BAB 6

Romance Completed 13846

Terlihat sahaja yang Tuah ada di belakang abangnya di depan pintu masuk,Dia terus berlari pergi ke tingkat atas. Apa yang dia mahu buat hanya lari dan berkurung dalam bilik! Malu!

Dalam fikiran Jelita,Macam mana posisi dia tertidur tadi? Mulut terbuka ke? Ada air liur yang terkeluar dari mulut dia ke? Aurat dia ternampak ke? Terus pergi ke bilik air untuk mandi!

Sementara di tingkat bawah,Tuah sudah duduk bermain dengan Naail. Sebaik sahaja balik kerja,Zahwan menjemputnya ke rumah. Itupun Puan Fatimah yang suruh,Tapi lupa pula nak beritahu si Jelita tu..

"Apa yang macam huru-hara sikit tu,Zah?" Tanya Puan Fatimah mengintip ke ruang tamu. Terlihat tetamu sudah ada,Puan Fatimah tersenyum manis ke arah Tuah.

"Assalamualaikum,Makcik."

"Waalaikumussalam,Tuah.."

"Itu,Bu..Jelita tak tahu ke Tuah datang hari ni?" Tanya Zahwan yang telah berada di dapur. Puan Fatimah menepuk dahi sendiri.

"Ya allah..Lupalah,Zah.." Puan Fatimah tersenyum kelat. Patutlah anak bongsunya itu terus berlari ke bilik!

Sepinggan karipap dan dua gelas minuman dihidangkan di meja kopi di ruang tamu. Tuah sesekali melihat ke arah tangga. Berharap yang Jelita datang.

"Oii..Makanlah karipap tu..Sedap tau!" Zahwan membuat Tuah tersentak dengan suaranya. Dia mengambil satu karipap lalu memakannya.

"Weh..Adik kau..Mana?" Tanya Tuah.

"Tukar baju kot..Dia macam baru pulang..Penat sangat kot sampai tertidur sini tadi." Kata Zahwan. Sebaik sahaja Zahwan berkata begitu,Jelita turun lalu duduk di sebelah abangnya.

"Kenapa tak beritahu Tuah datang?" Soal Jelita.

"Ibu lupa,Dik.." Kata Zahwan. Qaseh yang baru sahaja masuk ke rumah memberi salam. Semua menjawab salamnya. Matanya melihat baju yang Jelita pakai.

"Eh..Eh,Jelita..Ikut akak kejap." Suruh Qaseh. Jelita mengikuti kakak iparnya ke biliknya. Qaseh mengambil satu jaket lengan panjang. Nipis saja kainnya.

"Ingat sikit,Jelita..Dia bukan mahram Jelita..Tak pasal-pasal Jelita dapat dosa free sebab dia tengok aurat Jelita." Kata Qaseh yang memberi jaket itu pada Jelita.

Jelita awalnya bingung tapi bila dia lihat baju yang dia pakai,Baru dia tersedar yang baju itu lengannya sudah pendek hampir paras sikunya. Baju lama dia! Gelabah dia!

"Akak Qaseh.." Jelita merengek bagai budak-budak. Tergelak Qaseh melihat Jelita merengek begitu. Dibutangkan jaket itu.

"Dah okey..Mari."

Mereka berdua turun ke bawah. Cepat-cepat Qaseh duduk di sebelah suaminya. Mahu Jelita duduk sebelah Tuah. Dengan langkah yang berat,Dia dekati Tuah lalu duduk di sebelahnya. Berjarak sedikit.

Dalam hati Tuah,Dah berbunga-bunga! Wujud juga taman di hatinya tiba-tiba! Dalam hatinya memuji yang Maha Esa. Memuji ciptaanNya yang duduk di sebelah dia ini!

Tapi Tuah buat lagak biasa.

"Jelita apa khabar?" Tanya Tuah. Dilihat wajah cantik Jelita. Memang sesuai sungguh nama itu.

"Baik." Jelita tersenyum. Tapi senyumannya pudar.

"Ada janji apa-apa ke dengan Abang Zah?Buat kerja di sini?" Soal Jelita.

"Ibu kau yang jemput aku sebenarnya.." Tuah tersenyum janggal. Dah orang jemput datanglah kan? Itu hanya terluah di hatinya.

"Oh..Esok-esok kalau aku cuti kita jalan-jalan nak?" Tanya Jelita. Hah..Dia dah tanya dulu.

"Dah tak takut kena marah?" Soal Tuah sinis.

"Janganlah hantar aku pulang lambat..Petang-petang tu hantarlah.." Jelita memuncungkan bibirnya.

"Makcik benarkan saja,Tuah..Tapi itulah,Jangan hantar malam-malam." Kata Puan Fatimah yang telah duduk di sofa. Dipandangnya Tuah dan Jelita yang duduk bersebelahan itu. Senyuman terukir diwajahnya.

"Hah..Dengar tu,Tuah." Kata Jelita tersenyum menang.

Tuah mengelengkan kepalanya,Tapi masih terukir senyuman di bibir. Tak nak dia Jelita kena marah lagi. Lagipun tak elok berduaan dengan yang bukan mahram malam-malam.

"Baguslah kalau cuti baru kau nak jalan-jalan dengan Tuah,Dik..Minggu ni Tuah sibuk tu.." Kata Zahwan. Jelita hanya mengangguk.

"Tak kena langsung dengan title Ustaz lah kau ni.." Tambah Zahwan lagi. Jelita tertawa mendengar kata abangnya. Tapi tawanya mati bila menerima jelingan dari Tuah. Kuat sungguh aura cikgu disiplinnya sekarang.

"Betullah,Tuah..Kau ustaz..Kalau murid-murid kau nampak.." Terhenti lagi kata-kata Jelita melihat jelingan Tuah. Makin jauh jarak mereka duduk.

"Janganlah dengar kata orang sangat..Tapi..Bila difikirkan balik.." Tuah memandang ke arah Zahwan dan isteri kawannya itu. Menelan air liur semua orang hari ini sebab Tuah Uwais. Takut marah,Sudahlah tetamu.

"Korang dua ikutlah.."

Semua tarik nafas lega. Zahwan segera bersetuju.

"Naail?Tak kan abang nak bawa kot.." Kata Qaseh. Selalu dia tak bawa Naail ikut sebab zaman sekarang bahaya. Banyak kes penculikan yang berlaku.

"Ala sayang ni..Ibu jagalah.." Kata Zahwan. Di bahagian singki,Puan Fatimah telah tersenyum lebar. Qaseh mengangguk berkali-kali dan tersenyum lega.

"Pergi mana?" Soal Jelita.

"Rancangan awal aku..Ajar kau silat-"

"Wait..Kau tak tahu eh hantu buku kita ni ahli silat dulu masa sekolah.." Cepat Zahwan mencelah. Qaseh yang tidak tahu tentang itu membulatkan matanya. Tidak percaya.

"Jelita?Silat!?" Kuat suara Qaseh. Tuah pula yang seperti ingat sesuatu memetikkan jari.

Dia juga dalam kelab yang sama! Teringat Jelita pernah ditegur guru disebabkan tidak mengikuti aktiviti kelab sebab baca buku. Alahai Jelita..

"Kalau je ada kelab membaca,Mesti Jelita yang jadi Pengerusi kelab.." Kata Tuah. Semua ketawa tapi Tuah cuma tersenyum menang.

"Oh..Really,Encik helmet pink?"

Semua menahan diri dari ketawa. Zahwan dan Jelita tahu benar tentang itu. Selalu juga Jelita berjumpa dengan Tuah dulu,Tak pernah sekalipun disebut namanya bila Jelita bagi nama panggilan itu!

"Tuah..Eh salah!Encik helmet pink,Esok program tu jam berapa?"

"Encik helmet pink!Hati-hati menunggang motorsikal!"

"Tahniah,Pengawas teladan..Eh salah!helmet pink!"

Geram sungguh Tuah apabila mengingatinya. Jelita ketawa menang. Mereka seri sekarang dalam bab menyakitkan hati masing-masing!

Flashback..Semasa zaman sekolah..

"Pengerusi membaca,Apa khabar!" Kuat suara Tuah menanyakan khabar Jelita.

Irene yang disebelahnya menahan ketawa tapi cepat-cepat dia memeluk kawannya itu. Masih dalam masa memujuk Jelita menerima kenyataan yang dia akan berkahwin dengan Tuah!

"Khabar buruk,Encik helmet pink!" Jawab Jelita memuncungkan bibir. Terkejut dengan panggilan yang diberikan Jelita,Tuah..

"Huh!Tahulah sukar untuk menerima kenyataan..Kalau kau jadi isteri aku..Aku ajar kau adab cukup-cukup,Pengerusi membaca!"

"Dalam mimpi!Dia mula,Dia yang over marah orang!"

Jelita pergi meninggalkan Tuah dan Irene. Irene menepuk kuat lengan Tuah. Tuah mengadu sakit,Tapi Irene buat muka mendatar. Apapun berlaku,Jelita yang utama dan sebab itu jugalah dia kejar Jelita masa itu.

Terdiam Tuah..Orang pertama yang dia suka dulu sudah membencinya..

Flashback off..

"Aku jemput korang pergi rumah aku." Kata Tuah. Dari nada suaranya,Dia membuat keputusan muktamad. Jelita,Zahwan dan Qaseh memandang antara satu sama lain.

"Jumpa anak kau ke,Tuah?Wah!Tak sabar!" Jelita terlebih dahulu menepuk tangannya. Terpinga-pinga Zahwan dan Qasej bila Jelita terus bersetuju.

"Kak Qaseh..Abang Zah..Kita bawalah Naail..Dia dapat kawan baru!" Cadang Jelita. Tuah sekali lagi tersenyum menang,Melihat Zahwan.

"Terujanya,Pengerusi membaca kita ni.." Tuah menggeleng-gelengkan kepalanya. Tapi keterujaan Jelita tidak hilang sedikitpun. Kalau bab budak-budak,Dia memang suka!

"Itulah Jelita..Suka budak-budak tapi tak kahwin.." Kata Qaseh.

"Ish Kak Qaseh ni!Kahwin tu bukan nak ada anak je!Itu tentang tanggungjawab dan amanah kita!" Kata Jelita tegas. Terdiam Qaseh,Menyedari sebab utama dalam bab kahwin.

"Kali ni aku setuju,Jelita." Tuah menunjukkan ibu jarinya. Jelita tersenyum bangga.

"Jadi..Bila nak pergi ni,Tuah?" Soal Jelita.

"Hujung minggu ni aku free rasanya.." Kata Tuah melihat keatas. Begitulah kebiasaannya apabila mahu mengingati sesuatu,Matanya selalu melihat keatas. Nasiblah orang memahaminya..

"Okay!"

***

"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Helmet pink-"

Zahwan menutup mulut adiknya itu.

"Oi!Ada ke panggil tuan rumah macam tu!"

Tergelak Qaseh dan Naail. Sementara menunggu Tuah membuka pintu,Jelita melihat sekeliling rumah. Ada taman bunga. Bunga ros itu memang dia tahu siapa yang punya. Arwah kawan dia.

Jelita mendekati bunga ros itu lalu menyentuh kelopaknya. Dia tersenyum tipis. Rindu sangat Tuah kat arwah kawan dia. Warna merah juga warna kegemaran arwah. Jelita mencium aroma bunga itu. Wangi..

"Waalaikumussalam!"

Lamunannya pecah,Dia kembali mendekati pintu. Bakul buah yang dia sediakan diberikan pada Tuah. Senyuman diberi begitu manis,Tak sabar berjumpa dengan anak Tuah.

"Masuk!Masuk!Indah masih bersiap di atas..Sibuk cari tudung."

Mereka memasuki rumah Tuah dan duduk di ruang tamu. Sofa yang begitu empuk membuat Jelita kagum. Lebih empuk dari sofa di rumahnya!

Menunggu Tuah muncul dari dapur,Sekali lagi mata Jelita melihat sekeliling. Senyuman tipisnya terukir di wajah.

"A..Asalamualaikum.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience