"Aku nak jadikan Hana tu anak angkat aku.."
Terdiam mereka berdua. Mira kelihatan sedang berfikir,Dia sebenarnya takut Dariel marah padanya. Tapi bila difikirkan balik,Dariel tidak terlalu peduli dengan Hana. Itu yang buat Mira sedikit sakit hati.
"Aku rasa..Kau mesti tanya Dariel juga..Kau suruh suami kau jumpa Dariel..Untuk keselamatan kau.." Kata Mira. Jelita mengangguk lalu memandang tajam ke arah Mira. Mira menelan air liur,Tanda sedikit takut pada Jelita.
"Kenapa kau boleh tertangkap?" Soal Jelita. Dia sudah tahu dari Tuah,Tapi dia sengaja mahu bertanya pada Mira. Nak tengok Mira akan jujur ataupun tidak.
"Maafkan aku,Jelita..Minta maaf sangat-sangat..A..Aku bersekongkol dengan suami aku nak bunuh kau...Aku tak sedar hari tu yang aku sikit lagi bunuh kawan kau tu..Si Fayyez tu..Maafkan aku.." Mira menangis teresak-esak.
"Sebab pemikiran tak matang aku ni..Sebab dendam Dariel,Anak aku di pusat jagaan tu..Ibubapa dia tak dapat jaga dia sebab kena tangkap..Buat benda jahat.." Kata Mira lagi. Tergeleng-geleng dia,Kenapalah dia tidak berfikir tentang masa depan anaknya itu.
"Jadi sebab tu aku nak jaga anak kau..Aku maafkan kau.." Kata Jelita. Dia mahu memeluk Mira tetapi tidak dapat.
"Terima kasih..Just..Sedia apa yang patut..Aku beri hak penjagaan Hana kat kau..Aku memang tak layak.." Kata Mira. Jelita menangis mendengarnya.
"Apa kata Dariel nanti?Kau rasa..Dia setuju?" Soal Jelita.
"Mungkin ya..Sebab dia tak kisah sangat kat anak kandung dia sendiri." Jawab Mira.
"Kalau kau jumpa Hana..Kata aku kirim salam kat dia..Aku rindu dia sangat-sangat." Pesan Mira.
"Belum 45 minit lagi...Hmm..Jangan nangis..Bencilah.." Tegur Jelita.
"Aku rasa Dariel sebenarnya sayangkan Hana..Cuma dia tak tunjuk.." Teka Jelita. Dari melihat kemarahan Dariel semalam,Dia yakin yang Dariel sebenarnya sayangkan Hana.
"Apa buktinya?" Tanya Mira.
"Masa dia ditangkap semalam..Dia marah-marah aku sebab Hana di pusat jagaan sekarang..Dia sayang anak dia.." Kata Jelita.
"Betul?Dariel?"
Dalam senyuman,Mira menangis bahagia. Itu sahaja buat dia bahagia,Terasa sebak di hati Jelita. Jelita menyentuh kaca yang menjadi penghalangnya daripada menyentuh Mira.
"M..Mira.."
"Jumpa Dariel..Cakap baik-baik dengan dia...Rasanya masa dah nak habis.." Melihat Jelita yang menahan sebak,Mira berdiri mahu meninggalkan Jelita. Telefon juga telah diletakkan di tempat asal,Jelita menjerit memanggil Mira,Walaupun Mira tidak dapat mendengar suara Jelita.
"Wait..Mira!Aku..Aku ada nak cakap lagi!Please.." Pinta Jelita. Melihat Mira yang tidak sama sekali mendengarnya,Jelita mengalirkan air mata.
"Lain kali aku lawat lagi.."
***
Beberapa minggu kemudian,Jelita pergi berjumpa dengan Dariel. Walaupun Mira bercadang Tuah yang menggantikan Jelita untuk berjumpa dengan Dariel,Tapi Jelita tidak mahu mendengar kata Mira.
"You.."
"Aku cuma nak minta izin kat kau."
Jelita melihat Dariel yang sembap matanya,Mungkin menyesal dengan apa yang dia sudah buat. Jelita Mengambil kekuataan untuk berhadapan dengan Dariel.
"Aku nak ambil Hana jadi anak angkat aku." Ucap Jelita dalam satu nafas. Dariel terus mengalirkan air mata mendengar nama Hana,Anak kandungnya.
"Ambillah dia jadi anak angkat you..I memang bukan bapa yang baik.." Dariel menangis teresak-esak. Terkejut Jelita melihat Dariel menangis.
"Semudah itu?D..Dariel..Seriuslah.." Tanya Jelita. Dariel menganggukkan kepalanya.
"Dia layak di tempat yang lebih baik..Penjaga yang baik..Tapi..Kenapa you nak ambil dia sebagai anak angkat?Selepas apa yang i buat kat you..Lepas kami berniat nak bunuh you?" Dariel memandang Jelita dalam-dalam.
"Jangan seksa anak i.." Ucap Dariel.
"No..Aku ni tak kejam nak seksa anak orang..." Jelita tergelengkan kepalanya.
"Macam mana kalau Hana ikut perangai bapa dia ni?" Soal Dariel.
"Tak akan..Aku didik dia baik-baik..Kalau dapat bawa dia ke sini,Aku bawa dia..Jumpa kau.." Belum sempat menghabiskan kata-katanya,Dariel mencelah.
"Jangan bawa Hana ke sini..Dia akan benci diri sendiri sebab bapa dia ni seorang penjenayah.."
Terdiam Jelita. Berat perbicaraan mereka.
"Dia mungkin rindu bapa dia..Dariel..Please understand perasaan bini dan anak kau tu.." Pujuk Jelita.
"No!I tak nak dia jumpa i!Cukuplah Mira je pernah terserempak aku kat sini.." Kata Dariel.
"Okey..Okey.." Terdiam Jelita.
"Jelita..I beri hak penjagaan Hana kat you..Jaga dia macam anak you sendiri." Dariel mengukir senyuman di wajahnya.
"Ya.."
"...."
"You tahu ke nama penuh Hana?" Soal Dariel tiba-tiba.
"Um..Hana?"
"Pfft..No..Sebenarnya..Nama penuh Hana ada maksud yang baik,Aku namakan dia.." Cerita Dariel. Jelita mengangkat kening ke atas,Menyoal Dariel apa nama penuh Hana.
"Hanani Yadira Binti Dariel Uqayl.." Senyum tipis terukir di wajah Dariel.
"Cantik nama tu..Eh..Tapi baru sekarang aku tahu nama kau Dariel Uqayl.." Kata Jelita. Dariel tergelak.
"Hanani bermaksud Kesayanganku..Yadira pula bermaksud..Sesuai?Kalau tak silap i macam tu maksud dia.." Terang Dariel.
"Maksudnya kau ni walaupun macam ni,Kau tetap sayang anak kau...Wow..Dariel..Kau memang maksudkannya.." Kagum Jelita pada nama pemberian Dariel itu.
"Aku dengar nama tu doa..Eh?Betul ke?" Dariel mengaru kepalanya yang tidak gatal.
"Yes..Nama tu doa dan nama kita akan diseru apabila hari kiamat..Itu yang aku pernah terbaca kat buku Tuah.." Kata Jelita. Dariel rasa rendah diri.
"Mesti..Tuah seorang yang pegangan agama dia kuat kan,Jelita?" Tanya Dariel.
"Nampaknya ya..After all,Dia seorang ustaz."
Jelita rasa seperti bersama dengan Dariel yang pertama kali dia berjumpa. Bercakap lembut dan mesra begini.
"Kalau you kahwin dengan i..Mesti you masih sesat..I memang tak layak jadi suami orang,Suami Mira.." Kata Dariel lagi. Jelita hanya mengangguk.
"Just ingat tuhan dan bertaubat,Dariel..Belum terlambat.." Ucap Jelita. Dariel hanya mengangguk.
"Thanks,Jelita..Masa dah nak habis..I pergi dulu."
Jelita memandang Dariel yang sudah meninggalkan ruangan itu. Jelita menghela nafas berat. Dia berdoa semoga Dariel kembali ke jalan yang benar.
Langkah melangkah keluar dari ruangan itu. Rasa lemah lututnya mahu meneruskan langkah tetapi dia memaksa diri. Meminta diri pada polis yang bertugas lalu masuk ke dalam keretanya. Disalam tangan suaminya.
"Kenapa Jelita nampak pucat ni?" Soal Tuah.
"Alhamdulillah.." Ucap Jelita.
"Hah?Alhamdulillah?Apa?" Soal Tuah lagi.
"Dariel sedar kesalahan dia dan dia nak kita ambil Hana jadi anak angkat kita.." Kata Jelita. Tuah tersenyum.
"Alhamdulillah..Sebab dia sedar kesalahan dia..Abang doakan dia kembali ke jalan yang benar..Amin.." Ucap Tuah.
***
Malam itu,Jelita sibuk cuci pinggan mangkuk selepas makan. Tuah secara perlahan mendekati Jelita. Disentuh lembut bahu Jelita,Tapi Jelita terkejut. Jelita terpukul Tuah dengan kuat.
"Aduh!Sorry!"
"Eh!?Abang rupanya.."
Jelita kembali mencuci pinggan mangkuk. Tuah yang sudah berdiri di sebelah Jelita hanya memandang isterinya. Terukir senyum penuh makna.
"Abang dah kenapa?Jelita..Jelita tak bersedia lagi." Kata Jelita.
Terpinga-pinga Tuah dibuatnya..
"Sedia apanya,Jelita?" Soal Tuah.
"Abang nak cakap apa?" Soal Jelita pula.
"Um..Cuti ni kita berdua bercuti jom." Kata Tuah.
"Berdua je?Indah?Aufa?" Soal Jelita lagi.
"Ala..Kita berdua je..Anggap je honeymoon..Abang nak kita berdua je bercuti nanti...Tak apa..Sehari dua je.." Jelas Tuah. Jelita terangguk-anggukkan kepalanya.
"Apalah kata ummi dan ayah abang..Hari-hari tinggal anak kat diorang je.." Keluh Jelita. Tuah tergelak,Apa yang dikatakan oleh isterinya benar.
"Kalau macam tu..Hantar Indah dan Aufa ke rumah ibu abah Jelita lah..Ada kawan Indah..Naail." Kata Tuah. Kali ini,Jelita pula tergelak.
"Ke rumah nenek,Ayah?Nak!Nak!"
Indah entah muncul dari mana,Terus bersorak gembira.
"Hah..Indah nak je tu.." Kata Tuah lagi.
"Iyalah..Nanti Jelita phone abah.." Kata Jelita.
"Tapi..Eh,Indah..Kalau kamu di sini,Siapa jaga Aufa?" Soal Jelita tiba-tiba.
"Eh!?Aufa!" Indah kembali ke ruang tamu.
Ketawa Jelita dan Tuah bergema di dapur itu.
***
Masa cuti sekolah..
Setelah menyelesaikan urusan tentang Dariel dan Mira,Jelita dan Tuah akhirnya dapat menghela nafas lega. Dariel sudah berubah menjadi lebih baik dan Mira juga sama. Tentang Hana,Jelita akan menguruskan soal itu apabila sudah balik daripada cuti.
Pasangan suami-isteri itu memasuki hotel 5 bintang itu. Terkejut Jelita apabila melihat hotel yang Tuah tempah untuk mereka. Nama hotel itu adalah 'Light & Dark Hotel'.
Masuk sahaja di bilik,Jelita terus melompat ke atas katil. Empuk sangat!
"Aduhai..Sayang dah macam budak-budak.." Tergelak Tuah.
"Cubalah baring kat sebelah Jelita,Abang..Empuk sangat..Selesa sangat-sangat!" Ajak Jelita.
Tuah baring di sebelah Jelita. Mereka berbual tentang zaman sekolah mereka. Kejap-kejap bergaduh kecil,Lepastu ketawa tak ingat dunia pula.
"Ke mall jom.." Ajak Tuah.
"Jom."
***
Sejam keluar pergi ke mall,Tiada apa-apapun yang dibeli oleh pasangan suami-isteri itu. Tuah tergelak janggal sementara Jelita pula tergeleng-gelengkan kepalanya. Ingatkan nak cari barang..
Jelita dan Tuah terserempak dengan Kaleela dan Shafiy apabila baru sahaja mahu ke lobi. Oh ya! Kaleela dan Shafiy sudah sah bergelar suami-isteri. Jelita begitu gembira tentang itu!
Kaleela seperti sedang tercari-carikan seseorang.
"Cari siapa,Kaleela?" Soal Jelita.
"Indah tiada?" Tanya Kaleela yang sudah tersengih-sengih.
"Tiada..Korang buat apa di sini?" Tanya Tuah.
"Shafiy baru lepas meeting..Um..Korang buat apa di sini?" Tanya Kaleela lagi. Terkejut Jelita dan Tuah dibuatnya. Pandang sekeliling lalu pandang Shafiy.
"Ini hotel kau ke?" Tanya Tuah pada Shafiy. Shafiy ketawa janggal lalu mengangguk. Jelita ternganga.
"Baru nak ke bilik ke?" Tanyaku. Jelita mengangguk.
"Mari ke restoran kami..Kami ada chef yang terbaik!" Ajak Shafiy yang tersenyum lebar.
Share this novel