"Dariel dah ditangkap polis,Jelita."
Mira telefon Jelita. Terkejut Jelita mendengar apa yang didengarnya. Tapi rasa bersyukur muncul sebab dia rasa cukuplah dia dan Mira sahaja jadi mangsa nafsu Dariel. Tidak mahu perempuan lain kena nasib yang sama.
"Hmm.." Mira yang berada di talian memikirkan sesuatu.
"Kenapa,Mira?" Soal Jelita.
"Just be careful,Jelita..Oh ya..Kau di rumah ke ni?" Soal Mira.
"Ya..Suami aku tu..Hari ni dia pulang awal dari kerja dan kebetulan pula aku ni rasa pening sikit..Dia paksa aku tinggal di rumah rehatkan diri.." Jawab Jelita. Tergelak Mira dibuatnya.
"Ya lah..Kau kan mengandung..Jangan paksa diri sangat..Aku tahu kau makin rasa cepat penat.." Pesan Mira. Dia pernah lalui masa mengandung ni,Jadi dari pengalamannya dia berkongsi pada Jelita.
Apa yang patut Jelita banyak makan,Apa yang yang patut Jelita tidak patut makan dan lain-lain lagi! Dia sangat-sangat peduli tentang Jelita!
"Thank you sebab pesanan tu.." Ucap Jelita.
"You're welcome,My bestfriend!" Ucap Mira ceria.
"Aku matikan telefon dulu ya,Jelita..Aku dah nak ambil Hana dari tadika..Bye..Assalamualaikum." Mira yang ada di talian mematikan telefon.
Jelita rasa sunyi. Buku-buku yang dihadapannya sudah habis dibaca. Semuanya buku agama milik Tuah. Dia mencapai diari lamanya.
Itu salah satu cara proses dia sembuh dari kemurungannya dahulu. Apa yang dia rasa,Dia akan tulis di diari itu. Tak sanggup sebenarnya dia baca diari itu lagi kerana memang dari penulisannya,Dia tahu waktu itu dia rasa sakit yang teramat.
Rasa mahu mati tapi dia tahu yang bunuh diri dan cederakan diri itu berdosa besar,Jadi niat itu terkubur sekelip mata.
Dia mendekatkan diri pada Yang Maha Esa dan inilah Jelita yang sekarang. Jelita yang lebih indah akhlaknya dan selalu menjaga diri untuk agamanya.
Tuah ada baca diari itu dan Tuah lebih mengenali isterinya. Gelap tetapi akhirnya ada cahaya yang menerangi kegelapan di dalam diri Jelita. Semuanya tidak mahu digambarkan dengan kata-kata.
Jelita berdiri lalu pergi mendekati rak yang ada album gambar kahwin Tuah dan Irene. Dia suka melihat Tuah yang ada di gambar kahwin itu. Tapi dia sedikit sakit hati kerana Tuah hanya tersenyum tipis,Bukan senyum lebar apabila berkahwin dengan kawannya itu.
Nampak sungguh kejanggalannya.
"Tapi..Handsome pula Tuah pakai full warna putih macam ni..Sesuai sangat.." Bisik Jelita.
"Irene..Cantiknya dia waktu ni.." Bisik Jelita lagi. Dia menutup album itu lalu duduk semula di sofa. Diusap perutnya. 8 bulan,Usia kandungannya sudah mencapai 8 bulan. Terujanya bukan main..
Dia kembali memikirkan Tuah. Dia terfikir,Sebab utama Tuah memilih warna tema perkahwinan mereka pink kerana nama panggilannya pada Tuah dahulukah?
"Helmet pink..Pfft..Hihihi.." Tergelak Jelita mengingati dia memanggil Tuah 'Helmet Pink'. Semuanya hanya kerana Tuah memakai helmet pink apabila menunggang motor..
Flashback..Waktu zaman sekolah..
Zahwan dan Jelita baru sahaja sampai di kawasan parking motorsikal di luar pagar sekolah. Dalam perjalanan mahu memasuki sekolah,Jelita baru teringat yang dia tertinggal botol airnya di motorsikal,Jadi Zahwan terlebih dahulu memasuki kawasan sekolah.
Apabila Jelita sudah mengambil botol air di motorsikal,Tuah yang baru sahaja sampai di kawasan parking itu mematikan motorsikalnya. Jelita memberi pandangan mendatar ke arah Tuah. Memang waktu itu Jelita sudah tawar hati dengan Tuah,Tapi rasa suka itu seperti tidak mahu hilang..
Mata Jelita terpandang pada helmet Tuah.
"Cantik helmet..Warna pink.." Jelita tersenyum sinis pada Tuah. Tuah buat tidak tahu,Malah menyapa Jelita.
"Hai,Jelita.." Tuah membuka helmetnya lalu meletakkannya di motorsikalnya.
"Hello,Helmet pink!" Bertambah sinis senyuman Jelita.
"Ini helmet ummi aku.." Kata Tuah.
"Ummi kau bawa motorsikal??" Soal Jelita.
"Bukan..Sampai ke sudahnya ummi aku tak berani bawa motorsikal.." Jawab Tuah.
"Eleh..Cakap je lah yang helmet tu kau punya..Selalu pakai helmet hitam..Helmet baru kan.." Kata Jelita yang mahu meninggalkan Tuah.
"Ini helmet ummi aku!Selalu kalau ummi aku nak ke kedai dengan aku,Ummi aku yang pakai helmet ni!Helmet aku hilang..Faham tak!?" Kata Tuah. Tapi Jelita hanya mendengar kata Tuah,Tidak menjawab. Terus menghilangkan diri masuk ke dalam kawasan sekolah.
"Kau panggil aku helmet pink..Okay!Aku panggil kau pengerusi membaca!Biar adil!" Kata Tuah. Tergelak Tuah apabila mendengar nama panggilan yang Jelita bagi.
Flashback off..
Tergeleng-geleng Jelita dibuatnya. Tuah pula memanggil 'Pengerusi Membaca',Tergelak apabila teringat mereka berdua selalu bermasam muka bila berjumpa antara satu lain. Tapi dalam hati mereka berdua suka sama suka!
"Assalamualaikum!"
Pintu diketuk beberapa kali. Jelita terus pergi ke hadapan pintu,Mahu membuka kunci pintu. Apabila sudah membuka pintu,Dia tersenyum manis pada suami dan anaknya itu.
"Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,Abang..Indah.."
Tuah dan Indah memasuki rumah dan Jelita pun menutup pintu lalu mengunci pintu rumah. Dia terus ke dapur. Mahu menghidangkan jus tembikai yang dia ada buat.
"Eh..Jelita.."
Tangan Jelita digenggam Tuah apabila sudah meletakkan dua gelas jus tembikai itu. Jelita melihat Tuah.
"Siapa Fayyez?" Soal Tuah. Kelihatan dari muka Tuah yang dia cemburu.
"Kawan di tempat Jelita belajar dulu.." Jawab Jelita.
"Abang ada baca diari Jelita..Siap ada love di akhir nama dia tu.." Kata Tuah.
"Dulu..Dia boyfriend Jelita lepas Dariel-"
"Abang tak suka tahu tak!?"
Senyap..
Sunyi..
Jelita terkejut tapi dia rasa geli hati. Dia menunjukkan diarinya lalu membuka salah satu muka surat. Tertulis..
'sampai di sini kisah kami..Dia tahu hal yang sebenar dan kami hanya berkawan.'
"Abang tak baca sampai habis..Kalau baca senyap-senyap,baca sampai habis..Jangan separuh-separuh.." Kata Jelita yang sudah ketawa. Indah yang tidak faham keadaan hanya tersenyum senget.
"Jelita Darina!Abang tak suka!" Marah Tuah. Dia ingatkan Jelita sukakan lelaki lain,Rupanya ex boyfriend. Tapi dia tetap marah dan cemburu!
"Dia kawan Jelita je,Abang.." Beritahu Jelita pada Tuah.
"Abang lepaslah tangan Jelita..Sakit,Abang.."
"...."
"Abang..?"
"Ayah?Ummi minta lepaskan tangan dia.."
"...."
"Abang..Sakitlah.."
Jelita mula menangis. Apabila Tuah terlihat Jelita sudah menangis,Tuah melepaskan genggamannya.
"S..Sorry,Sayang..Abang minta maaf..Abang cemburu-"
Tergelak Jelita. Menjadi dia mahu kenakan Tuah. Dia mengesat air mata yang ada di pipinya lalu memandang Tuah. Mengaku pun cemburu!
"Abang cemburu!Abang cemburu~" Ternyanyi Jelita.
"Ayah cemburu?" Soal Indah. Tuah menahan rasa malu.
"Hahaha!Indah..Ayah malu tu.." Kata Jelita.
Mereka berdua ketawakan Tuah. Tuah pergi ke tingkat atas. Katanya mahu mandi tapi sebenarnya mahu larikan diri!Tak tahan kena gelak!
***
Mereka pergi ke pantai untuk melihat matahari terbenam. Indah dan Jelita pergi ke gerai untuk membeli makanan dan minuman. Tuah pula lebih memilih duduk di bangku yang disediakan.
Dari tadi dia melihat lelaki yang sedari tadi melihat ke arah gerai. Apabila Jelita sudah kembali dengannya,Lelaki itu melihat ke arah mereka atau lebih tepatnya...
"Darina!"
Jelita melihat lelaki itu. Terkejut dia. Dia tahu satu-satunya orang yang akan panggil dia Darina dalam dunia ni..
"Fayyez!?Weh..Setahun lebih dah tak jumpa!" Kata Jelita yang sudah duduk di sebelah Tuah dan Indah. Lelaki yang bernama Fayyez itu memandang Jelita lalu memandang Tuah dan Indah. Terangguk sekali.
"Bahagialah kau sekarang eh?Akhirnya ada yang dapat terima kau seadanya." Ucap Fayyez. Jelita tersenyum sambil terangguk-anggukkan kepalanya. Dia mengucap kata syukur.
"Aku suami Jelita.Nama aku Tuah." Tuah bersalam dengan Fayyez.
"Ex Darina.Fayyez." Fayyez memperkenalkan dirinya. Sengaja dia menekankan perkataan ex. Mahu Tuah tahu yang dia terlebih dahulu kenal Jelita,Tapi dia salah. Mereka meleraikan salam mereka.
"Siapa nama adik kecil ni?Kau kahwin bila,Darina?Dah besar dah anak kau ni.." Kata Fayyez yang sudah separa duduk sambil mengusap kepala Indah. Indah menepis tangan Fayyez lalu bersembunyi di belakang umminya.
"Dia anak aku..Dari arwah isteri pertama aku.." Kata Tuah. Fayyez mengangguk lalu kembali memandang Indah. Jelita sedikit terkejut bila Tuah beritahu tentang itu.
"Indah.." Kata Indah.
"Apa yang Indah,Dik?" Soal Fayyez.
"Um..Fayyez..Nama anak aku..Nama dia Indah." Kata Jelita. Fayyez ketawa janggal.
"Hahaha..Keluarga nama klasik!Jelita,Tuah dan Indah!" Fayyez membuat lawak tapi tiada satupun yang ketawa. Malu Fayyez!
"Kami berkahwin setahun lalu.." Kata Tuah.
"Kau kahwin dengan Darina ni..Kau tahu ke masa lalu dia?" Sengaja mengungkit kisah lama. Tuah tanpa berfikir apa-apa mengangguk. Keningnya terangkat ke atas,Rahsia itu dia tahu rupanya.
"Hebatlah kau,Bro!Terima Darina seadanya!Tapi..Sebenarnya,Darina.." Fayyez mendekati Jelita. Rapat malah..
"I still love you.." Kata Fayyez.
"No!Jangan ambil ummi Indah!!" Kata Indah.
"Eh..Tak,Indah..Jangan salah faham.." Kata Fayyez. Tuah memandang dengan pandangan tajam. Dia berdiri di depan Jelita lalu membuat lagak yakinnya.
"Boleh beri isteri kau lunch dengan aku esok?Sebagai tanda perpisahan sebenar kami." Fayyez meminta izin pada Tuah. Pelik Tuah dengan Fayyez ni..
"Kau nak ke mana?" Soal Jelita.
"Aku pergi jauh..Boleh ya?Please?" Fayyez kembali melihat Tuah. Tuah memandang Jelita. Jelita seperti mahu pada permintaan Fayyez,Jadi sebab itu Tuah akhirnya benarkannya.
"Aku ada juga tapi meja lain..Restoran mana?" Soal Tuah. Apabila Fayyez sudah memberitahu restoran,Dia pun meminta diri untuk pergi.
"Terima kasih,Abang..Walaupun..Jelita tak minta.." Kata Jelita.
"Jelita tak minta tapi Jelita nak kan?Sebab dia cakap dia akan pergi." Teka Tuah. Jelita mengangguk.
"Indah tak suka dia,Ummi." Kata Indah.
"Ummi tahu Indah..Tak apa..Berharap yang dia betul-betul maksudkannya.." Kata Jelita.
***
Keesokkan harinya..
Tuah menghantar Indah ke rumah keluarganya lalu pergi ke restoran yang dimaksudkan oleh Fayyez. Apabila sudah sampai dan memesan makanan,Barulah Fayyez muncul.
"Sorry lambat."
"Its okay,Fayyez.."
Jelita memandang Fayyez dalam-dalam. Tuah yang berada di meja sebelah hanya memerhati. Kalau Fayyez nak buat jahat kat Jelita,Dia akan segera menghalangnya.
"Kau ada cakap sesuatu?Ini kebiasaan kau Kalau nak cakap sesuatu.." Kata Jelita.
"Darina..Aku tahu ini bodoh tapi..Aku sebenarnya masih cintakan kau.."
Share this novel