Tanpa diketahui oleh Jelita,Tuah pergi ke pusat tahanan untuk berjumpa dengan Dariel. Apabila sudah berjumpa, Keduanya rasa begitu janggal. Sebelum ini bermasam muka tetapi kini Tuah terlebih dahulu memberi senyum tipisnya pada Dariel.
"Kau nak jumpa anak kau?" Tanya Tuah sebaik sahaja di berhadapan dengan Dariel. Dariel terus mengangguk laju,Ditahan air mata daripada tidak mengalir. Rasa sebak hati Tuah secara tiba-tiba. Dia cuba memahami perasaan Dariel pada saat ini.
"Hukuman mati." Ucap Dariel.
"Huh?" Tuah bertanya,Takut tersalah dengar.
"Aku dikenakan hukuman mati,Tuah!" Mengalir air mata Dariel. Tuah terdiam mendengar kata Dariel. Terus teringat Hana yang berada di rumah bersama isteri dan anaknya.
"Mira tahu tak?" Soal Tuah.
"Dia..Tak tahu.." Dari suara Dariel,Begitu menunjukkan yang dia hilang semangat. Pasrah dengan segalanya.
"Dia patut tahu,Dariel-"
"Kau nak dia menangis ke,Tuah!?" Dariel memotong kata-kata Tuah. Muka Tuah berkerut.
"Jadi kalau dia tiba-tiba tahu kau dah dihukum mati..Macam mana?Bila kau dah tiada?" Tanya Tuah. Terdiam Dariel,Tidak lagi meninggikan suaranya pada Tuah. Air matanya mengalir.
"Weh..Dariel..Janganlah menangis.."
"Aku selfish tahu tak!?Dah tak dapat Jelita,Aku nak bunuh dia.." Dariel menumbuk meja dengan begitu kuat. Tuah memejamkan matanya,Tiada guna dia mahu marah sekarang. Tuah membuka matanya lalu memandang sayu kearah Dariel.
"Aku dah bertaubat,Tuah..Tapi aku rasa semua sia-sia-"
"Tak,Dariel..Tak sia-sia.." Tuah meyakinkan Dariel yang taubatnya tidak sia-sia. Dariel tersenyum tipis lalu terangguk-anggukkan kepalanya. Mengusap wajahnya dengan kedua tapak tangannya. Kata syukur terucap dibibir.
"Tapi kenapa hukuman mati,Dariel?" Soal Tuah.
"Dulu..Sebelum kenal Jelita dan korang semua,Aku..Bunuh ibu aku sendiri.." Dariel memandang bawah. Tuah pula terkejut besar.
"Astagfirullahaladzim..Dariel..Kenapa?" Soal Tuah.
"Nak aku cerita ke?Sempat ke ni?" Soal Dariel pula.
"Kau ringkaskan..Tak apa..Aku tak judge kau..Kau boleh percayakan aku..Macam Jelita percayakan aku dengar cerita dia.." Kata Tuah. Dariel terangguk-anggukkan kepalanya. Dalam kepala Dariel,Dia sudah meringkaskan cerita itu..
"Waktu aku 20 tahun dan mula kerja di club.."
***
Flashback..
Dariel sibuk menyediakan minuman keras pada pelanggan yang datang ke kelab malam itu. Dariel mula berkerja di situ dalam 3 tahun yang lalu dan kini,Dia memang tahu benar apa yang selalu terjadi di kelab malam itu.
Minuman keras,Zina dan judi semuanya selalu berlaku di sini. Walaupun berkerja di situ,Kadang kala Dariel sengaja memabukkan dirinya apabila kerjanya sudah habis. Semakin lama,Semakin hanyut dengan hiburan di kelab malam itu.
"Hey..Dariel!"
"Eh..Bos!"
Dariel tersenyum lebar memandang bosnya. Dariel menyediakan minuman keras kesukaan bosnya itu. Setelah sudah menyediakannya,Dariel menghulurkan gelas minuman keras itu di hadapan bosnya itu.
"Like always,You know what my favourite drink.." Bos Dariel itu ketawa puas lalu mengambil minuman keras itu. Hanya dalam sekali teguk,Habis minuman keras itu diminum oleh bos Dariel. Dariel hanya tersenyum.
"Aku nak bagi kau cuti,Dariel.."
"Cuti?"
Bos Dariel hanya tersenyum pada Dariel. Baginya,Dariel sudah berkerja keras.
"Tak apalah,Bos..Saya ni baru sebulan kerja..Dah kena bagi cuti.." Dariel menolaknya.
"Ambillah cuti..3 hari je pun..Ya?" Kata bos itu. Dariel berfikir seketika lalu menerima tawaran bosnya itu. Dia pun sudah lama tidak bercuti,Sibukkan diri di kelab malam itu.
"Thanks.."
***
Dariel pulang pada jam 3.30 pagi itu. Ibunya seperti biasa,Melayani pelanggannya dengan tubuhnya. Walaupun sudah bertahun Dariel dengan duit haramnya,Dia tetap marah dengan ibunya
Pada masa itu,Dariel pulang dalam keadaan mabuk. Pelanggan ibunya itu baru mahu pulang. Dariel mengangguk sekali pada pelanggan ibunya itu. Lelaki itu pun pulang.
Apabila dilihat pintu rumahnya ditutup,Dariel terus ke dapur. Dia tercari-carikan di mana pisau diletakkan. Apabila dia sudah dapat pisau,Dia berlari ke bilik ibunya. Ibunya baru sahaja memakai baju,Melihat ke arah anak lelakinya itu.
"Eh..Selalu pulang jam 4 atau 5 pagi.." Tegur ibunya. Dariel hanya diam dan mengenggam kuat pisau yang di tangannya. Ibu Dariel ingin keluar dari bilik tetapi terbatal niatnya apabila melihat Dariel yang sedang mabuk.
"Dariel..Mabuk lagi?" Soal ibunya.
Dariel mengenggam kuat pisau yang ada di tangannya. Ibu Dariel melihat tangan Dariel,Dia terkejut besar.
"W..Wait!Dariel..Kenapa ni!?" Soal ibunya.
Pisau itu dihalakan di perut ibunya. Dia menolak ibunya sehingga ibunya terbaring di atas lantai,Dia diatas ibunya dan mula menikam ibunya!
"KAU..KENAPA KAU JUAL DIRI KAU TU HAH!??"
"MATI!MEMANG TEMPAT KAU DI NERAKA!"
"MAMA..SEMENJAK MAMA DICERAIKAN SEMAKIN MENJADI-JADI!"
"I HATE YOU!"
"DIE!!!"
Disetiap kata-kata itu,Berkali-kali di menikam ibunya tanpa belas kasihan. Pengaruh minuman keras itu menguasai dirinya. Setelah 'puas' menikam ibunya,Dariel sedar apa yang dia buat. Dia mengigil menahan perasaan.
"Ma..." Disentuh nadi di tangan dan leher ibunya,Tiada detak lagi. Dariel menangis dan menjerit sekuat hati. Dia membawa tubuh ibunya keluar dari rumah dan menanamnya di halaman belakang.
"Apa aku dah buat ni.." Bisiknya.
Dariel menghapuskan segala bukti yang dia membunuh ibunya. Ketika mandi, Banyak yang difikirkannya. Berharap orang-orang tidak tahu hal itu.
"Aku memang berdosa..Berdosa besar..."
Flashback off
***
"Ya Allah,Dariel!!" Hanya itu terucap dibibir Tuah. Dia tergelengkan kepalanya dengan lemah. Dariel hanya mampu mengalirkan air mata,Semuanya telah terjadi..
"Aku..Aku layak dihukum.." Ucap Dariel.
"Tuan..Maaf..Masa dah tamat.." Ucap pegawai polis yang bertugas. Tuah telah berdiri tetapi masih memandang ke arah Dariel.
"Aku berharap sangat aku dapat jumpa anak aku untuk kali terakhir..Tunaikan permintaan aku.." Kata Dariel. Tuah mengangguk lalu pergi keluar dari pusat tahanan itu. Dia menenangkan dirinya lalu memandang langit.
"Ya Allah..Ampunkanlah segala dosa-dosanya.."
***
Hari di mana Dariel dapat berjumpa dengan orang terdekatnya. Tuah dan Jelita datang bersama Hana untuk berjumpa dengan Dariel untuk kali terakhir. Indah dan Aufa ditinggalkan di rumah ibubapa Tuah.
Disediakan satu bilik untuk mereka berjumpa,Apabila Dariel lihat Hana bersama Tuah dan Jelita,Dia dengan pantas memeluk anak tunggalnya itu. Sekali lagi,Air matanya mengalir.
"Hana..Hana pakai tudung?" Tanya Dariel dalam esakannya. Hana yang polos tidak tahu apa-apa mengangguk. Tersenyum gembira dapat bertemu dengan papa dia.
"Papa jangan nangis..Sedihlah..." Ucap Hana. Jelita memandang ke arah lain,Tidak sanggup melihat apa yang berlaku di hadapannya.
"Sorry,Hana..Papa gembira..Dapat jumpa Hana hari ni.." Semakin erat pelukan Dariel pada Hana. Tuah mengenggam tangan Jelita,Jelita memandang Tuah. Memang jelas Jelita menahan diri daripada tidak menangis.
Terdengar pintu dibuka,Seseorang memasuki bilik itu.
"Dariel.."
Suara yang sangat dikenali oleh Jelita,Dariel dan Hana. Itu suara Mira!
"Mira.." Panggil Dariel.
"Ma!" Panggil Hana pula.
"Awak dihukum mati..Kenapa tak beritahu!?" Tangisan Mira pecah. Terus memeluk suaminya itu. Apabila Jelita dan Tuah melihat keluarga kecil itu,Mereka semakin susah menahan sebak di hati. Dibiarkan Dariel untuk bersama dengan keluarganya itu bersama untuk kali terakhir.
"You tu..Bila boleh keluar dari sini?" Soal Dariel.
"20 tahun lagi..Tapi..Awak hari ni.." Semakin kuat tangisan Mira.
"Sorry Mira..Hana..Tak dapat jadi suami yang baik..Tak dapat jadi papa yang baik..Jelita..Sorry nak bunuh you..Tuah sorry..Minta maaf sangat-sangat.." Ucap Dariel.
"Aku maafkan,Dariel.." Ucap Jelita yang masih menahan sebak. Tuah mengangguk,Tanda dia memaafkan Dariel.
"Papa..Dah tak dapat jumpa Hana lepas ni..Papa dah tak ada lepas ni..." Kata Dariel pada Hana.
"Hmm?Kenapa,Papa?" Soal Hana dengan begitu polos. Dariel hanya mengeleng. Mira masih memeluk Dariel,Seperti tidak mahu lepas.
"Mira..Awak tu..Lebih layak dapat suami yang..lebih baik.." Bisik Dariel pada Mira. Mira mengelengkan kepalanya,Hatinya tetap memilih Dariel. Dia mahu memeluk Dariel sepuasnya.
Begitu cepat masa berlalu,Akhirnya Jelita,Tuah,Hana dan Mira diarahkan untuk keluar dari bilik itu. Hana dengan polosnya melambai-lambaikan tangannya. Mira kembali ke tempat tahanannya,Dengan keadaan yang masih menangis teresak-esak.
"Ummi..Ayah..Kenapa papa cakap yang papa dah tak dapat jumpa Hana?" Soal Hana. Air mata Jelita mengalir lalu memandang tempat lain,Tidak sanggup menjawab. Tuah menyentuh bahu Hana dan hanya mengelengkan kepalanya.
"Papa baik atau jahat..Hana tetap sayangkan papa.." Ucap Hana dengan polosnya. Dipandang pintu itu sebelum pergi dari situ.
***
Beberapa hari berlalu,Hari selepas Dariel dihukum mati. Malam itu,Tuah begitu lama membaca doa. Jelita yang sedang menjaga Aufa hanya melihat Tuah,Indah dan Hana solat. Jelita tidak dapat solat pada hari itu.
Aufa yang sedang tidur di gendongan Jelita dipandang begitu dalam oleh Jelita. Teringatkan Hana dan Dariel,Dia menitiskan air mata lagi tetapi dengan cepat mengelap air matanya lalu mengucup dahi Aufa dengan lembut.
"Ya Allah..Ampunkan semua dosa dia..Dosa Dariel Uqayl.." Doa itu hanya terpendam dalam hati.
Tanpa Jelita sedari,Tuah,Indah dan Hana telah selesai solat. Indah dan Hana memeluk Jelita dengan begitu erat. Senyum tipis terukir di wajah Jelita. Jelita mengucup dahi Indah dan Hana.
"Jelita tak redha ke tu?" Soal Tuah.
"Eh..Taklah,Abang..Cuma sedih sikit.." Jawab Jelita yang memandang Aufa yang tertidur digendongannya. Tuah duduk di sebelah Jelita lalu mengusap lembut kepala isterinya.
"Kita berdoa..semoga arwah ditempatkan di syurga..Ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.." Kata Tuah pada Jelita.
Indah dan Hana memandang antara satu sama lain. Arwah?Siapa? Tapi soalan itu tidak terucap di bibir mereka.
"Indah nak main dengan Hana di biliklah..Jom Hana.." Ajak Indah. Hana tersenyum lebar dan mengikuti Indah ke bilik Indah. Jelita dan Tuah hanya tersenyum tipis.
Sorry kalau banyak kesalahan.. :')
Share this novel