BAB 22

Romance Completed 13846

"Darina..Aku tahu ini bodoh tapi..Aku sebenarnya masih cintakan kau.."

Kehilangan kata,Itu yang Tuah dan Jelita rasakan sekarang. Tidak tahu mahu beri reaksi apa.

"Astaghfirullahalazim.." Tuah memecahkan kesunyian. Fayyez sudah malu,Dia tahu yang luahan itu tidak sepatutnya dia katakan tapi sudah itu niatnya mahu berjumpa dengan Jelita hari ini.

"Terlambat." Kata Jelita yang memandang perut bulatnya lalu dia pandang Fayyez yang ada di hadapannya. Tuah yang di meja sebelah hanya memandang Fayyez. Biar betul mamat ni? Masih lagi dia ucapkan kata cinta tu walaupun depan dia.

"Aku tahu..Kalau tak mesti kita dah berkahwin sekarang kan?Aku tak matang berfikir dulu dan aku menyesal..Tengok kau bahagia dengan suami kau..Aku undur diri." Kata Fayyez dengan penuh penyesalan.

"Bukan senang nak terima kau lepas tahu apa yang Dariel buat kat kau,Darina..Dia sampah!" Marah Fayyez. Marah yang teramat!

"Sekurang-kurangnya dia dah kena tangkap polis..Mangsa dia selepas aku dah report dan dia ada anak dengan perempuan tu..Kawan aku." Cerita Jelita. Fayyez kelihatan lega sedikit. Tuah pula terkejut,Jelita tiada beritahu dia!

"Bila?" Soal Tuah. Dia meletakkan makanan dan minumannya di meja Jelita dan Fayyez lalu duduk sebelah Jelita. Dipandang Jelita dalam-dalam.

"Sorry,Abang..Lupalah semalam.." Kata Jelita tersenyum janggal. Tergeleng-geleng Tuah dibuatnya lalu memandang semula Fayyez.

"Baguslah dia kena tangkap..Dia memang tak layak bebas.." Kata Fayyez. Tuah mengangguk tanda setuju. Jelita buat hanya tersenyum tipis.

Telefon Jelita berdering dan Jelita menyambung panggilan telefon itu. Mira yang menghubunginya.

"Assalamualaikum.." Ucap Jelita.

"Waalaikumussalam,Jelita..Aku tak tahu kenapa Dariel nak paksa nak jumpa kau dan aku..Tapi dia cakap..Masa kau kena dulu,Dia dan kawan dia.." Terhenti Mira bercakap. Seperti tidak kuat untuk berkata-kata.

"Kenapa?Kenapa,Mira?" Soal Jelita.

"Dariel ada sebut nama tu..Apa tu..Um...Fayyez?" Kata Mira dalam talian. Teragak-agak dia mahu menyebut nama,Takut tersalah sebut.

"Kenapa dengan dia?" Perasaan ingin tahu mula meninggi,Jelita tidak dapat menahan diri dari meninggikan suara.

"Dariel cakap masa dia buat benda tu kat kau dulu,Dia dengan kawan dia yang buat.." Ungkap Mira.

"Hah?Tapi masa aku tersedar dia seorang je di rumah tu?Lagipun..Rumah dia kecil..Sebilik je ada." Kata Jelita yang mengingati lagi kejadian itu. Tergeleng-geleng supaya tidak lagi rasa trauma.

"Kau lari lepas tersedar kan?Dia menyorok kata Dariel..Dariel tak nak ditangkap seorang..Dia nak si Fayyez tu pun ditangkap..Tapi malangnya Dariel sendiri yang gugurkan kandungan kau dulu..Jadi tak tahu itu anak siapa.." Panjang Mira menerangkannya pada Jelita.

"Dariel cakap lagi..Dia saksi melihat semuanya..Walaupun dia buat...Kau tertidur,Jelita.." Kata Mira. Jelita memandang Fayyez,Wajah Jelita mula merah padam.

"Kau.." Jelita mematikan telefon.

"Kau pun terlibat sama!?Tak guna..Aku percayakan kau dulu..Kau tahu tak!?" Jelita berdiri lalu mendekati Fayyez. Dia menampar kuat pipi Fayyez. Terpinga-pinga Fayyez dibuatnya.

"Abang!Bawa dia ke balai polis!" Suruh Jelita.

"Hah?Polis?Dah kenapa?" Soal Tuah.

"Dia..Dia terlibat sama.." Jelita mula menangis melihat Fayyez yang sedang mengelengkan kepalanya.

"Tak!Aku tak buat!Kau kenal aku macam mana kan,Darina!?" Kata Fayyez. Membantah semua yang Jelita katakan. Sampai hati menuduh dia buat bukan-bukan! Malah, tuduh kawannya sendiri!

"Jelita..Apa yang sayang cakap ni?" Soal Tuah yang terpinga-pinga. Jarang dia melihat Jelita marah begini.

"Tapi.." Jelita cuba mengawal dirinya dari tidak beremosi. Dia tahu dia tidak boleh terus percaya kata orang tapi Dariel sendiri yang kata! Mira cuma menyampaikannya.

"Dariel telefon kau?Aku kenal dia lepas benda tu jadi kot!" Kata Fayyez. Tergeleng-geleng dia,Dariel pun kenal dia masa Jelita menjalin hubungan dengan dia!

"Bukan Dariel yang phone aku..Mustahil dia dapat pegang telefon sekarang sebab dia dah kena tangkap.." Kata Jelita separa berbisik.

"Jadi?Siapa telefon Jelita?" Soal Tuah pula. Pelik dia dengan kata-kata Jelita.

"Mira.." Jawab Jelita.

"Mira!?" Terkejut Tuah.

"Siapa Mira?" Soal Fayyez.

"Jelita tak sepatutnya terus percaya bulat-bulat..Siasat dulu." Kata Tuah.

"Maaf,Fayyez..Aku sepatutnya tak terus percaya kata Mira..Tapi aku tetap jadi curiga..Antara korang berdua..Salah seorang menipu.." Kata Jelita. Dia jadi kurang percaya pada Fayyez. Terutamanya Mira!

"Sorry,Fayyez..Aku tertampar kau..Aku terbawa emosi.." kata Jelita yang sudah berasa serba salah. Dia mengetap bibir tapi Fayyez pula tersenyum. Dia mengelengkan kepalanya.

"It's okay,Darina..Aku faham sesetengah orang mengandung ni emosi dia sensitif..Aku faham dan aku maafkan kau." Kata Fayyez. Jelita menenangkan dirinya.

"Baik kita semua pulang sekarang.." Cadang Tuah. Sebelum pulang,Tuah dan Fayyez meminta nombor telefon masing-masing.

"Okay..Jumpa lagi,Darina..Tuah." Fayyez meninggalkan mereka. Jelita dan Tuah pandang antara satu sama lain.

"Sayang tak boleh terikut emosi sangat..Kasihan Fayyez kena tampar dengan isteri abang ni.." Bebel Tuah. Jelita hanya mendengar. Kaki melangkah pergi keluar restoran dan memasuki kereta.

"Sayang cerminan abang tau..Segala teguran dan nasihat abang memang Jelita jaga tapi satu..Emosi." Tuah menunjuk-nunjuk dirinya lalu menyentuh tangan Jelita. Dikucup sekali.

"Tangan ni..Jangan tampar orang sesuka hati..Abang pun sebenarnya tak suka tangan sayang ni tampar muka orang.." Tuah mengeluh.

"Okey..Itu first and last Jelita tampar orang.." Ucap Jelita.

"First and last?Dia orang pertama yang Jelita tampar ke?" Terpinga-pinga Tuah dibuatnya. Jelita mengangguk perlahan sambil tersenyum pahit. Hilang rasa serba salahnya,Kini dia rasa malu.

Apabila Tuah sudah memandu kereta untuk pulang ke rumah,Jelita tertidur lena. Penat agaknya marah-marah Fayyez. Tuah tahu Fayyez tidak bersalah,Malah dia curiga pada Mira.

"Kalau betul Dariel dah ditahan polis..Alhamdulillah..."

***

Keesokkan harinya,Di sekolah..

Tuah baru sahaja keluar dari kelas yang dia ajar dan mahu ke bilik guru. Dia melihat sekeliling. Seperti biasa,Ramai murid yang mengeruninya. Pandangan matanya begitu dingin,Sedari tadi memikirkan sesuatu.

"Ustaz!Ustaz!Ustaz Tuah!!"

Salah seorang murid memanggilnya. Tuah menghentikan langkahnya lalu melihat ke belakang. Ada seorang muridnya yang termengah-mengah nafasnya,Baru lepas berlari. Dia menyentuh bahu muridnya itu. Disuruh mengatur nafas dahulu sebelum mula bercakap.

"Di pejabat am.." Murid itu menunjuk suatu arah.

"Kenapa di pejabat am?" Soal Tuah. Ditepuk-tepuk bahu muridnya itu.

"Cikgu Zahwan suruh saya panggil cikgu ke pejabat am..Katanya ada orang nak jumpa." Kata muridnya itu. Dia meminta diri untuk pergi,Mahu ke kantin kerana sekarang ini waktu rehat.

Tuah pun pergi ke pejabat am. Siapa yang nak jumpa dia dalam dia waktu berkerja ini?

Apabila sampai di pejabat am,Zahwan yang sedang berbual dengan orang itu memandang Tuah. Terkejut Tuah dengan orang yang mahu berjumpa dengannya. Orang itu adalah Fayyez!

"Eh!?Macam mana kau tahu aku mengajar di sini?Tahu aku kerja sini?" Soal Tuah. Fayyez tanpa segan silu menunjuk Zahwan. Zahwan mengaru kepalanya yang tidak gatal.

"Aku cuma nak ajak kau bualkan tentang Jelita..Zahwan pun..Kau mesti ada sekali..Sebab kau nampak semua yang terjadi hari tu.." Kata Fayyez. Dia pandang Zahwan dalam-dalam lalu memandang pula Tuah. Terukir senyum tipis.

"Fayyez.." Panggil Tuah.

"Hmm?"

"Aku nak kau cerita semuanya.." Ucap Tuah dengan begitu tegas. Fayyez tersentak lalu memandang Zahwan.

"Kita cerita nanti..Lepas zohor,Di restoran semalam.." kata Fayyez. Selepas berkata begitu,Fayyez terus meninggalkan Tuah dan Zahwan. Zahwan pandang Tuah yang sedang memikirkan sesuatu. Nampak serabut memikirnya.

"Apa yang kau fikirkan ni?" Soal Zahwan.

"Tak...Nanti aku hantar Jelita dan Indah ke rumah ummi aku..Tak dapat pula teman dia ke sana..Rindu ummi aku katanya..Hmm.." Dia sedari tadi memikirkan Mira dan Fayyez. Salah seorang yang berbohong.

Zahwan mengajak Tuah ke kantin sekolah. Apabila sudah memesan kopi,Zahwan dan Tuah duduk di salah satu meja. Beberapa murid memberi salam pada mereka. Apabila kopi telah dihidangkan,Mereka pun mula berbual.

"Kau tahu ke Dariel dah ditangkap?" Soal Tuah.

"Dariel dah kena tangkap?Alhamdulillah...Eh tapi kenapa kau macam teragak-agak cakap tentang tu?" Soal Zahwan. Baru je nak bersyukur,Tapi muka Tuah sedikit berkerut. Serius sangat berfikirnya..

"Aku rasa curiga kat Mira..Kawan Jelita tu..Dalam masa yang sama,Jelita curigakan Fayyez tu.." Kata Tuah. Dia menghirup sedikit kopi itu.

"Dah kenapa nak curiga bagai ni?" Soal Zahwan lagi.

"Kami rasa salah seorang dari diorang..Di pihak Dariel.." Teragak-agak mahu beritahu kecurigaan dia dan Jelita. Zahwan terkejut tapi dia cuba buat lagak biasa.

"Tuah..Mira tu bila kau kenal?" Soal Zahwan lagi.

"Dalam tahun ni..Anak dia kawan Indah.." Jawab Tuah. Zahwan terangguk-anggukkan kepalanya. Itu sebab Jelita mula berkawan dengan Mira. Satu soalan terlintas di kepalanya.

"Dia mangsa Dariel juga ke?"

"Ya." Pendek,Tepat dan padat jawapan Tuah.

"Huh..Aku pelik sebab si Mira tu anak dia selamat..Jelita dulu,Dia sikit lagi nak tolak..Last-last dia campur pil keguguran di minuman Jelita..Itu yang aku pelik.." Kata Zahwan.

"Mana tahu dia larikan diri dari Dariel..Ke tempat jauh..." Terhenti seketika Tuah berkata-kata.

"Tapi..Kalau dia lari dulu..Kenapa dia datang ke sini lagi?Walaupun tahu yang Dariel selalunya di sini?" Kata Tuah.

BINGO!

"Tapi kalau tiada bukti yang dia salah,Kita tak boleh tuduh dia..Hmm.."

Keduanya tenggelam dengan fikiran masing-masing. Apabila mendengar loceng sekolah berbunyi,Yang bermaksud waktu rehat telah habis,Tuah dan Zahwan pun pergi ke bilik guru.

"Jumpa nanti lepas zohor.." Kata Zahwan. Tuah mengangguk sekali lalu mengambil buku teks dan buku aktiviti mata pelajaran Pendidikan Agama Islam. Dia pergi memasuki kelas yang dia ajar.

***

Selepas hantar Jelita dan Indah ke rumah ummi dan ayah dia,Tuah pergi ke restoran yang dimaksudkan oleh Fayyez. Hampir setengah jam Fayyez dan Zahwan menunggu Tuah. Apabila Tuah sudah sampai dan memesan makanan,Mereka mula berbual.

"Apa yang jadi dulu ni..Kau mungkin makin rasa benci kat Dariel.." Kata Zahwan. Fayyez yang sedang makan nasi goreng bersedia untuk bercerita. Diminum jus mangga itu lalu mula bercakap.

"Tempat kami belajar dulu ada buat event dan orang luar boleh ke event tu..Hah..Dariel ada pergi.." Cerita Fayyez. Dia menahan perasaan marah.

"Kau nak tahu tak?Dia peluk Darina di depan orang ramai..Saja nak malukan Jelita..Dia cakap..Jelita Darina is mine..Geramnya aku waktu tu!" Cerita Fayyez lagi.

"Dia kata nak bunuh.." Kata Zahwan pula.

"Dia nak bunuh siapa?" Soal Tuah.

"Jelita.." Jawab Zahwan.

"Dia tu lain,Tuah..Psiko." Kata Fayyez pula.

"Aku pernah kena tikam di perut dulu..Antara sebab Jelita dan aku putus sebab inilah..Macam aku cakap,Aku dulu tak matang lagi berfikir..Aku nak kami berdua selamat dan memang betul,Dariel tak bahayakan nyawa kami lagi.." Kata Fayyez. Zahwan mengangguk.

"Bila kau dengan Jelita sebelum kahwin,Dia muncul lagi..Dia tahu dia tak akan dapat buat Jelita milik dia,Jadi dia perhatikan Jelita dari jauh.." Kata Zahwan lagi.

"Dia tu dah tak betul..Kasihan kawan Jelita tu juga.." Kata Fayyez. Tidak syak apa-apa tentang Mira.

"Kau kenal Jelita dari bila?" Soal Tuah.

"Waktu kami satu course di tempat kami belajar tu.." Jawab Fayyez.

"Memang keluarga aku kenal Fayyez ni,Tuah..Dia seorang yang sangat baik..Aku dah anggap dia macam adik aku..Tapi kenapa kau tanya?" Soal Zahwan.

"Oh tak..Sebab Mira kata Fayyez terlibat sama waktu malam tu..Masa Jelita kena.." Kata Tuah.

"Mustahil..Fayyez ni belajar luar negara sebelum masuk tempat dia dan Jelita belajar dulu.." Kata Zahwan.

"Hah??Apa?" Tuah terkejut.

Sedari semalam,Dia terkejut yang semua ini akan terjadi. Malah,Masa lalu Jelita semakin dia tahu. Dia tahu sebab kenapa Jelita tidak beritahu dia kerana itu adalah aibnya tapi.. Semuanya terbongkar satu-persatu.

"Jadi Mira lah yang salah!" Tuduh Tuah.

"Tapi tiada bukti.." Sekali lagi Tuah rasa seperti tertampar dengan apa yang terjadi.

"Aku tahu susah nak hadap ni..Aku pun rasa terbeban sangat tahu semua ni tapi..Kita hadapi saja dan insyaallah kita boleh terima apa yang jadi.." Zahwan cuba menghilangkan rasa terkejut Tuah.

Mereka mula menjamu selera. Tapi terganggu kerana telefon Tuah berbunyi..

"Waalaikumussalam....Kenapa dengan Jelita,Ummi?" Tuah menjawab panggilan telefon itu. Setelah mendengar kata Puan Fatnin,Mata Tuah bulat. Seperti dapat berita yang begitu mengejutkannya.

"Sorry,Fayyez!Aku kena pergi!Zahwan..Jom kita ke hospital...Mari!" Tuah terus keluar restoran lalu memasuki keretanya.

"Oi!Tuah!Hospital mana!?Sorry,Fayyez..We have to go!"

Zahwan mengejar Tuah. Fayyez pula terpinga-pinga tetapi kembali menjamu selera dan memikirkan hal lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience