Suasana di pantai sangat menenangkan Tuah dan Jelita. Jelita duduk di bangku yang disediakan. Tuah pula entah kemana,Ke gerai mungkin beli minuman.
"Jangan ingat kau boleh lari dari aku kalau lelaki tu dengan kau,Sayang.."
Jelita memandang ke belakang. Dia terkejut besar kerana Dariel sudah ada dibelakangnya. Sama seperti di mall tadi,Dariel memakai jaket,bertopi hitam,cermin mata hitam dan mask berwarna biru gelap. Dia kenal sangat yang itu Dariel. Dia kenal suara tu!
Tapi tak panas eh dia pakai macam tu di pantai..
"Pergi!Cukuplah dulu je kau dah-"
Dariel memeluk paksa Jelita. Dengan jumlah orang yang sedikit di pantai hari ini memberi Dariel 'peluang' untuk memenuhi keinginannya.
"Lepas!Kau lelaki tak guna!Lepaslah!"
Jelita memberontak dan sudah ada jarak antara dia di pelukan Dariel tapi tenaga dia tidak cukup untuk menolak Dariel dan sebab itu,Jelita menumbuk perut Dariel sekuat hati!
"Argh!Tak guna!"
Pelukan masih belum terlerai. Tuah yang baru sahaja beli minuman ternampak Dariel. Tanpa berfikir panjang,Tuah berlari ke arah Dariel lalu menendang Dariel kuat! Dariel terduduk lemah tapi cepat-cepat melarikan diri. Mengigil hebat Jelita sekarang ini.
"Jelita..Kau.." Minuman diletakkan di kerusi lalu Tuah mendekati Jelita. Terduduk lemah Jelita dibuatkannya. Mahu kejar lelaki itu,Tapi Jelita lebih penting sekarang!
"Shh..Kau dah selamat.." Lembut suara Tuah menenangkan Jelita. Setelah beberapa minit,Akhirnya Jelita tenang. Mereka duduk di bangku itu.
"Kalau boleh cerita..Cerita kat aku,Dia siapa?Dari bila dia kenal kau?Dan..Kenapa dia tak segan pun nak peluk kau?" Soal Tuah. Jelita percayakan Tuah tapi dia berkata...
"Kita cerita dalam kereta eh?Takut orang dengar.." Kata Jelita lembut. Tuah hanya menurut. Dia mahu tahu masa lalu Jelita semasa dia tiada. Buruk ataupun baik,Dia akan terima dengan hati yang terbuka.
***
"Nama dia..Dariel..Dia ex boyfriend aku dulu.." Jelita memulakan perbualan. Berat dia mahu katakan,Tapi dia percayakan Tuah. Tuah yang sedang memandu hanya mendengar.
"Sebab dia,Aku freehair dulu..Sebab dia,Aku berani menjejakkan kaki aku ke kelab malam..Mabuk..Aku dah tak suci lagi.." Jelita mengalirkan air mata mengingati dosa-dosa yang dia pernah lakukan.
"Mustahil ibubapa kau biarkan.." Tuah rasa seperti sesak nafas mendengar cerita Jelita. Tak suci?Dia dah tak suci?
"Memang ibubapa aku marah lagi-lagi abang Zah..Sebab tu hari tu,Masa aku dengan kau lambat balik..Dia marah sangat..Dia risau benda yang sama jadi lagi.." Cerita Jelita. Tuah menganggukkan kepalanya.
"Dah dirotan oleh abah,Sudah..Abang?Sudah..Ibu pula?Rasa kecewa yang teramat.." Jelita menangis teresak-esak mengingati kemarahan keluarganya,Sehingga ibunya kecewa pada dirinya. Begitu juga dirinya.
"Aku lalai?Sangat-sangat!Sampailah aku ada anak luar nikah.." Jelita terlepas cakap. Dia menutup mulutnya menggunakan kedua tangannya. Dia melihat kearah Tuah. Memang jelas Tuah terkejut besar.
"Kau..Apa?"
Kereta diberhentikan dan Tuah memandang Jelita,Kehilangan kata-kata yang ingin dia katakan pada Jelita. Takut melihat Tuah yang wajahnya sudah menjadi garang,Entah apa yang dimarahnya..
"Kenapa kau marah?Semua dah lepas.." Jelita memberanikan diri untuk berbicara. Ditenungnya mata Tuah yang begitu tajam memandangnya.
"Apa jadi lepas tu hah!?Mana anak tu?" Mahu sahaja dia berjumpa anak luar nikah itu dengan niat yang baik. Mahu menjaga anak itu bersama Jelita. Rasa kasihan lebih besar sekarang daripada perasaan cintanya pada Jelita.
"Masa aku jumpa dengan Dariel masa aku mengandung..Dia letak pil keguguran dalam minuman aku..Aku dapat tahu lepas keguguran tu.." Jelita menangis sejadi-jadinya.
"Aku nak anak aku!Biarlah anak luar nikah..Aku nak jaga dia..Tapi.." Jelita kehilangan kata-kata. Tuah memandang ke arah depan kereta,Menahan air matanya daripada tidak mengalir.
"Terima kasih..Sebab percayakan aku.." Ucap Tuah.
"Sepatutnya aib aku ni aku patut rahsiakan.." Kata Jelita.
"Tapi bayangkan kalau kita dalam waktu bersama..Bila aku tahu kau tak suci.." Terhenti Tuah berkata-kata. Membayangkan sahaja pahitnya tak terkata..
"Aku memang tak layak untuk kau..Aku pendosa,Tuah.."
"Aku pun pendosa..Mungkin secara tak sedar kita buat dosa,Jelita..Hmm.."
Sehelai tisu diberikan pada Jelita.
"Percayalah..Allah akan ampunkan dosa kau..Sebab kau dah bertaubat..Kau dah tinggalkan keburukan kau yang lama tu.." Tuah mula memandu semula. Jelita yang sedang mengelap air mata mengangguk.
"Aku tak henti solat taubat dulu..Tapi masih rasa diri ni..Lebih banyak dosa dari pahala.." Kata Jelita yang telah melihat ke luar tingkap. Dipandangnya langit yang biru.
"Aku takut masuk neraka,Tuah.."
"Sebab tu..Jangan berhenti berdoa..Berdoa semoga kau ditempatkan di syurga." Tuah tersenyum manis kearah Jelita. Dia gembira kerana Jelita menyedari tentang dosa pahalanya dan mahu memperbaiki diri. Itu pun sudah lebih daripada cukup.
"Kau kuat,Pengerusi membaca..Aku akan rahsiakan semua ni..Percayakan aku."
"Terima kasih,Helmet pink.."
Mereka ketawa.
***
"Assalamualaikum,Ibu!Abah!"
Jelita dan Tuah memasuki rumah. Terkejut Jelita apabila melihat tetamu ibubapanya.
"Ummi?Ayah?" Tuah juga terkejut ibubapanya tiba-tiba ada di sini. Jelita mendekati Zahwan yang sedang duduk berhadapan dengan ibubapa Tuah. Encik Ruzain pula duduk di sofa miliknya.
"Um..Kenapa kamu macam baru menangis,Jelita?" Soal Puan Fatnin. Dipandangnya wajah cantik Jelita itu. Dia tersenyum nipis.
"Tak ada apa-apa,Aunty.." Jelita mengelengkan kepalanya.
"Ibu mana,Abah?" Tanya Jelita.
"Di bilik Naail..Jaga Naail dan Indah bermain..Qaseh pun ada di atas." Jawab Encik Ruzain.
"Sebenarnya kami dah berbincang dengan abah dan abang kamu,Jelita..Tentang majlis perkahwinan kamu dan Tuah." Kata Encik Hafiy.
"Tak ke awal lagi ni?" Soal Jelita sambil ketawa janggal.
"Awal?Rasanya ini masa yang sesuai,Dik." Kata Zahwan.
"Aku setuju dengan Zah." Kata Tuah pula. Dia sudah tersenyum melihat Jelita.
"Kalau kamu belum cinta pada Tuah,Tak apa..Bercinta lepas kahwin." Kata Puan Fatnin. Jelita memandang semua orang. Semua hanya tersenyum. Akhinya,Jelita mengangguk.
"Jadi..Kita nak bincang tentang apa lagi?"
Semua tersenyum lebar,Perbincangan tentang perkahwinan Tuah dan Jelita dibincangkan pada hari itu juga. Puan Fatimah yang baru sahaja turun ke tingkat bawah menyertai mereka. Tuah tidak henti tersenyum dan mengucap syukur.
***
Malam itu,Selepas solat bersama keluarganya,Jelita terus ke bilik. Dia mundar-mandir di sekeliling biliknya.
"Betul ke keputusan aku ni?Dia terima aku gitu aje?Lepas aku cerita masa lalu aku tu!?Macam mana kalau dia lari masa majlis dijalankan?Malulah!Tapi..Tuah tak macam tu..Tapi!"
Pintu bilik diketuk. Bila dibuka pintu,Naail sudah didepan pintu. Patung beruang yang baru dibelikan dipelukannya.
Sebelum Tuah,Puan Fatnin,Encik Hafiy dan Indah balik,Jelita memberi patung yang dia belikan untuk Indah. Indah tersenyum lebar mendapat patung itu.
"Kak Jelita..Kak Jelita dah nak kahwin?" Soal Naail.
"Ya,Naail..Kenapa?Tak suka?" Jelita duduk di hadapan Naail yang masih berdiri.
"Naail suka!Tapi..Mesti Kak Jelita ikut suami Akak.." Kata Naail yang sedikit sedih.
"Itu betul tapi..Jangan sedih okey?Kalau ada masa,Akak ke sini..Walaupun tak kerap sangat..Mama Naail kan ada?Mama Naail ada disisi Naail kalau Akak tiada." Pujuk Jelita.
"Oh ya..Mama!" Memang kepakaran Jelita bila memujuk Naail ni!
"Good night,Akak!" Naail pergi ke dalam biliknya. Jelita berdiri lalu baring di katilnya. Dia terfikir,Dia perlu cari kerja untuk majlis mereka!
***
"Tak payah kerja." Kata Tuah di panggilan telefon itu. Jelita memuncungkan bibirnya. Orang nak kurangkan bebanan dia,Dia tak benarkan pula!
"Aku dah bersedia..3 tahun lepas lagi,Jelita oii.." Kata Tuah lagi. Kali ini,Mulut Jelita ternganga pula. Terkejut. 3 tahun lepas lagi? Dia memang fikirkan nak berkahwin dengan aku sejak tu!? Itu yang Jelita fikir!
"Lain-lain tu je belum..Kau dah pernah ikut kursus kahwin?" Soal Tuah. Waktu kerja begini boleh pula dia bertelefon eh?
"Aku dah ikut kursus kahwin dulu.." Jawab Jelita. Tuah menghela nafas lega.
"Kau tu..Kerja ke tak tu?" Tanya Jelita.
"Kerja..Cumanya sekarang ni jadual aku tak ada kelas..Waktu lepas rehat baru ada kelas.." Jawab Tuah. Cakap je gitu tapi ada beberapa fail dan surat di hadapannya.
"Oh..Aku letak dulu..Indah ajak main.Assalammualaikum.." Ucap Jelita.
"Waalaikumussalam.."
Jelita meletakkan telefonnya. Dia dan Indah berada di bilik Jelita,Naail tidak mengikuti mereka bermain kerana mengikuti mama dia ke pasar raya. Jarang dapat ikutlah katakan..
"Kak Jelita..Ayah sayangkan Akak tau.." Kata Indah tiba-tiba. Jelita yang teruja bermain dengannya terhenti. Dipandang wajah Indah,Lalu tersenyum nipis.
"Kenapa akak yang ayah Indah pilih?" Tanya Jelita. Indah seperti mahu ingat sesuatu.
"Nenek ada berbual dengan ayah..Arwah mama yang nak ayah kahwin dengan Kakak!" Kata Indah tersenyum lebar.
"Sebab arwah mama Indah nak?" Jelita memandang telefonnya lalu kembali memandang Indah.
"Tapi walaupun arwah mama yang nak..Ayah memang sayangkan Kak Jelita..Percayalah!" Kata Indah.
"Indahhh..." Pecah tangisan Jelita,Dipeluknya Indah seerat-eratnya!
Dia berharap yang dia akan bahagia di masa hadapan..Bersama Tuah dan Indah..
Share this novel