"Sebenarnya.."
Berat mulutnya mahu beritahu tentang pesan arwah isterinya. Bolehkah ummi dia menerima? Jujur dia masih mengingati Jelita. Berharap suatu hari nanti dapat berjumpa lagi.. Sebab Jelita cinta pertama dia. Bukan Irene.
"Apa dia,Tuah?Jangan buat ummi macam ni..Ummi nak tahu sangat.." Puan Fatnin memandang anak tunggalnya itu. Walaupun dia tahu Tuah seperti susah nak cakap,Tapi dia perlu juga tahu.
"Dia suruh cari kawan dia..Ganti dia.."
Mereka berdua terdiam. Nafas seperti tersekat dan mereka berdua memandang satu sama lain. Puan Fatnin tahu siapa 'kawan' yang dimaksudkan arwah menantunya.
"Dia nak Tuah cari cinta pertama Tuah,Ummi.." Kata Tuah penuh dengan penekanan. Rasa geram yang dahulu muncul lagi. Puan Fatnin mengetap bibir.
"Kenapa nak cari si Jelita tu?"
Jelita. Nama itu masih diingat oleh Puan Fatnin. Wajah cantik dan polos Jelita sangat diingatnya. Walaupun polos,Dia tahu budak Jelita itu tidaklah sepolos mana.
"Ummi..Tak perlu fikir semua tu..Mungkin dia Jelita yang baru..Bukan Jelita yang dulu." Niat Tuah untuk berjumpa lagi dengan Jelita membuak-buak.
"Bagi ummi berfikir ya?"
"Ini hak Tuah untuk memilih dengan siapa Tuah nak hidup,Ummi.." Anaknya yang berada di gendongannya merengek tiba-tiba. Tuah memujuk anaknya untuk kembali tidur.
Puan Fatnin terdiam. Ada benarnya kata Tuah. Itu hak Tuah untuk memilih kebahagiaan dia. Asalkan semuanya baik-baik sahaja,Semuanya okey. Suaminya,Encik Hafiy memasuki ruang tamu lepas mendengar semuanya.
"Kamu betul-betul nak kembali berjumpa dengan Jelita,Tuah?" Soal Encik Hafiy tegas. Dia mahu Tuah betul-betul membuat keputusannya. Tuah mengangguk yakin. Ini keinginannya dan pesan dari arwah isterinya.
"Baiklah..Nin,Beri kebenaran pada dia ya?" Encik Hafiy memandang isterinya. Puan Fatnin mengangguk dengan senyum tipis.
Tuah mengucap kata syukur. Tapi dia tidak tahu..Jelita sudah sedikit berubah.
***
4 tahun kemudian..
"Baru sekarang kau sambung belajar ya,Dik?" Zahwan mengetuk kepala adiknya itu. Jelita terjerit kesakitan lalu bersembunyi di belakang kakak iparnya,Qaseh Aniqah.
"Kak Qaseh!Abang Zah ketuk kepala adik!"
Perangai tak berubah macam budak-budak! Tak padan dengan umur yang hampir mencecah 30 tahun! Qaseh hanya mengelengkan kepalanya sambil ketawa melihat Jelita.
"Naail Zahreen..Meh sini kak Jelita dodoikan Naail meh.." Anak abangnya,Naail Zahreen digendongnya. Memang itu pekerjaan dia di rumah kalau baru pulang dari tempat belajarnya.
Dia hanya mengambil bidang kemahiran atau lebih tepatnya TVET. Bidang yang diambilnya ialah bidang kulinari. Sedikit sebanyak membantu dirinya untuk lebih pandai memasak!
Dia pernah mendaftar masuk universiti. Tapi hanya bertahan dalam dua tahun sahaja. Tak sanggup katanya..Ada sesuatu yang terjadi pada dirinya pada masa itu.
"Qaseh,Jelita..Zahwan!" Puan Fatimah memanggil mereka bertiga untuk minum petang di meja makan. Semua menuju ke meja makan. Di meja makan,Jelita bukannya berjamu selera,Sibuk bermain dengan anak buahnya!
"Naail..Meh sini..Dengan papa." Zahwan membawa Naail ke gendongannya. Jelita memuncungkan bibirnya.
"Jelita..Kalau nak ada anak,Teman main..Kahwinlah..Lama sangat dah single tu.." Qaseh telah memulakan perbualan. Teringin nak lihat adik iparnya berada di atas pelamin.
"Kan,Qaseh.." Kata Puan Fatimah pula. Sokong sangat dengan apa yang dicadangkan oleh menantunya itu. Semua mata tertuju pada Jelita.
"Kahwin!" Kata Naail tiba-tiba memecahkan sunyi. Semua tergelak melihat gelagat Naail.
"Tak ada calon,Ibu.." Jelita mengelengkan kepalanya.
"Kau tu..Tolak semua lelaki." Kata Zahwan pula.
"Tahu sangat.." Jelita menepuk kuat bahu abangnya. Geram. Dia pernah bercinta sebelum ini di tempat dia belajar sekarang,Tapi lelaki itu tipu dia. Kali kedua pula sebab tidak saling memahami. Trauma agaknya?
"Cinta kedua dan ketiga dia tu K.O kan hati dia tu." Kata Zahwan lagi.
"Siapa dorang,Jelita?Meh sini akak bebelkan diorang cukup-cukup!" Kata Qaseh pula. Niatnya bergurau tapi nampak sangat dia geram.
Semenjak berkahwin dengan Zahwan dan dapat tahu yang Zahwan ada adik,Terus ngam perangainya dengan Jelita! Sebagai anak tunggal,dia selalu nak rasa macam mana ada adik,Sekarang dia dapat bergurau senda dengan adik iparnya!
"Tak apa,Kak Qaseh..Diorang selalu dapat jelingan maut Jelita." Jawab Jelita pula. Gurauan yang bercampur dengan kejujurannya. Memang benar dia memberi jelingan maut pada ex dia.
"Tapi kan..Baguslah abang kahwin dengan Kak Qaseh..Kamu dah kurang jadi hantu buku sebab jaga Naail..Baca buku pun time di tempat kamu belajar dan bila Naail tidur sahaja." Kata Zahwan.
"Tapi..Title hantu buku tu dah sebati sangat dengan adik.." Zahwan ketawa besar. Mengingati masa sekolah dulu sangat-sangat mengelikan hati bagi dia.
"Abangg.."
Zahwan terhenti ketawa melihat jelingan adiknya. Tajam sungguh jelingannya!
"Oh ya..Hari ni abang cuti kan?Boleh hantarkan saya dengan Jelita ke perpustakaan?"
Dengar sahaja perkataan perpustakaan,Mata Jelita bersinar-sinar. Memang sayang sangat dengan kakak iparnya ini! Tahu semua yang dia suka!
"Jadi Naail siapa nak jaga?"
"Ibu lah jaga!Sebab Jelita lah ibu jarang main dengan Naail tahu?" Kata Puan Fatimah. Bila dah isterinya meminta izin begitu,Sudah tentu Zahwan mengizinkannya. Asalkan permintaannya baik.
***
Zahwan dan Qaseh pergi ke rak buku non-fiction. Manakala Jelita pula pergi ke rak buku fiction. Dia mengambil dua buku untuk dibaca lalu duduk di tempat yang dia rasa selesa.
Boleh berjam-jam dia disini! Sama seperti zaman sekolah dulu! Qaseh juga lebih kurang sepertinya tapi bernasib baik sebab ada Zahwan yang tolong ingatkan tentang masa. Kalau sudah tepat 2 jam mereka di sini,Zahwan akan bawa mereka balik.
"Lah..Buku ni dah aku baca hari tu."
Jelita berjalan tanpa melihat ke depan. Matanya melekat pada buku itu. Tiba-tiba dia terlanggar seseorang.
"Aduh!"
Dia terjatuh. Lelaki yang di depannya menunduk melihat keadaan Jelita. Risau kalau tiba-tiba cedera. Buku yang terjatuh juga diambilnya.
"Awak okey?"
"Okey..Okey..Sorry eh?"
Jelita berdiri lalu mengambil buku dari tangan lelaki itu. Dia memandang wajah lelaki itu. Siapa yang dia terlanggar ni?
"Jelita!"
Lelaki itu menyebut namanya. Terkejut Jelita dibuatnya. Dia tidak mengingati lelaki yang dihadapannya ini. Dia mengaru kepalanya yang ditutupi tudung bawal yang dipakainya.
"Siapa ya?"
"Akulah!Tuah Uwais!"
Tuah..Tuah Uwais? Oh! Crush dia dulu!
"You look different.." Ucap Jelita. Dipandangnya Tuah atas bawah. Tuah pula hanya tersenyum. Perempuan yang dia cari ada di depan matanya.
"Kau nampak lebih..Cantik?" Tuah memuji Jelita. Berbunga-bunga hati Jelita dipuji bekas si pujaan hatinya itu. Tapi dia ingat yang Tuah sudah berkahwin,Jadi dia jaga batas.
"Boleh minta nombor telefon kau?Lama dah tak borak dengan kau..Kadang-kadang tu masing-masing bermasam muka.." Kata Tuah yang telah mengeluarkan telefonnya.
Diberinya telefon itu pada Jelita untuk meminta nombor telefon. Di akhir katanya,Dia tergelak geli hati.
"Kau ingat lagi,Tuah?Hahaha!" Jelita mengembalikan telefon pintar itu pada Tuah. Dia juga tergelak sama mengingati zaman sekolah dahulu.
"Apa khabar kawan aku Irene?" Soal Jelita. Rindu sangat dengan kawannya itu.
"Dia dah meninggal empat tahun yang lepas.." Berat hati Tuah mahu memberitahu Jelita. Apabila Jelita berkata yang dia kawan arwah isterinya..
"I..Irene..Apa?"
"Kita berbual di luar jom..Aku chat abang Zah yang aku ikut kau.." Kata Jelita.
"Kau masih tinggal rumah yang sama dengan yang dulu?" Tanya Tuah tiba-tiba. Tanpa berfikir apa-apa Jelita mengangguk laju. Tuah tersenyum lega.
"Nanti aku hantar kau balik..Janji." Kata Tuah.
"Okey..Aku beritahu abang aku kejap."
Jelita mesej abangnya yang dia hanya ikut kawan keluar jalan-jalan. Katanya mahu beri Zahwan dan Qaseh masa berdua padahal dia yang mahu mengikuti Tuah. Entah mahu ke mana.
Share this novel