Terlihat jelas nama kawannya di batu nisan itu. Secara perlahan,Jelita menyentuh batu nisan itu. Kali terakhir dia berjumpa Irene semasa Irene dalam beberapa hari lagi mahu bersalin.
Selepas membaca yasin dan lama juga Jelita memandang kubur kawannya itu,Tuah membawanya untuk pulang. Jelita dalam diam menangis.
"Jangan sedih-sedih,Jelita..Irene tak suka kalau kawan dia menangis.." Pujuk Tuah. Mereka berdua pergi ke kereta semula. Destinasi kedua mereka,Pantai.
"Kenapa ke sini?" Soal Jelita. Bukan tidak suka ke pantai,Dia suka tapi tertanya-tanya mengapa Tuah tiba-tiba membawanya ke pantai.
"Tengok matahari terbenam."
"Jangan lama-lama tahu..Ibu abah aku tak suka aku balik lambat." Kata Jelita. Tuah mengangguk lalu mereka keluar daripada kereta. Mereka menuju ke tempat duduk di pantai itu.
"Weh..Tuah..Kau dengan arwah dah ada anak ke?" Tanya Jelita.
"Ada..Perempuan." Jawab Tuah sedikit dingin. Teringatkan anaknya,Membuatkan dia teringat juga pada Irene. Sedaya upaya buat muka biasa tapi gagal.
"Di mana dia sekarang?Rumah ummi kau?" Tanya Jelita lagi. Tidak menyedari muka Tuah yang sedikit mendung.
"Ya..Nak jumpa dia?Lain kali aku ajak kau jalan..Bawa dia sekali." Cadang Tuah. Bersinar-sinar mata Jelita menoleh kearah Tuah. Tuah tersenyum sambil mengelengkan kepalanya. Alahai,Jelita..
"Mesti dia ikut muka arwah.." Jelita membayangkan wajah anak Tuah. Pecah ketawa Tuah.
"Dia..Ikut muka aku,Jelita." Kata Tuah sambil menunjuk mukanya. Terkejut besar Jelita!
"What!?Seriuslah!" Itu reaksi Jelita pada kenyataan yang dikatakan Tuah. Mati-mati dia ingat anak Tuah ikut muka arwah kawannya. Jelita memuncungkan bibirnya.
"Zahwan dulu cakap kau suka muncungkan bibir kau tu..Janganlah muncungkan bibir kau tu!Ada juga yang hilang bibir nanti ni.." Marah Tuah. Cepat-cepat Jelita tidak memuncungkan bibirnya. Sekali lagi Tuah ketawa. Terkejut dengan sikap tegas Tuah.
"Nama dia apa?" Tanya Jelita.
"Arisha Indah." Jawab Tuah.
"Arisha?Indah?" Jelita bertanya tentang panggilan anak Tuah.
"Indah." Jawab Tuah ringkas.
"Indah.." Jelita menunduk sambil tersenyum tipis. Dalam kepalanya,Mungkin nama Indah itu dipilih sebab bermula dari huruf 'I'. Irene..Indah..
"Kau dah kenapa menangis?" Soal Tuah. Jelita terkejut. Dia menyentuh pipinya. Basah. Memang betul dia menangis,Tapi dia tidak menyedarinya. Tersenyum pahit.
"Tak.."
"Nah..Tisu." Tuah menghulurkan tisu pada Jelita. Jelita mengambil tisu itu dari tangan Tuah lalu mengelap air matanya. Tuah memandang ke arah pantai. Matahari telah mula terbenam.
Dalam fikiran Tuah,Kecantikan Jelita seperti matahari terbenam ini. Sementara Irene pula bagai bulan di malam hari. Itu sebab utama dia membawa Jelita ke pantai untuk melihat matahari terbenam.
Dengan angin yang nyaman ini,Jelita memejamkan mata. Tangannya ditadah seolah-olah dia berdoa. Apabila habis berdoa,Tuah mengangkat keningnya keatas. Seolah-olah bertanya Jelita berdoa tentang apa.
"Semoga..Kau bahagia dengan anak kau.." Jelita tersenyum lebar.
"Oh.."
"EH!?C..Cikgu Tuah!"
Seorang remaja lelaki yang lalu di tepi Jelita dan Tuah dengan rokok di tangannya terkejut melihat Tuah. Dari sikap lembut Tuah,Berubah menjadi begitu tegas dan dingin. Seram sejuk Jelita dibuatnya!
"Apa di tangan kamu tu?Buang!" Suruh Tuah. Secara automatik remaja itu membuang rokoknya. Mengigil-gigil dia berhadapan dengan Tuah.
"Kamu tu masih dibawah umur..Nak merokok dah ya?" Kata Tuah.
"Jangan report kat mak ayah saya,Cikgu!"
"Tahulah nasib kamu nanti."
Budak itu lari menjauhi Tuah dan Jelita. Apabila Tuah menoleh ke arah Jelita dengan senyuman,Alangkah terkejutnya dia Jelita kaku. Takut melihatnya.
"Um..Aku cikgu disiplin."
Hanya itu keluar dari mulut Tuah. Jelita menjadi sedikit tenang,Patutlah personalitinya terus berubah.. Cikgu disiplin rupanya..
"Kau dah jadi cikgu sekarang?Ajar apa?"
"Pendidikan agama islam..PAI." Jawab Tuah.
"Eh..Tak kena dengan kita yang berdua-duaan sekarang ni.." Jelita menjarakkan dirinya dengan Tuah.
"Hahaha.." Tuah ketawa janggal.
Hari semakin gelap..Jelita terlupa yang dia mahu pulang awal. Malahan dia mengajak ke restoran sebelum pulang. Tuah juga lupa tentang pesan Jelita.
***
Jam menunjukkan jam 8 lebih. Jelita membuka pintu pagar. Abah dan abangnya menunggu Jelita di luar pintu rumah. Tuah yang didalam kereta rasa ingin tahu melihat kenapa Zahwan dan Encik Ruzain hanya berdiri sambil menyilangkan tangan.
"Jelita Darina!Ke mana tadi?" Soal abah. Kuat dan jelas. Terdengar sampai dalam kereta,Terkejut Tuah dibuatnya. Begitu juga Jelita.
"Pergi pantai dengan..K..Kawan." Jawab Jelita perlahan.
"Baguslah tu!Kawan!Lelaki tu kan!?" Zahwan menjeling kearah dalam kereta Tuah. Dia tidak menyedari yang itu Tuah. Kembali memandang adiknya.
"Tahu adik dah dewasa tapi tetap bahaya! Balik malam macam ni,Kalau kawan lelaki adik tu berniat jahat macam mana?" Soal Zahwan. Tidak mahu dia kejadian dahulu terjadi lagi.
"Maaf,Abang..Dah pesan kat dia tapi sama-sama lupa.." Jelita menahan air mata. Lebih takutkan abangnya daripada abahnya.
Abahnya telah menyentuh bahu Zahwan tapi Zahwan tidak dapat menenangkan hatinya. Risau sangat sebab Jelita lambat pulang ke rumah.
"Lagipun abang Zah..Baru 8 lebih..Tak lewat sangat.." Jelita cuba mempertahankan diri sendiri. Qaseh dan ibunya disuruh duduk dalam rumah. Qaseh memandang Jelita sayu. Tak suka tengok Jelita dimarah oleh suaminya.
"Tak lewat!?Tahu tak dia tu bukan mahram Jelita!?Tak elok tahu tak,Jelita!?" Zahwan secara tidak sengaja meninggikan suaranya. Dia mendekati kereta Tuah lalu diketuk cermin kereta itu.
"Abang Zah..Buat apa tu?" Jelita mendekati abangnya yang sudah tidak terkawal emosinya. Encik Ruzain juga mendekati anak sulungnya itu. Ditarik supaya jauh sedikit dari kereta itu.
Tuah yang sedikit gentar dengan kelakuan Zahwan keluar dari kereta. Niatnya cuma satu,Minta maaf pada Jelita dan Zahwan.
"Z..Zahwan..Sorry sangat sebab.." Kata-kata Tuah terhenti apabila dia menyedari yang Jelita telah menangis tanpa suara. Dia melihat Zahwan yang juga melihat Jelita.
"Kalau nak marah,Marah aku.Aku yang lambat hantar Jelita balik." Kata Tuah lagi.
"Kau tahu tak..Aku berharap yang kau tak akan jumpa Jelita lagi..Cukuplah Jelita sakit di masa lalu." Kata Zahwan. Adik kesayangannya di tarik ke pelukannya.
"Sakit?Apa?" Soal Tuah.
"Sakit hati tengok kau dengan Irene tu bermesra..Memanglah korang dah bertunang,Tapi.." Zahwan kehilangan kata-kata apabila Jelita tiba-tiba lemah di pelukannya. Terduduk dia menyambut tubuh Jelita yang hampir terbaring di tanah.
"Weh..Dik?Kau dah kenapa?" Soal Zahwan.
"Irene dah meninggal empat tahun lalu,Zah..Lepas lahirkan anak kami." Tuah memberitahu perkara paling pahit dalam hidupnya itu.
"Innalillahiwainnalillahirajiun.." Ucap Encik Ruzain. Dia menyentuh bahu Tuah memberi semangat. Dijemputnya Tuah masuk ke dalam rumah.
Anak perempuannya disuruh pergi ke bilik untuk mandi. Ditunggu juga sebelum memulakan perbualan. Qaseh menemani Jelita.
"Kuat ya,Jelita?" Pujuk Qaseh.
"Arwah isteri Tuah kawan Jelita,Kak Qaseh.." Kuat sungguh tangisan Jelita. Qaseh memeluk Jelita dengan begitu erat. Dia juga menitiskan air mata.
"Sedekahkan Al-Fatihah pada arwah,Jelita.." Bisik Qaseh. Puan Fatimah memasuki bilik Jelita. Terdengar tangisan Jelita sehingga ke tingkat bawah. Risau hatinya.
"Jelita?Kenapa ni?Semua risau Jelita menangis kuat.." Dipeluk anak perempuannya itu.
"Arwah isteri lelaki tu kawan Jelita,Ibu.." Beritahu Qaseh. Puan Fatimah mengangguk. Sudah memahami kenapa Jelita tiba-tiba menangis macam ni.
"Mandi dulu,Jelita ya?Lepastu turun..Abah,Abang Zah dan Tuah dah tunggu Jelita.."
***
Dengan perlahan Jelita turun ke tingkat bawah. Duduk satu sofa dengan Puan Fatimah dan Qaseh yang mengendong Naail. Berhadapan pada sofa yang diduduki Encik Ruzain,Tuah dan Zahwan.
Melihat mata Jelita yang telah sembab kerana menangis membuat Tuah sangat-sangat rasa bersalah.
"Maaf,Pakcik..Zah..Makcik..Dan kakak ipar Jelita..Minta maaf,Jelita." Kata Tuah. Sedari tadi,Hilang aura cikgu disiplinnya. Terkejut juga Zahwan sebab mereka mengajar di sekolah yang sama.
"Jelita maafkan.."
"Tunggu dulu,Adik!"
Share this novel