BAB 26

Romance Completed 13846

Gelas kaca dibaling sekuat hati,Begitu geram hatinya dengan apa yang sedang terjadi. Memikirkan strategi yang sesuai untuk membunuh wanita yang pernah dia cintai dulu.

Masih dengan pakaian tahanan penjara,Dariel berjaya melepaskan diri. Sekarang ini dia sanggup tidur di rumah yang pernah Mira datangi sebelum ditangkap di situ juga.

"Ini..Dariel lah!Tak senang nak tangkap aku!Diorang tak tahu lagi aku ni licik nak mampus.." Kata Dariel.

***

Flashback..Di penjara..

Sepanjang hari Dariel menghafal selok-belok tempat itu. Dalam kepalanya,Bermacam-macam cara dia terfikir mahu melepaskan diri dan hari ini,Dia mesti menjalankan misi melarikan dirinya!

Waktu makan tengah hari,Dariel dan tahanan-tahanan yang lain sedang makan. Dipandang polis yang bertugas mengawasi mereka.

Dariel memulakan lakonannya,Dia terbatuk-batuk macam orang tercekik dan terbaring di lantai. Salah satu polis itu mendekati Dariel lalu membantu Dariel.

Sekuat hati,Dariel menumbuk mata polis itu! Senapang yang ada di tangan polis itu dirampas!

"Polis baru ke,Bro!?" Sindir Dariel yang sudah menembak kaki polis itu. Polis itu memang nampak muda,Dalam keadaan kesakitan polis itu menarik kaki Dariel supaya Dariel terjatuh!

Dariel memijak bekas tembakan itu di kaki polis itu lalu menembak polis yang lain! Ada juga polis yang telah menahan Dariel tapi Dariel ternyata lebih pantas melarikan diri! Dariel tahu yang semua polis ini memakai benda yang boleh kalis peluru,Jadi dia menembak ke arah kaki polis-polis itu.

Bunyi tembakan bergema di tempat itu,Dariel hanya mahu menembak polis yang ada di pagar keluar! Salah satu polis semakin menghampiri Dariel tetapi..

Bang! Bang! Bang!

"HAHAHA!STUPID!"

Dariel berjaya melarikan diri keluar dari tempat yang dia anggap neraka itu! Dua kereta polis mula mengejarnya tapi Dariel menjadi susah dicari apabila Dariel memasuki hutan. Diteruskan berlari sehingga tidak lagi dapat dikesan!

Flashback off..

***

Teringat polis-polis yang tercedera olehnya,Dariel ketawa bagai orang gila. Puas sungguh hatinya kerana teringatkan suara kesakitan polis-polis itu!

Dariel mula pergi ke merata tempat,Sampailah dia sampai di tanah perkuburan. Dia terlihat Jelita dan Indah yang baru sahaja mahu pulang.

Jelita cepat-cepat memasuki kereta dan Dariel tanpa membuang masa terus berlari ke arah kereta itu!

"Bila you reti bawa kereta,Sayang!?" Bisik Dariel dengan penuh rasa geram. Kembali ke rumah usang itu. Perlu memikirkan strategi baru!

***

"Ummi!Aufa nangis!"

Baru sahaja Indah mahu menonton televisyen,Adiknya pula tiba-tiba menangis. Jelita cepat-cepat menghampiri Aufa lalu mengendong Aufa. Diberikan susu lalu memandang Indah.

"Maaf ya,Indah.." Ucap Jelita.

"Kenapa minta maaf,Ummi?" Soal Indah.

"Mesti Indah penat nak layan Aufa setiap masa.." Kata Jelita.

"Eh..Taklah,Ummi..Indah suka layan Aufa.." Kata Indah pula.

"Oh ya..Ayah kenapa sibuk sangat tu,Ummi?" Soal Indah. Di meja makan,Tuah sibuk dengan telefonnya. Berbagai reaksi apabila menelefon pihak polis.

"Dia ada mind yang..Sangat licik dan bijak.."

Tuah menghela nafas berat. Sudah selesai satu masalah,Satu masalah lagi muncul. Mahu tidak mahu dia perlu lebih kerap bersama Jelita.

Sebenarnya Dariel ditangkap diatas sebab cubaan membunuh,Bukannya sebab merogol Jelita. Bukti yang Jelita dirogol oleh Dariel memang tiada. Sekurang-kurangnya dia ditangkap tetapi terlepaslah pula..

Tetapi kelebihan Tuah adalah dia sebijak Dariel. Pemikiran yang hampir sama tapi niat yang menentukan diri seseorang itu. Mahu menjadi baik ataupun jahat,Setiap perbuatan akan dibalas.

"Jauh termenung,Ayah..Orang yang kat phone tu memanggil ayah dari tadi.." Tegur Indah. Ditangannya ada segelas air.

"Astaghfirullahalazim..Terima kasih tegur,Indah.." Ucap Tuah. Kembali bercakap dengan pegawai polis itu. Indah kembali pada Jelita,Tapi matanya masih melihat ayahnya.

"Sibuk sangat ayah sekarang,Ummi.." Kata Indah pada Jelita. Jelita memandang suaminya lalu memandang semula Indah.

"Biasalah kerja cikgu ni memang sibuk,Indah.." Kata Jelita. Terdengar telefonnya berbunyi,Jelita menjawab panggilan telefon itu. Dari ibunya,Puan Fatimah.

"Assalamualaikum-"

"Jelita..Abang Zah kamu!"

"Kenapa dengan abang Zah,Ibu?"

Jelita mendengar segalanya,Kembali panik lalu memandang Tuah dan Indah. Terlepas telefon dari genggamannya,Dia memeluk tubuh.

"J..Jelita?"

Tuah menyentuh tubuh Jelita yang sedikit mengeras. Indah menjadi risau melihat Jelita dalam keadaan begitu,Jadi dia mengoyangkan tubuh umminya.

"Ummi!Kenapa dengan uncle!?" Soal Indah.

"A..Abang di..Hospital..."

"Kenapa Zah di hospital pula ni?" Soal Tuah.

"Benda yang dia pernah buat kat Fayyez..Dia buat kat abang Zah..Dia tikam abang Zah.."

"Jadi..Macam mana?" Soal Indah.

"Uncle di hospital,Indah.."

"Jelita.." Tuah melihat muka tidak berperasaan Jelita. Ini tahap yang teruk!

"Jelita..Tengok abang." Arah Tuah. Jelita masih terkaku.

"Jelita.."

"Ummi?" Panggil Indah.

"Jelita!Pandang abang!" Arah Tuah dengan begitu tegas. Tersentak Jelita lalu dia melihat suaminya. Muka mendatar Jelita bertukar ekspresi,Menjadi sedih menahan sebak.

"Astaghfirullahalazim.." Ucap Jelita. Aufa yang terbangun digendong. Menangis mungkin kerana suara kuat Tuah sebentar tadi. Tuah menghela nafas berat,Menyentuh bahu Jelita.

"Jangan overthinking,Jelita..Jelita lain kalau overthinking macam tadi.." Pesan Tuah. Jelita mengangguk. Mereka perlu ke hospital dengan segera..

***

Flashback..Di rumah keluarga Jelita..

Zahwan baru sahaja balik dari mesyuarat antara cikgu subjek Bahasa Melayu. Apabila baru sahaja keluar dari kereta,Entah bagaimana dia tidak sedar yang Dariel sudah ada di pagar rumah.

"Hello,Zahwan Darwisy.."

Ditikam belakang tubuh Zahwan sebanyak dua kali,Zahwan terbaring dan berusaha memanggil keluarganya. Dariel yang kelihatan puas hati dengan perbuatannya melarikan diri.

"Papa dah balik!Papa-"

Naail terduduk lalu terjerit ketakutan melihat keadaan papa dia,Terus memanggil Puan Fatimah dan Qaseh untuk menolong Zahwan.

"Ya Allah!Zah!"

Zahwan dikejarkan ke hospital,Segera dirawat kerana banyak darah yang hilang. Alhamdulillah..Zahwan berjaya diselamatkan. Puan Fatimah terus menelefon Jelita untuk ke hospital.

Flashback off.

***

Jelita dan Tuah menghantar anak-anak mereka di rumah keluarga Tuah. Baru sahaja balik dari sana,Petang itu mereka kembali lagi. Puan Fatnin layankan sahaja. Ada hal penting agaknya kan?

Apabila sudah sampai di hospital,Qaseh mendekati Jelita. Sembap matanya,Qaseh mengenggam kuat tangan Jelita.

"Dia lelaki paling tak guna Akak pernah jumpa.." Begitu geram Qaseh dengan Dariel. Tak sangka yang Dariel boleh berkelakuan sebegitu. Jelita hanya mengangguk.

Qaseh membawa Jelita untuk duduk. Tuah mendekati Encik Ruzain,Encik Ruzain menunjuk satu bilik. Mungkin tempat Zahwan dirawat. Tuah asyik melihat pintu bilik rawatan itu,Risau yang teramat pada abang iparnya.

"Ya allah.." Tuah menutup wajahnya,Banyak masalah yang muncul. Walaupun penyebab masalah itu hanya satu,Tapi banyak yang telah dia buat.

"Kita doa banyak-banyak,Tuah..Suami aku tu..Kuat.." Kata Qaseh. Penat dia mahu menangis,Dia cuma berserah kepada-Nya..

"Betul tu,Kak Qaseh.." Kata Jelita pula.

"Indah dan Aufa mana,Jelita?" Soal Puan Fatimah.

"Rumah ummi Tuah..Diorang okey je di situ,Ibu..Jangan risau." Kata Jelita.

"Ummi ayah Tuah tahu tentang Dariel?" Soal Puan Fatimah lagi.

Tuah dan Jelita mengelengkan kepala mereka. Lega sedikit Puan Fatimah tapi dalam masa yang sama sedikit risau kerana takut masa lalu Jelita terbongkar.

"Saya syak yang Dariel tu otak dia dah tak betul..Dia dah macam bukan obses kat Jelita lagi..Dia nak tengok orang menderita.." Kata Tuah. Semua memandang Tuah,Macam tak percaya pun ada.

"Macam mana?Kalau berkenalan dulu..Tak pun dia ada cerita tentang psikologi dia..Trauma ke.." Jelita mengingati semula waktu dia dengan Dariel.

"Tekanan hidup..Maybe?" Kata Qaseh pula.

"Jelita kenal mak bapa dia?" Soal Encik Ruzain. Jelita mengelengkan kepalanya. Memang Dariel tidak kenalkan Jelita pada ibubapanya.

"Sakit kepala nak fikir.." Keluh Jelita. Dia terpandang doktor yang ingin mendekati mereka. Semua berdiri lalu mendekati doktor itu.

"Macam mana dengan anak saya,Doktor?" Soal Encik Ruzain.

"Alhamdulillah..Dia selamat..Bahagian yang ditikam tu tak kena organ-organ penting cumanya..Dalam juga luka tu.." Kata Doktor.

"Apapun..Berdoa supaya pesakit cepat sembuh..Jangan risau.Semuanya akan baik-baik saja." Kata Doktor. Semua mengambil nafas lega. Doktor membolehkan keluarga untuk menjenguk Zahwan.

Jelita dan Tuah disuruh Puan Fatimah untuk masuk dahulu. Esok hari kerja,Jadi Tuah tidak dapat di situ sehingga malam. Mengeluh berat Tuah dibuatnya tidak dapat lebih lama di hospital.

Apabila Jelita dan Tuah masuk,Zahwan memberi senyum tipisnya pada pasangan suami-isteri itu. Jelita secara perlahan mendekati Zahwan lalu duduk di sisi Zahwan.

"Abang Zah.." Tangan Zahwan disalam oleh Jelita. Tuah yang duduk di kerusi hanya tersenyum melihat isterinya begitu. Selalunya marah-marah kat abang dia,Tak pun merajuk..

"Zah..Apa jadi?" Soal Tuah.

"Bagi aku ingat jap.." Zahwan lama diam untuk mengingati apa yang terjadi.

"Hah...Aku baru balik dari mesyuarat tadi..Lepastu aku nak masuk rumah,Aku tak sedar yang si tak guna tu belakang aku..Dia tikam aku dua kali..Terus lari!" Cerita Zahwan.

"Aduh..Makin menjadi-jadi pula dia-" Terdiam Tuah. Kembali teringat Fayyez.

"Weh..Aku takut Dariel terjumpa Fayyez lepastu dia buat lagi benda sama.." Kata Tuah. Tergeleng-geleng dia tidak mahu menjangkakan apa yang akan terjadi.

"Jangan takutkan Jelita dan Abang Zah,Abang.." Kata Jelita.

"Kau pun,Tuah..Kau jaga diri..Rasanya kau the main victim.." Teka Zahwan. Jelita memandang suaminya.

"Eh?Bukan Jelita?" Tuah terkejut dengan kata-kata Zahwan.

"Aku pernah dengar..Seseorang akan sanggup buat apa saja kalau nak bersama orang yang dia sayang..Bunuh orang terdekat orang yang dia sayang,Dah semua dah tiada dia je lah tinggal kan?" Kata Zahwan.

"Or maybe..Cara termudah..Dia bunuh orang yang dia sayang tu..Lepastu bunuh diri dia sendir..Sad end.." Zahwan mengangkat bahu,Sebab boleh saja terjadi.

"Takutlah,Abang.." Dipegang erat tangan Zahwan,Jelita tertunduk lemah mendengar kata Zahwan.

"Bertenang,Adik..Dia akan ditangkap..Hmm..Cuba fikir..Tak ke Dariel ke tempat Mira pernah pergi dulu,Tuah.." Itu satu-satunya tempat yang pasangan jahat itu pergi.

"Wait..Kenapa kau terfikir tempat tu?" Soal Tuah.

"Sebab dekat dengan pusat tahanan tu.." Agak Zahwan.

"Masuk akal ke?" Soal Jelita pula.

"Macam yang kita tahu..Diorang suami-isteri kot..Mustahil Mira sesenang itu tinggalkan Dariel..Walaupun jahat,Dia masih ada hati." Terang Zahwan.

"After all,Aku ada strategi nak tangkap Dariel.."

"How?" Soal Tuah dan Jelita serentak.

"Kita perlu berbincang dengan pihak polis.." Jawab Zahwan. Pandang sekeliling lalu membuat dirinya lebih relax.

"Santai..Esok korang ke sini lagi..Rehatkan diri.." Kata Zahwan. Tuah dan Jelita memandang antara satu sama lain lalu mengangguk.

"Kami pulang dulu."

sorry bab ni boring sikit.. :') kalau2 terjadi di real life,jangan harap Si Dariel tu semudah itu larikan diri.. ^~^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience