Pagi itu,Hanya Jelita dan Aufa berada di rumah. Jelita mengemas rumah sambil menyanyi-nyanyi kecil sementara itu Aufa hanya terbaring di katil bayinya itu,Tertawa kecil mendengar suara ummi dia bernyanyi.
"Jelita..."
"Ya Allah!"
Jelita terlompat kerana terkejut. Penyapu dibaling kearah orang yang memegang bahunya. Apabila melihat siapa yang menyentuh bahu dan memanggilnya,Dia menghembus nafas lega. Tuah,Suaminya rupa-rupanya!
"Aduh!Sakitlah sayang!" Kata Tuah mengusap lengannya sendiri. Jelita mendekati Tuah lalu mengusap lembut lengan suaminya,Senyuman janggal terukir di wajahnya.
"Abang dah balik?Awalnya?"
"Abang tertinggal laptop di bilik,Jelita.." Kata Tuah. Dengan segera dia mengambil laptop di biliknya di tingkat atas. Apabila kembali turun ke bawah,Jelita menegur Tuah.
"Itulah abang..Jelita dah tanya tadi..Abang kata dah ada dalam beg.." Tegur Jelita. Tuah ketawa janggal lalu mengucup sekali dahi isterinya lalu melihat anak lelakinya itu.
"Eh..Kenapa tak tidur ni?Hmm?" Tuah mendekati ke katil bayi Aufa lalu mengeletek anaknya itu. Aufa tertawa geli dan itu juga membuat Tuah dan Jelita ketawa. Apabila sudah puas bermain anaknya walaupun hanya seketika,Tuah menuju ke pintu rumah.
"Oh ya..Macam mana abang boleh buka pintu?Jelita kunci pintu.." Soal Jelita. Tuah tanpa berkata apa-apa menunjukkan kunci pendua pintu itu. Jelita tersengih lalu menggangguk.
"Jaga diri ya,Jelita..Nanti abang balik dengan Indah dan Hana.." Ucap Tuah.
"Abang pun jaga diri..Hati-hati bawa kereta." Kata Jelita. Tuah hanya tersenyum lalu pergi keluar.
Tuah mengunci pintu rumah lalu memasuki ke dalam kereta. Dia menghidupkan enjen kereta lalu memandu keretanya menuju ke sekolah,tempat kerjanya. Jelita pula kembali mengemas rumah dan sesekali melihat Aufa.
***
Qaseh memasak bersama ibu mertuanya. Sementara menunggu suami,anak dan bapa mertuanya balik,Qaseh menghidangkan dahulu makanan yang baru dimasak.
Apabila duduk di sofa dan melihat gambar perkahwinannya,Qaseh teringat masa pertama kali berjumpa dengan Zahwan. Mengingati waktu itu,Qaseh tersenyum. Dia tidak menyangka yang dia terlebih dahulu menyatakan perasaannya pada Zahwan.
"Dah kenapa tersengih-sengih sendiri tu?" Tegur Puan Fatimah yang sudah duduk di sebelah menantunya. Qaseh tertawa janggal,Tidak sedar yang ibu mertuanya sudah duduk di sebelahnya. Apabila Qaseh melihat kembali gambar kahwinnya,Puan Fatimah pun ikut sama.
"Oh..Ingat waktu berkahwinlah tu.." Kata Puan Fatimah lagi. Qaseh tertawa janggal,Tahu benar ibu mertuanya apa yang difikirkannya.
"Paling yang tak disangka-sangka,Menantu ibu ni yang confess dulu.." Tergelak Puan Fatimah. Teringat sewaktu pertama kali berjumpa dengan Qaseh,Habis merah muka Qaseh bila Zahwan bercerita yang Qaseh menyatakan perasaannya dahulu.
"Aduhai...Entah dari mana keyakinan tu,Ibu.." Qaseh juga terikut gelak sama. Tapi dia gembira yang Zahwan menerimanya. Baik buruknya diterima baik oleh Zahwan.
"Tapi ibu..Qaseh kesiankan Jelita..Dia jadi orang tengah kalau Qaseh dan Zahwan bergaduh.." Terhenti gelak tawa Qaseh dan Puan Fatimah. Teringat kalau pasangan itu ada konflik,Kadang-kala Jelita masuk campur.
"Lagi-lagi kalau Qaseh dan Zahwan tak nak berbincang..Jelita yang paksa berkumpul lepastu berbincang baik-baik...Kalau tertinggi suara dia tegur.." Teringat masa-masa itu,Qaseh terangguk-anggukkan kepalanya.
"Ibu ingat masa Naail dah ada?Dia banyak tolong Qaseh.." Kata Qaseh.
"Kamu ingat kan tentang trauma dia?Dia dah fikir masak-masak dah nak jaga anak dalam kandungan dia..Walaupun anak luar nikah..Tapi lain jadinya.." Kata Puan Fatimah pula.
"Dia memang sukakan budak-budak kan,Ibu?" Soal Qaseh. Puan Fatimah menganggukkan kepalanya.
"Sekurang-kurangnya,Dia dah bahagia sekarang,Ibu..Termakbul doa kita ni.." Kata Qaseh yang sudah tersenyum lebar. Puan Fatimah juga tersenyum tipis,Mengucap kata syukur.
***
Hari sabtu...
Jelita,Tuah,Indah,Aufa dan Hana pergi ke rumah Encik Ruzain. Kebiasaan mereka kalau ada masa luang. Perhatian Puan Fatimah dan Encik Ruzain tertuju pada Hana.
"Ibu,Abah..Kenalkan ini anak angkat Jelita..Hana." Jelita memperkenalkan Hana pada ibubapanya. Hana bersembunyi di belakang Jelita. Sesekali mengintip ibubapa Jelita.
"Anak angkat?Ibubapa dia mana,Jelita?" Bisik Encik Ruzain pada Jelita. Jelita mendekati abahnya lalu berbisik..
"Dia anak arwah Dariel,Abah.." Bisik Jelita.
"Kamu biar betul,Jelita??" Terkejut Encik Ruzain.
"Eh kejap..Arwah??" Soal Encik Ruzain lagi.
Terdiam Jelita,Terlupa dia yang ibubapanya tidak tahu yang Dariel dihukum mati. Bahkan Dariel ditangkap polis pun ibubapanya tidak tahu.
"Time arwah Dariel ditangkap polis dulu,Abang Zah tak ada beritahu abah dengan ibu ke?" Soal Jelita. Masih berbisik. Encik Ruzain mengelengkan kepalanya,Membawa maksud tidak. Mengeluh Jelita dibuatnya.
"Dariel dihukum mati,Abah...Abah tahu,Dia menangis masa Jelita jumpa dia di pusat tahanan.." Nada bicara Jelita menjadi sedikit sedih.
"Eh..Kamu dibenarkan jumpa dia?Tak bahaya?" Tanya Encik Ruzain lagi.
"Jelita dah yakinkan diorang,Abah..Sekarang ni,Sementara Mira,ibu Hana masih dipenjara,Jelita nak jaga Hana.." Kata Jelita. Terangguk-angguk kepala Encik Ruzain mendengar kata anak perempuannya itu.
"Ummi..Hana haus.." Kata Hana. Indah yang terdengar kata Hana terus mengambil air sirap yang dihidangkan. Dihulurkan pada Hana.
"Hana..Ni..Minumlah.." Kata Indah dengan senyuman manis di wajahnya. Hana tersenyum melihat Indah menghulurkan air sirap untuknya. Dia mengambilnya lalu meminumnya sehingga habis. Indah membawa Hana bermain dengan Naail.
"Indah tu macam tahu-tahu je Jelita dan abah nak berbual hal tu..Terus bawa Hana main.." Kata Tuah yang sudah duduk di sebelah Jelita. Dia mengendong Aufa yang tertidur pulas.
"Apapun..Si Mira tu benarkan je kamu jadi ibu angkat anak dia?" Soal Encik Ruzain. Terangguk-angguk kepala Jelita dan Tuah. Apabila Qaseh dan Zahwan menyertai mereka berbual,Tumpuan mereka tertuju pada Hana.
"Eh..Itu anak arwah Dariel kan,Adik?" Bisik Zahwan. Jelita mengangguk. Tuah pula menjelaskan kembali apa yang dibualkan oleh Jelita dan Encik Ruzain sebentar tadi.
"Allahuakbar.." Ucap Qaseh. Dalam fikiran Qaseh,Tidak sangka yang Jelita begitu mudah maafkan orang yang mahu membunuhnya. Bahkan menjaga anak orang yang mahu membunuhnya itu. Tambahan lagi datang berjumpa dengan orang itu lagi.
"Eh..Jelita..Dia tak memberontak ke masa kamu jumpa dia?" Soal Qaseh. Jelita mengelengkan kepalanya. Tersenyum pahit mahu menjawab pertanyaan kakak iparnya itu.
"Tak..Masa Jelita jumpa dia,Kak Qaseh..Dia menangis..Dia dah bertaubat dah,Akak..." Jawab Jelita. Sebak hatinya teringat kembali waktu-waktu itu. Mengeluh kecil.
"Apapun dia dah berubah..Dah bertaubat..Kita doakan je dia berada di kalangan orang-orang yang beriman di sana.." Kata Encik Ruzain. Anak-anak dan menantu-menantunya menganggukkan kepala.
"Hai!Saya Naail!" Naail teruja melihat Hana. Dapat kawan baru!
"Hanani..Panggil je Hana.." Hana memperkenalkan dirinya.
"Naail..Naail..Kita ajak Hana main sekali ya?" Cadang Indah. Naail mengangguk teruja,Diberikan mainan keretanya pada Hana. Mula bermain bersama.
Jelita yang melihat Naail,Indah dan Hana bermain tersenyum manis. Tidak sangka Naail begitu cepat menerima Hana sebagai kawannya.
"Ibu tak sangka yang Jelita maafkan Dariel tu..Kalau ibulah,Susah..Susah sangat nak maafkan dia.." Kata Puan Fatimah. Jelita mengelengkan kepalanya.
"Kalau dia sedar kesalahan dia,Ibu..Jelita rasa itu dah cukup..Maafkan dia.." Kata Jelita. Dia menyandarkan kepalanya di bahu Tuah. Tuah tersentak sedikit apabila Jelita buat begitu. Nasib baik anak yang digendongannya tidak terbangun.
"Dah kenapa terkejut tu,Tuah?Bini nak menyandarkan kepala di bahu kau je kot.." Tergelak Zahwan melihat Tuah. Tuah pula ketawa janggal mendengar kata Zahwan. Nampak dia tersentak rupanya..
"Tak sangka Jelita buat macam ni..Selalu dia buat,Tapi ini memang tak disangka..Tiba-tiba je.." Luah Tuah yang sudah ketawa. Terbangun Aufa mendengar gelak tawa Tuah,Mula menangis.
"Abang..Janganlah ketawa kuat-kuat..Terbangun dah Aufa tu.." Jelita mengambil Aufa untuk ke gendongannya,Mahu menidurkan Aufa semula. Botol susu diambil dari beg lalu memberi susu itu pada Aufa.
"Shh..Tidur eh,Aufa.." Lembut suara Jelita berkata begitu. Zahwan,Qaseh,Tuah,Encik Ruzain dan Puan Fatimah diam untuk seketika. Masing-masing tersenyum melihat Jelita,Melihat sisi keibuan Jelita itu.
Apabila melihat Aufa sudah kembali tidur,Qaseh berkata dengan matanya yang berkaca..
"Inilah yang akak doakan tau,Dik..Tengok Jelita dengan anak Jelita.."
Tersenyum Jelita mendengarnya. Walaupun Aufa bukan anak pertama yang dikandungnya,Dia tetap menempatkan Aufa pada nombor satu dalam dirinya. Teringat kandungan pertamanya...
"Jelita rindu kandungan pertama Jelita..Walaupun itu anak luar nikah.." Keluh Jelita. Berat hati Tuah mendengarnya,Tetapi dia hanya mengusap lembut bahu isterinya. Puan Fatimah teranggukkan kepalanya. Teringat Jelita menangis setiap masa waktu itu,Memang jelas Jelita sudah mula sayangkan anak itu.
"Apapun..Jelita dah redha..Mungkin memang bukan rezeki Jelita dapat anak awal.." Kata Jelita yang disertakan tawa pahitnya.
"Kalaupun anak tu ada sekarang,Abang tetap terima Jelita.." Kata Tuah. Semua mata tertuju pada Tuah. Biar betul Tuah tetap terima Jelita!?
"Betullah,Zah..Qaseh,Ibu dan abah..Walaupun anak luar nikah,Anak tu tak bersalah..Tak berdosa..Lagipun bukan Jelita yang nak buat tu..Macam yang Jelita cakap..Kalau orang tu dah berubah dan dah bertaubat..Maafkan dia..Jangan lagi lihat ke belakang.." Panjang lebar Tuah memberitahu hal itu.
"Terharu kitanya,Abang.." Ucap Jelita.
"Lagi satu..Macam abang kata kat Jelita sebelum ni,Abang tetap terima Jelita..Sebab itu Jelita yang dulu..Yang di depan abang ni..Jelita yang sekarang..Tak sama..." Kata Tuah. Tersenyum lebar Jelita dibuatnya. Kata-kata yang sama,Diucapkan kembali.
"Bertuah kau,Dik..Dulu waktu sekolah crush kat Tuah..Sekarang?Dah bergelar isteri Tuah dah.." Tergelak Zahwan mengingati zaman sekolah Jelita itu. Dialah yang hadap episod kecewa adiknya itu. Ingatkan memang tak terlepas Tuah itu,Tetapi akhirnya?Berjodoh juga!
"Eh..Rupa-rupanya..Aku dengan isteri aku ni suka sama sukalah dulu!?" Terbuka luas mata Tuah mendengarnya. Dipandang isterinya yang sudah tersipu malu. Malu melihat suaminya sekarang..
"Aku dengar kalau orang suka seseorang,Dia ada nickname untuk crush dia.." Kata Qaseh pula. Dipandang Tuah dan Jelita.
"Sayang dulu panggil abang 'helmet pink' kan?Oh..Suka orang tak cakap.." Tersenyum sinis Tuah mengingati nama panggilan yang diberikan isterinya dulu. Merah muka Jelita dibuatnya.
"Ish..Abang tu panggil Jelita 'Pengerusi membaca'..Sakit hati Jelita ni kena panggil macam tu.." Tergelak keluarga itu mendengarnya. Memang padanlah berjodoh dua orang ni!
"Ya Allah..Tak sangka cerita Jelita dan Tuah ni macam tu ya dulu,Zah?" Kata Encik Ruzain. Terhibur mendengar cerita anak perempuan dan menantunya itu.
"Yang tak boleh dilupakan masa kau selalu dengan arwah Irene,Tuah...Murung je Jelita kalau ternampak kau dengan arwah Irene..Cemburu.." Kata Zahwan lagi. Puas ketawa teringat waktu itu.
"Kalau arwah Irene ajak Jelita jumpa aku sekali,Memang bergaduh je lah kami dulu..Tapi bukannya arwah Irene nak leraikan..Makin dibawa berjumpa.." Teringat waktu bersama arwah isteri pertamanya dulu,Tersenyum Tuah dibuatnya. Sengaja sangat!
Tergelak mereka mendengar cerita itu,Tak sangka diceritakan semula waktu Jelita dan Tuah dahulu..
Sorry lambat update bab ni.. :')
Share this novel