Sesampainya Tuah dan Zahwan di hospital,Puan Fatnin terus membawa mereka ke bilik wad Jelita. Zahwan dan Tuah terus mendekati Jelita.
"Jelita.." Panggil Tuah. Dia memandang Jelita yang duduk di katil dengan santainya. Mungkin sakit kontraksi belum kuat lagi. Jelita melambai-lambai tangannya. Indah yang di hadapan Jelita juga melambaikan tangan.
"Eh,Abang Zah pun ada?" Sapa Jelita.
"Eh,Dik..Kau ni dah kenapa masuk hospital?Dah nak terberanak ke?" Soal Zahwan.
"Mungkin?Keluar darah,Bang..Sakit dia macam period pain tapi sikit..Jelita tak sabar!" Ucap Jelita teruja. Zahwan menyentuh bahu adiknya,Tersenyum tipis.
"Ummi dah beritahu ibu dan abah Jelita..Diorang akan ada kejap lagi.." Kata Puan Fatnin. Dia dari tadi mengenggam tangan Jelita. Diusap beberapa kali. Tuah yang mendekati Jelita mengucup dahi Jelita sekali. Dipeluk erat isteri tercinta.
"Shh..Abang janganlah takut..Jelita okey." Kata Jelita yang mengusap belakang Tuah lembut. Puan Fatimah dan Encik Ruzain yang baru tiba mendekati anak bongsunya.
"Kak Qaseh mana,Ibu?" Soal Jelita.
"Di rumah.." Jawab Puan Fatimah.
"Oh ya,Ummi..Ayah pula mana?" Soal Jelita pada Puan Fatnin.
"Luar kawasan hospital..Merokok,Jelita.." Jawab Puan Fatnin pula. Tergeleng-geleng kepalanya. Jelita dan Tuah tergelak melihat Puan Fatnin.
Mereka banyak berbual tentang Tuah dan Jelita semasa kecil. Puan Fatnin kata Tuah semasa kecil sangat nakal! Suka panjat sana sini! Jelita pula sangat suka dengan buku bergambar dan bila sudah pandai membaca,Makin banyak buku yang dia ada.
Apabila Puan Fatimah dan Encik Ruzain terpaksa balik dahulu kerana ada urusan,Zahwan juga mengikut pulang ke rumah untuk menemani isterinya. Dia sangat percayakan Tuah untuk menjaga adiknya. Isteri tersayanglah katakan. Zahwan juga membawa Indah pulang ke rumah. Indah hanya mengikut,Boleh juga berjumpa Naail!
Puan Fatnin membantu Jelita untuk berdiri lalu Jelita berjalan ke tingkap. Dipandang keluarga tercintanya,Air matanya mengalir. Dia sudah merasakan sakit kontraksi tapi menyembunyikannya daripada Tuah.
"Nak ummi panggilkan ibu abah Jelita?" Soal Puan Fatnin. Jelita mengelengkan kepalanya. Dia duduk semula lalu memandang Tuah yang sibuk menguruskan sesuatu di telefon pintarnya.
"Abang sibuk?" Soal Jelita. Tuah memandang Jelita lalu mengelengkan kepalanya. Jelita berdiri sementara Tuah pula sedikit gelabah. Segera dia menyuruh Jelita duduk di katil semula.
"Abang dah kenapa?Gelabah semacam?" Soal Jelita.
"Tak..Jelita belum rasa sakit lagi?" Soal Tuah. Dia tersedar yang muka Jelita sedikit berkerut tapi hanya sekejap. Dia tahu yang sakit kontraksi itu semakin kuat.
"Taklah.." Tipu Jelita. Dia memeluk Tuah untuk menenangkan hati Tuah yang sedang merisaukan dirinya. Tuah juga membalas pelukannya.
"Tak happy ke?Anak dah nak keluar dah ni..Takut eh?Abang takutlah tu!" Jelita tergelak mengusik Tuah.
"Sempat lagi nak bergurau sayang ni!" Tuah melepaskan pelukannya. Mahu merajuklah katakan. Dia pergi jauh sedikit dari Jelita. Jelita sudah tentu mahu mengejar Tuah yang semakin menjauhinya.
"Alaa..Abang..Ish!Abang.."
"Hahaha!Kejarlah abang!Jelita tak laju!"
"Ish!"
"Kamu berdua ni macam budak-budak..Kalau ya pun..Sedarlah sikit yang Ummi masih disini!" Tegur Puan Fatnin. Dia menyilangkan tangan.
Terhenti Tuah melangkah dan Jelita terlanggar Tuah. Tuah segera memeluk Jelita supaya Jelita tidak jatuh. Tersenyum lebar Jelita tapi sedikit pudar apabila rasa sakit kontraksi yang semakin sakit.
"Haa..Jelita..Duduk.." Suruh Puan Fatnin. Tuah memeluk erat Jelita sambil membawa Jelita duduk di katil.
"Jelita sebenarnya tadi dah bukaan berapa?" Soal Tuah. Lupa dia bertanya.
"Ehehe..5 cm?" Jawab Jelita tertawa janggal. Terkejut Tuah. Berkemungkinan besar masa dia berkerja,Jelita sudah rasa sakit kontraksi.. Tapi masih berpura-pura seperti tidak kesakitan! Malah,Berkejar-kejaran dengan Tuah dalam keadaan sakit pula tu!
"Jelita boleh tahan lagi." Jawab Jelita yang sudah baring di katil. Sesekali mengambil nafas,Mahu kekal tenang. Apabila doktor masuk ke dalam bilik,Doktor itu memeriksa bukaan. Terangguk-angguk sendiri.
"6 cm..Sebenarnya dah nak masuk 7 cm." Kata Doktor itu. Puan Fatnin,Tuah dan Jelita mengangguk.
"Puan tak rasa sakit ke?Tenang saja muka?" Soal Doktor itu sedikit pelik. Selalunya,Orang dah berkerut muka sebab menahan sakit.
"Sakit tapi saya masih boleh tahan..Jangan risau." Jawab Jelita.
"Kalau macam tu saya pergi dulu.Saya akan kembali lagi nanti." Kata doktor itu.
Doktor itu pun meninggalkan mereka.
"Dah masuk waktu solat asar,Abang..Pergilah solat,Ummi..Abang." Suruh Jelita.
"Biar ummi teman Jelita.." Kata Puan Fatnin. Risau meninggalkan Jelita bersendirian lagi-lagi dalam keadaan yang menahan sakit. Begitu juga Tuah.
"Tak apa, ummi..Jelita okey..Solat lepastu doa semoga semuanya berjalan lancar." Kata Jelita.
"Betul ni,Sayang?Abang risau sangat.." Ucap Tuah. Rasa nak menangis pun ada..
"Betul.." Jawab Jelita lembut. Sudah Jelita memaksa begini,Puan Fatnin dan Tuah mengikut sahaja. Pergi meninggalkan Jelita untuk solat asar.
Apabila sudah memastikan mak mertua dan suaminya sudah jauh dari bilik wad itu,Jelita akhirnya kalah dengan sakit yang dia rasa. Pemegang besi di sisi katil digenggam kuat. Sedaya-upaya menahan diri daripada tidak meneran kerana bukaan belum terbuka sepenuhnya.
"Ya Allah..Sakit sangat.." Kata Jelita separa berbisik.
"Kuat,Jelita..Kuat untuk Tuah..Kuat untuk anak.." Bisik Jelita menenangkan diri sendiri. Sesekali dia melihat pintu,Takut Tuah melihatnya seperti ini. Dia juga berharap supaya Puan Fatnin terlebih dahulu memasuki bilik.
"Tuah...Maaf Jelita sembunyikan sakit ni..Jelita tak nak abang risau..Sebab trauma dulu.." Mengalir air mata Jelita tapi cepat-cepat dia mengelap air mata. Dia mengusap perutnya.
10 minit berlalu,Puan Fatnin memasuki bilik. Jelita tersenyum lega melihat Puan Fatnin. Puan Fatnin yang mendekati Jelita terus menyentuh tangan Jelita. Tangan Jelita mengigil menahan sakit.
"Ya Allah..Jelita.." Puan Fatnin sebak melihat Jelita. Teringat apa yang terjadi pada arwah Irene,Puan Fatnin berkata..
"Kita buat pembedahan saja ya,Jelita?Ummi risau.." Pujuk Puan Fatnin. Jelita mengelengkan kepalanya. Puan Fatnin mengangguk,Paksalah macam mana pun,Semua bakal ibu pasti mahu melahirkan anaknya secara normal.
"Percayakan Jelita,Nin..".Encik Hafiy yang baru sahaja masuk ke dalam bilik wad itu memandang isterinya. Menantunya dipandang sayu.
"Tuah mana,Nin?Jelita?" Soal Encik Hafiy.
"Solat,Abang.." Kata Puan Fatnin.
Encik Hafiy mengangguk lalu mendekati Jelita dan Puan Fatnin. Dia duduk di kerusi lalu mengeluarkan telefon pintarnya. Dibuka aplikasi kamera yang ada di telefonnya.
"Selfie dulu..Moment akan ada cucu baru." Ucap Encik Hafiy yang sudah bersedia untuk mengambil gambar selfie. Berkerut muka Puan Fatnin. Jelita pula sudah ketawa terbahak-bahak! Alahai,Bapa mertua!
"Abang ni melawak ke!?" Tanya Puan Fatnin. Encik Hafiy tergelak lalu memandang menantunya yang masih ketawa,Sampai terkeluar air matanya. Tuah yang baru masuk ke dalam bilik terkaku. Apa yang diketawakan ni?
"Ayah dah kenapa macam nak selfie tu?Jelita tu tengah tahan sakit kot?" Pelik Tuah dengan perangai ayahnya sendiri. Encik Hafiy ketawakan diri sendiri. Jelita masih ketawa kecil. Terhibur pula dengan perangai Encik Hafiy.
"Terima kasih,Ayah..Jelita terlupa yang Jelita tengah tahan sakit.." Kata Jelita. Tetapi tidak lama selepas itu,Muka Jelita berkerut akibat menahan sakit kontraksi.
Tuah menuang air ke gelas lalu menghulurkannya pada Jelita. Jelita duduk lalu menyentuh gelas itu. Dibawa ke bibir lalu meneguk air itu sampai habis.
"Kan..Abang tahu yang tangan Jelita mesti mengigil.." Kata Tuah. Diambil gelas dari tangan Jelita lalu mengenggam tangan Jelita erat.
"Abang akan ada di sisi Jelita..Ummi,Ayah,Ibu,Abah,Zah,Qaseh,Naail dan Indah doakan Jelita.." Kata Tuah memberi semangat.
"Abang tahu sayang sakit sangat sekarang..Kenapa sembunyikan rasa sakit tu?Tak percayakan abang?" Soal Tuah. Sengaja dia berkata begitu,Jelita terlalu menjaga hatinya. Sanggup menyembunyikan rasa sakit.
"Abang..Betul.." Luah Jelita.
"Abang dan ummi tanya untuk kali terakhir..Tak nak buat pembedahan?Serius?" Soal Tuah. Pertanyaan yang sama ditanya oleh Puan Fatnin dan sekali lagi Jelita berkata tidak.
"Bagilah Jelita pengalaman bersalin normal,Abang.." Jelita buat muka tidak puas hati. Tuah tergelak,Begitu juga dengan Encik Hafiy dan Puan Fatnin. Jelita juga akhirnya tersenyum kembali.
***
3 jam kemudian..
Bukaan sudah memasuki 8 cm. Bukannya baring di katil,Boleh pula Jelita berjalan sekeliling bilik. Tuah memimpin tangan Jelita. Dia berfikir,Lama pula bukaan itu mahu terbuka sepenuhnya. Sempat juga dia solat isyak sebentar tadi.
Puan Fatnin dan Encik Hafiy pulang ke rumah dan akan melawat Jelita keesokkan harinya. Jadi tinggal Tuah bersama Jelita. Dia mengeluh sedikit sebab esok perlu pergi ke kerja.
"Kenapa mengeluh pula tu,Abang?Penat jaga Jelita ke?Itulah..Orang rehat je lah..Tidur ke..Ini tidak." Bebel Jelita.
"Abang mengeluh sebab esok kerja,Jelita..Hari jumaat..Masih kerja.." Kata Tuah. Dari mukanya jelas yang dia tidak puas hati. Malas nak minta cuti. Jelita pula sudah ketawa.
"Abang ni kan.."
Jelita tiba-tiba tertunduk sikit. Dia menyentuh perutnya,Mengadu sakit. Tuah terus membawa Jelita untuk duduk lalu memanggil doktor. Rupa-rupanya air ketuban Jelita telah pecah.
Jelita yang rasa sakit yang teramat itu tercari-carikan suaminya. Memanggil Tuah supaya dekat dengannya. Doktor memeriksa bukaan telah berapa cm.
"Dah 10 cm.." Dipandang pasangan suami-isteri itu. Degupan bayi pula normal dan Jelita sudah bersedia untuk meneran. Seperti tidak sanggup mahu rasa sakit itu lagi. Dari tadi menyembunyikan kesakitannya dan kini dia susah mahu menyembunyikannya.
"Abang..Abang..." Panggil Jelita. Digenggam kuat tangan suaminya. Tuah pula berusaha menenangkan Jelita. Posisi Jelita sekarang sudah seperti orang mahu bersalin.
Jelita mula meneran dan sesekali terjerit kesakitan. Doktor sudah bersedia dengan sarung tangan yang tersarung kemas di tangannya.
"Okey!Push!"
***
Suara tangisan bayi memenuhi ruangan itu. Jelita begitu lelah tapi semuanya hilang apabila terlihat bayinya. Jelita mengendong bayi kecilnya itu. Air matanya mengalir.
"Tahniah,Puan!Encik!Bayi lelaki!" Kata Doktor itu.
"Masyaallah..Comelnya.." Tangis Jelita. Begitu terharu.
Tuah yang melihat Jelita yang masih sedar,Sudah mengucap syukur. Dikucup sekali dahi isteri tercinta. Tidak putus mengucapkan kata syukur pada Maha Esa.
"Terima kasih,Jelita..Indah dah ada adik dah.." Mahu dia mengalirkan air mata,Tapi mereka masih di hadapan doktor. Nak nangis?Nanti ajelah!
***
Selepas melahirkan anaknya,Jelita tertidur lena di katil. Tuah secara berhati-hati mengendong anaknya. Mahu azan di telinga anaknya. Semasa Tuah azan di telinga anak mereka,Jelita secara senyap merakam Tuah. Terbangun daripada tidur.
"Alhamdulillah....Wahh!Sayang!" Terkejut Tuah apabila isterinya tidak tidur,Malah merakamnya!
"Cute lah,Abang..Hihihi.." Tawa Jelita. Anak mereka yang sudah menangis masih digendong oleh Tuah. Jelita mengambil anak mereka dari gendongan Tuah lalu dodoikan anaknya supaya kembali tidur.
"Bang..Kalau Jelita nak letak nama Aufa boleh?" Soal Jelita.
"Aufa?Okey nama tu..Aufa..Hmm?" Mata Tuah bulat. Teringat nama seseorang.
"Ya,Abang..Dari nama arwah..Nufa..Aufa.." Jelita tersenyum penuh makna. Tuah menahan sebak.
"Kalau abang tak selesa dengan nama tu-" Terhenti Jelita berkata apabila Tuah mencelah katanya.
"Okey...Anak kita.." Tuah duduk di sisi Jelita. Tuah menarik Jelita ke dalam pelukannya.
"Aufa..Aufa Tasnif."
Share this novel