BAB 2

Romance Completed 13846

Jelita mengambil tempatnya di depan sekali di barisan kelasnya. Itu kebiasaan untuk dia sekarang. Jika dahulu selalu di belakang kerana ketinggiannya,Tapi sekarang semua pelajar tidak kisah tentang ketinggian untuk barisan kelas ni. Siapa sampai dulu,Dialah di depan.

Matanya tercari-carikan Tuah. Kejap-kejap melihat ke arah belakang pentas dan kejap-kejap melihat pagar sekolah. Belum sampai ke sekolah mungkin?

Zahwan yang terlihat adiknya tercari-carikan seseorang mengelengkan kepalanya. Mesti dia cari Tuah ni.. Itu hanya terluah didalam hati. Dia mengelengkan kepalanya.

"Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada Tuan Pengetua,Para guru dan para rakan pelajar sekalian."

Terdengar suara itu,Mata Jelita terus melihat ke atas pentas. Matanya bersinar-sinar melihat Tuah yang mengambil tugas mc perhimpunan rasmi pada hari ini. Matanya juga tidak lepas dari Tuah! Tak malu sungguh!

Sakit hati Zahwan melihat adiknya. Gedik semacam! Jarang benar adiknya gedik begitu! Hanya kerana Tuah Uwais itu!

Perhimpunan rasmi itu berjalan dengan lancar. Apabila masuk kelas,Jelita dipanggil oleh abangnya. Jelita memandang abangnya. Memang senyuman itu tidak pudar sedikit pun! Puas melihat si pujaan hati.

"Abang tak suka dengan perangai adik sekarang..Zina mata,Dik!" Marah Zahwan. Dia mahu meninggikan suara tapi takut dilihat orang. Malu nanti!

"Sibuklah,Abang Zah ni..Jelita nak masuk kelas." Jelita meninggalkan abangnya yang terpinga-pinga melihatnya. Berani melawan sekarang eh? Eh..Tapi dulu pun dia selalu juga melawan katanya.

"Aduhai.." Zahwan mengeluh berat.Dia pergi ke kelasnya.

"Oi..Tunggu jap!" Tuah mendekati Zahwan yang baru sahaja melangkah pergi. Zahwan melihat ke belakangnya sambil tersenyum nipis. Ini dia orangnya..Si pujaan hati Jelita.

"Hey bro.." Dengan muka mendatar,Zahwan menyapa Tuah. Tuah ketawa melihat Zahwan lalu mereka pergi kelas bersama. Sepanjang perjalanan,Tuah tiba-tiba berkata..

"Weh..Aku dah nak tunang dah.."

Zahwan terdiam mendengarnya. Dia dah tahu tapi kenapa Tuah beritahu dia lagi? Dipandang rakannya dalam-dalam.

"Dah kenapa beritahu lagi?" Soalnya.

"Aku sebenarnya tak nak..Macam dijodohkan keluarga..Faham kan?" Tuah tersengih.

Macamlah Zahwan tidak tahu Tuah dengan keluarganya macam mana. Dari segi akademik memang Tuah yang memilih tapi tentang kehidupan peribadi,Keluarganya masuk campur.

"Itu hak kau nak buat keputusan,Tuah.." Zahwan tergeleng-gelengkan kepalanya.

"Tahulah tapi..Hmm..Entahlah..Yang dijodohkan dengan aku ni pun terhegeh-hegeh nak cepatkan pertunangan ni." Tuah juga terikut mengelengkan kepalanya. Tawa Zahwan terlepas. Siapa je tak nakkan Tuah ni. Kacak orangnya..Hahaha!

"Siapa suruh kacak semacam.." Zahwan menyindir Tuah.

"Hahaha!Bangga kejap..Tapi itulah.."

Perbualan mereka terhenti apabila sampai di dalam kelas. Kembali pada Jelita,Sepanjang sesi pembelajaran,Senyuman Jelita memang tidak pudar. Sentiasa terukir senyuman manis di wajah cantiknya itu.

"Weh..Kenapa dengan hantu buku tu?"

"Entah..Dapat dibelikan buku satu kotak kot?"

Ada-ada sahaja tuduhan rakan sekelasnya itu. Tapi Jelita hanya buat tidak tahu. Macamlah dia tak biasa dengan semua itu.

***

"Adik!"

Langkah Jelita terhenti lalu dia melihat ke belakangnya. Zahwan yang nafasnya yang tidak teratur mengambil nafas. Penat berlari mengejar adiknya,Jalan laju semacam!

"Ya,Abang Zah?"

"Kenal Nufa Irene?"

Siapa je tak kenal Nufa Irene? Pelajar yang sentiasa disebut namanya sebab kecemerlangannya dalam bidang akademik, Semua subjek A+!

"Kenallah..Gila tak kenal!" Jelita memandang abangnya pelik. Kenapa dengan kawan dia itu?

"Mari!" Zahwan menarik tangan adiknya supaya mengikutinya. Apabila sampai di tangga menuju ke kelas tingkatan 5,Terlihat Tuah dan Nufa Irene sedang serius berbual.

"Hmm?" Ditahan rasa cemburunya,Jelita hanya mengikuti Zahwan mengintip dan mencuri dengar apa yang mahu dibualkan Tuah dan Nufa Irene itu.

"Why?Kenapa nak cepatkan majlis pertunangan tu?" Soal Tuah serius. Begitu tajam pandangannya pada Nufa Irene. Serius tidak faham dengan gadis Melayu-Australia ini.

"Sebab..Tak nak you lari." Kata Nufa Irene sambil menunjuk Tuah dengan jari telunjuknya. Wah..Wah..Tak sangka budak sepandai Nufa Irene ini boleh segedik ni ya?

Tapi Jelita tidak percaya yang Nufa Irene ini gedik macam ni. Terlihat yang dia begitu terpaksa berkelakuan begitu. Tanpa abangnya tahu,Dia sebenarnya berkawan dengan Nufa Irene ini. Crush Irene pun dia tahu!

"Lari?"

"Ya lah..You mesti terfikir nak lari kalau-kalau lepas spm.." Kata Irene lagi. Ternganga Jelita melihat kelakuan Irene. Ini betul ke kawan aku ni!? Lain sangat dah ni!?

Sebelum berkata apa-apa,Tuah mengeluh berat.

"Sebenarnya hak aku nak bertunang dengan siapapun..Itu hak aku memilih tapi..Keluarga aku yang terlalu..Hmm.." Tuah berhenti berkata-kata. Seperti tidak mahu menyalahkan sesiapapun. Dalam hati Zahwan dan Jelita,Mereka berasa kesian pada Tuah.

"Yes..I know that but..Keadaan kita,Tuah..Sama..I pun kena paksa.."

Oh..Jelita dah faham. Kalau je Irene orang asing di hidup Jelita,Mesti dia dah benci Irene. Tapi Irene satu-satunya kawannya,Cukuplah kehilangan kawannya yang sebelum ini. Kehilangan yang selama-lamanya.

Wajah Jelita menjadi mendung. Terpaksalah dia berhenti sukakan Tuah. Tuah tak lama lagi akan menjadi milik kawan dia. Dia melihat abangnya,Menahan air mata daripada tidak mengalir.

"Abang..Belanja aiskrim."

"HAH??"

Jelita menarik tangan abangnya meninggalkan kawasan itu. Biarlah dia memujuk hati,Sungguh dia lebih memilih kebahagian kawannya.

Jaga Tuah baik-baik,Irene..Itu hanya terluah di dalam hatinya..

***

Beberapa tahun kemudian..

Tangan Tuah digenggam erat. Keadaan Irene sungguh lemah sekarang. Dicadangkan untuk menjalani pembedahan,Tapi dia tidak mahu. Puas Tuah memujuknya akhirnya akur dengan pilihan isterinya.

"A..Abang.." panggil Irene dengan suara seraknya. Begitu luluh hati Tuah melihat isterinya yang begitu pucat wajahnya. Tidak mampu juga untuk mengadu kesakitan.

"C..Cari Jelita.." Suruh Irene.

"Kenapa dengan Jelita,Sayang?" Tuah keliru. Kenapa tiba-tiba nak suruh dia cari Jelita pula sekarang ni?

"Jelita..Dia gantikan Irene.." Air mata mengalir dan Irene tidak dapat lagi berkata-kata akibat menahan sakit kontraksi. Hari-hari sebelum ini,Dia berjumpa dengan Jelita. Tidak tahu kenapa dia teringat perasaan Jelita pada suaminya ketika sekolah dahulu.

"Tak ada sesiapa dapat gantikan sayang.." kata Tuah mengelap air mata isteri tercinta. Masa lalu,Tuah juga sukakan Jelita. Tapi keputusan keluarga baginya nombor satu.

"Lagipun..Itu masa lalu kita..Jelita entah kemana..Sekarang..Sayang fokus pada diri sendiri dulu okey?Lahirkan anak kita ni.." Air mata Tuah tumpah, Mengingati masa lalu dan melihat keadaan isteri pada saat ini.

Lama Irene diam,Air matanya semakin mengalir deras. Setelah lama menahan sakit,Irene akhirnya mengadu sakit.

Melihat doktor mengangguk pada jururawat,Irene mengambil posisi lagaknya orang mahu bersalin. Seluruh tenaganya digunakan untuk meneran. Tuah yang disebelahnya memberi kata-kata semangat.

"Ingat kata sayang.." Bisik Irene.

Tangisan bayi memenuhi ruangan bilik bersalin itu. Tuah mengucap kata syukur tapi bila tersedar yang genggaman isterinya tiba-tiba tidak lagi seerat tadi dan tangannya jatuh begitu sahaja,Tuah secara spontan mengoyangkan tubuh isterinya.

"Sayang?Dok..Doktor..!Isteri saya!"

***

Selepas pengebumian isterinya,Tuah termenung sambil mengendong anak perempuan sulungnya. Teman hidupnya telah pergi meninggalkannya dengan anak mereka.

"Tuah..Redha ya,Tuah?" Ummi Tuah,Puan Fatnin. Air mata Tuah mengalir tapi tangisannya tiada esakan langsung. Senyap.

"Ummi..Arwah Irene..Dia..Ada pesan sesuatu." Tuah memandang bayi kecilnya. Sungguh,Anaknya itu lebih mengikuti wajahnya.

"Pesan apa,Tuah?"

Tuah memandang Puan Fatnin. Senyuman tipis diberikan pada ummi kesayangannya sebelum memulakan perbualan.

"Sebenarnya.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience