BAB 5

Romance Completed 13846

"Jelita maafkan.."

"Tunggu dulu,Adik!"

Semua terdiam mendengar suara Zahwan. Puan Fatimah dan Encik Ruzain mengelengkan kepala mereka dengan sikap Zahwan. Sementara Jelita,Qaseh,Naail dan Tuah bagai sudah terkunci mulut mereka.

"Aku..Rasa kau ada nak beritahu Jelita sesuatu,Tuah..Cakap sekarang." Ucap Zahwan dengan begitu dingin.

"Izinkan saya,Pakcik..Makcik.." Tuah memandang wajah ibubapa Jelita dan Zahwan itu. Keduanya hanya mengangguk.

"Saya sebenarnya dah berkahwin tapi..Jelita..Saya nak kita berkenalan sebagai diri kita yang sekarang,Bukan diri kita yang masa dahulu.." Kata Tuah pada Jelita. Sesekali melihat ke arah ibubapa Jelita,Sebab itu dia bahasakan dirinya 'saya'.

"...."

Jelita menutup wajahnya dengan kedua tangannya. Bingung dengan kata-kata Tuah. Tambahan pula emosi dia tidak stabil hari ini.

"Tak apa,Jelita..Perlahan-lahan." Kembali aura cikgu disiplinnya. Zahwan tersenyum nipis melihat Tuah.

"Arwah dah lama pergi..Dia suruh aku cari kau.." Sekali lagi dengar tentang arwah kawannya,Jelita menitiskan air mata. Teringat waktu beberapa hari sebelum Irene bersalin mereka berjumpa.

Flashback..

"Aku letak nama klasik-klasik kat anak aku ni,Lita!" Kata Irene teruja sambil mengusap perutnya sendiri. Jelita ketawa bahagia! Bahagia dengan kebahagiaan kawan baiknya itu!

"Dah ada nama?" Soal Jelita yang turut mengusap perut Irene.

"Ada tapi masih rahsia..Aku dengan Tuah beri nama ni..Nanti-nanti kau tahu juga." Kata Irene tersenyum lebar. Senyuman Jelita sedikit pudar tetapi senyumannya kembali lebar.

"Tak nak bagi nama modern macam nama kau?Ivana ke?Ivy ke?" Cadang Jelita.

"What?No!" Irene menepuk tangan Jelita lembut. Seketika,Mereka makan kek masing-masing. Kafe kegemaran mereka ini ada semenjak zaman mereka sekolah lagi. Jelita yang mengajak Irene ke sini lagi. Nostalgia katanya..

Irene tiba-tiba memandang kawan baiknya dalam-dalam.

"Weh..Kalau aku tiada nanti..Tuah dah tiada peneman hidup..Kau nak ganti?" Soal Irene tiba-tiba. Terkejut besar Jelita dibuatnya.

"Weh..Tak sukalah cakap benda macam ni,Irene.." Jelita memeluk erat kawannya. Begitu erat yang mengatakan dia tidak mahu kehilangan satu-satunya kawannya yang tinggal.

"Aku tanya ni,Lita..Nak?"

"Aku mungkin tak boleh jadi penganti kau,Irene..Tengok Tuah tu dah memang cintakan kau.." Kata Jelita. Secara halus menolak.

"Dia tak nak kehilangan kau..Aku pun sama..Tiada sesiapa boleh ganti tempat kau tu." Kata Jelita lagi.

"But..You can be his second wife when I'm not in his life anymore.." Lancar sungguh Irene berkata begitu. Jelita mengelengkan kepalanya. Irene tersenyum pahit.

"Trust me..Janji kalau aku tiada kau jadi isteri dia!" Tangan Jelita digenggam erat. Jelita mengadu kesakitan. Gitu aje dia buat janji??

Tapi waktu itu Jelita hanya menganggap Irene bergurau. Jadi isteri kedua Tuah? Mungkin dalam mimpi Irene sajalah..

Flashback off..

"Jelita..Oi..Jelita!"

Lamunan Jelita mati. Jelita melihat sekeliling. Semua jelas tampak risau. Jelita menyentuh pipinya yang basah akibat air matanya.

"Teringat waktu Jelita dan arwah berjumpa beberapa hari sebelum dia bersalin dulu.." Kata Jelita.

"Kau dengan arwah berkawan ke,Dik?" Soal Zahwan.

"Maaf rahsiakan abang.." Kata Jelita mengelap air matanya dengan tisu.

"Kak Jelita jangan nangis.." Naail mendekati Jelita lalu mengelap air mata Jelita juga. Dipeluk erat Naail oleh Jelita. Rasa makin nak nangis tapi dia tahan.

"Apapun..Jelita dah maafkan Tuah.." Kata Encik Ruzain. Semua tersenyum lega.

"Um..Boleh saya tumpang solat sini dulu sebelum saya balik?" Tanya Tuah sambil tersenyum pahit. Tadi hanya sempat solat maghrib di masjid.

"Boleh..Tu bilik solat..Pergilah solat,Tuah." Zahwan menunjuk bilik solat di rumah itu. Setelah itu,Tuah mengambil wuduk di bilik air lalu cepat-cepat pergi ke bilik solat itu lalu dia memulakan solatnya.

"Psstt..Jelita." Zahwan memanggil adiknya yang sedang melihat Tuah solat. Tidak ditutup pula pintu bilik solat itu.

"Tak nak ke kat Tuah tu?" Tanya Zahwan yang tersenyum nakal.

"Ish!Abang jangan nak mengarut!Dia dah kahwinlah abang.." Jelita menggelengkan kepalanya perlahan.

"Tapi arwah Irene dah tiada sekarang..Kalau jodoh,Takkan kemana,Dik oi.." Kata Zahwan.

"Amboi,Abang..Tadi bukan main lagi marah tu.." Qaseh memandang suaminya yang tersenyum nakal.

"Alaa sayang..Abang ni nak tengok dia ni kahwin..Nak single sampai ke tua ke?" Kata Zahwan lagi.

"Walaupun arwah Irene dah tiada..Kalau pun dah kahwin,Terima ke keluarga dia?" Jelita mahu berdiri tapi kakak iparnya menghalang.

"Kalau itulah takdir adik?Hmm?" Zahwan menyilangkan tangannya pada tubuhnya. Tersenyum nipis.

"Hmm.."

"Abangnya pun satu.." Encik Ruzain ketawa melihat anak-anak dan menantunya. Puan Fatimah yang bermain dengan Naail memandang suaminya.

"Baik budak Tuah tu,Abang.." Kata Puan Fatimah tersenyum sinis.

"Ibu pun??" Terkejut Jelita mendengar kata ibunya.

Suasana sunyi tiba-tiba.

"Pakcik,Makcik,Zahwan dan Jelita..Saya minta diri dulu ya?" Tuah sudah berada di hadapan mereka. Puan Fatimah dan Qaseh mengangguk sambil tersenyum manis kearah Tuah. Encik Ruzain menyuruh Zahwan dan Jelita menemani Tuah hingga ke keretanya.

Sampai di pintu kereta,Zahwan dan Tuah ber'bro hug. Sudah lama mereka tidak ber'bro hug begitu.

"Jelita..Kalau ada waktu lapang aku bawa jalan-jalan lagi nak?" Tanya Tuah.

"Asalkan tak lambat macam tadi..Serik dah kena marah." Kata Jelita. Zahwan dan Tuah ketawa.

"Aku pergi dulu,Zah..Jelita..Assalammualaikum." Tuah sudah memasuki keretanya.

"Waalaikumsalam." Jawab Zahwan.

"Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.." Jawab Jelita. Tersedak Zahwan dan Tuah mendengar Jelita menjawab salam penuh. Senyuman janggal diberikan pada Jelita lalu Tuah memandu meninggalkan kawasan rumah Jelita dan Zahwan.

"Um..Mari masuk,Dik."

***

Keesokan harinya..

"Naail..Kenapa tu?" Qaseh mendekati anak lelakinya yang sedang termenung melihat ke luar pintu.

"Kak Jelita mana,Mama?"

"Kak Jelita?Dia kat tempat belajar dia,Sayang.."

"Nak kak Jelita..Nak main kereta-kereta dengan dia.." Kata Naail sambil menunjukkan mainan kereta yang diberikan oleh Jelita. Qaseh ketawa janggal,Tidak tahu mahu buat apa.

"Main dengan nenek nak?" Puan Fatimah memunculkan diri. Kesian dia kat menantunya tidak tahu mahu berbuat apa. Naail mengelengkan kepalanya. Hanya mahu kak Jelita dia!

"Nak kak Jelita!Tak nak orang lain..Huwaa!" Naail menangis sekuat-kuatnya. Qaseh dan Puan Fatimah puas memujuk,Tangisan Naail sudah reda sedikit tapi masih teresak-esak tangisannya.

"Assalamualaikum!" Jelita masuk ke dalam rumah. Nampak saja Jelita,Naail terus berlari menuju ke arah Jelita. Dipeluknya makcik kesayangannya itu.

"Um..Naail?Kenapa menangis ni Kak Qaseh?" Jelita mengendong Naail,Air mata dilap menggunakan tisu.

"Cari kamu,Jelita.." Kata Qaseh tersenyum pahit.

"Oh..Tak bolehlah menangis macam ni,Naail..Lain kali kalau Akak tiada,Akak ada urusan penting..Tak dapat di rumah.." Kata Jelita menyentuh hidung Naail dengan jari telunjuknya.

"Kenapa kak Jelita tak di rumah je?" Tanya Naail.

"Akak Jelita mungkin..Kerja..Tak dapat selalu di rumah..Pulang pun mungkin petang atau malam.Okey?" Penat kepala Jelita mahu mencari alasan yang kukuh. Tapi bila dia melihat Naail mengangguk,Dia berasa lega.

Jelita duduk di sofa,Sebelah dengan Qaseh. Dirinya rasa begitu mengantuk,Tapi memaksa juga dirinya untuk bermain dengan Naail. Tapi semakin dia memaksa diri,Dia hampir lena dibuai mimpi.

"Mama..Kak Jelita tidur dah.." Kata Naail menunjuk ke arah Jelita yang terbaring di lantai. Tidak dapat dilawan rasa mengantuknya.

"Tak apa,Naail..Kak Jelita penat."

Dibiarkan Jelita tidur lantai. Tergeleng-geleng kepala Puan Fatimah melihat gelagat anak,menantu dan cucunya.

***

"Assalamualaikum."

"Assalamualaikum!Eh!?Astaghfirullahalazim..Dik!"

"Hmm?Eh!?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience