BAB 35

Romance Completed 13846

Selesai sahaja solat isyak,Tuah,Indah dan Hana terus ke meja makan. Jelita yang sedari tadi menunggu akhirnya tersenyum lebar melihat mereka bertiga. Indah dan Hana yang begitu peka melihat Tuah berjalan.

"Jelita tengoklah diorang ni..Dah abang suruh jalan dulu tetap nak tunggu.." Keluh Tuah.

"Ish..Ayah ni..Indah dengan Hana risaulah.." Kata Indah yang disetujui oleh Hana. Jelita tergelengkan kepalanya dan tertawa kecil melihat mereka. Aufa hanya senyum melihat semua ahli keluarganya berkumpul.

"Dah..Duduk,Lepastu makan.."

Selepas baca doa,Semua mula menjamu selera. Indah dan Hana begitu berselera makan,Tetapi tidak dengan Tuah. Selera makannya hilang dan Jelita sedar dengan hal itu.

"Abang nak makan makanan lain?Jelita masakkan.." Kata Jelita. Tuah mengelengkan kepalanya,Memaksa untuk menghabiskan makanan yang ada dipinggannya. Indah begitu risau melihat ayahnya begitu.

"Ummi nak tahu tak?Dulu pun ayah demam macam ni..Nasib baik masa tu ayah dengan Indah kat rumah nenek tau.." Kata Indah. Wajahnya begitu serius apabila menceritakan apa yang berlaku masa itu.

"Ummi belum jumpa lagi dengan ayah kan,Indah?" Tanya Jelita. Indah mengangguk laju,Direnung ayahnya yang sedang makan itu. Tuah hanya buat tidak tahu,Sudah selera makannya hilang,Makin nak hilang lagi dengar Indah ceritakan cerita waktu itu.

"Sekurang-kurangnya ayah Indah tu nak sembuh..Sekali-sekala menyesal overwork.." Kata Jelita yang gayanya seperti orang berbisik.

"Bisik-bisik macam tu pun abang boleh dengar,Jelita..." Keluh Tuah. Tergelak Jelita dan Indah. Hana yang terlalu fokus dengan makanannya hanya memandang keluarga itu,Dia melihat ke arah Aufa yang seperti bingung.

"Aufa..Aufa..." Panggil Hana. Aufa memandang ke arah Hana lalu tersenyum,Tergelak Hana melihat gelagat Aufa. Dia pergi dekat sedikit dengan Aufa lalu berkata..

"Aufa sebenarnya tak faham kan?" Soal Hana. Aufa terangguk-angguk.

"Kak Hana pun tak faham sebenarnya.." Kata Hana. Aufa ketawa dan Hana pula ketawa juga tetapi tiada bunyi. Jelita,Tuah dan Indah melihat Hana dan Aufa yang sedang ketawa,Terhenti perbualan mereka.

"Amboi...Aufa lagi rapat dengan Kak Hana ya?" Tegur Indah dengan sengaja. Hana tersentak lalu tersenyum tawar,Aufa pula hanya ketawa.

"Kak Indah merajuk kat Aufa lah..Bukan nak dengan Kak Indah kalau Kak Indah ada.." Kata Indah dan berlakon merajuk depan adik lelakinya itu. Hana tergelak melihat Aufa seperti memujuk Indah.

"Macam-macamlah.." Kata Tuah yang sudah habis makan. Jelita ketawa lalu pergi mengambil ubat untuk Tuah. Apabila kembali,Aufa sudah digendongan Tuah. Menangis sebab Indah merajuk padanya.

"Eh?Menangis?" Kata Jelita yang sudah kembali duduk di sebelah Tuah. Indah menjadi gelabah melihat Aufa menangis. Tidak tahu mahu buat apa.

"Hana tolong aku..Tolong aku pujuk Aufa tu.." Indah meminta pertolongan dari Hana pula.

"Akuu??" Soal Hana sambil menunjuk-nunjuk dirinya sendiri. Indah mengangguk laju,Makin gelabah,Takut Hana sengaja tidak mahu menolongnya. Tetapi dia sedikit lega apabila melihat Hana mengangguk,Walaupun anggukannya seperti tidak terlalu yakin.

Dipandang Aufa yang sedang menangis digendongan ayah angkatnya itu,Hana meminta izin untuk mengendong Aufa. Tuah hanya membenarkan Hana lalu Hana mengendong Aufa,Dia mendekati Indah.

"Siapa yang merajuk sekarang sebenarnya ni?" Kata Hana kebingungan apabila Aufa tidak mahu dekat dengan Indah.

"Sorry,Aufa..Kak Indah tipu je lah..Janganlah merajuk pula!" Pujuk Indah. Indah mahu mengendong Aufa tetapi Aufa sudah memeluk erat Hana. Rasa nak tercekik Hana kerana tangan Aufa memeluk di bahagian lehernya.

"Hana?Okay tak??" Soal Indah melihat Hana.

"Lemas sikit.." Jawab Hana pula.

"Aufa..Kak Hana tu dah nak sesak nafas sebab Aufa peluk dia di leher!Lepaslah.." Kata Indah pada Aufa pula. Aufa melepaskan pelukannya dan Hana pula mengambil nafas panjang.

Tuah yang sudah memakan ubat pergi ke bilik semula dengan bantuan Jelita. Apabila Jelita kembali ke tingkat bawah untuk mencuci pinggan,Tergeleng-geleng dia melihat Indah,Hana dan Aufa. Indah masih memujuk Aufa.

Apabila sudah mencuci pinggan pun,Indah masih lagi memujuk Aufa. Hana yang sedang mengendong Aufa sudah kelihatan keletihan. Dia menjadi diperantaraan kedua-duanya.

"Aufa janganlah macam nii...."

Tertoleh kepala Jelita apabila mendengar Indah sudah menangis. Cepat-cepat dia menghabiskan kerjanya lalu menghampiri Indah,Hana dan Aufa. Dia mengambil kerusi lalu duduk bersama mereka bertiga.

"Aufa?Kak Indah main-main je tadi..Jangan merajuk lagi ya?" Kata Jelita yang sudah mengambil Aufa dari gendongan Hana. Kasihan dia melihat Hana yang sudah keletihan,Dipandang Hana yang sedang meminum air.

Sepatah apapun Jelita tak faham apa yang Aufa katakan. Tapi sepertinya Aufa tidak berpuas hati pada Indah yang merajuk pada mulanya. Mahu ketawa,Tetapi situasi ini situasi yang boleh dikatakan serius.

"Maaflah,Aufa..Kak Indah janji tak buat lagi.." Kata Indah. Setelah berkali-kali meminta maaf,Akhirnya Aufa mengangguk. Indah terus memeluk Aufa dengan begitu erat. Tersenyum Jelita dan Hana melihat adik-beradik itu.

"Dah..Sekarang Indah dan Hana tidur sebab esok sekolah..Ummi nak cuci baju sekolah kamu.." Kata Jelita. Indah dan Hana mengangguk lalu pergi ke bilik mereka. Aufa digendong pergi ke bilik lalu Jelita baringkan Aufa di katil bayi di sebelah katilnya dan Tuah.

Setelah Aufa sudah melelapkan matanya,Jelita memandang pula suaminya yang sedang tidur dengan begitu lena. Disentuh dahi suaminya,Masih panas tetapi tidak sepanas sebelum itu. Jelita pergi ke bilik Indah untuk menyusun buku mengikut jadual kelas Indah. Kemudian pergi ke bilik Hana untuk melakukan benda yang sama.

Selepas itu,Jelita mencuci pakaian. Sesekali menguap sebab mengantuk,Tetapi dia mahu menyelesaikan kerjanya malam itu juga. Apabila sudah memastikan semua kerja sudah dibuatnya,Dia pergi ke biliknya untuk tidur.

Dipeluk erat tubuh Tuah yang sedang tidur. Tuah tersedar daripada tidurnya tetapi hanya seketika,Membalas pelukan isterinya. Jelita tersenyum lalu melelapkan matanya. Tak lama kemudian,Mereka pun tertidur lena.

***

Keesokkan harinya,Ketika sarapan,Hana dan Indah yang sudah memakai baju seragam sekolah begitu berselera makan nasi goreng berlaukkan ayam goreng itu. Tuah sudah tidak selembik semalam dan selera makannya sudah kembali. Dapat juga dia cuti pada masa itu kerana sakit.

"Uncle Zah ambil jam berapa ambil Indah dan Hana,Ummi?" Soal Indah.

"Dalam 10 lebih macam tu..Yang Indah dan Hana awal sangat pakai baju sekolah tu dah kenapa?" Soal Jelita.

"Saja,Ummi..Taklah banyak baju ummi cuci nanti..Semalam pun macam banyak je baju yang ummi cuci.." Kata Indah yang disetujui Hana. Apa sahaja Indah kata,Hana mesti setuju. Jelita hanya terangguk-angguk sambil tersenyum tipis.

***

Selepas Zahwan mengambil Indah dan Hana pergi ke sekolah,Jelita dan Tuah sedang menonton televisyen bersama. Jelita duduk sementara Tuah baring dan kepalanya di paha Jelita. Aufa pula di tertidur di atas tubuh Tuah.

Lama-kelamaan menonton televisyen,Jelita tertidur dalam posisi duduk. Tuah yang melihat Jelita hanya tersenyum tipis,Disentuh pipi Jelita dengan lembut.

"Terima kasih,Jelita..."

***

Apabila waktu petang dan Jelita sedang memasak kuih untuk minum petang,Dia terdengar suara tangisan Hana yang sedang menghampirinya. Tidak kisah Tuah yang ada di ruang tamu,Hana terus menghampiri Jelita.

"Ummi..Cakap dengan Hana.." Kata Hana yang sedang menangis teresak-esak. Jelita yang sedang menghidangkan kuih itu memandang kearah Hana. Jelita mahu menyentuh kepala Hana tetapi Hana menepis tangan Jelita.

"K..Kenapa ni,Hana?" Soal Jelita. Bukan marah tetapi hanya rasa sedikit kecewa dengan kelakuan Hana. Jelita lihat wajah Hana,Sedih dan marah dalam masa yang sama.

"Papa sebenarnya dah tiada kan,Ummi!?Papa sebenarnya dah..meninggal dunia kan,Ummi!?" Jerit Hana dalam perasaan marahnya. Jelita terkejut apabila Hana sudah tahu. Janji yang arwah Dariel yang Jelita dan Tuah pegang sudah tidak dapat ditepati lagi.

Tuah yang terdengar itu terus ke dapur menghampiri Jelita dan Hana. Dilihat Jelita yang masih terkejut yang Hana sudah tahu,Tuah memandang Hana pula.

"Kenapa rahsiakan dari Hana!?Hana benci ummi dengan ayah!" Kata Hana dengan begitu marah. Begitu rasa serba salah,Jelita mengalirkan air mata. Tuah pula mahu menyentuh bahu Hana untuk menenangkannya tetapi Hana menepis tangan Tuah.

"Beritahu Hana kenapa ayah dengan ummi rahsiakan dari Hana!Beritahu!" Marah Hana.

Tuah dan Jelita memandang antara satu sama lain. Sebabnya hanya sederhana tapi cukup untuk melukakan hati Hana. Indah dan Aufa hanya berdiam diri di ruang tamu,Tidak mahu masuk campur. Hana hanya menunggu,Tidak berganjak dari tempatnya.

Dalam diam,Hana masih menangis.

Dah nak habis dah... :')

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience