BAB 27

Romance Completed 13846

Sesampainya di rumah,Indah dan Aufa terlebih dahulu tidur di bilik Indah. Jelita yang sedang menyikat rambut memandang bayangannya di cermin. Disentuh wajah sendiri lalu menyentuh permukaan cermin.

"Sayang dah kenapa?" Soal Tuah yang baring di katil. Telefon pintar yang ditangannya diletakkan di meja sisi katil. Dia berdiri lalu mendekati Jelita. Jelita memandang Tuah.

"Kalau je abang tak kahwin dengan Jelita..Mesti abang aman je hidup kan?"

Itu yang keluar dari mulut Jelita,Terkejut Tuah mendengarnya.

"Yes aman tapi..Abang tak akan senang duduk,Jelita..Tak sebahagia sekarang..Abang tercari-carikan bahagia macam ni selama ni.." Kata Tuah tergelengkan kepalanya. Kenapa tiba-tiba Jelita menjadi sedikit negatif malam ini?

"Bahagia?Bahagia apanya,Abang?Abang penat nak bantu pihak polis selesaikan kes ni..Jelita akan bersyukur bila dia tertangkap tapi Jelita tak nak susahkan abang..Kalau dia boleh pergi dengan cara Jelita mati-" Terhenti Jelita bercakap apabila Tuah mencelah.

"Abang tak nak kehilangan Jelita..Cukuplah dulu je..Jelita bahagia abang..Jangan tinggalkan abang!" Kata Tuah dengan geram.

"Abang menyesal tak dengan apa yang jadi ni?Menyesal sebab Dariel..Or..Sebab Jelita?" Mengalir air mata Jelita. Dia rasa dalam tahap terendah dalam hatinya.

"Tidak,Jelita Darina!" Tuah menyentuh bahu Jelita. Jelita terjerit kesakitan,Tanpa sengaja Tuah menyentuh bahunya dengan kuat.

"Jelita..Semua yang jadi ada baiknya..Kita perlu sabar dan lalui apa yang kita tengah hadapi sekarang ni..Kenapa negatif sangat pemikiran sayang malam ni?" Dipeluk isterinya itu. Jelita terkaku dipelukan Tuah. Dia mengucap panjang selepas itu.

"Tekanan yang Jelita alami buat Jelita macam ni kan?Abang faham.." Tuah mengusap belakang tubuh Jelita dengan lembut. Cuba memahami diri Jelita.

"M..Minta maaf,Abang..Tak tahu kenapa tiba-tiba terfikir macam tu..Jelita..Terikut perasaan.." Teragak-agak Jelita berkata-kata,Tuah hanya mengangguk.

"Abang pesan untuk kedua kali,Jelita..Jangan terlalu ikut perasaan..Dulu Fayyez,Kali ni abang pula kena.." Tegur Tuah.

"Ya..Ya..Sebab tu Jelita minta maaf..Minta ampun kat abang.." Kata Jelita yang sudah memandang wajah Tuah. Diusap pipi Tuah dengan penuh kasih sayang. Dalam hatinya berkata,Semoga kita bersama hingga ke akhir hayat.

"Abang tak akan pernah menyesal berkahwin dengan Jelita..Dengan apa yang terjadi.." Kata Tuah yang sudah melepaskan pelukannya. Dia bawa Jelita baring di katil.

"Okey,Abang.."

"Kumpul tenaga cukup-cukup..Esok kita pergi ke hospital..Abang Jelita tu dah ajak bincang strategi." Kata Tuah yang sudah tersenyum senget. Dia mahu selesaikan masalah ini secepatannya. Jelita juga terikut senyum senget Tuah.

"Good night.."

***

Tengah hari itu,Terus Tuah menjemput Jelita pergi ke hospital. Indah dan Aufa dihantar ke rumah keluarga Jelita. Tujuan Indah ke rumah neneknya itu hanya kerana mahu bermain dengan Naail! Satu-satunya sepupu dialah katakan..

Apabila Tuah dan Jelita sudah sampai di hospital,Mereka berjumpa dengan salah satu pegawai polis,Adam. Dia menyapa Tuah dan Tuah juga menyapanya. Tuah dan Adam berkawan baik semasa sekolah menengah dulu,Cumanya lain kelas.

"Eh?Adam?Zah panggil kau juga?" Soal Tuah. Mereka bertiga masuk ke dalam lif. Jelita bersembunyi di sebalik tubuh suaminya.

"Ya..Tak sangka aku sebenarnya bertugas untuk kes isteri kau..Eh?Aku macam kenal kau..Hantu buku kan?" Adam memandang Jelita yang sedang bersembunyi di belakang Tuah. Jelita yang sudah ditegur memandang Adam.

"Yeah..That's me.." Jawab Jelita.

Tuah tergelak kecil.

"Well..Kau popular di kalangan senior sebenarnya.." Kata Adam lagi.

"Aku?Popular di kalangan senior?Mengarut je lah.." Jelita menafikan kata Adam.

"Dia betul,Jelita.." Kata Tuah pula. Kali ini,Jelita ternganga.

"Sebab apa?Sebab aku ni hantu buku?" Soal Jelita pada Adam. Adam mengangguk,Dia tergelak kecil.

Mereka yang sudah sampai di tingkat 4,menuju ke bilik Zahwan. Apabila sudah masuk di bilik wad Zahwan,Mereka memberi salam. Zahwan membalas salam itu.

Tuah,Jelita dan Adam mendekati Zahwan. Fayyez dan satu lagi pegawai polis ada bersama Zahwan. Zahwan yang sudah bersedia mengutarakan strateginya tersenyum.

"Adik,Jadi umpan." Ringkas dan padat strategi Zahwan.

"Aik?Itu je idea strategi abang!?" Terpinga-pinga Jelita.

"Yes." Balas Zahwan.

"Hahaha..Semudah ABC..Sampai dua polis datang sini..Last-last dengar itu je.." Keluh Fayyez.

"Pihak polis cuma perlu kepung..Kita menjangkakan yang Dariel akan pergi pantai yang selalu korang berdua lepak." Kata Zahwan.

"Dia mungkin cari Jelita di setiap tempat..Tempat yang dia familiar terjumpa Jelita." Kata Adam. Semua terangguk-anggukkan kepalanya.

"But how if dia cederakan Jelita?" Soal Jelita.

"Don't worry..Adik kan ada belajar silat dan elak serangan..Boleh elak..Abang percaya adik boleh hadap dia." Kata Zahwan. Jelita tersenyum kelat.

"Make sure kita tangkap dia waktu tu.." Kata Adam.

***

Malam itu..

Di pantai,Jelita dengan perasaan yang ragu-ragu duduk di bangku yang selalu dia duduk bersama Tuah. Ada pihak Polis yang menyamar menjadi orang biasa. Jelita beristighfar banyak-banyak.

"Aduh..Sejuklah pula.." Jelita memeluk tubuh. Sekadar jubah yang dipakainya tidak cukup untuk menghangatkan tubuhnya daripada angin pantai waktu itu.

"Achoom!" Terbersin Jelita dibuatnya. Tidak biasa dengan angin pantai waktu malam.

Dia melihat langit,Kagum dengan cahaya bulan lalu mula terbiasa dengan suasana itu. Tiba-tiba Jelita menguap pula,Rasa mengantuk pula muncul. Jelita tergelengkan kepalanya,Menegur diri sendiri untuk kekal dalam keadaan sedar.

"Mengantuknya..Ya Allah.." Jelita mengosok matanya.

"Kalau macam tu..Biar i buat you tertidur sampai..Bila-bila.." Pisau dihalakan di leher Jelita dari belakang. Terkaku tubuh Jelita apabila terasa benda tajam itu di lehernya. Mahu pusing ke belakang pun tidak dapat.

Walaupun begitu,Dia tahu itu siapa..

"We meet again,Dariel..How are you?" Soal Jelita yang tertawa janggal. Mengumpul tenaga untuk melawan nanti. Sekarang,Dia mahu buat Dariel ada rasa kasihan sedikit.

"You buat wife i ditangkap polis.." Bisik Dariel.

"Anak i dah tak dapat jumpa mak dia!" Marah Dariel.

"I'm sorry,Dariel..Kau..Dah lebih sayang kat Mira?" Soal Jelita. Mengigil dia sekarang ini.

"I..I don't know,Jelita..Dia tak buat i puas..But you.." Tangan Dariel yang sebelah lagi memeluk Jelita.

"Stop it.." Jelita menolak tangan Dariel.

"I nak you..You special.." Kata Dariel.

"Kenapa aku?Aku tak tahu apa yang aku dah buat kat kau.." Mengalir air mata Jelita.

"Muka you hampir sama dengan muka mak i,Jelita..Dia dah mati di tangan aku!" Kata Dariel. Mengigil hebat Jelita mendengarnya. Dia bunuh mak dia sendiri!?

"Kau bunuh mak kau?Why?" Soal Jelita. Dia mahu semuanya terbongkar,Dia mahu pihak polis yang ada mendengarnya.

"She's a bad mom..Dia tu penyondol..Gila duit.."

"Tapi aku bukan dia!!" Jerit Jelita.

"You buat i teringatkan dia!" Dariel menolak tubuh Jelita sehingga terbaring di tanah. Pisau kecil yang dia ada dihalakan pada leher Jelita.

"I hidup di lingkungan yang toxic sebab dia!Dia ajar i yang bukan-bukan!Baguslah dia mati!Mati!!" Mahu gila Dariel mengingati mak dia.

Dia melihat sendiri mak dia 'bersama' dengan ramai lelaki. Dia juga tidak sangka yang dia rogol Jelita,Dia tidak mampu menahan diri daripada buat benda itu.

"Jangan sebab muka aku hampir sama dengan dia,Kau nak bunuh aku juga.." Jelita menangis teresak-esak,Dia sudah tahu masa lalu Dariel.

"Yes!Aku tetap nak bunuh kau sebab tu dan sebab kau tolak perasaan aku mentah-mentah..."

"Aku..Kenapa aku tak sanggup nak.." Dariel sudah melukakan sedikit leher Jelita tapi Jelita bernasib baik kerana pisau itu tidak kena dengan urat di lehernya. Lukanya pun hanya kecil.

"WHY I CAN'T KILL YOU!"

Bang! Bang!

Terjerit Jelita dibuatnya,Dariel terduduk apabila tembakan itu mengenai belakang tubuhnya. Pihak polis mula keluar lalu menangkap Dariel. Jelita yang menjauhkan diri daripada Dariel.

"A..Abang.."

Apabila pihak polis sudah memasukkan Dariel ke dalam kereta,Adam mendekati Tuah.

"Isteri kau okey?" Tanya Adam.

"Luka sikit.." Jawab Tuah.

"It's okay..Sikit je..Tak dalam pun.." Kata Jelita. Tuah dan Adam hanya mengangguk,Mengiyakan sahaja apa yang Jelita kata.

"Terima kasih membantu kami." Kata Adam.

"Sama-sama..Okey dah ke ni?" Soal Tuah.

"Insyaallah..Kami pergi dulu..Memang Dariel ni nak kena kawal betul-betul..Ke balai polis,Tuah..Aku tunggu kau." Adam memasuki kereta lalu mula meninggalkan kawasan pantai itu bersama rakan sekerjanya.

Tuah dan Jelita yang sudah di kereta termenung. Jelita mengucap syukur yang semuanya telah selesai.

"Abang takut sangat-sangat,Jelita.." Digenggam tangan isterinya. Dibawa ke bibirnya lalu mengucup lembut tangan Jelita. Sesudah itu,Dia menghidupkan kereta dan Jelita pula merehatkan diri.

Tuah mula memandu,Pergi ke balai polis kerana kawannya memintanya untuk pergi ke sana. Apabila sudah sampai,Memang benar Adam menunggu mereka. Ada hal penting yang mahu diselesaikan mungkin?

***

Apabila mereka pulang dari balai polis,Jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam. Tuah memandu,Sesekali melihat Jelita yang menahan diri daripada tidak tidur.

"Kalau Jelita nak tidur..Tidurlah dulu.." Tegur Tuah.

"Tak..Jelita nak fikirkan sesuatu." Kata Jelita.

Lama Jelita diam.

"Fikirkan apa pula tu?" Soal Tuah. Tak senang duduk dia melihat Jelita yang sedang memikirkan sesuatu.

"Hana..Anak Mira dan Dariel..Kita..Kita jaga dia..Nak?" Teragak-agak Jelita beritahu apa yang dia fikir. Tuah terkejut besar!

"What!?Seriuslah Jelita nak jaga dia!?"

"Kasihanlah,Abang..Dia polos tak tahu apa-apa..Tiba-tiba mak bapa dia kena tangkap polis..Dia tiada sesiapapun.." Jelita menahan air mata. Jiwa dia memang cepat kasihankan budak-budak.

"Kalau Jelita nak jaga dia..Abang okey..Abang mampu nak tanggung semua makan minum dia tapi..Nak ke diorang?" Tanya Tuah.

"Sebenarnya apa yang Mira dah buat sampai dia sekali dah kena tangkap?" Soal Jelita pula. Terdiam Tuah. Dia,Zahwan dan Fayyez tiada lagi beritahu Jelita tentang Mira dengan lebih terperinci.

"Dia ditangkap sebab bersekongkol dengan Dariel..Dia hampir nak bunuh Fayyez juga..Masa dia ditangkap hari tu..Teruk dia pukul Fayyez guna batang besi.." Cerita Tuah.

"B..Betul ke?"

"Buat apa dia bersembunyi,Jelita?Kalau betul dia tak salah,Dia tak akan sembunyi di suatu tempat." Kata Tuah.

"Masuk akal...Tapi Jelita nak jumpa Mira esok.." Jelita meminta izin.

"Hmm..Boleh..Lepas abang balik kerja.." Tuah mahu tidak mahu memberi izin.

Selepas mengambil Indah dan Aufa dari rumah keluarga Jelita,Mereka pun balik ke rumah. Hari esok menanti mereka..

***

Tuah yang mengendong Aufa tunggu di kereta. Indah juga di dalam kereta. Melihat sekeliling,Indah kagum melihat polis yang sedang bertugas.

"Ummi kenapa datang sini,Ayah?" Soal Indah.

"Dia nak jumpa kawan dia.." Jawab Tuah. Indah hanya mengangguk.

Jelita memasuki balai polis. Setelah beritahu apa tujuan dia mahu ke situ,Pihak polis yang ada di depan itu memanggil lagi salah seorang rakan sekerjanya. Setelah menunggu beberapa minit,Pegawai polis itu menemani Jelita pergi ke satu ruangan.

Ada meja yang ada telefon dan kaca di hadapannya,Menembusi ruangan sebelah. Mungkin tempat khas untuk berjumpa dengan tahanan yang ada di sini.

Tidak lama selepas itu,Mira muncul dengan berpakaian baju tahanan. Mira mengalirkan air mata apabila melihat Jelita yang di ruangan sebelah melalui kaca itu.

Jelita duduk di kerusi depan meja itu lalu polis itu memberi telefon itu pada Jelita. Jelita menyambut huluran telefon itu. Mengangguk sekali lalu memandang Mira.

"A..Assalamualaikum.." Ucap Jelita.

"Waalaikumussalam.." Mira menangis.

Dalam waktu 45 minit ini,Jelita mahu memberitahu apa kemahuannya berjumpa dengan Mira.

"Mira..Sebenarnya aku.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience