"Kenapa rahsiakan?"
Semakin kuat Hana menangis,Indah rasa begitu sedih melihat Hana begitu. Jelita tidak tahu bagaimana mahu beritahu dan Tuah pula berat mulutnya mahu berbicara,Tetapi akhirnya dia berkata...
"Papa Hana yang nak kami rahsiakan.."
Terdiam Hana dibuatnya.
"Dia nak Hana lupa dia..Bahagia tanpa tahu apa yang dia dah buat sebelum ni..Kenapa dia kena tahan,Kenapa dia dihukum mati-" Terhenti Tuah bercakap,Dia terlepas cakap yang itu.
"Aku nak anak aku lupa aku dan bahagia tanpa aku..Tanpa tahu apa yang aku dah buat..Kenapa aku ditahan di penjara dan akan dihukum mati.." Itu kata-kata Dariel semasa kali terakhir dia berjumpa dengan Tuah.
"Hana patut tahu..Ayah silap ikut kata papa kamu.." Kata Tuah penuh penyesalan. Kalau sahaja Dariel biarkan sahaja dia beritahu Hana tentang ini,Mungkin tidaklah Hana rasa sesakit yang sekarang.
"Tahan?Mati?" Hana memandang ke bawah. Jelita terus memeluk Hana,Berbisik dengan suara yang lembut.
"Jangan fikirkan itu lagi,Hana..Jangan..." Jelita takut ianya memberi kesan pada mental Hana. Hana yang sedang mencerna apa yang dikatakan Tuah hanya terdiam. Masih menangis,Tetapi tidak berbunyi sedikitpun. Dia membiarkan Jelita memeluknya.
"Papa jahat ke,Ummi?" Soal Hana.
Jelita hanya mampu mengelengkan kepalanya,Berharap Hana mempercayai penipuannya tetapi Hana tahu Jelita tipu. Dia bertanyakan soalan yang sama berulang kali. Tuah sekali lagi berkata..
"Itu dulu,Tapi dia dah jadi baik dan bertaubat,Hana..Ayah tak tahu macam mana nak buat kamu faham..Kamu masih terlalu muda untuk faham ni.."
Hana mengangguk lalu membalas pelukan Jelita.
"Maafkan Hana,Ummi..Hana kasar dengan ummi tadi.." Kata Hana.
"Tak,Hana..Sepatutnya ummi yang minta maaf sebab tak beritahu Hana..Hana sebagai anak patut tahu tu,Tapi janji tu yang buat ummi tak beritahu Hana..Sorry.." Kata Jelita pula. Pelukan mereka menjadi sangat erat.
"Mama pula?" Soal Hana lagi.
"Dia..Akan dibebaskan selepas 18 tahun,Hana.." Kata Tuah.
"Jadi..Sebab tu ummi dan ayah ambil Hana tinggal sini?" Soal Hana. Jelita dan Tuah menganggukkan kepala mereka.
"Diorang jahat.." Bisik Hana pada diri sendiri.
"No..Tak,Hana..Diorang dah jadi baik..Jangan cakap macam tu.." Kata Jelita memujuk. Hana sedar akan kata-kata Jelita,Dia mengangguk tanda faham. Apabila Jelita melepaskan pelukannya,Hana salam tangan Jelita,Tanda dia sedang meminta maaf.
"Hana minta maaf sangat-sangat.." Kata Hana pada Tuah.
"Tak perlu minta maaf..Salah kami tak beritahu Hana.." Kata Tuah.
Jelita mengelap air matanya lalu tersenyum tipis pada Hana. Hana juga memandang Jelita,Dia tersenyum juga lalu mereka bertiga pergi ke ruang tamu. Kuih yang dihidangkan tidak disentuh langsung,Indah tidak lalu nak makan bila melihat Hana begitu.
"Kita hampir sama tau,Hana.." Kata Indah.
"Hampir sama?" Soal Hana kebingungan.
"Mama aku dah tak ada.." Jawab Indah.
"Hah??Ni ummi.." Kata Hana dengan penuh dengan kebingungan.
"Ummi ibu tiri Indah sebenarnya,Hana..Ayah kahwin lagi lepas mama Indah dah tiada.." Kata Tuah. Hana terangguk-anggukkan kepalanya,Mula faham.
"Oh..Indah dan Aufa anak tiri ummi lah..Macam tu?" Soal Hana lagi. Senyuman janggal terukir di wajah Indah,Tuah dan Jelita.
"Aufa tu anak kandung ummi." Jelas Indah lagi. Hana terangguk-angguk,Entah faham atau tidak. Jelita terfikirkan sesuatu. Tuah,Indah dan Hana pula sudah makan kuih yang dihidangkan.
"Macam mana Hana boleh tahu tentang arwah papa Hana?Ada orang beritahu?" Soal Jelita pada Hana. Hana yang sedang makan memikirkan sesuatu sebelum berkata...
"Masa last jumpa papa tu..Papa ada cakap,Itulah last Hana jumpa Hana..Sekarang,Hana dah faham kenapa papa cakap macam tu..Patutlah kalau ummi bawa Hana ke tempat tu,Jumpa mama je..Tapi Hana tak tanya lebih-lebih kat ummi..." Jawab Hana panjang lebar. Jelita terangguk-anggukkan kepalanya.
"Hana termimpikan papa..Tempat tu putih je,Ummi..Ada papa dengan Hana je kat tempat tu..Papa senyum kat Hana..Papa pakai serba putih.." Kata Hana tersenyum sendiri. Senyuman tipis terukir di wajah Tuah dan Jelita. Mungkin Hana sangat-sangat rindukan arwah Dariel.
Setelah itu,Mereka semua mula memakan kuih yang dibuat oleh Jelita. Apabila sudah selesai,Hana dan Indah pergi ke bilik untuk bermain bersama. Hanya tinggal Tuah,Jelita dan Aufa di bilik itu.
"Kalau ada masa,Kita bawa Hana ke kubur arwah ya,abang?" Kata Jelita. Tuah hanya mengangguk,Bersetuju tentang itu.
***
Beberapa hari kemudian..Tuah membawa keluarganya itu makan di sebuah restoran. Apabila sudah duduk dan menunggu makanan sampai,Tuah terlihat seseorang yang dia kenal.
"Jelita..Itu Fayyez kan?" Soal Tuah sambil menunjuk seseorang yang sedang berbual dengan seorang perempuan. Jelita memandang kearah yang Tuah maksudkan dan cuba fokus untuk mengenal pasti orang itu. Dibetulkan posisi cermin mata di wajahnya itu.
"Iyalah..Eh..Dengan siapalah dia bercakap tu?" Jelita sudah tergelak kecil. Senyumannya,Senyuman penuh makna,Gembira pun ada!
Hana dan Indah cuma sibuk berbual antara satu sama lain,Tidak kisah langsung apa yang dibualkan oleh Jelita dan Tuah.
Mata Jelita dan Tuah masih fokus dengan Fayyez dan perempuan itu. Penampilan perempuan boleh dikatakan seperti tomboy,Pakai topi dan hoodie tapi memang cantik!
"Eh...Tapi Fayyez pakai apron tu..Kerja sini ke dia?" Soal Tuah pula. Jelita angkat bahu,Dia pun tak tahu. Apabila Fayyez terpandang ke meja tempat Tuah dan Jelita duduk,Terkejut besar juga dia. Meminta diri pada perempuan itu lalu mendekati meja Tuah dan Jelita.
"Eh..Korang buat apa di sini?" Soal Fayyez sebaik sahaja menghampiri keluarga kecil itu.
"Makanlah..Kau kerja sini ke,Fayyez?" Soal Tuah. Fayyez menganggukkan kepalanya.
"Selamat menjamu seleralah ya?Aku nak sambung buat kerja aku..Assalamualaikum.." Fayyez terus pergi ke bahagian dapur selepas mengucapkan salam. Jelita dan Tuah menjawab salam itu. Perempuan yang tadi pun sudah sedia untuk balik.
Apabila kedua-duanya sudah hilang di mata,Jelita dan Tuah akhirnya makan apabila makanan mereka sudah sampai di meja mereka. Aufa tiba-tiba tampak seperti sedang marah.
"Kenapa ni,Aufa?" Soal Jelita melihat Aufa yang berada di kerusi bayi. Aufa berkata-kata tetapi dalam bahasa bayinya itu. Semua ahli keluarga itu terpinga-pinga,Mahu memahami apa yang dikatakan oleh Aufa.
"Kami tak layan Aufa kan?" Teka Tuah. Aufa terangguk-angguk mengatakan 'Ya'. Tergelak Jelita dibuatnya,Lupa yang Aufa ni sukakan perhatian mereka. Indah dan Hana pula sudah tersenyum pahit,Lupa nak bercakap dengan Aufa juga.
Apabila semua sudah selesai makan dan Tuah sudah membayar semua makanan itu,Mereka balik semula ke rumah. Apabila sudah di rumah,Hana dan Indah terlebih dahulu masuk ke dalam bilik. Aufa pula seperti biasa,Bersama Tuah dan Jelita di ruang tamu.
"Mesti nak bualkan pasal Fayyez kan,Abang?" Soal Jelita. Tuah ketawa,Tahu pula si Jelita ni apa yang nak dibualkannya!
"Macam sepadan sangat pula diorang..Suka abang tengok..Macam Kaleela dengan Shafiy tu.." Kata Tuah.
"Dah kenapa Kaleela dengan Shafiy termasuk juga ni?" Soal Jelita lagi.
"Abang cakap nampak sepadan macam diorang macam Kaleela dengan Shafiy tu,Jelita..Itu maksud abang.." Jawab Tuah.
"Macam abang dan Jelita pun kan?" Kata Jelita yang sudah tersengih. Melihat isterinya yang sedang tersengih,Tuah pun terikut sama sengihnya. Tapi setelah itu Tuah tersenyum tipis.
"Jelita..Abang tak menyesal tentang apapun sekarang ni..Dugaan Jelita sangat-sangat sakit,Tapi Jelita sabar dengan dugaan tu..Ujian yang abang dapat,Kehilangan orang yang abang sayang tapi akhirnya?Tak sangka abang jumpa orang yang pernah abang sukakan dulu..Berjodoh juga kita ya?" Kata Tuah.
"Kehidupan abang serba lengkap tapi kadang-kadang tu rasa rindu menguasai hati abang,Buatkan abang tak semangat nak teruskan hidup tapi...Adanya Arisha Indah,Dialah penyebab kenapa abang masih ada sampai sekarang dan dapat jumpa Jelita semula..Terima kasih sebab hadirkan Aufa Tasnif dalam hidup abang dan jadi penyeri keluarga kecil kita ni.." Kata Tuah lagi,Kepala Aufa diusap lembut.
"Sama-sama,Abang.." Kata Jelita yang tersenyum tipis. Dipandang Aufa yang tertawa apabila Tuah mengusap kepalanya dengan lembut. Rasa bahagia yang teramat,Kata syukur sekali lagi terucap untuk kesekian kalinya.
***
Malam itu,Apabila semua anak-anak mereka sudah tidur,Tuah dan Jelita duduk di katil. Meluangkan masa bersama selepas Tuah ajarkan Jelita mengaji. Pandangan mata Tuah yang penuh dengan cinta,Buatkan Jelita tersenyum bahagia.
"Hey,Pengerusi membaca..." Senyuman termanis diberikan pada isterinya itu.
"Ya,Helmet pink?Apa?" Balas Jelita pula,Melihat senyuman termanis Tuah,Hati Jelita terus jadi cair!
"Helmet pink ni..Cintakan Pengerusi membaca ni tau.." Bisik Tuah pada Jelita. Jelita tersenyum bahagia.
"Terima kasih,Abang...Terima Jelita seadanya.." Ucap Jelita penuh ikhlas.
"Sama-sama,Jelita..Terima kasih juga sebab terima abang seadanya.." Balas Tuah pula.
Malam yang begitu indah,Mereka berdua duduk di katil bersama-sama sambil melihat satu sama lain. Takdir yang pada awalnya begitu mereka mahu tetapi terpisah untuk sementara waktu. Setelah sabar bertahun-tahun dan memang ditakdirkan untuk bertemu semula,Mereka bersatu.
"Kami tak akan lupakan kau,Irene.." Bisik Jelita,Melihat gambar kahwin suaminya dan arwah kawan baiknya itu. Tuah tersenyum tipis. Untuk kesekian kalinya,Tuah memeluk Jelita dengan erat lalu berkata...
"Tunggu kami,Irene..Di syurga..."
.
.
.
~TAMAT~
-----------------
8/12/2023 ~ 20/3/2024
Happy ending~ :D
Share this novel