BAB 24

Romance Completed 13846

"Aufa..Aufa Tasnif."

"Tasnif?Apa yang unik sangat nama tu?" Itu reaksi yang diberikan pada nama itu. Berkerut muka Jelita,Anaknya dibaringkan di katil bayi. Tuah melihat wajah isterinya yang sedikit berkerut lalu berkata..

"Tak suka nama tu?Kalau tak suka.." Tuah berpura-pura mahu merajuk.

"Eh!Suka!Tapi..Susahlah nak sebut.." Jujur Jelita memberi pendapat. Memang susah nak sebut tapi dia suka saja nama tu. Tuah mengangguk tanda faham.

"Kan?Tapi abang nak juga nama tu." Kata Tuah.

"Okeylah!Aufa Tasnif!" Kata Jelita melihat anaknya. Kedua-duanya mahu melelapkan mata tapi Jelita melihat semula ke arah Aufa.

"Tapi ada satu yang Jelita tak puas hati.." Kata Jelita.

"Apa lagi?" Soal Tuah. Baru sahaja mata mahu terlelap,Jelita sudah ajak berbual lagi. Tergelak Jelita.

"Muka Aufa..Ikut muka abanglah..Tengok.." Jelita memuncungkan bibirnya. Terangkat kening Tuah lalu dia melihat muka Aufa,Anaknya. Tergelak dia! Indah ikut rupa dia,Aufa pun ikut rupa dia juga!

"Abang kan ayah Aufa.." Ucap Tuah.

"Ish..Indah pun ikut muka abang..Tak ikut muka arwah..Kalau Aufa pula ikut muka abang juga!" Kata Jelita tidak puas hati.

"Ish sayang ni..Kalau-kalau rindu abang,Boleh tengok muka Indah dan Aufa ni.." Kata Tuah. Jelita tersenyum senget lalu mengangguk.

"Esok pagi abang tiada kat sini tau..Oh ya..Abang tak benarkan Jelita bawa Mira ke sini." Pesan Tuah.

"Alaa..Kenapa?" Soal Jelita.

"Ada benda yang abang curiga ni,Jelita..Ikut kata abang..Untuk kebaikan Jelita juga..Boleh ya?Hmm?" Kata Tuah. Jelita hanya mengangguk tanda menurut. Mereka berdua sudah mengantuk dan mula melelapkan mata.

***

Pagi itu,Jelita terbangun. Dia melihat ke arah kerusi,Tuah tiada dan maksudnya Tuah sudah pergi kerja. Dia secara perlahan duduk,Mengendong Aufa lalu memberi susu. Termenung seketika lalu memandang Aufa.

"Kenapa anak ayah ni ikut muka ayah?Tak ikut muka ummi langsung.." Bisiknya. Mengucup dahi Aufa.

"Assalamualaikum,Jelita?"

Jelita melihat ke arah pintu,Qaseh,Naail dan Indah datang melawatnya! Sukalah Naail dan Indah waktu itu sebab cuti!

"Kak Qaseh..Naail..Indah!" Tersenyum lebar Jelita. Qaseh mendekati Jelita dan diikuti oleh Naail dan Indah. Indah duduk di sisi Jelita. Jari telunjuknya menyentuh pipi adik lelakinya. Rasa teruja!

"Ummi..Adik nama apa?" Soal Indah.

"Aufa Tasnif..Say hi to Aufa.." Lembut Jelita berkata begitu. Sebak hati Qaseh,Apa yang dia mahu lihat kini di depan matanya. Jelita sudah ada anak kandungnya sendiri dan bahagia..

"Kak Qaseh?Kenapa menangis?" Tanya Jelita. Naail melihat mamanya yang mengalirkan air mata. Qaseh tergeleng-gelengkan kepalanya. Dia mengusap kepala Jelita.

"Akak dah lama nak tengok Jelita macam ni tahu tak?Jelita.." Qaseh menangis lagi. Gelabah pula melihat kakak iparnya menangis.

"Tengok Jelita macam ni?Oh.." Jelita mula faham. Dia membaringkan Aufa di katil bayi lalu memeluk Qaseh. Naail juga mengikut Jelita memeluk Qaseh,Sementara Indah matanya tidak beralih pun dari memandang adiknya.

"Akak gembira bila Jelita bahagia macam ni..Akak doakan kebahagiaan Jelita selalu.." Kata Qaseh yang sudah melepaskan pelukannya.

"Jelita pun doakan kebahagiaan akak,Naail dan Abang Zah.." Kata Jelita pula. Jelita melihat Indah yang masih memandang adiknya. Tersenyum Jelita lalu mengendong semula Aufa lalu mendekatkan Aufa pada Indah.

"Sayang adik tak?" Tanya Jelita. Indah mengangguk-angguk laju dan begitu teruja.

"Cubalah dukung adik ni..Ummi pegangkan.." Kata Jelita tapi Indah menolak.

"Tak berani,Ummi..Tunggu Aufa besar sikitlah.." Kata Indah.

"Okey..Tapi kalau boleh Indah tolong Ummi jaga adik okey?" Tanya Jelita.

"Eh..Sudah semestinya,Ummi!" Jawab Indah teruja.

***

Qaseh,Naail dan Indah sudah pulang ke rumah. Fayyez pula datang melawat,Jelita tersenyum melihat kawannya melawatnya. Pada hari yang lepas bukanlah hari terakhir mereka berjumpa.

"Fayyez!Tuah yang beritahu aku di hospital ni ke?" Soal Jelita apabila Fayyez sudah duduk di kerusi. Fayyez mengangguk.

"Baik sangatlah suami kau tu..Nak nangis pun ada tengok dia percayakan aku.." Kata Fayyez. Jelita mengangguk.

"Lelaki?Wah..Ada dah kawan Tuah di rumah..Apa nama?" Soal Fayyez.

"Aufa Tasnif..Kami panggil dia Aufa." Jawab Jelita.

"Aufa?Aufa..Uncle Fayyez atau Uncle Yez ni pak cik pertama jumpa kamu tahu?" Kata Fayyez lembut pada Aufa yang sedang tertidur.

"Aku nak ke tandas kejap,Darina." Fayyez meninggalkan Jelita sekejap. Jelita hanya memandang ke arah tingkap lalu membuka telefonnya. Sekali sekala melayari media sosial. Sesekali matanya melihat Aufa lalu kembali melihat telefonnya.

"Cukup dah happy dengan keluarga you tu?"

Seram sejuk Jelita mendengar suara itu. Secara perlahan dia memandang dari mana suara itu datang. Bila dia lihat orang yang ada di depan pintu,Dia begitu terkejut! Dariel! Mustahil!

"Kau bukan dah kena tangkap ke!?" Soal Jelita.

"My wife tipu you untuk rancangan kami..I tak sangka yang suami you tu cerdik sangat!" Dariel berlari ke arah Jelita lalu menindih tubuh Jelita. Jelita meronta-ronta,Takut anaknya disentuh oleh Dariel!

"Kau jangan apa-apakan anak aku!"

"Memang I tak akan sentuh anak you pun,Jelita..I nak bunuh you!" Pisau kecil dikeluarkan dari poket seluar. Dihalakan pada perut Jelita.

"Argh!"

Dariel menikam perut Jelita. Jelita terjerit kesakitan!

"Dariel!?"

Fayyez menolak Dariel ke lantai. Ada pergelutan di antara mereka! Jelita pergi memanggil pengawal keselamatan untuk menangkap Dariel. Sudah cukuplah dia bebas,Kalau tak insaf memang tidak aman hidupnya!

Setelah itu,Jelita kembali dengan dua orang pengawal keselamatan di belakangnya. Dia terduduk lemah di katil. Dia risaukan anaknya disentuh oleh Dariel!

Pengawal keselamatan itu mula menghalang Dariel daripada tidak dekat dengan Jelita.

"D..Darina!Darah!" Kata Fayyez. Dia membuka jaketnya lalu meletakkannya di luka Jelita,Menahan darah daripada tidak terkeluar.

Tanpa mereka sedari,Dariel kembali berlari ke arah Jelita dan menikam lagi perut Jelita. Semua terkejut dengan kepantasan Dariel!

"Tak gunalah!" Geram sungguh Fayyez pada Dariel. Dia menumbuk Dariel lalu mengheret Dariel jauh dari Jelita. Makin lama makin gila!

"I tak puas lagi!Jelita mesti mati di tangan I!!Tak cukup!I nak you mati!" Teriak Dariel. Dua orang pengawal keselamatan itu menahan tubuh Dariel. Dariel dibaringkan di lantai secara paksa.

"Siapa isteri kau?" Soal Jelita.

"Mira.." Tersenyum sinis Dariel.

Fayyez melihat Jelita menekan bahagian yang ditikam oleh Dariel. Jelita ditikam dua kali di perut!

Akibat panik,Fayyez terus memanggil doktor!

Dariel yang dibawa pergi dipandang oleh Jelita. Mengalir air mata Jelita kerana benda yang terjadi. Fayyez kembali dengan doktor lalu meminta diri untuk mengikuti para pengawal keselamatan itu membawa Dariel pergi.

***

Tuah dan Zahwan yang mendengar cerita Fayyez terus ke hospital.

"T..Tuah..Maafkan aku.."

"Tak apa,Fayyez..Dariel yang salah..Kenapa kau yang minta maaf pula?" Begitu mendung wajah Tuah ketika itu. Dia tidak salahkan Fayyez.

"Apa jadi kat Dariel?" Soal Zahwan pula.

"Dah masuk penjara..Aku baru je dari balai polis ni.." Kata Fayyez. Tersentak Tuah dan Zahwan. Itulah yang mereka mahu tapi takkan semudah itu!

"Walaupun macam tu,Kita mesti berhati-hati..Mira masih belum ditangkap..Apa motif dia sebenarnya?" Tuah mengendong Aufa yang sedang menangis. Didodoi lalu diberikan susu,Apabila Aufa sudah berhenti menangis,Dia membaringkan semula Aufa di katil bayi.

"Aku nak tanya doktor teruk sangat ke kecederaan Jelita ni.." Zahwan mencari doktor yang merawat Jelita. Baru sahaja berjuang menahan sakit mahu bersalin,Lepas bersalin ditikam pula..

Doktor pergi ke dalam bilik wad Jelita. Doktor itu memandang Tuah,Zahwan dan Fayyez. Ketiga-tiga lelaki itu berasa sedikit gentar dengan pandangan doktor itu. Tuah mula bertanya macam mana kecederaan isterinya.

"Sebenarnya..Tak dalam juga cuma Puan Jelita perlu rehat secukupnya..Jangan bagi dia banyak bergerak.." Kata Doktor itu. Setelah puas beritahu tentang keadaan Jelita,Akhirnya doktor itu pergi.

Secara perlahan,Jelita membuka mata. Dia mahu duduk,Tapi ditahan oleh Zahwan. Fayyez tertunduk lemah melihat keadaan Jelita lalu Tuah menepuk-nepuk bahunya.

"Darina..Sorry sangat sebab tinggalkan kau.." Ucap Fayyez menahan diri daripada tidak menangis. Jelita mengelengkan kepalanya.

"Jangan minta maaf,Fayyez..Kau tak salah langsung...Um..Dariel macam mana?" Soal Jelita.

"Dah masuk penjara,Jelita!Mungkin kau dipanggil untuk beritahu apa yang dah jadi.." Kata Fayyez. Jelita mengangguk lalu memandang Tuah dan Zahwan.

"Mira isteri Dariel,Abang..Abang Zah.." Kata Jelita. Terkejut besar Tuah dan Zahwan. Maksudnya,Fayyez tidak salah langsung!

"Weh..Sayang..Bahaya ni.." Kata Tuah.

"Itulah..Jelita lebih risaukan Indah,Abang..Dia masih di tadika yang sama dengan anak Mira.." Kata Jelita.

"Tak apa..Aku dengan Fayyez akan tolong tengok-tengokkan Indah.." Kata Zahwan. Tuah dan Jelita memandang Fayyez dan Zahwan bergantian lalu mengangguk tanda setuju.

"Kau tak sibuk ke,Fayyez?" Soal Jelita.

"Aku dah minta kekal di sini dari bos aku..Alhamdulillah..Bos aku ubah fikiran nak pindahkan aku ke tempat lain." Jawab Fayyez. Lega hati Zahwan,Jelita dan Tuah mendengarnya.

"Kau kerja apa?" Soal Tuah.

"Chef..Kami di dapur tu dalam tiga orang termasuk aku.." Kata Fayyez. Jadi ada rakan sekerjanya cover kerjanya. Tuah mula sibuk dengan telefonnya. Tanpa Jelita tahu,Sebenarnya Tuah,Zahwan dan Fayyez sedang berhubung dengan polis. Secara senyap mereka bantu pihak polis untuk memberikan maklumat.

Dan..Pihak polis sekarang ini sedang mencari Mira. Bersembunyilah dimanapun,Pasti akan jumpa! Cepat atau lambat,Akan ditangkap pada masa yang tepat!

"Akhir-akhir Jelita perasan abang selalu sibuk dengan phone..Urus apa sebenarnya,Abang?" Soal Jelita pada Tuah. Tuah dengan segera memasukkan telefonnya di poket seluar.

"Abang makin sibuk pula sekarang..Ahaha.."

Jawapan dan ketawa janggal Tuah itu jelas menunjukkan Tuah menyembunyikan sesuatu. Zahwan dan Fayyez memandang tajam pada Tuah. Kayu sungguh lakonannya!

"Kau tak curang kan,Tuah?" Soal Zahwan tiba-tiba.

"Eh!Kau ni tuduh aku pula!Aku ada hati nak dijaga tahu!Adik kau pula tu!" Marah Tuah. Tergelak Jelita,Zahwan dan Fayyez.

***

Beberapa hari berlalu,Akhirnya Jelita dibolehkan untuk pulang. Apabila di rumah,Jelita lebih selesa di bilik. Indah tidak henti mahu menemani adiknya apabila sudah pulang dari sekolah.

"Ummi tahu tak?"

"Hmm?Tahu apa?"

"Hana dah pindah,Ummi.."

Terkejut Jelita mendengar khabar itu. Dipandang Indah dalam-dalam. Biar betul?

"Hari isnin tu,Mak dia ada ke tadika lepastu bagi macam surat..Lepastu cikgu beritahu yang Hana dah pindah." Cerita Indah. Cuba diingat apa yang terjadi hari isnin itu.

"Hmm..Kawan rapat Indah dah tiada,Ummi..Tapi yang lain dah nak kawan Indah!" Cerita Indah lagi. Jelita terangguk-anggukkan kepalanya dan dalam masa yang sama memikirkan tentang Mira.

Dia sudah tahu yang dia akan dicari polis dan mula melarikan diri. Jelita cuba tidak memikirkan hal itu tapi tidak dapat. Rupa-rupanya,Mira bersekongkol dengan Dariel,Suaminya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience