BAB 15

Romance Completed 13846

"Begitulah ceritanya,Abang...Abang..Masih terima Jelita?Buruk sangat Jelita dulu.."

Jelita memandang suaminya yang sedang memandu. Terkejut tetapi tenang,Begitulah Tuah sekarang. Dia pandang Jelita sekali lalu kembali fokus memandu.

"Kan abang dah kata..Abang tetap terima Jelita..Sebab itu Jelita yang dulu..Yang di depan abang ni..Jelita yang sekarang..Tak sama." Kata Tuah. Tersenyum.

"Jelita terfikir kenapa Dariel masih boleh telefon Jelita..Rupa-rupanya.." Kata Jelita yang melihat telefonnya.

"Kenapa?" Soal Tuah.

"Rupa-rupanya sebab Jelita tukar phone je..Bukan tukar nombor telefon.." Kata Jelita tersenyum kelat. Ketawa besar Tuah dibuatnya.

"Itu yang pelik si Dariel tu telefon Jelita selalu?Sampai berpuluh-puluh miss call nya?Ahaha!" Ketawa lagi dan lagi..Malu Jelita dibuatnya.

"Nanti kita pergi tukar nombor abang..Penatlah telefon ni asyik ditelefon lelaki tak guna tu je.." Kata Jelita. Tuah terangguk-anggukkan kepalanya.

"Mari.."

***

Setelah menukar nombor telefon,Mereka pergi ke masjid untuk solat zohor. Apabila sudah selesai solat,Tuah menunggu Jelita di kereta.

Setelah beberapa minit menunggu,Akhirnya Tuah ternampak Jelita mendekati keretanya tapi dia bingung. Dah kenapa Jelita berjalan lambat sangat?

Dipandang wajah isterinya itu,Jelita nampak sedang menahan sakit. Keluar Tuah dari kereta,Mendekati isterinya lalu membuka pintu untuk Jelita. Tuah masuk semula ke dalan kereta.

"Kenapa jalan macam tu,Jelita?" Soal Tuah.

"Terseliuh..Tadi masa lepas ambil air wuduk..Jelita tergelincir..Lantai basah.." Kata Jelita. Dipandang kaki Jelita.

"Mesti cari ais ni.."

Tuah mula memandu kereta lalu pergi ke kedai berdekatan. Apabila Tuah keluar dari kereta dan memasuki kedai, Jelita telefon nombor Puan Fatimah,Encik Ruzain dan Zahwan. Oh ya!Tak lupa juga Kak Qaseh dia!

Apabila Tuah kembali,Dia memberi sebungkus ais kecil pada Jelita. Jelita meletakkan ais itu di kakinya. Dia tersenyum pada Tuah.

"Jelita..Isteri yang baik ke,Bang?" Soal Jelita.

"Sangat..Walaupun cepat menangis.." Tuah ketawa mengejek Jelita. Tapi Jelita pula tiba-tiba menyentuh tangan Tuah lalu membawa tangan Tuah ke bibirnya. Dikucup sekali.

"Sayangg.." Tegur Tuah.

"What?Jelita nak cium pun salah?Halal dah kan?" Kata Jelita tanpa rasa bersalah. Mengucap Tuah dibuatnya. Dia mula semula memandu kereta.

"Abang.."

"Hmm?"

"Betul ke abang..Kahwin dengan Jelita sebab arwah Irene yang nak?Bukan sebab sayangkan Jelita?" Tanya Jelita.

"Taklah..Jelita first love abang..Irene second love abang..Dua-dua abang sayang..Tapi..First love tu lebih istimewa.." Tuah mengusap lembut kepala Jelita.

"Abang memang tak dapat bantah ke apa yang ibubapa abang buat?" Soal Jelita. Dia tahu Tuah dan Irene dijodohkan,Tapi dia sedikit pelik kenapa Tuah tidak membantah.

"Bantahlah macam mana pun,Sayang..Irene tu seseorang yang memang diorang impikan untuk dijadikan menantu.." Kata Tuah.

"Oh ya..Dah alang-alang sayang dah cerita masa lalu sayang,Apa kata abang pula cerita masa lalu abang." Kata Tuah lagi.

"Ceritalah!" Teruja Jelita mahu tahu bagaimana Tuah dan Irene dahulu.

"Bila diingatkan balik.."
. .
. Next chapter..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience