah,Jelita terkejut lalu memandang kearah Tuah.
"Belum masanya lagi..Aku percayakan kau..Tapi sabar boleh tak!?" Kata Jelita yang separa berbisik. Dari wajah garang,Terus wajah Tuah tampak bersalah.
"Sorry.."
Share this novel